Menikmati Hidangan Ala Fusion di Golden Bowl Promenade Pulau Pinang

August 31, 2018

Salam dan Hai semua,

Korang pernah tak teringin nak makan makanan Western? Takpun makanan Korea? Ataupun makanan Jepun? Eh kalau nak cuba makanan Korea kena pergi cari kedai makanan Korea, Jepun pun sama. Kalau nak makan makanan Western kena cari kedai lain pula? Hmmm kalau ada 10 orang selera lain-lain takkan nak pergi 10 kedai pulak kan. Mana nak cari kedai ala Fushion ?

Anda tak payah risau lagi. Sekarang anda boleh menikmati semua hidangan makanan western, makanan Korea, makanan Jepun, makanan ala fushion dalam satu tempat. Eh ada ke? Kat mana tu?

Menikmati Hidangan Ala Fusion di Golden Bowl Promenade Pulau Pinang

Ada! Dah ada jawapan untuk selera anda. Jom bawa review Lia kali ini nak kongsikan mengenai restoran ataupun kafe ala fusion yang menarik dan istimewa dengan pelbagai hidangan makanan iaitu Golden Bowl Penang.

Lokasi Golden Bowl Penang


Golden Bowl Penang terdapat 3 cawangan di dalam area Pulau Pinang. Tetapi Lia mencuba hidangan di Golden Bowl Penang cawangan Promenade branch, beralamat di 5-G-27, Promenade, Persiaran Mahsuri, Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. Cawangan lain Golden Bowl Penang di New World Park dan juga Batu Lanchang.

Mengenai Golden Bowl Penang



Golden Bowl Penang merupakan restoran atau kafe berkonsepkan Asian Fusion dan memberi tumpuan unik kepada 4 signature food mereka iaitu Cheesy, Curry, Tomyam dan Mi berasaskan sup. Mereka juga berbangga mempunyai menu Magic Milo, Teh Fantasy dan juga Ho Ka Sai! 

Kafe ini memuatkan semua menu Asian seperti Korea dan Jepun dan juga Western dalam satu masa. Menu di sini sangat banyak dan anda boleh pilih mengikut citarasa anda. Golden Bowl Penang mempunyai 3 cawangan dan cawangan Promenade Bayan Baru ini merupakan cawangan baru dan sudah beroperasi sudah 8 bulan. 

Kafe ini merupakan PORK FREE tetapi semua bahan mentak untuk masakan di ambil dari pengeluar yang mempunyai sijil HALAL. Pemilik kafe ini merupakan bangsa Cina dan chef serta tukang masak disini bangsa Melayu. Cawangan baru ini mereka menggunakan set kulinari yang baru seperti pinggan, garfu, sudu dan lain-lain lagi untuk memastikan kualiti dan juga menarik semua pengunjung datang ke sini lagi-lagi beragama Muslim berbanding dengan cawangan lain. Kafe ini diilhamkan oleh pemilik kafe sendiri dimana beliau sendiri suka melancong ke luar negara, melihat dan merasakan sendiri masakan di sana. Kemudian beliau mencuba sendiri serapkan masakan ini dalam menu dengan citarasa sendiri ke setiap menu yang ada di sini.

Dekorasi Golden Bowl Penang


Lia first time menjejakkan kaki ke kafe Golden Bowl Penang. Setiap kali lalu di kawasan Promenade akan nampak MR DIY. Tak perasan kedudukan kafe ini di bahagian belakang MR DIY. Lokasi kafe betul-betul di corner lot dan mudah untuk dicari dan anda sendiri akan lihat signboard berwarna kuning dan hitam. Pengunjung boleh parking di kawasan bangunan Promemande.





Jika anda masuk ke bahagian dalam, anda akan lihat hanya ada sofa kuning di luar sana. Jangan risau anda perlu naik tangga untuk ke tingkat atas. Bila masuk kafe ini tersangatlah besar dan luas. Dekorasi dalam kafe ini berwarna hitam dan kuning.













Susunan perabot, kerusi dan meja tersusun rapi, dekorasi yang simple tetapi menarik, dan warna kuning ini membangkitkan suasana dan mood kafe. Yang paling penting suasana tidak terlalu bising dan persekitaran yang bersih. Kafe ini dapat memuatkan hampir 100 orang dalam satu masa. Orang ramai dah mula membanjiri sejak awal pagi kedai ini dibuka. Tempat yang sesuai untuk makan bersama keluarga ataupun kawan-kawan.

Sajian Makanan di Golden Bowl Penang

Golden Bowl Penang menyediakan pelbagai dan pilihan makanan ala fushion. Anda boleh pilih mengikut jenis .
☑ Breakfast & Brunch 🍳
☑ Yummy Noodles 🍜
☑ Signature Rice Bowl 🍚
☑ Western Platter 🍖
☑ Golden Fried Chicken 🍗

Breakfast & Brunch

Jika anda datang pada waktu pagi anda boleh mencuba set Breakfast & Brunch dengan pelbagai pilihan mengikut citarasa anda. Portionnya agak besar dan berbaloi.


Australian Shakshuka @ RM 18.00

Big Momma's Breakfast @ RM 23.90


Eggsie Beef Strip Benedicto @ RM 17.90

Salmon Eggsie Benedicto @ RM 20.00

Yummy Noodles

Yummy Noodles juga merupakan signature food disini dimana pengunjung boleh memilih pilihan mee iaitu 'Ramen' atau 'Maggi'.

How to order and eat Noodles in Golden Bowl Cafetiam?
Step 1 : Choose your noodles. (R/M)
Step 2 : Choose Soup, Chicken, Fish.
Step 3 : Chit Chat / Laugh.
Step 4 : Enjoy your bowl of hot noodles.
Step 5 : Thanks for your patience.

Kyota Shoyu @ RM 15.90

Signature House Curry @ RM 13.90

Golden Milky Cheesy @ RM 14.90

Yoona Spicy Kimchi @ RM 14.90

Signature Rice Bowl


Jika anda memilih untuk makan hidangan nasi, anda boleh mencuba Signature Rice Bowl dengan hidangan nasi, ayam, sayur dan telur separuh masak. Hidangan ini bermula pukul 11.00 pagi ke atas.


Yoona's Kitchen Rice Bowl @ RM 13.90

Teriyaki Chicken Rice Bowl @ RM 13.90

Salted Egg York Bowl @ RM 14.90

Western Platter

Jika ingin masakan Western, anda boleh mencuba masakan Western Platter dengan pilihan sos. Hidangan ini juga bermula pukul 11.00 pagi ke atas.
Mushroom Chicken @ RM 16.90

Pomodoro Chicken @ RM 16.90

Milanese Chicken @ RM 16.90

Golden Fried Chicken


Hidangan chicken wings di sini memang salah satu tarikan di Golden Bowl Kopitiam. Anda boleh mencuba salah satu Crunchy Cheese Chicken Wings atau Crunchy Korean Spicy Chicken Wings atau kedua-duanya sekali. Ini merupakan ilham dan inspirasi pemilik restoran ketika melancong. Anda patut cuba menu ini!

Crunchy Cheese Chicken Wings
8 pcs - RM 17.90
14 pcs - RM 28.90

Crunchy Korean Spicy Chicken Wings
8 pcs - RM 17.90
14 pcs - RM 28.90

Sajian Minuman di Golden Bowl Penang

Golden Bowl Penang mempunyai hidangan minuman dengan pelbagai pilihan. Antaranya :
☑ Coffee
☑ Ice Blended
☑ Salted Cream Cheese

Anda patut mencuba minuman Ho Kar Sai kerana kebanggan mereka di kafe ini. Anda boleh minum dalam bentuk coffee, ice blended ataupun Salted Cream Cheese.

Coffee


Ho Kar Sai (GB Special Coffee Mix) @ RM 4.00 Hot


Ho Kar Sai (GB Special Coffee Mix) @ RM 4.50 Cold

 Ice Blended

Blended Ho Kar Sai @ RM 6.90


Blended Tea Fantasy @ RM 6.90

Salted Cream Cheese

Salted Cream Cheese Ho Kar Sai @ RM 7.90

Salted Cream Cheese @ RM 7.90

Menu recommended pilihan Lia Hasty :

First time bila datang sini dah jatuh hati dengan dekorasi kafe ini. Dan kedua pula Lia memang suka menu dan makanan di sini. Lia akan recommend menu yang menjadi pilihan Lia.

Untuk Breakfast & Brunch, Lia memilih menu Australian Shakshuka, Big Momma's Breakfast dan Eggsie Beef Strip Benedicto sebab Lia memang makan breakfast yang heavy dan suka dengan hidangan breakfast kat sini. Untuk Yummy Noodles, Lia pilih Golden Milky Cheesy sebab suka kuahnya yang dipenuhi dengan cheese. Untuk Singature Bowl, Lia suka sangat dengan Teriyaki Chicken Rice Bowl dan ini merupakan salah satu menu yang nak sangat cuba bila tengok di menu. Untuk Golden Chicken Wings, memang Lia dengan kedua-dua jenis hidangan ayam Crunchy Cheese Chicken Wings & Crunchy Korean Spicy Chicken Wings dan memang peminat chicken wings. Lia pernah cuba menu seperti ini di tempat lain, tetapi lagi sedap di Golden Bowl Penang. Untuk minuman pula, Lia memilih Salted Cream Cheese Ho Kar Sai dengan cheese di bahagian atas.

Harga dan menu di kafe ini sangat berbaloi. Makanan di sini semuanya sedap. Memang Lia recommend untuk semua makan di sini. Dan jangan risau makanan disini HALAL ya.

Kami semua dah cuba makan di sini. Anda bila lagi?



Selamat Mencuba!

Golden Bowl Penang

Alamat : Promenade branch, beralamat di 5-G-27, Promenade, Persiaran Mahsuri, Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. 


Waktu Operasi :

Promenade - 8.30AM - 3.00PM | 6PM - 10PM
Tutup pada setiap hari Selasa

Jangan lupa follow media sosial :
➡Facebook : Golden Bowl Cafetiam
➡Instagram : @goldenbowlcafetiam

#goldenbowl #goldenbowlcafetiam

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community