Pengalaman Wawancara di Safi Balqis Oxywhite Roadshow di Aman Central Alor Setar Kedah

Salam dan Hai semua,


Kali ini Lia nak kongsikan pengalaman Lia ke Alor Setar, Kedah sempena dengan acara Safi Balqis Oxywhite Roadshow. Ini merupakan acara blog pertama Lia hadiri di kampung parent Lia di Kedah. Selalunya Lia menghadiri acara berkaitan blog di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Ini bukan acara biasa-biasa tapi bagi Lia ini luar biasa dan pengaman baru sempena bergelar blogger.

Syukur alhamdulilah Lia dan 2 rakan blogger baik yang selalu berjumpa dalam beberapa review iaitu Eintan Nurfuzie dan El Darweena terpilih sebagai KOL (Key Opinion Leader) untuk acara Safi Balqis Oxywhite Roadshow. Kami dijemput sebagai tetamu untuk acara ini dan kami akan ditemubual dan kongsikan sedikit tips pembersihan wajah dengan menggunakan produk Safi.

Kalau sebut mengenai produk Safi, rasanya golongan wanita sudah mengenali produk ini. Produk Safi ini telah lama dikenali dan kebanyakkan wanita Malaysia tidak mengira peringkat umur memakai produk jenama ini. Lia sendiri menggunakan produk Safi dari waktu sekolah menengah ini. Untuk pengetahuan semua, Safi mempunyai rangkaian produk yang banyak dan mempunyai banyak seperti Safi Balqis OxyWhite, Safi Rania dan macam-maca lagi.

Tapi untuk acara kali ini, lebih banyak kepada produk Safi Balqis Oxywhite untuk kulit yang lebih cerah. 

Safi Balqis Oxywhite Roadshow ini pada 1 September 2018 yang lepas bertempat di Aman Central North Atrium bermula pada pukul 2 hingga 4 petang.

Perjalanan kami bertiga dari Pulau Pinang mengambil masa selama 1 jam setengah. Kami menunggu ketibaan Eintan Nurfuzie daripada Perak dan terus carpool satu kereta ke Alor Setar. Dalam kereta pun kami sempat berkongsi tips jangan nervous depan orang ramai dan berbincang mengenai produk Safi. Bila sampai Aman Central Alor Setar kami terus parking dan ke booth Safi Balqis Oxywhite Roadshow ini. 

Sementara tunggu giliran kami untuk talk, kami sempat lunch di sana untuk hilang nervous. Kami juga dengar briefing dengan Puan Mahsuri, merupakan Marketing Manager untuk Safi. Beliau juga memberikan tunjuk ajar dan menerangkan dengan lebih terperinci mengenai produk Safi Balqis Oxywhite. Kami bertiga perlu memakan baju bertemakan produk Safi iaitu warna putih ataupun biru.



Sebelum sampai giliran kami bertiga untuk ditemubual, acara soal jawab dan kuiz telah diadakan untuk pengunjung yang datang dan pembeli yang membeli produk Safi di booth . Emcee untuk hari tersebut ialah Iffah Hazim merupakan pembaca berita sukaan TV1. Beliau sangat petah bercakap dan pandai mengelolakan majlis. Memang sesuai dengan kerjaya beliau. Crowd pada hari tersebut sangat lah happening dan orang Kedah memang supportive habis. Mereka akan join setiap kuiz, duduk dari awal sampai habis persembahan, dan join menari bersama penari Safi.

Kemudian acara temubual ataupun wawancara sudah pun berjalan. Emcee memanggil kami satu persatu naik ke small stage dimulai dengan Lia, Eintan Nurfuzie dan diakhiri dengan El Darweena. Mulanya agak nervous sebab pertama kali dapat jemputan acara macam ni kan. Kemudian bila dah lama baru lah Lia selesa dengan suasana dan mula rasa yakin untuk menjawab soalan. Terima kasih juga pada Eintan Nurfuzie yang banyak membantu kami sepanjang temubual. Kami bertiga berkongsi pengalaman masing-masing dalam penjagaan wajah dan juga penggunaan produk Safi Balqis OxyWhite dalam seharian. Semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Kakitangan produk Safi menari sambil memegang spanduk produk Safi Balqis OxyWhite. Sepanjang roadshow ini terdapat juga booth menjual barangan rangkaian produk Safi dan ada juga booth untuk semak status dan jenis kulit wajah anda.


Acara yang paling dinantikan ialah kemunculan duta produk Safi Balqis Oxywhite, Sarah Hildebrand. Beliau merupakan mix di mana bapanya merupakan American German & emaknya orang Melayu. That why lah Sarah Hildebrand cantik dan muka macam ala-ala Mat Salleh. Beliau memulakan kariernya dalam dunia hiburan pada tahun 2015. 

Perwatakan yang berhijab dan sopan ini sangat sesuai sebagai Duta produk ini. Sarah juga berkongsi dengan semua penonton di sini mengenai dirinya, penggunaan produk Safi Balqis OxyWhite dan juga bagaimana menjaga dan merawat kulit wajah.


Kemudian sesi bertukar hadiah dan diselitkan dengan sesi bergambar Duta produk bersama kakitangan Safi. 

Kemudian, kami KOL (Key Opinion Leader) dipanggil seorang demi seorang akan naik ke pentas untuk menerima hamper dari Safi dan diberikan oleh duta produk Sarah Hildebrand.

Sangat teruja bila dapat jumpa duta dan juga artis depan mata. Memang kami dari mula tak sabar nak jumpa Sarah Hildebrand dan kami tak akan lepaskan peluang bergambar bersama-sama.

Kami juga sempat bergambar bersama kakitangan Safi yang memeriahkan lagi acara ini. Tanpa mereka, acara ini akan hambar.

Acara penutup diakhiri dengan joget lambak. Semua kakitangan, penonton, emcee dan duta turut menarik memeriahkan bersama. Kan dah cakap tadi crowd memang best. Orang Kedah ni memang sporting habis. Dorang support dari awal sampai habis acara ini.

Kami juga bergambar dengan Puan Mahsuri, Marketing Manager yang memberikan banyak tunjuk ajar sepanjang acara dan penerangan produk Safi yang terperinci.

Inilah pengalaman manis Lia sepanjang menjadi blogger. Ini merupakan acara blog yang berlainan yang Lia join selama ini. Selepas acara ini, rasanya confident level semakin bertingkat dan perasaan beranu muncul. Dalam masa yang sama, semangat untuk teruskan blog semakin mendalam. Tujuan Lia berblog memang minat dari dulu, suka menulis dan berkongsi cerita dengan pembaca di luar sana. Lia akan jadi seorang yang lagi positif dalam dunia blog dan ingin berjumpa dan mengenali kawan blogger yang baru.

Safi merupakan produk yang sudah lama berada di pasaran. Mereka mempunyai makmal yang diiktiraf HALAL dalam membuat kajian dan menghasilkan produk. Lia memang mengesyorkan golongan wanita Malaysia untuk menggunakan produk Safi dimana produk ini sudah dikaji sesuai untuk kulit wajah orang Malaysia dan cuaca di Malaysia. Produk ini sudah dikenali ramai. selamat digunakan dan yang paling penting HALAL.

Dapatkan segera produk Safi Balqis Oxywhite untuk kulit yang cerah di pasaran sekarang!

Selepas ini Lia akan berkongsi mengenai produk Safi Balqis Oxywhite dan cara penggunaan. Tunggu next entry ya. Stay Tuned! Thanks for reading. Selamat Mencuba!