Kopi Peng @ Kopi Bintang - Kopi Viral Auntie Evelin Ang
Salam dan Hai semua,
Kali ni Lia nak berkongsikan pengalaman rasa 'Kopi Peng' yang dijual oleh Auntie Evelin Ang di Lebuh Noordin, Georgetown, Pulau Pinang. Kopi Peng ini mula famous sejak ada salah seorang viralkan kopi ini di laman facebook. Sejak haritu, nama Kopi Peng ini terus meningkat naik dan orang ramai terus membanjiri kedai kecil ini.
Kopi Peng @ Kopi Bintang - Kopi Viral Auntie Evelin Ang |
Finally, Lia dapat juga merasa kopi penangan viral 'Kopi Bintang Lebuh Noordin' ☕ ni takpun 'Kopi Peng Famous Aunty' Evelin Ang 👧
Orang ramai membanjiri warung Kopi Peng @ Kopi Bintang - Kopi Viral Auntie Evelin Ang |
Orang ramai dari Pulau Pinang dan juga dari luar turut datang untuk mencuba Kopi Peng Auntie Evelin Ang ini. Selepas viral, Lebuh Noordin mula dibanjiri orang ramai pada mulanya jalan ini jarang dikunjungi orang ramai. Lepas ini jalan ini akan lebih dikenali lagi.
Orang ramai membanjiri warung Kopi Peng @ Kopi Bintang - Kopi Viral Auntie Evelin Ang |
Orang ramai juga sanggup beratur tunggu giliran masing-masing untuk membeli minuman dari sini.Termasuklah Lia dan kawan-kawan yang lain. Kami meredah jem, berpusu-pusu dan terus datang sini. Hebat kan kuasa Viral ini sebab melariskan lagi business Auntie Evelin Ang. Orang yang datang juga nonstop dan sepatutnya waktu operasi tutup 5.30, tetapi kadang pukul 6 pun masih ramai orang beratur.
Kopi Peng ini hanyalah warung yang di tepi jalan yang menjual kopi dan ada beberapa meja untuk pengunjung yang minum di sini. Meja dan kerusi disusun di bawah kaki lima kedai berdekatan warung. Ramai pengunjung yang beratur hanya ingin membeli bungkus ikat tapi atau bungkus semua.
Auntie Evelin Ang menyediakan Kopi Peng @ Kopi Bintang - Kopi Viral Auntie Evelin Ang |
Auntie Evelin Ang ini sudah bertahun-tahun berniaga di sini. Disebabkan viral haritu terus nama auntie dan kopi ni meningkat naik. Auntie ni sangatlah peramah dan tak pernah masam muka. Selalu senyum walaupun penat bancuh air nonstop dari pagi. Setiap pengunjung yang buat tempahan, Auntie Evelin Ang akan bancut on the spot dan terus hidangkan untuk anda.
Cara bancuhan minuman kat sini unik dengan cara Auntie tersendiri.
Kopi Peng @ Kopi Bintang - Kopi Viral Auntie Evelin Ang |
.
☕ Kopi Peng - RM2 | Bungkus RM2.50 .
Ada juga menu lain Cham Peng (Kopi+Teh) & Milo. Boleh pilih nak panas takpun sejuk 🥃
Apa yang disebutkan Kopi Bintang dimana kopi yang dibancuh pekat hanya campur sedikit susu dan topping di atasnya susu dan coffee art berbentuk bintang. Kalau minum di sana barulah anda dapat Kopi Bintang dalam gelas. Selain orang minum sini, ramai yang datang bungkus semua atau bungkus ikat tepi.
Lia bukanlah peminat kopi dan jarang minum kopi. Kalau teringin atau kadang-kala apa salahnya kita mencuba minum bukan? Rasa kopi di sini sangat pekat dan memang kaw. Kalau peminat kopi apa salahnya datang mencuba. Berbaloi kopi dengan harga RM2 sahaja. Jangan pulak compare dengan harga kopi di kafe memang jauh beza lah kan.
Kalau minum kat sana boleh dapat Kopi Bintang😂😋Kalau bungkus takde merasa bintang.
Roti Bakar di Kopi Peng @ Kopi Bintang - Kopi Viral Auntie Evelin Ang |
🍞 Roti Bakar - RM3
Menu sampingan yang boleh ditempah di sebelah kedai Kopi Peng Lebuh Noordin ini. Roti bakar yang disapukan manjerin dan kaya ditengahnya. Bau roti bakar selepas dimasak memang rasa tak sabar nak makan.
Menu famous di Kopi Peng @ Kopi Bintang - Kopi Viral Auntie Evelin Ang |
Ini merupakan 2 menu famous kat sini. Anda boleh cicah roti bakar ini kedalam Kopi Peng, rasanya lebih kick dan sedap.
Me with Penang Blogger Friends, Lyana & Olivia di Kopi Peng @ Kopi Bintang |
Jom cuba!
Kopi Peng @ Kopi Bintang - Kopi Viral Auntie Evelin Ang
⌚ Waktu Operasi : 8.00am hingga 5.30 petang
(Tapi sampai pukul 6 still buka bila ada customer beratur panjang) .
🚩Location: 162, Lebuh Noordin, 10300 Georgetown, Pulau Pinang
.
#kopiviral #kopipenang #kopibintang #kopilebuhnoordin