Salam dan Hai semua,
Hidangan masakan kari salah satu menu utama di Malaysia. Asal menu popular ini dari Pulau Pinang dan rata-rata kedai makan nasi kandar menyediakan hidangan kari dengan cara dan resepi tersendiri. Kebanyakkan orang Utara memanggil Kari dengan panggilan 'Gulai'. Bukan setakat menu di kedai makan nasi kandar, penduduk Pulau Pinang selalu memasak menu gulai sebagai lauk di dalam hidangan seharian.
Gulai ataupun kari ini dimasak dengan pelbagai jenis lauk menggunakan ayam, ikan, udang dan macam-macam lain. Kalau di Pulau Pinang, memang terkenal sangat dengan 'Gulai Kepala Ikan'.
Gulai Kepala Ikan Sempoi dari The Light Hotel Pulau Pinang |
Kali ini Lia nak kongsikan hidangan 'Gulai Kepala Ikan' yang sempoi punya untuk penggemar menu ini.
Gulai Kepala Ikan Sempoi dari The Light Hotel Pulau Pinang |
Sempena bulan Merdeka yang ke 61 tahun, The Light Hotel Pulau Pinang telah membakar semangat kemerdekaan dan patriotik kita dengan hidangan "Authentic Claypot Fish Head Curry Set".
Gulai Kepala Ikan ini biasanya dimakan bersama keluarga atau kawan-kawan jika ada sesuatu majlis ataupun perayaan seperti majlis makan malam, makan tengah hari, majlis hari jadi, majlis perkahwinan dan sebagainya.
Set Gulai Kepala Ikan dari The Light Hotel Pulau Pinang |
Gulai Kepala Ikan memang dah sinonim & lokal Penang Food. Jangan risau, hidangan ini dimasak dari chef yang berpengalaman dan bertungkus-lumus masak dengan rempas ratus yang berkualiti. 👍 Chef di sini mengambil masa kira-kira 5 hingga 6 bulan untuk mempertingkat kualiti masakan dengan penggunaan amoun aroma rempah yang mencukupi untuk menghasilkan hidangan kari yang sedap dan menyelerakan. Dan yang paling penting makanan di sini HALAL.
Menu Authentic Claypot Fish Head Curry Set
Set Gulai Kepala Ikan ini didatangkan dengan hidangan :
➤ Authentic Kari Kepala Ikan
➤ 2 jenis hidangan sayur
➤ 4 jenis hidangan lauk lain
➤ Nasi Basmati
Gulai Kepala Ikan
Menu Gulai Kepala Ikan dari The Light Hotel Pulau Pinang |
Sambal Udang
Menu Gulai Kepala Ikan dari The Light Hotel Pulau Pinang |
Sotong Gergasi Goreng
Menu Gulai Kepala Ikan dari The Light Hotel Pulau Pinang |
Ayam Kampung Goreng
Menu Gulai Kepala Ikan dari The Light Hotel Pulau Pinang |
Kangkung Goreng Belacan
Menu Gulai Kepala Ikan dari The Light Hotel Pulau Pinang |
Sayur Campur Goreng Cina
Menu Gulai Kepala Ikan dari The Light Hotel Pulau Pinang |
Kacang Botol Goreng Belacan
Menu Gulai Kepala Ikan dari The Light Hotel Pulau Pinang |
Roti Mantau
Menu Gulai Kepala Ikan dari The Light Hotel Pulau Pinang |
Untuk semua menu di atas, hanya RM130 sahaja dan boleh dimakan untuk 4 orang.
Pendapat Lia selepas mencuba set Kari Kepala Ikan
Gulai Kepala Ikan Sempoi dari The Light Hotel Pulau Pinang |
Lia suka sangat dengan susunan pinggan set kuliner seperti pinggan, sudu dam garfu yang tersusun dan bersih. Jarak ruang makan yang tak sempit dan selesa dengan tetamu yang berada di sebelah.
Gulai Kepala Ikan Sempoi dari The Light Hotel Pulau Pinang |
Kali pertama makan, Lia makan nasi putih beras Basmati bersama Gulai Kepala Ikan, Sambal Udang dan Kacang Botol Goreng Belacan. Sekali hirup kuah Gulai memang sedap dan rasanya perfect dengan semua rempah ratus yang sempurna. Kari kat sini memang power dan sedap. Memang kena cuba rugi kalau tak makan kuah Gulai ratah bersama Kepala Ikan. Lia sempat juga mencuba lauk dan sayur yang lain memang sedap semua masakan dan tiada apa yang nak Lia komen. Padanan lauk dalam set ini memang padan dan sempurna.
Gulai Ketam dari The Light Hotel Pulau Pinang |
Lia tak lepaskan peluang juga mencuba Gulai Ketam memang sedap sangat. Tak tahu nak describe sedap macam mana sebab rempah ratus dalam gulai ini sangatlah sedap. Yang paling Lia suka roti Mantau makan cicah dengan Gulai Kepala Ikan ataupun Gulai Ketam.
Minuman Teh Tarik dari The Light Hotel Pulau Pinang |
Ramai yang recommend Lia kalau datang The Light Hotel, selain hidangan kari yang patut cuba ada juga menu lain yang kena cuba. Menu tersebut ialah minuman Teh Tarik. Tak begitu manis tapi bancuhan air ini sedap. Tak lengkap lah makan gulai tak ada teh tarik kan.
Dekorasi The Light Hotel Pulau Pinang
Grand Ballroom The Light Hotel Pulau Pinang |
Setiap kali anda memasuki ruangan Utama The Light Hotel Pulau Pinang, anda akan nampak ruangan Grand Ballroom di sebelah kiri anda.
Dekorasi The Light Hotel Pulau Pinang |
Daripada jauh anda akan nampak dekorasi tampah mewah dan moden dengan hiasan lampu,hiasan dalaman yang meriah dan persekitaran yang menarik.
Dekorasi The Light Hotel Pulau Pinang |
Dekorasi The Light Hotel Pulau Pinang |
Dekorasi The Light Hotel Pulau Pinang |
Dekorasi The Light Hotel Pulau Pinang |
Anda akan dihidangkan set Gulai Kepala Ikan di Grand Ballroom ini. Jangan risau mengenai tempat duduk yang tidak mencukupi. Grand Ballroom ini menyediakan 1200 tempat duduk dengan susunan perabot yang teratur.
Atau anda juga boleh memilih mana-mana 12 bilik mesyuarat yang lain mengikut kehendak dan jumlah orang jika ingin melakukan apa-apa acara,
Pengenalan Ringkas The Light Hotel Pulau Pinang
Sempat bergambar di dalam salah satu sudut The Light Hotel Pulau Pinang |
The Light Hotel Pulau Pinang terletak dengan kawasan strategik di daerah perniagaan utama dan mempunyai 303 bilik dan suite. Pandangan yang mengagumkan dengan lampu candelier megah dan lobi marmar yang cantik. Dekorasi dalaman hotel terbukti dengan kekayaan perabot mewah, lampu bayang dan suasana elit disambut dengan keramahan mesra dan mesra. Hotel bertaraf 5 bintang ini mempunyai kemudahan perniagaan termasuk pusat perniagaan, bilik mesyuarat dan dewan besar. Pilihan makan di hotel termasuk 2 restoran berserta bar dan lounge. Kemudahan tambahan termasuk spa, pusat kecergasan, wap & sauna serta bilik permainan kanak-kanak. Lokasi ini menawarkan akses mudah ke hab komersial, pusat membeli-belah, hiburan, restoran dan banyak lagi. Hotel ini menyediakan WiFi percuma di bilik-bilik dan kawasan awam.
Harga Authentic Claypot Fish Head Curry Set
💰Authentic Claypot Fish Head Curry Set : RM130 untuk 4 orang.
⌚ Waktu hidangan : 12 hingga 2.30pm & 7 hingga 10pm.
Dihidang setiap hari dari 8 Ogos 2018 hingga 16 September 2018 📆
Bolah dimakan pada waktu makan tengah hari ataupun waktu makan malam
Lia dah cuba makan Gulai Kepala Ikan kat sini. Memang sedap dan tak menghampakan. Hangpa semua bila nak try pulak❓
Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati hidangan Gulai Kepala Ikan sementara tempoh penyediaan masih ada. TEMPAH SEKARANG!!
The Light Hotel Pulau Pinang
🚩Location: The Light Hotel (M) Sdn Bhd, Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang
Tel : 04 - 382 1111
Faks : 04 - 399 9333
Email : info@thelighthotelpg.con
Instagram : @the_light_hotel
Website : www.thelighthotelpg.com
Facebook : www.facebook.com/thelighthotelpg
Selamat Mencuba!