Gedung Pasaraya Sunshine Online & Label Pakaian a.s.a.p Kini di Shopee

January 19, 2019

Salam dan Hai semua,

www.liahasty.com

Gedung Pasaraya Sunshine Online & Label Pakaian a.s.a.p Kini di Shopee

Pada 12 Januari 2019 yang lepas, Lia berpeluang untuk menyertai satu acara pelancaran "Sunshine Online & a.s.a.p Now on Shopee!" yang berlansung di Gusttimo Cafe, Level 1 Concourse area Sunshine Square, Pulau Pinang. Acara berjalan sekita pukul 1.30 petang bersama juga tetamu jemputan yang lain.

Lia nak kongsikan berita baik untuk warga Pulau Pinang bahawa penggemar barangan pasaraya Sunshine kini sudah berada di Shopee. Kini semuanya di hujung jari anda dan tidak perlu bersusah payah kerana semuanya boleh dibeli secara atas talian di laman web atau aplikasi Shopee. Seperti yang sedia maklum kini ramai pengguna Shopee yang menggunakan platform ini untuk membeli belah dan memang di kenali ramai. Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Lia juga pernah membeli beberapa item daripada Shopee sebelum ini.

Sebelum itu Lia nak terangkan apa itu Sunshine

Untuk rakyat Pulau Pinang memang sudah mengenali Sunshine merupakan jenama rantaian runcit gedung serbaneka, dan pusat beli belah yang terkenal di Pulau Pinang. Sunshine mempunyai 6 cawangan di Pulau Pinang antaranya 5 di pulau dan 1 di seberang. Untuk pengetahuan semua, pasaraya Sunshine sudah lama bertahan dari Lia kecil hinggalah dewasa. Memang pasaraya yang sering dijejaki bersama keluarga sejak dari dulu lagi. 

Sunshine juga telah melancarkan laman web sendiri bernama Sunshine Online. Kemudian mereka melebarkan sayap lagi dengan di alam maya dengan pembukaan kedai rasmi di Shopee. Pihak Shopee juga mensasarkan Sunshine akan dapat mencapai 16 juta pengguna di seluruh Malaysia untuk terus melonjakkan angka jualan sambil memanfaatkan titik jualan unik platform ini termasuk Jaminan Harga Lebih Rendah Shopee, program penghantaran percuma dan juga Super Brand Day. Malah Sunshine juga boleh menyertai kempen hebat anjuran Shopee seperti Shopee 9.9 Super Shopping Day, Shopee 11.11 Big Sale dan Shopee 12.12 Birthday Sale

Sunshine menjual pelbagai barangan seperti keperluan rumah, pakaian, barangan runcit, makanan dalam tin dan bungkusan, barangan organik dan macam-macam lagi. Sunshine akan mempertingkatkan lagi dengan tawaran 1500 produk dan menambahkan lagi produk dalam masa akan datang untuk kedai rasmi Sunshine ataupun Sunshine Online. Untuk pengalaman membeli belah yang lengkap dan unik, Sunshine akan meluaskan perkhidmatan Penghantaran Sunshine Online ke kawasan seberang supaya pelanggan tidak perlu meninggalkan keselesaan rumah mereka sendiri.


Pelancaran "Sunshine Online & a.s.a.p Now on Shopee!" kali ini diadakan di salah satu cawangan Sunshine di Sunshine Square Bayan Baru. Sementara menunggu ketibaan tetamu yang lain, tetamu yang sedia ada boleh menikmati hidangan makanan yang disediakan.

Pengacara majlis atau pun emcee telah mengalu-alukan kedatangan tetamu sekaligus acara dimulai.

Selepas ketibaan tetamu dan media, acara diteruskan dengan ucapan Ms Cynthia Hwang, CEO Sunshine Wholemart Sdn Bhd.

Kemudian acara diteruskan dengan ucapan Mr Tan Ming Kit, Category Manager, Shopee Malaysia.


Kalau Lia datang ke Sunshine, Lia akan singgah sebentar untuk membeli busana jenama di a.s.a.p. Banyak rekaan busana seperti blouse, dress, seluar, skirt dan rangkaian busana lain yang menarik dan pelbagai bersama pilihan warna yang memukau. a.s.a.p merupakan label pakaian dalaman Sunshine . Jenama ini juga melancarkan kedai rasminya di Shopee yang dinamakan iloveasap


Selain jenama a.s.a.p., terdapat dua jenama lain iaitu Studio 365 dan juga BFF. Kesemua jenama ini terkenal dengan pakaian kasual bergaya,  busana terkini yang menarik, bergaya, harga yang berpatutan, sesuai dengan personaliti induvidu dan semestinya pengguna Shopee akan rambang mata dengan pilihan yang ada.

Selepas selesai semua ucapan, acara diteruskan dengan Fashion Show label pakaian a.s.a.p.  Studio 365 dan juga BFF




Busana diperagakan oleh model wanita, lelaki, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Yang paling mencuti hati model kanak-kanak yang catwalk seakan-akan orang dewasa. Daripada apa yang dipersembahkan, boleh tercetus idea apa baju yang ingin dibeli dari jenama ini.

www.liahasty.com
Selepas selesai acara Fashion Show, sesi bergambar model bersama  Ms Cynthia Hwang dan Mr Tan Ming Kit.


www.liahasty.com
Merupakan acara kemuncak iaitu majlis pelancaran Sunshine Online, a.s.a.p dan juga Shopee. Kemudian penghujung acara ditamatkan dengan signing ceremony dan juga sesi soal jawab Q&A.

www.liahasty.com

Pelancaran kedai gedung Shopee Sunshine Online dan iloveasap memang sangat tepat pada masanya memandangkan Tahun Baru Cina semakin dekat. Pengguna sudah boleh bersiap sedia untuk menyambut musim perayaan dengan membeli belah kedua-dua jenama ini di Shopee dengan pilihan luas produk berkualiti asli yang disediakan dengan tawaran hebat.

Penyertaan Sunshine Online dan juga a.s.a.p dalam platform Shopee merupakan detik bersejarah. Shopee memang sudah lama berhasrat untuk membantu syarikat-syarikat tempatan dalam usaha memperkasakan mengembangkan lagi perniagaan mereka sambil Shopee mencetuskan lagi revolusi dengan cara rakyat Malaysia membeli belah.

Kerjasama antara platform e-dagang dan jenama runcit dalaman ininjuga sebahagian daripada kempen Shopee Kong Si Fa Chai yang kini sedang diadakan hingga 6 Februari 2019. Kempen hebat ini menawarkan pulangan tunai harian 88%, kotak misteri 88,888 , Shopee Shocking Sale, yang popular dengan harga serendah RM0.80 dan juga Shopee Shake dan Shopee CNY Live Quiz yang membolehkan pengguna merebut untuk memenangi hadiah menarik dan syiling shopee.

Kunjungi website ini untuk tawaran hebat
.

Sunshine Online

a.s.a.p   |  iloveasap
♥ Instagram : @asapfashion18 


You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community