Salam dan Hai semua,
Sudah sampai ke penghujung tahun bulan Disember dan penutup tahun 2018 tidak lama lagi. Perayaan hari Krimas dan juga sambutan tahun baru juga akan datang tidak lama lagi. Sempena cuti sekolah ini ramai yang berkumpul bersama keluarga pergi bercuti dan meluangkan masa bersama-sama bukan. Bagi mereka yang masih mencari-cari tempat berkumpul atau pun makan bersama keluarga, Jom Lia nak cadangkan satu tempat menarik.
Kali ni Lia nak mempromosikan salah sebuah hotel yang menyediakan Christmas Buffet pada bulan Disember ini dan Lia akan mengesyorkan sajian makanan yang terbaik dari Olive Tree Hotel.
Christmas Buffet di Olive Tree Hotel Pulau Pinang
Untuk hidangan Christmas Buffet kali ini anda boleh memilih brunch ataupun dinner. Harga yang ditawarkan berlainan untuk kedua-duanya. Christmas Buffet ini bertempat di Dining Room Sukkah di Tingkat 1.

Olive Tree Hotel menyediakan dekorasi dan perhiasan yang menarik mengikut tema hari Krimas. Di bahagian Lobi di tingkat satu, terdapat satu sudut yang dihias untuk bergambar memang sesuai untuk instagrammer.

Di bahagian luar pula berhadapan dengan hotel, terdapat satu rumah kayu yang dihias sempena krimas seperti lampu hiasan dan juga rusa terbang. Anda juga boleh bergambar di situ berdekatan dengan kawasan parkir.
Mood krimas akan bertambah lagi jika anda lihat pokok krimas besar sebelum memasuki hotel. Anda boleh datang pada malam hari untuk lihat kemeriahan lampu pokok tersebut.

Semasa anda menikmati hidangan makanan Christmas Buffet di sini anda juga akan dihidangkan dengan nyanyian Christmas Carolling sempena krimas dari pertubuhan atau yayasan jemputan.
Menu hidangan dan sajian sempena Ramadan di Olive Tree Hotel


Sempena bulan krimas ini, Olive Tree Hotel menyediakan hidangan istimewa sesuai dengan menu krimas dalam pilihan hidangan bufet yang baik dalam suasana makan yang bersesuaian. Olive Tree Hotel mempamerkan hidangan makanan utama hingga ke pemanis mulut. Bukan setakat deko dan perhiasan di ruang hadapan dan lobi, malah makanan juga turut dihiaskan mengikut tema krimas. Jom kita lihat menu yang disediakan.
Hidangan Utama :

Steamed White Rice

Seafood Paela Rice

Roasted Beef with Red Plum Sauce

Pan Fried Fish with Dill Cream

Grill Chicken with Black Pepper Sauce

Sauted Crispy Noodle

Sotong Sumbat

Roasted Baby Potato with Herb

Buttered Vegetable with Brussel Ssprout

Chinese Fish Soup

Honey Roasted Pumpkin Soup
Aneka Pilihan Roti

Terdapat satu sudut pelbagai pilihan roti untuk pelanggan yang datang. Boleh memilih roti yang digemari dan makan bersama sup.

Hidangan krimas tak akan lengkap dengan dua hidangan special iaitu menu turkey ataupun ayam belanda ini.
Honey Glazed Turkey Square with Pineapple

Whole Roasted Turkey with Raisin & Chestnut Stuffing

Japanese Corner
Jika anda ingin merasakan makanan jepun, anda boleh ke sudut ini terdapat beberapa hidangan.

Mee Ramen

Pilihan sushi beserta wasabi

Tamagoyaki
Cheese Corner

Aneka pilihan cheese bersama kekacang
Salad Corner

Mixed lettuce

Aneka Dressing bersama Red Beans, Tomato Cherry, Carrot, Red Garbage, Green Olive & Corn Kernel
Carrot with Sausage Salad, Potato Salad, Coleslaw, & Macaroni with Apple

Beef Salami
Terdapat juga beberapa gerai yang menghidangkan menu makanan yang tersendiri. Ini beberapa gerai yang terdapat di dalam kawasan hotel.
Gerai Fried Radish Cake
Pasta Station

Brazillian Grilles


Squid, Tilapia, Beef, & Chicken Sausage
Aneka Pilihan Sos

BBQ Sauce, Mint Sauce, Black Pepper Sauce, Mushroom Sauce
Minuman

Minuman Panas dan Sejuk
-----------------------------------------
Hidangan tak akan lengkap jika tidak berakhir dengan pencuci mulut iaitu hidangan kek, kuih-muih, aiskrim dan buah.
Aneka Buah-Buahan
Aneka Kek & Biskut Krimas


Mixed Fruit Cake, Raspberry Chocolate Mousse, Chocolate Cake, Yule Log Cakes,
Lemon Meringue, Fruit Jelly, Tart
Christmas Cookies - Ginger Bread Man
Popcorn

Chocolate Moist Pudding with Vanilla Sauce
Gerai Ais Kacang & Aiskrim

Pelbagai pilihan aiskrim

My Plate
Ini merupakan pinggan hidangan yang Lia cuba sepanjang di sini. Ada banyak lagi yang tak sempat snap. Memang hidangan kat sini semuanya sedap dan lazat. Rambang mata nak pilih yang mana satu. Yang terbaik kita mencuba semuanya sekali.
Sebelum balik, dapat Christmas Gift dari Olive Tree Hotel
Pengenalan Ringkas Mengenai Olive Tree Penang
Olive Tree Hotel terletak di sepanjang koridor perindustrian dan korporat Pulau Pinang. Ia juga adalah hotel yang sesuai dengan Indeks Bangunan Hijau Indeks (GBI) yang membanggakan akses mudah ke mercu tanda utama dan menjadi tuan rumah persekitaran yang selesa dan kondusif untuk para pelancong perniagaan dan pelancong. Hotel ini sebanyak25-tingkat seni bina yang bergaya dengan jumlah 228 bilik dan 24 suite, para tetamu boleh mengharapkan bukan sahaja ruang berfungsi yang pasti memberikan keselesaan sepenuhnya.
Olive Tree Hotel juga dibina untuk memenuhi mesyuarat, konvensyen, jamuan dan majlis perkahwinan. Ia menempatkan Grand Ballroom dengan galeri mezzanine yang dapat menampung sehingga 720 orang dan bilik fungsi 7 dengan pelbagai dimensi yang boleh didapati dengan keinginan anda.
Dekorasi Dining Room Sukkah di Olive Tree Penang

Dining Room Sukkah terletak di Level 1 agak luas dan besar berbanding Dining Room Selah mempunyai daya tarikan yang sendiri. Dekorasi yang moden dan cozy juga memainkan peranan menarik minat pengunjung di sini.
Susunan meja juga keamas, teratur dan tersusun. Sesuai untuk jumlah pengunjung yang agak ramai melebihi 100 orang. Terdapat banyak pilihan tempat duduk, di bahagian hadapan, tengah ataupun di bahagian luar.
Harga Christmas Buffet Dinner di Olive Tree Penang
Christmas Eve Buffet Dinner
RM138+ untuk orang dewasa.
RM69+ untuk kanak-kanak.
Christmas Day Buffet Brunch
RM95+ untuk orang dewasa.
RM47+ untuk kanak-kanak.
Untuk butiran dan tempahan, sila hubungi:
Olive Tree Hotel Penang
No.76, Jalan Mahsuri,
11950 Bayan Lepas,
Penang, Malaysia.
Tel : +6 04 637 7777 ext.7712
Fax : +6 04 637 7766
Laman web : http://www.olivetreehotel.com.my
Facebook : Olive Tree Hotel Penang
Instagram : @olivetreehotelpenang
0 Comments