Salam dan Hai semua,
Korang tahu tak betapa pentingnya mengambil sarapan pagi? Pengambilan sarapan pagi juga lebih penting dari makan tengah hari. Jangan abaikan sarapan pagi dimana merupakan diet pemakanan yang lengkap. Sarapan pagi mempunyai kebaikan yang tersendiri dalam menjaga kesihatan badan.
Kebaikan mengambil sarapan pagi
1. Membantu anda mengambil diet pemakanan yang baik
2. Beri tenaga
3. Lebih konsentrasi
4. Penyerapan nutrien lebih berkesan
5. Baik untuk kesihatan jantung
Sebelum ini Lia juga seorang yang suka skip sarapan pagi. Akibat dari tabiat itu Lia sakit perut dan mengidap gastrik. Perut rasa tersangatlah pedih dan dipenuhi asid akibat gastrik. Kerja yang sangat busy dan Lia melewatkan waktu makan mendorong Lia mendapat penyakit gastrik.
Akibat dari peristiwa tersebut lah Lia telah menjaga pemakanan, tidak lupa sarapan pagi dan makan pada waktu yang ditetapkan. Lia juga mengamalkan minum susu setiap hari untuk menawar penyakit gastik. Dengan disiplin dah teraturnya pemakanan setiap hari, gastrik Lia semakin hari semakin berkurangan.
Di sini Lia nak berkongsikan serba sedikit apa menu sarapan pagi dan juga susu yang diminum setiap hari semestinya susu jenama Dutch Lady. Susu pilihan Lia ialah susu Dutch Lady PureFarm UHT Full Cream Milk.
Susu UHT Pure Farm Full Cream Milk
Maksud UHT : Ultra High Temperature merupakan salah satu teknologi pemprosesan makanan melalui kaedah pensterilan untuk membunuh spora-spora yang ada di dalam susu. Suhu yang digunakan adalah sebanyak 135 darjah celsius dalam temph masa selama 4 saat sahaja..
Kelebihan susu UHT ini adalah lebih tahan lama berbanding susu yang bukan UHT. Jika kotak susu UHT tersebut masih belum dibuka, ianya mampu bertahan selama beberapa bulan ( 6 - 9 bulan ) jika dibandingkan dengan susu yang bukan UHT. Kebiasaannya, hanya dalam beberapa hari sahaja.
Dutch Lady Strong Start Breakfast Box
Pada minggu lepas, Lia telah menerima Dutch Lady Strong Start Breakfast Box dari Dutch Lady Malaysia. Pembungkusan Breakfast box yang cantik berwarna biru dan sangat berat nak angkat.
Lia rasa bertuah dapat Breakfast Box dari Dutch Lady Malaysia. Terkejut dapat kotak besar dan didalamnya terdapat dua susu 'Dutch Lady PureFarm UHT Full Cream Milk' 🥛, dua set gelas kaca 🍷, pendrive , risalah & juga sebekas hidangan breakfast 🍳
Nak tahu apa Breakfast Box 📦 yang lia dapat❓ Jom ke seterusnya tengok apa yang Lia makan sarapan pagi untuk hari pertama.
Dutch Lady Breakfast Challenge Day 1
DAY 1 - Hari pertama breakfast Lia makan nasi lemak dapat #strongstart Breakfast 🍳 Box 📦 dari Dutch Lady Malaysia. Nasi Lemak memang salah satu hidangan breakfast di Malaysia.
Nasi lemak best bila nasi 🍚 yang dimasak bersama santan yang menyelerakan dimakan bersama sambal, ikan bilis goreng 🐠 dan telur rebus🥚.
Lagi best bila padankan breakfast anda dengan segelas susu 🥛'Dutch Lady Pure Farm Full Cream Milk' yang berkhasiat 👍
Dutch Lady Breakfast Challenge Day 2
HARI 2 - Hari kedua #breakfast Lia makan sandwich roti 🍞 berintikan isi ayam 🍗 di dalam dan bersalut telur.
Menu sederhana dan sedap memang senang nak buat. Masak guna toaster je dah siap. Beberapa bahan dalam menu dah boleh menghasilkan sarapan pagi yang enak. 😉
Sarapan pagi tidak lengkap jika tidak menyiapkan sarapan dengan susu percuma 🥛'Dutch Lady Pure Farm Susu Krim Penuh 'yang berkhasiat 👍
Dutch Lady Breakfast Challenge Day 3
DAY 3 - Hari ketiga #breakfast Lia makan menu simple je bihun goreng. Rasa rangup makan dengan bawa goreng.
Dutch Lady Breakfast Challenge Day 4
DAY 4 - Hari keempat #breakfast Lia makan menu favorite Lia Dan rakyat Malaysia - roti telur/canai cicah kuah kari + dalca. Memang marvelous 😍
Dutch Lady Breakfast Challenge Day 5
DAY 5 - Hari kelima #breakfast Lia makan menu berkuah koew teow sup/teng dengan bahan-bahan ayam, fishball &; fishcake. Nak extra pedas makan bersama sambal. Nyum nyum 😋
Jangan lupa breakfast ❗Penting untuk memberikan tenaga dan buat anda sentiasa cergas lakukan aktiviti sepanjang hari.Lia sekarang memang sudah mengamalkan pengambilan breakfast setiap hari di mana Lia memerlukan tenaga sepanjang hari untuk bekerja. Jika Lia tidak ambil sarapan, badan akan terasa lemah dan lesu menunggu waktu makan tengah hari. Kadang-kala Lia mengambil makanan berat ataupun ringan tak kisah janji tak lupa untuk makan.
Pengenalan susu Dutch Lady
Dutch Lady Milk Industries Berhad Ditubuhkan pada tahun 1963, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) ialah syarikat tenusu terkemuka di Malaysia. Ia dimiliki oleh salah satu syarikat koperasi tenusu terbesar di dunia, Royal FrieslandCampina NV, syarikat tenusu multinasional Belanda.
Dutch Lady Malaysia merupakan syarikat susu pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1968 dan yang pertama untuk memperkenalkan Susu Tepung Formula untuk Kanak-kanak di Malaysia pada tahun 1988. Dutch Lady Malaysia, dianugerahkan sebagai Syarikat Terbaik 2014 oleh The Edge Billion Ringgit Club, mengeluar dan menjual pelbagai produk tenusu yang berkualiti untuk pasaran tempatan dan eksport, dengan semua produk mempunyai pengikut yang ramai bagi jenama seperti Dutch Lady dan Friso Gold.
Khasiat susu Dutch Lady
Sebagai susu No.1 di Malaysia5, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti:
➤ Protein membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik;
➤ Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak6, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif;
➤ Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja;
➤ Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein6;
➤ Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus6.
Mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! Sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang susu Dutch Lady Malaysia dan segala promosi akan datang, boleh kunjungi laman web dan media social di bawah :
Website : www.dutchlady.com.my