Beauty Sheet Mask dari My Product Co

Salam dan Hai semua,

Kalau sebut pasal masker wajah, umumnya mesti kita akan lihat wanita yang ekstra penjagaan dan penampilan wajah mereka. Tapi jangan lupa kaum lelaki juga sekarang menitikberatkan penjaan kulit wajah.Terdapat banyak jenis produk masker dan jenis-jenis masker di luar pasaran sana. Lia juga memang peminat masker tak kisah apa jenis sekalipun sebab seminggu sekali akan manjakan kulit wajah dan penjagaan rapi. 

www.liahasty.com

Baru-baru ini di facebook page The Butterfly Project, Mamasan Tammy ada post mengenai sheet mask dari My Product Co. Lia memang berminat dan isi form. Kemudian bayar duit delivery postage dan hantar ke lokasi. Terus excited tak sabar nak guna sebab tengok Butterfly lain dah mula pakai. & upload di social media

My Product Co merupakan 100% produk buatan Korea dari pengilangan, rekabentuk dan juga pembungkusan produk. 

www.liahasty.com

My Product Co mengeluarkan produk jenis Sheet Mask dan terdapat dalam 3 variasi, antaranya:

www.liahasty.com
📎 Hydrogel Gold Red Ginseng (5pcs) 

www.liahasty.com
📎 Hydrogel Gold Ginger (5pcs) 

www.liahasty.com
📎 Rice 🍚 Sheet Mask (3pcs) 



My Product Co 100% Made In Korea

www.liahasty.com

Semua proses dari Korea
100% dari bahan mentah bahan mentah yang memasuki produk ke reka bentuk, pengeluaran dan pembungkusan dibuat di Republik Korea.

8 jenis bahan dan kandungan
Ia tidak mengandungi formaldehid, alkohol benzena, paraben, silikon, surfaktan, pewarna tar arang batu, minyak mineral dan bahan haiwan.

Dermatologi Diuji
Semua produk telah lulus ujian kulit.

Madu asli dari Korea
Madu kaya dengan pelbagai vitamin dan asid amino, dan mengandungi banyak bahan antioksidan untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Fungsi anti-radang madu membantu meringankan masalah kulit.

Dikilangkan oleh Yoon Ji-yang
Ia tidak mengandungi formaldehid, alkohol benzena, paraben, silikon, surfaktan, pewarna tar arang batu, minyak mineral dan bahan haiwan.


My Product Co menggunakan 8 jenis bahan
www.liahasty.com
Terdiri daripada 8 jenis bahan dan kandungan & salah satunya ekstrak Madu Asli yang terkenal dengan vitamin, asid amino, mineral, dan kepekatan antioksidan semulajadi yang sangat tinggi yang membersihkan dan melindungi kulit.

Formaldehid, Paraben, Amina Sulfat, Minyak Mineral, Alkohol Benzil, Silikon, Pewarna Bat Coal dan Bahan Haiwan yang diperolehi semua masker  diuji dengan teliti dan dermatologi yang diluluskan.

Bentuk produk My Product Co

My Product Co mengeluarkan produk jenis sheet masak dengan pembungkusan produk yang kemas dan rapi. Sheet Mask ini didatangkan dalam 2 warna biru dan gold dengan 3 jenis variasi. Jika hendak menggunakan hanya buka atau koyakkan di bahagian atas, keluarkan mask dan apply di wajah. Saiznya juga ringan dan senang dibawa ke sana sini nak pakai di pejabat ke atau pun anda sedang travel.

Bungkusan produk Sheet Mask ini juga dilabelkan dengan cara penggunaan dan jenis bahan dan kandungan yang digunakan dalam tulisan Korea dan English.

Masker jenis Sheet Mask merupakan favorite Lia juga dimana praktikal dan senang digunakan di mana sahaja. Pembungkusan yang ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja. Tak payah perlu susah payah untuk membancuh atau mengotorkan tangan anda. Jimat masa dan cepat.

Berat produk : 30gram sahaja


Sesuai untuk semua jenis kulit

Hydrogel Gold Red Ginseng 

www.liahasty.com

Hydrogel Gold Red Ginseng didatangkan dengan 5 pcs untuk setiap set dan bau ginseng nya sangat kuat.

www.liahasty.com
➤ Dermatology Tested
➤ Pure Gold 12.5ppm
➤ Honey
➤ 6 Years Old Red Ginseng

www.liahasty.com

Cara Penggunaan Hydrogel Gold Red Ginseng

Buka mask dan keluarkan filem; permukaan yang diliputi dengan filem itu perlu menyentuh muka anda. Aplikasikan mask muka satu persatu dimana bahagian ada dua bahagian atas dan bawah, dan elakkan dari terkena mata. Tekan perlahan-lahan di muka dan biarkan selama 20 minit. Perlahan-lahan tanggalkan mask dan biarkan kulit anda dirawat.


Hydrogel Gold Ginger  

www.liahasty.com
Hydrogel Gold Ginger didatangkan dengan 5 pcs untuk setiap set.

www.liahasty.com
➤ Dermatology Tested
➤ Pure Gold 12.5ppm
➤ Honey
➤ Natural Ginger Oil

www.liahasty.com


Cara Penggunaan Hydrogel Gold Ginger

Buka mask dan keluarkan filem; permukaan yang diliputi dengan filem itu perlu menyentuh muka anda. Aplikasikan mask muka satu persatu dimana bahagian ada dua bahagian atas dan bawah, dan elakkan dari terkena mata. Tekan perlahan-lahan di muka dan biarkan selama 20 minit. Perlahan-lahan tanggalkan mask dan biarkan kulit anda dirawat.

Tekstur produk Red Ginseng & Gold Hydrogel Mask
 Tekstur Hydrogel Mask ini tersangatlah lembut dan kena berhati-hati bila aplikasi di kulit wajah. Kalau terkasar sikit akan mudah terkoyak.


Pendapat Lia selepas menggunakan Red Ginseng & Gold Hydrogel Mask

Ini merupakan first time Lia menggunakan Sheet Mask jenis Hydrogel. Tekstur yang sangat lembut pada mulanya susah untuk di pakai. Selepas beberapa kali baru lah tahu cara pemakaian yang betul. Hydrogel Mask ni sangat sejuk bila di pakai dan kulit menjadi lembap. Kalau nak ekstra sejuk masukkan dalam peti ais.

Favorite sheet Mask Lia ialah Gold Hydrogel Mask kerana hasilnya yang memberansangkan dengan kulit Lia dan baunya yang menyenangkan. Lia ada cuba juga Red Ginseng Hydrogel Mask tetapi bau ginsengnya yang sangat kuat. Ada setengah orang mungkin tak tahan dengan bau nya.


Rice Sheet Mask 

www.liahasty.com
Rice Sheet Mask didatangkan dengan 3 pcs untuk setiap set.

Beauty Sheet Mask dari My Product Co
➤ Dermatology Tested
➤ Whitening & Wrinkles Improvement Certified
➤ Honey
➤ Rice Extract

www.liahasty.com

Cara Penggunaan Rice Sheet Mask

Buka mask dan aplikasikan mask di wajah, dan elakkan dari terkena mata. Tekan perlahan-lahan di muka dan biarkan selama 20 minit. Perlahan-lahan tanggalkan mask dan biarkan kulit anda dirawat.

Tekstur produk Rice Sheet Mask
 Tekstur Hydrogel Mask ini tersangatlah nipis berwarna putih dan tidak mudah terkoyak permukaan.

Pendapat Lia selepas menggunakan Rice Sheet Mask

Rice Sheet Mask lebih mudah digunakan berbanding dengan Red Ginseng & Gold Hydrogel Mask. Teksturnya seperti mask yang lain hanya 1 bahagian dan terus tampal di wajah. Bau beras yang menyenangkan, mencerahkan dan melembapkan kulit.


Harga produk My Product Co

Dapatkan segera produk sheet mask dari My Product Co. Anda akan perolehi 3 produk ini dengan harga seperti di bawah :

📎 Hydrogel Gold Red Ginseng (5pcs) 💰 RM100/USD25
📎 Hydrogel Gold Ginger (5pcs) 💰RM100/USD25
📎 Rice 🍚 Sheet Mask (3pcs) 💰RM28/USD9

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web dan media sosial yang lain:

Email : info@myproducto.com
Laman Web : http://www.myproductco.com/

Selamat Mencuba!

#myproductco