Sila Ambil Pengajaran Lepas Kes Tati Skincare Menang Saman 3 Juta

December 22, 2018

Salam dan Hai semua,

Begitu banyak produk kecantikan di luar sana dan banyak pilihan untuk kaum wanita memilih produk yang bersesuaian dengan kulit wajah mereka. Salah satu produk kecantikan terkenal di Malaysia iaitu Tati Skincare juga menjadi pilihan wanita Malaysia.

Sidang Media produk Tati Skincare yang dijalankan di Flora Terrace bersama pihak media

Baru-baru ini telah digemparkan dengan berita seorang blogger telah mengeluarkan artikel berunsur fitnah terhadap produk ini. Dikhabarkan juga bukan sahaja satu artikel malah lebih dari itu hampir berbelas-belas artikel yang dibuatnya. Malah gambar peribadi pengasas produk ini turut dikecam dan ditinggalkan dengan komen-komen negatif sehingga menggangu kehidupan peribadi beliau. Kesan daripada tular ke social media telah memberikan impak buruk dan negatif orang ramai terhadap produk Tati Skincare. Sekaligus menghakis kepercayaan pengguna terhadap produk tersebut.

Selepas kejadian ini, pengasas produk Tati Skincare, Norashikin Muhammad telah mengambil tindakan dengan menyaman blogger berkenaan. Susulan daripada kes ini, beliau telah memenangi kes tuntutan saman fitnah sebanyak 3 juta. 

Keempat pengasas Tati Skincare - Norhayati Norhasyima, Maradina Najib dan Tanti Rahayu Abdul Halim

Norashikin Muhammad bersama tiga orang pengasasnya yang lain Norhayati Norhasyima, Maradina Najib dan Tanti Rahayu Abdul Halim bersama peguamnya telah mewar-warkan berita tersebut di majlis sidang media Tati Skincare yang diadakan di ibu kota lalu.

Sidang Media bersama empat pengasas produk Tati Skincare bersama peguam dan pengurus operasi.

Pihak Tati Skincare juga pernah menjalankan proses mediasi (perbincangan) bersama dengan defendan dan memintanya menurunkan artikel di laman blognya. Namun pihak defendan tetap berdegil sehingga akhirnya kes ini dibawa ke mahkamah.

 Pada 22 November lalu, Mahkamah Kota Bharu, Kelantan telah mengarahkan individu tersebut (defendan) untuk membayar kepada Tati Skincare (plaintif) sebanyak RM3 juta berhubung penulisan artikel berbaur fitnah yang ditulis olehnya. 

Md Faiez Md Suhaimi, Peguam yang mewakili Tati Skincare memohon agar blogger di luar sana lebih beretika dalam penulisan yang disiarkan. Blogger perlu ada etikanya sendiri sama seperti pekerjaan lain. Individu berkenaan menulis artikel tentang perkara tidak benar dan fitnah terhadap anak guamnya. Antara artikelnya yang dikeluarkan ialah :

➤ Produk Tati Skincare adalah ‘produk timbang kilo’.

➤ Pengasas Tati Skincare pergi menunaikan umrah menggunakan hasil jualan dan penipuan

➤ Kesemua produk Tati Skincare adalah beracun

Pengasas juga berharap kes ini dapat dijadikan pengajaran untuk nitizen dan pengguna di luar sana. Mereka ingin membersihkan nama mereka dan berharap orang ramai tidak memandang serong dengan produk Tati Skincare.  Harapan pengasas produk Tati Skinare agar netizen tidak menggunakan media sosial dan internet untuk menghentam mana-mana pengasas produk. Sebaliknya berhubung terus dengan pihak berkaitan jika mempunyai masalah daripada mengeluarkan artikel yang tidak benar dan sahih.

Kesemua produk Tati Skincare

Untuk pengetahuan semua, Tati Skincare mula dilancarkan pada 2015 dan sehingga kini sudah hampir empat tahun. Tati Skincare sudah mengeluarkan 11 jenis produk, antaranya krim pemutih, gincu, maskara dan bedak kompak.

Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi :

Facebook : Tati Skincare
Instagram : @tatiskincare_hq


You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community