Apom Balik Cheese Terbaik dari Apom Balik Triple Q Relau, Pulau Pinang

Salam dan Hai semua,


www.liahasty.com

Apom Balik Cheese Terbaik dari Apom Balik Triple Q Relau, Pulau Pinang

Apom Balik merupakan makanan pencuci mulut yang manis dan rangup yang memang dikenali sejak dahulu lagi. Apom Balik biasanya akan dijual di sekitar pasar malam ataupun gerai atau warung tepi jalan. Apom balik biasanya berkulitkan tepung yang rangup ditabur dengan gula dan kacang tanah dah diletakkan jagung manis di dalamnya. Kali ini Lia nak tunjukkan kelainan baru iaitu Apom Balik Cheese Meleleh dari Apom Balik Triple Q. Lia bersama blogger Lyana Ishak dan Murniwati Awang berpeluang mencuba apom balik viral ini.

Lokasi Apom Balik Triple Q

www.liahasty.com

www.liahasty.com
Lokasi Apom Balik Triple Q terletak berdekatan dengan Public Bank Relau dan berhadapan dengan SPICE Arena (dahulunya dikenali dengan PISA). Lokasinya strategik dan mudah dicari. Kalau guna WAZE anda boleh search lokasi Public Bank Relau saja sebagai rujukan. Ada banyak parking si sekitar sini ataupun berhenti sekejap tepi jalan untuk beli.

Menu di Apom Balik Triple Q 

www.liahasty.com

Apom Balik Triple Q menyediakan hampir 46 menu dan dipecahkan kepada Special Triple Q Cheese Mozarella Meleleh, Special Triple Q Coklat, Triple Q & Special Triple Q-Slice Cheese. Banyak bukan menu yang ada? Yes anda boleh pilih pelbagai menu jika anda ingin mencuba kelainan apom balik dengan pelbagai perisa berbanding dengan perisa orginal. Anda boleh memilih menu mengikut kesukaan anda ataupun boleh bertanya dengan kakitangan disini perisa apom balik yang kerap dibeli oleh pelanggan yang lain.

Penyediaan Apom Balik Triple Q 

www.liahasty.com
Kakitangan di sini menyediakan apom balik panas-panas dan fresh gitu untuk pengunjung di sini. Anda pilih menu yang anda suka dan kakitangan di sini akan menyediakan secepat mungkin. Pengunjung perlu menunggu beberapa minit untuk apom balik masak.

www.liahasty.com

Apom Balik Triple Q tidak menyediakan meja dan kerusi untuk para pelanggan. Kebanyakkan pengunjung yang datang ke sini akan walk in beli dan makan di dalam kereta ataupun di rumah. Kalau anda nak rasa kerangupan dan kesedapan apom balik di makan panas-panas anda boleh terus makan berdiri atau duduk di kaki lama berdekatan.

www.liahasty.com
Apom balik selalunya dimakan terus panas-panas selepas masak di mana anda dapat merasakan sendiri kesedapan dan keenakan inti di dalamnya.

Waktu perniagaan Apom Balik Triple Q 

www.liahasty.com
Apom Balik Triple Q beroperasi dari lebih kurang pukul 1.00 hingga 7.00 petang. Waktu kemuncak biasanya pukul 4.00 dan 5.00 petang di mana ramai orang mula membanjiri untuk membeli apom balik.

Kelainan dan Keistimewaan Apom Balik Triple Q

www.liahasty.com

Kami juga sempat mencuba beberapa menu baru daripada 46 menu yang terdapat Apom Balik Triple Q. Kami tak lepaskan peluang untuk mencuba menu yang agak unik dan lain daripada yang lain. Apom Balik Triple Q menyediakan Apom Balik dalam saiz yang kecil dan tidak ada saiz yang besar setakat ini. Lia lebih prefer saiz kecil sebab senang nak makan dan suka bila gigit tepung yang crispy.

www.liahasty.com
Apom Balik Triple Q sentiasa memberikan kelainan mencipta menu baru dengan gabungan beberapa perisa yang lain. Menu baru yang ada sekarang ialah Apom Balik Carbonara dan Cheese yang berharga RM 4.00

Jom scroll bawah tengok apom balik yang sempat Lia cuba.

www.liahasty.com
**HOT MENU : Apom Balik Triple Q Carbonara @ RM4.00
Gabungan cheese dan sos carbonara 

www.liahasty.com
**HOT MENU Apom Balik Triple Q Cheese Meleleh @ RM4.00
Gabungan cheese dan Jagung Manis

www.liahasty.com
Apom Balik Triple Q Cheese Meleleh Bilis Garing @ RM4.00
Gabungan cheese dan sambal goreng Che Nor

www.liahasty.com
Apom Balik Triple Q Cheese Meleleh Serunding Daging @ RM7.00
Gabungan cheese dan serunding Daging

www.liahasty.com
Apom Balik Triple Q Slice Cheese Pisang @ RM3.00
Gabungan cheese dan pisang

www.liahasty.com
Apom Balik Triple Q Cheese Meleleh Coklat Chip @ RM4.00
Gabungan cheese dan coklat chip

www.liahasty.com
 Apom Balik Triple Q Cheese Meleleh Choki Choki @ RM4.00
Gabungan cheese dan choki choki

www.liahasty.com
Apom Balik Triple Q Slice Cheese Strawberi Chip @ RM4.00
Gabungan cheese dan choki choki


www.liahasty.com
Antara semua apom balik Lia paling suka sangat dengan Apom Balik Triple Q Cheese Meleleh . Lia memang suka sangat dengan cheese yang banyak dan makan mesti kena tarik apom balik serupa macam makan piza. Cheese kat sini tak kedekut & memang banyak. Dengan RM4.00 sahaja Lia dah makan Apom Balik Cheese yang sedap ni.


Boleh dikatakan semua menu apom balik yang Lia cuba semuanya sedap. Pada mulanya rasa eh boleh ke aku makan gabungan cheese dengan sos carbonara, pisang, coklat, serunding, cili bilis dan banyak lagi perisa lain. Agak-agak apa rasa apom balik dengan perisa lain yer? Tetapi rupanya tekaan Lia meleset sebab kesemuanya sangat sedap. Sumpah tak menyesal cuba apom balik kat sini. Lia dan rakan-rakan dah cuba, Anda bila lagi?

Anda juga boleh membuat tempahan apom balik untuk apa-apa jenis majlis dengan hubungi En Zul di  019-447 8801


Apom Balik Triple Q

Alamat : Berhampiran dengan Public Bank Relau

Waktu Operasi : 8.30AM - 3.00PM 

Jangan lupa follow media sosial :
➡Facebook : Apom Balik Triple Q

Selamat Mencuba!