Set Lunch Hanya RM25 dari G Hotel Kelawai Pulau Pinang

Salam dan Hai semua,

Kalau sebut makan di Hotel, mesti semua dah terbayang mesti mahal bukan? Berapakah yang nak kena spent jika bawa ahli keluarga yang ramai ataupun keluar santai bersama kawan-kawan?

Kini hanya dengan RM25 anda boleh menikmati hidangan makan tengah hari di SPOON 🥄 Café, G Hotel Kelawai 🏨. Yes hanya RM25 sahaja ❗Ulang lagi sekali RM25sahaja❗

4-course Set Lunch di SPOON, G Hotel Kelawai

Kafe SPOON, G Hotel Kelawai telah memperkenalkan 4-course Set Lunch dengan hanya RM25 sahaja. Set makan tengah hari ini bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 3 petang. Terdapat 5 menu yang berlainan dan akan bertukar setiap minggu sehinggalah akhir tahun 2018 ini.

Terdapat 5 jenis menu yang berlainan dan setiap jenis tersebut mempunyai hidangan menu dan masakan yang berlainan. Lia sempat mencuba Set menu No 4.

Set Lunch Menu No 4

Hidangan bermula dengan sepinggan salad 🥗 & soup of the day, Mushroom Soup 🍲

Appetiser

www.liahasty.com
Hidangan sepinggan salad pilihan Chef

Best From The Pot - Soup Of The Day
www.liahasty.com
Sup Cendawan

Terdapat 3 jenis hidangan sup iaitu sup cendawan, sup ayam dan sup asparagus yang akan bertukar setiap minggu.

Main Selection

Ada 3 pilihan main course :
✔ Grilled Chicken 🍗
✔ Seafood Delight 🦐
✔ Tomyam Fried Rice 🍚

www.liahasty.com
Grilled Chicken
Marinated Chicken Breast, Pumpkin Gremolata, Spagetti & Natural Jus

www.liahasty.com
Seafood Delight
Charred Fish Fillet, Pomme De Terre Aux Herbes, Greens, Pepper Coulis & Sweet Basil

www.liahasty.com
Tom Yum Fried Rice
Spicy Wok Fried Rice A La Thai served with Prawns, Anchovies, Lime Wedges, Egg & Mango Chutney

Hidangan berakhir dengan pencuci mulut 🍰beserta hidangan Kopi ☕ dan teh 🍵

Sweet Delight

www.liahasty.com
Pastry of the Day
Hidangan makan tengah hari anda tidak lengkap tanpa pencuci mulut sebagai penutup hidangan anda.

Beverage
www.liahasty.com
Hidangan Kopi atau Teh sebagai pilihan

Sekarang anda sudah percaya dengan hanya RM25 anda boleh menikmati makanan tengah hari yang cukup lengkap dengan appetiser, sup, main course, pencuci mulut dan juga hidangan kopi dan teh. 

www.liahasty.com
Anda boleh memilih Grilled Chicken sebagai menu hidangan utama anda.

www.liahasty.com
Ataupun Seafood Delight sebagai pilihan hidangan utama.

www.liahasty.com
Atau menu terakhir anda Tomyam Fried Rice sebagai hidangan utama untuk perut lapar anda.

Apakah pilihan anda? Grilled Chicken 🍗, Seafood Delight 🦐ataupun Tom Yum Fried Rice 🍚 ? Dah mula confuse kan? Jangan risau semuanya sedap dan menyelerakan,


Dekorasi kafe SPOON G Hotel

Kafe SPOON terletak di Tingkat 2 dalam G Hotel Kelawai dan mempunyai 120 tempat duduk dan memuatkan pelanggan ramai dalam satu masa. Dekorasi G Hotel 🏨Kelawai dengan reka bentuk tempat yang ikonik, eksklusif & bergaya. Suasana dan persekitaran yang tenang dan nyaman sesuai untuk casual brunch, urusan perniagaan dan juga makan berdua bersama pasangan.

Pengenalan Ringkas Mengenai G Hotel

Untuk pengetahuan semua, G Hotel Pulau Pinang mempunyai 2 rangkaian iaitu G Hotel Gurney dan juga G Hotel Kelawai. Kedua-dua mempunyai hidangan menu untuk Ramadan Buffet Dinner. G Hotel Gurney terletak di Pesiaran Gurney dan G Hotel Kelawai di Pesiaran Maktab. Kedudukan hotel ini menghadap depan belakang. G Hotel Gurney menghidangkan buffet di restoran Taste Cafe manakala G Hotel Kelawai menghidangkan buffet di SPOON.

Di sini Lia kongsikan menu merupakan Hidangan Utama untuk setiap jenis set Lunch 1, 2, 3 dan 5.

Menu Hidangan Utama Set Lunch No. 1
Oriental Chicken Chop
From The Ocean
Hong Kong Noodles

Menu Hidangan Utama Set Lunch No. 2
Grilled Chicken
Seafood Delight
Pasta of The Day

Menu Hidangan Utama Set Lunch No. 3
Grilled Fried
From The Ocean
Kapitan Chicken

Menu Hidangan Utama Set Lunch No. 5
Supreme Chicken
Mangi Fish FIllet
Linguine A La Carbonara


Untuk butiran dan tempahan, sila hubungi

G Hotel Kelawai

Address: 2, Pesiaran Maktab, 10250 Pulau Pinang.

Tel: +604-219 0000

Email : g4u@hotel.com.my
Laman web : www.ghotel.com.myhttp://www.ghotelkelawai.com.my/
Facebook : G Hotel Kelawai

Selamat Mencuba!