Jom Tonton Filem Aksi Terbaik 2018 - Hunter Killer

October 25, 2018

Salam dan Hai semua,

Premiere Screening Hunter Killer di Sunway Carnival Mall
Siapa peminat tengok wayang di sini? Lia suka sangat tengok wayang tetapi disebabkan kekangan kerja dn waktu lain habiskan masa bersama blog. Dah tak macam dulu selalu sangat tengok wayang. Pantang ada cerita baru keluar mesti je nak jadi orang pertama tengok dulu. Dulu pernah seminggu sampai 3 kali tengok wayang. Tetapi sekarang busy yang teramat sangat Lia akan cari masa dan buat movie marathon terus beberapa filem menarik.

Premiere Screening Hunter Killer di Sunway Carnival Mall
Okay sudah Lia taknak bebel panjang. Lia nak kongsikan dengan korang semua salah satu filem menarik pada bulan Oktober ini. Pada hari Selasa yang lepas, Lia telah dapat jemputan beberapa blogger yang lain untuk menonton wayang filem Hunter Killer Premiere Screening di Sunway Carnval Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang. 

Premiere Screening Hunter Killer di Sunway Carnival Mall
Wayang bermula tepat pukul 9 malam dan tajuk filem Hunter Killer. Masa dengar tajuk terus lia google dan tengok trailer filem memang menarik. Kalau sesiapa sukakan filem yang berunsurkan aksi dan lasak, memang sesuai tengok filem ini.

Premiere Screening Hunter Killer di Sunway Carnival Mall
Sinopsis Hunter Killer

Gambar sumber Google
Hunter Killer adalah filem thriller Amerika 2018 diadaptasikan berdasarkan novel Firing Point 2012 oleh Don Keith dan George Wallace. Filem ini diarahkan oleh Donovan Marsh dan ditulis oleh Arne Schmidt dan Jamie Moss. Filem ini dibintangi oleh Gerard Butler, Gary Oldman, Michael Nyqvist, Common dan Toby Stephens.

Filem ini memberi kelainan di mana pertempuran di dalam air iaitu di dasar laut dengan pertempuran menggunakan kapal selam. Terdapat banyak aksi suspen, detik mencemaskan dan juga ketegangan. Penonton sendiri akan merasa sendiri suasana berada di dalam kapal selam daan juga di bawah dasar laut. Kita orang biasa jarang dapat melihat situasi di dalam kapal selam bukan?

Gambar sumber Google
Hunter Killer juga merupakan nama kapal selam milik Amerika Syarikat. 

Gambar sumber Google
Filem ini mengisahkan Kapten Joe Glass bersama kru dan anak kapalnya yang membawa kapal selam Hunter Killer yang menjejaki kapal selam Amerika bernama Tampa Bay yang hilang dari radar di perairan Rusia. Tugas mereka ini di bawah arahan Laksamana John Fisk untuk mencari dan menyelidik di mana kedudukan Tampa Bay.

Gambar sumber Google
Bukan sahaja ada pertempuran di dasar laut, malah ada juga pertempuran aksi yang hebat di darat. Dalam masa yang sama, di bawah arahan komando Bill Beaman telah menghantar sekumpulan Tentera Laut SEAL untuk mengekori secara sulit Pangkalan Angkatan Laut Tentera Rusia di Polyarny.

Image result for hunter killer
Presiden Rusia, Zakarin - Gambar sumber Google 

Image result for hunter killer
Sekumpulan Tentera Laut Selat yang dihantar secara sulit - Gambar sumber Google
Kapten Joe Glass dan sekumpulan Tentera Laut SEAL berusaha untuk menyelamatkan Presiden Rusia, Zakarin (lakonan Alexander Diachenko) yang menjadi tahanan telah dikhianati dan juga rampasan kuasa dari Menteri Pertahanan Rusia, Dmitri Durov (lakonan Michael Gor) yang mengancam menimbulkan isu perang dunia.

Image result for hunter killer
Gambar sumber Google
Semasa di lautan, Kapten Joe Glass mendapati Kapal Selam Tampa Bay yang hilang selama ini rupanya telah diserang turpedo oleh pihak Rusia. Dia juga telah menjumpai kapal selam yang lain iaitu dari Rusia bernama Konek yang tenggelam dan rosak. Hasil siasatan kapal selam Konek disabotaj secara internal. Kapten Joe Glass juga mengarahkan anak kapalnya menyelamatkan mangsa yang masih hidup di dalam kapal selam Konek. Mangsa yang masih hidup iaitu Kapten Sergei Andropov dan juga dua anak kapal. 

Image result for hunter killer
Kapten Sergei Andropov dan Kapten Joe Glass - Gambar sumber Google
Kapten Sergei Andropov juga telah membantu Kapten Joe Glass membawa kapal selam Hunter Killer dengan melalui kawasan periuk api dan pengesan bunyi dengan selamatnya tanpa dijejaki. Kapal selam Hunter Killer juga diserang oleh kapal selam Rusia yang lain yang bersembunyi di bawah pergunungan ais. Kapal selam Hunter Killer juga mengalami kerosakan teruk, kebocoran dan detik mencemaskan mula terjadi.

Adakah misi menyelamatkan dan mengelakkan peperangan besar terhasil?

Mampukan kapal selam Hunter Killer bertahan sampai ke akhir?

Apakah kesudahan filem ini?

Anda kena saksikan sendiri filem Hunter Killeri ni dan mengamatinya hingga ke akhir filem. Untuk filem Hunter Killer ini Lia bagi 5 bintang. Filem aksi memang pilihan filem Lia untuk ditonton.

Gambar sumber Google

Jangan lupa saksikan filem ini di pawagam terdekat pada 25 Oktober 2018
Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem aksi menarik ini. 

#hunterkillermalaysia

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community