Manjakan Diri dengan Rawatan Wajah, Badan dan Kaki di Spa Terbaik - Eco Wellness Sanctuary Pulau Pinang

Salam dan Hai semua,

Bekerja seharian memang memenatkan kadang kala membuatkan kita letih, lesu dan tidak bermaya. Kerjaya pula kadang-kala perlu berada di pejabat dan kadang kala kena berada di tapak bina. Cuaca juga tidak menentu ada masanya hujan ada masanya panas. Berulang-alik ke tempat kerja dan ke sana sini ditambah pula dengan memandu di dalam trafik yang sesak lagi membuatkan kita stress dan bertambah penat.

Kadang-kala Lia juga rasa perlu manjakan diri di mana-mana spa untuk buat rawatan muka, urutan badan dan kaki untuk menghilangkan keletihan dan kelesuan yang dihadapi bukan. Tak salah kan nak manjakan diri sekali sekala sekurang-kurangnya dapatkan hilangkan beban seketika dan keadaan diri pun makin terurus.

Kalau dari segi penjagaan wajah memang diamalkan setiap hari sebagai rutin harian untuk memelihara kulit wajah sentiasa sihat. Tetapi kalau rawatan muka atau wajah secara terperinci, urutan badan dan kaki pula bagaimana? Kita tak boleh nak buat sendiri bukan? Buat sendiri hasilnya tak sama dan menyeluruh.


Lia tercari-cari dimanakah spa yang sesuai untuk memenuhi kehendak Lia dari rawatan wajah, muka dan kaki. Kalau tersalah cari spa yang tidak sesuai memang sangat mengecewakan. Tetapi hasrat untuk cari spa yang terbaik dan termakbul sebab Lia dah jumpa Eco Wellness Sanctuary cawangan Pulau Pinang.

Eco Wellness Sanctuary merupakan satu-satunya cawangan di Pulau Pinang dan terletak di tengah-tengah ibu negeri Georgetown. Berhadapan dengan bangunan KOMTAR dihadapannya dan terletak di bangunan warisan (heritage). Eco Wellness Sanctuary beralamat di 199, Jalan Magazine, 10300 George Town, Pulau Pinang. Spa ini mudah dicari kerana betul-betul bersebelahan jalan di hadapan lampu isyarat dan laluan melintas orang ramai. Bagi anda yang memandu jangan risau dimana banyak kemudahan parkir berhampiran. Anda boleh meletakkan kenderaan anda di parkir terbuka berdekatan dengan Hotel St. Giles Wembley ataupun di dalam parkir bertingkat di bangunan KOMTAR dan hanya lintas jalan ke spa ini.

Pengenalan mengenai Eco Wellness Sanctuary

Diilhamkan oleh kesejahteraan semulajadi, Eco Wellness Sanctuary menghubungkan penemuan bahan-bahan yang paling kuat untuk kesihatan dan kesejahteraan tetamu kami.

Kami membawa anda terapi urut eksklusif, terapi sauna FIR dan produk spa yang bukan sahaja menghasilkan semula kulit, tetapi juga memberikan rasa kesejahteraan yang mendalam kepada semangat dan fikiran. Tidak dapat ditandingi dalam prestasi dan kesucian, Eco Wellness Sanctuary menggunakan hanya minyak pati organik yang bersumberkan etnik dan bersertifikat yang terbaik untuk menyembuhkan dan memelihara.

Eco Wellness Sanctuary Pulau Pinang


Apabila melangkah masuk ke sini terus disambut mesra dengan kakitangan di sini. Mereka sudah mengetahui pengunjung yang datang membuat temujanji.

Dari luar nampak spa ini hanyalah sebuah kedai kecil. Tapi jangkaan Lia meleset apabila masuk ke dalam rupanya memanjang ke dalam dan agak luas. Spa ini di bangunan warisan (heritage) yang sudah lama tetapi masih utuh dan nampak baru. Dekorasi dalaman memang minimalis, susunan perabot yang teratur (well organised) dan suasana yang mendatangkan mood yang menenangkan. Muzik berunsurkan hutan dan bunyi binatang seperti burung memang bersesuaian dengan jiwa pengunjung.



Anda juga akan lihat susunan produk-produk yang digunakan di kabinet. Produk yang digunakan di semestinya terbaik dan berkualiti antaranya Swiss-Formulation dan CERTIFIED organik (Ecowell) yang diimport. Herba-herba mampatan merupakan bahan yang berasal dari herba penyembuhan tradisional Malaysia iaitu dari hutan hujan kita sendiri. Anda juga boleh membeli produk ini terus di spa.




Di atas meja kaunter akan dipaparkan senarai rawatan yang ada disini berserta harga.


Eco Wellness Sanctuary Pulau Pinang ini beroperasi setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 11.30 malam.


Pengunjung yang datang akan tunggu sebentar di sofa sebelah kiri sebelum memulakan rawatan.


Terdapat juga sofa dan kerusi untuk ruangan menunggu.


Sebelum membuat rawatan, perlu tukar kasut ke selipar dahulu.

Sudah alang-alang Lia ke sini, Lia terus membuat 3 rawatan iaitu Foot Therapy, Body Scrub dan Organic Facial. Anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu sebelum datang ke sini.

Welcome Footwash


Ruangan Footwash untuk pengunjung yang datang ke sini.




Setiap tetamu yang datang ke spa ini akan diberikan percuma Welcome Footwash.



Kaki akan dibasuh terlebih dahulu dengan menggunakan garam laut, dibilas menggunakan air suam dan dilap menggunakan tuala bersih.

Foot Therapy

Seterusnya Lia terus ke ruangan Massage Chair untuk rawatan Foot Therapy selepas mencuci kaki.


Terdapat banyak ruangan dan berderetaan massage chair untuk Foot Therapy kat sini. Untuk meletak barangan peribadi anda boleh diletakkan di meja tepi yang disediakan. Yang menarik massage chair ini ada multi port USB Charger. Massage chair disini memang empuk, selesa dan boleh adjust secara automatik ke belakang atas permintaan pelanggan.

Bunyi air yang mengalir di ruangan tengah terdapat pasu berisi air memang menghasilkan suasana dan mood yang romantik, selesa serta tenang. Walaupun spa ini berhampiran dengan jalan dan trafik lalu lintas di luar, tetapi di dalam anda tak akan mendengar bunyi bising dari luar.

Di atas massage chair terdapat dua helai tuala warna ungu untuk kedua-dua kaki dan juga selimut berwarna coklat.

Foot Therapy kat sini memang sangat best boleh menghilangkan lengah-lengah yang banyak berjalan sebelum ini. Lia memang suka urutan di kaki tapi sedikit sensitif dan geli bila orang sentuh di bahagian bawah tapak kaki. Tetapi sebab urutan kaki di sini memang terbaik dan geli pun terpaksa tahan seketika. Lia memilih Foot Therapy selama 1 jam.

Kalau terasa sejuk boleh juga tutup badan anda dengan selimut yang disediakan. Jika tak tahan dengan suhu aircond yang sejuk, boleh juga request dari kakitangan di sini untuk merendahkan suhu. Hampir nak terlena bila ada orang urut kaki sambil baring di massage chair yang empuk.

Foot Therapy disini terdapat dalam 3 jenis :
1) 60 minit @ RM 78.88
2) 90 minit @ RM 102.08
3) 120 minit @ RM 125.28

Anda boleh memilih mengikut bajet anda dan juga tempoh mengikut keselesaan anda. 

*Harga ini termasuk Service Tax 10% & SST 6%

Body Scrub

Selepas selesai manjakan kaki dengan Foot Therapy, seterusnya Lia manjakan diri dengan Body Scrub.

Lia berubah tempat dari massage chair ke ruangan massage room yang mempunyai katil untuk rawatan Body Scrub pula. Ruangan massage room VIP Room 2 terletak di bahagian bawah dan bersebelahan dengan tandas.

Di atas katil sudah tersedia tuala, kain batik untuk persalinan, disposable underwear dan juga hair shower untuk menutup rambut anda dari basah.

Lia perlu bertukar pakaian sedia ada kepada kain batik yang diberikan. Proses Body Scrub ini mengambil masa lebih kurang 45 minit. Bahan yang digunakan ialah garam laut yang diimport dari Jerman. Perasaan rasa tenang dan badan rasa bersih apabila kakitangan mengosok garam laut ke badan dan menyental. Rasa daki dan kotoran dari badan terus hilang. Proses ini dibuat secara menyeluruh di bahagian badan, kedua belah tangan dan kaki kecuali muka dalam keadaan baring dan juga meniarap. Selepas habis disapukan garam laut, Lia terus mandi bersihkan badan untuk membuang hasil garam di badan.

Pengaman Body Scrub di sini memang terbaik bagi Lia di mana bila buat sendiri di rumah rasanya memang lain dan tak sama di sini. Bila orang buatkan ke seluruh badan lagi-lagi di kawasan belakang badan yang susah dicapai memang lah sangat berpuas hati. Hasil ke atas kulit Lia rasa bersih, selesa dan hilang segala kekotoran.


Body Scrub - 60 minit @ RM 128.00

*Harga ini termasuk Service Tax 10% & SST 6%

Organic Facial Therapy

Selepas selesai Foot Therapy dan juga Body scrub, Lia ke rawatan yang terakhir untuk wajah iaitu Organic Facial Therapy.


Lia baring di atas katil massage room yang disediakan dan di selimuti untuk mengelakan kesejukkan.


Proses ini mengambil masa lebih kurang 1 jam dan secara berperingkat. Ia dimulakan dengan aplikasi Cleansing Milk, Cleansing Soap, Toner, Rose Essential Oil Massage Facial, Face Mask, Toner dan Eye Cream mengikut jenis dan keadaan kulit.

Kulit wajah akan dirurut-urut secara perlahan-lahan dan lembut hingga ke sekitar leher. Kebaikan Organic Facial Therapy ini dapat mengeluarkan kotoran dari  liang yang tidak tersumbat, menghalang kedutan dan memberikan hasil kulit yang sihat.

Wajah dibersihkan dengan air suam dan dibuat dengan lembut.

Proses Organic Facial Therapy memang memberikan kesan kulit yang sangat lembut dan lebih anjal. Urutan wajah di sini memang dibuat secara lembut dan Lia hampir tertidur masa rawatan. Lia sangat berpuas hati dengan hasil kulit wajah selepas rawatan Organic Facial Therapy.

Organic Facial Therapy - 60 minit @ RM 108.00

*Harga ini termasuk Service Tax 10% & SST 6%

Massage Room

Eco Wellness Sanctuary Pulau Pinang menyediakan banyak massage room untuk pelanggan yang datang di bahagian tingkat bawah dan juga tingkat atas.


Terdapat pelbagai jenis dan pilihan bilik untuk pengunjung.

Jika anda datang berseorangan boleh memilih massage room untuk 1 orang

Jika anda datang berduaan bersama pasangan ataupun kawan boleh memilih massage room untuk 2 orang

Jika anda datang bertiga pula  boleh memilih massage room untuk 3 orang

Anda boleh memilih Massage Room mengikut keselesaan anda.

Kemudahan tandas

Kemudahan Tandas di sini sangatlah selesa dan bersih. Terdapat dua ruangan di mana salah satunya ruangan mandi dan lagi satu ruangan tandas. 

Kakitangan disini semuanya cekap dalam bidang urutan dan didatangkan dari Thailand.

Antara servis yang disediakan :


Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk video di bawah.
Jangan lupa SUBSCRIBE youtube channel Lia Hasty ➤ www.youtube.com/liahasty


Eco Wellness Sanctuary Pulau Pinang

Alamat : 199, Jalan Magazine, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi :11.00AM - 11.30PM | 6PM - 10PM
Setiap hari

Telephone : 04 - 3713689
Whatsapp: 018 - 3836163

Jangan lupa follow media sosial :
➡Laman web : https://www.ecowellness.me/
Facebook : https://www.facebook.com/ecowellnesssanctuary/
➡Instagram : https://www.instagram.com/ecowellnesssanctuary/


Post a Comment

0 Comments