Pameran The Best of You 2018 di Aman Central Mall, Alor Setar

September 24, 2018

Salam dan Hai semua,

Pada 22 September yang lepas, Lia dan juga seorang kawan blogger Lyana Ishak telah menghadiri pameran “The Best of You 2018” di Aman Central Mall, Alor Setar, Kedah. Ini merupakan kali kedua Lia dapat jemputan sebagai blogger di Kedah selepas acara Safi Balqis Oxywhite yang lepas. Memang rasa teruja bila dapat balik kampung sekejap sambil tengok pameran.


Perjalanan kami kali ini berlainan sedikit memandangkan acara ini singkat, kami menaiki komuter ataupun KTM dari Pulau Pinang ke Kedah. Merupakan pengalaman yang kami belajar menaiki public transport ke acara luar Pulau Pinang. Selama ini kami banyak memandu kereta ke sana sini. Ini juga pengalaman baru Lia menaiki komuter ke Utara sedangkan komuter di Kuala Lumpur dan banyak kali. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang sejam dari KTM Tasek Gelugor menuju ke KTM Alor Setar. Setibanya di sana, kami dijemput oleh seorang kakak blogger Zahirah Dzahir yang menghantar kami ke Aman Sentral. Terima kasih banyak tolong kami berdua dah plan nak ambik grab, Kak Zahirah dah offer diri datang memandangkan hari hujan lebat.


Okay jom Lia terangkan dengan lebih lanjut mengenai Pameran “The Best of You 2018”. Pameran “The Best of You 2018" diadakan selama 3 hari dari 20 September sehingga 23 September 2018 di Aman Central Mall, Alor Setar. Pameran ini memilih Kedah sebagai salah satu lokasi pameran pada tahun ini dan juga beberapa negeri lain.

Buat pengetahuan korang, pameran ini merupakan idea dari pengeluar biskut dan makanan ringan Julie’s. Biskut Julie’s yang korang selalu makan tu yang banyak jual di pasaran.

Apakah Pameran “The Best of You” ?


Sejak tahun 2014, pengeluar biskut dan makanan ringan Julie’s telah memulakan pergerakan The Best of You secara rasmi. Mereka mengumpulkan semua cerita dari seluruh Malaysia dan Singapura tak kiralah apa jenis bangsa dan agama. Bukan sahaja di dua negara ini sahaja malah cerita dari warga asing yang bekerja di sini.

Matlamat pergerakan ini adalah untuk memberi tenaga positif dan membawa perubahan yang optimis kepada masyarakat, demi menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik.

“Pergerakan The Best of You membolehkan komuniti untuk menghargai diri dan satu sama lain, mengingatkan kita untuk menjadi versi terbaik diri kita, dan sentiasa menawarkan belas kasihan dan ampunan yang tidak terhingga. Pada tahun ini, The Best of You meneruskan himpunan setiap kisah kecil, demi memperingati individu yang telah bekerja secara senyap, dan membolehkan masyarakat unutuk melihat kerja keras mereka, mengakui dan menghargai setiap individu ini.” 

Encik Sai Tzy Horng merupakan pengasas utama menyatakan bahawa, sejak bermulanya pergerakan The Best of You, masyarakat telah memberikan semua dukungan yang mereka ada. Pergerakan ini juga berjaya mengumpul cerita yang boleh menghangatkan hati, memberi inspirasi kepada orang lain dan menggalakkan orang lain. Pameran The Best of You mempunyai cerita dari semua lapisan masyarakat, ia merupakan satu platform bagi kami untuk berkongsi dan mengakui semangat pergerakan itu.

------------------------------------------------------------------------------------------

Pada mulanya Lia memang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan pameran The Best of You ini. Lepas kami berdua diterangkan dengan lebih teliti baru lah kami faham. Yang dimaksudkan cerita itu cerita peribadi seseorang berkongsi bagaimana beliau melangkah dari kehidupan yang susah ke kehidupan yang lebih senang, melangkah dari zon negatif ke zon positif dan bagaimana mereka menghadapi dan melalui semua ini.

Lia juga tertarik dengan pameran ini juga mengambil idola bukan artis tetapi insan biasa contohnya pengalaman rakyat Malaysia dan Singapura. Ada satu cerita dimana dia pernah menjadi mangsa buli dalam kehidupannya dan bangkit dari kisah silam untuk berjaya. Setiap manusia akan mempunyai kisah silam yang buruk dan bagaimana kita menghadapi situasi tersebut dalam masa akan datang.

Mereka juga mengambil cerita dari pekerja luar contohnya pekerja asing dari Bangladesh ataupun Indonesia yang bekerja di Malaysia atau di Singapura. Kita selalu memandang rendah terhadap mereka. Mereka juga manusia seperti kita yang mencari rezeki dan pekerjaan untuk kehidupan seharian di mana negara mereka susah mencari pekerjaan dan ada pergolakan.

Sesetengah bangsa asing yang bekerja di sini, setelah tamat kontrak mereka akan pulang ke negara masing-masing. Sebelum pulang mereka akan berjumpa dengan majikan ataupun orang yang pernah tolong mereka sebelum ini untuk mengucapkan terima kasih. Majikan mereka terharu dengan perbuatan mereka walaupun tidak mendapat sebarang hadiah. Mereka mampu berbuat sedemikian kerana tidak mampu untuk membeli hadiah sebagai kenangan. Ini berbeza dengan situasi rakyat Malaysia di mana selepas berhenti akan terus pergi tanpa berjumpa dengan orang atasan.

Ada cerita di mana bangsa asing yang bekerja bersama pasangan, mereka berkahwin dan menetap di Malaysia. Mereka sering dihina dan diberi tomahan contohnya 'kamu pendatang' di sini. Sebab itulah tujuan The Best of You ingin mengumpul cerita sebegini dan berkongsi dengan orang lain.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang harmoni dan aman, dengan pelbagai bangsa dan agama sepatutnya menghormati satu sama lain. Kita seharusnya bersyukur hidup di negara yang aman dan tiada pergolakan.


Sepanjang pameran The Best of You ini juga, mereka telah mempamerkan berapa cerita pilihan mereka untuk berkongsi sesama pengunjung di sini. Cerita kebanyakkan dari rakyat Malaysia dan Singapura.


Sempena pameran The Best of You 2018 ini yang berlansung di Kedah, mereka memilih beberapa orang artis kelahiran Kedah untuk berkongsi bakat dan karya mereka dalam lukisan dan pamerkan di sini.

Pameran The Best of You 2018 ini juga terdapat lukisan dan kata-kata semangat sebagai background untuk bergambar.


Pameran ini juga ada beberapa kata-kata semangat yang dipilih dan berlainan mengikut pameran. Lia tertarik dengan kata-kata "BE A BUDDY, NOT A BULLY"

Ada satu sudut di mana banyak poskad tergantung dari cerita orang ramai yang dipilih dan dikongsikan bersama. Aktiviti yang menarik ramai orang ialah menulis poskad.

Lia dan Lyana juga diberi peluang menulis poskad kata-kata semangat dalam kehidupan. Kami akan mengisi nama di mana kami memberikan hak untuk berkongsi poskad kami. Poskad yang dapat diberi pilihan sama ada untuk diposkan kepada seseorang secara Percuma ataupun dikongsikan bersama yang lain. Kami berdua memilih untuk berkongsi kad dan gantung di sudut poskad yang lain. Kami juga perlu update gambar di tempat kejadian dan kemudiannya gambar kami di print sebanyak dua salinan. Satu salinan ditampalkan di poskad anda dan satu lagi untuk simpanan sebagai kenangan.

------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas siri pameran tahun lepas yang telah berjaya menyebarkan pergerakan The Best of You, tahun ini tidak terkecuali dan kami berharap bahawa orang ramai mampu menyaksikan cerita-cerita yang berlaku di hidupan kita. 

Sejak 2014, pergerakan kesedaran social “The Best of You” yang dimulakan oleh Julie’s telahpun membenarkan orang ramai untuk menghargai perkara-perkara yang sering diabaikan di kehidupan kita yang sibuk. Pergerakan ini bertujuan untuk membolehkan orang ramai berkongsi sebahagian daripada hidup mereka supaya kita dapat lebih menghargai satu sama lain. Tema “Reimagine” (Membayangkan semula) untuk tahun 2018 ingin menyampaikan berapa pentingnya untuk komuniti kita agar membayangkan kemungkinan baharu dan bahawa perubahan dapat berlaku sekiranya kita kongsikan pengalaman hidup dan cerita kita. Antara personaliti tahun ini, Sakinah terutamanya menceritakan tentang kepelbagaian budaya disebabkan identitinya yang berada antara dua budaya yang berbeza. Vineetha pula menceritakan tentang penghargaan kepelbagaian budaya dan bahasa. Ceritanya mengingatkan kita tentang kepentingan budaya kita. Cerita lain turut boleh kita temui di pameran The Best of You 2018

“Cerita yang telah dihantar kepada kami sering menyatakan tentang kepentingan hubungan di dalam kehidupan kita. Dengan setiap cerita yang berbeza, penceritanya mampu menemui sesuatu yang baru tentang hubungannya dengan diri sendiri atau orang lain. Demi perubahan, cerita dan perbualan yang ditampilkan mendesak pembaca untuk membayangkan semula dan juga mengubahkan persepsinya supaya hubungan komuniti kita dapat diperbaiki.” Seperti yang dinyatakan oleh Encik. Sai Tzy Horng, pengasas pergerakan “The Best of You”.

The Best of You 2018 akan menampilkan kompilasi yang mengandungi lebih dari 100 cerita dan bahan seni, yang dihasilkan oleh orang awam, personaliti terjemput dan juga artis berbakat. Pameran ini juga akan menampilkan aktiviti menulis poskad serta aktiviti- akitiviti interaktif lain.

Antara aktiviti The Best of You 2018 yang dijalan di Aman Central Mall, Kedah :


1. Bengkel Tanglung Kertas Arnab
Tarikh: 21/9/2018(Jumaat)
Masa: 3pm - 5pm

2. Ceramic Tiles Painting Workshop
Tarikh: 22/9/2018(Sabtu)
Masa: 2pm - 4pm


Penyertaan The Best of You 2018

Ada tak di kalangan anda yang ingin berkongsi cerita anda tak di The Best of You?

Cerita kebangkitan dan semangat kehidupan anda. Mana tahu anda nak berkongsi cerita bersama yang lain. Jika anda juga berhasrat untuk menyertai semangat pergerakan The Best of You. Anda hanya perlu memilih medium anda, sama ada melalui perkataan, gambar, video, muzik atau seni, dan memuat karya kamu ke www.thebestofyou.my

BE THE BEST VERSION OF YOU!!

#juliesthebestofyou

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community