Hilangkan Solekan Sepantas Kilat dengan Althea Pore Purifying Serum Cleanser

January 04, 2019

Salam dan Hai semua,

Penjagaan wajah memang menjadi rutin harian setiap orang tidak kira lelaki dan wanita untuk memastikan kulit wajah sentiasa terawat dan bersih 🙋Wanita yang selalu bersolek pula mesti memerlukan penjagaan ekstra untuk menanggalkan solek setiap hari dimana kulit wajah terdedah dengan pelbagai produk solekan.

Selalunya setiap wanita mesti akan mempunyai dua produk kecantikan ini iaitu pembersih wajah dan pembersih solekan. Dua produk ini sangat wajib ada bagi setiap wanita👩

Hilangkan Solekan Sepantas Kilat dengan Althea Pore Purifying Serum Cleanser





Kali ini Lia nak syorkan produk 2 in 1 yang dapat membersihkan wajah dan sekaligus menanggalkan solekan. Wah menarik bukan tak perlu lagi nak pakai dua produk. Kini 1 produk dapat membersihkan segala kotoran.👍



Produk yang Lia maksudkan ialah Pore Purifying Serum Cleanser dari Althea Korea. OMG Althea Korea ada produk baby baru skincare 😱 Mesti I paling excited sebab I tak sabar nak cuba produk keluaran Althea. 

Althea Pore Purifying Serum Cleanser



Pore Purifying Serum Cleanser dari Althea Korea mempunyai keistimewaan sendiri dimana produk ini 2 in 1. Produk ini dapat membersihkan wajah dan juga menanggalkan solekan. Yang paling penting produk ini mengandungi serum di dalamnya. Produk ini dapat menghilangkan solekan, kotoran dan minyak dengan ekstrak pudina sambil memastikan kulit tetap sejuk dan terhidrat sepanjang terima kasih kepada sistem sel kelembapan ganda yang menyelubungi kulit dalam formula serum.

Ia menghalang kulit daripada mengeringkan dan berkesan meminimumkan liang-liang yang diperbesarkan, menjadikan ia licin ke sentuhan. Produk ini juga membantu mengimbangi tahap pH kulit untuk memastikan ia berfungsi dalam bentuk tip-top! Paling penting, ia lembut di muka dan sesuai walaupun bagi kita yang mempunyai kulit sensitif.

Bentuk produk



Produk Pore Purifying Serum Cleanser ini didatangkan dalam saiz 150ml dan disekeliling produk dilabelkan nama produk, kod bar dan keterangan produk dalam bahasa Korea dan English.


Produk Pore Purifying Serum Cleanser dalam bentuk botol silinder panjang lutsinar berwarna biru dan berpenutup berwarna putih. Saiznya memang ringan dan mudah dibawa ke sana sini.

Tekstur produk


Tekstur produk Pore Purifying Serum Cleanser ini dalam bentuk cecair yang cair dan bau yang sangat wangi.


Sebelum menggunakan produk, tanggalkan penutup dahulu dan buka dulu sticker di bahagian atas.

Kebaikan produk

Pembersih kulit yang menghidratkan, membersihkan liang-liang, dan mengimbangi tahap pH untuk kulit yang sihat.

Tidak seperti minyak pembersih, cecair ringan ini membersihkan dan tidak meninggalkan sisa berat atau berminyak

💧 Pembersih penyucian dengan formula serum
💧 Menghapuskan solekan, kotoran dan minyak tanpa mengeringkan kulit
💧 Mengimbangi tahap pH kulit untuk memastikan ia tetap sihat

Purify Pores with 3 in 1 mini effect
💧 Kesan penyejukan yang merendahkan suhu kulit dan calm blemishes
💧 Mempunyai ciri-ciri antibakteria untuk menjaga kulit yang sihat dan melegakan keradangan yang disebabkan oleh jerawat
💧 Keluarkan kotoran dan sel-sel kulit mati dengan berkesan dan tolakkan pembesaran liang-liang

Kesesuaiaan Kulit
Semua jenis kulit

💧 Kulit yang sensitif terhadap produk berasaskan minyak
💧 Kulit sensitif yang memerlukan pembersih ringan
💧 Penyelesaian pembersihan yang cepat dan berkesan
💧 Mereka yang memerlukan pelembab untuk rezim kecantikan harian

Cara Penggunaan 

1) Tuang di tapak tangan dan sapukan ke wajah.Urut perlahan-lahan ke kulit dengan gerakan membulat selama 5-10 saat sebelum dibasuh dengan air.



2) Untuk menanggalkan solekan pula, basahkan sedikit ke atas kapas dan bersihkan perlahan-lahan di sekitar wajah.



Bahan dan Kandungan

💧 Ekstrak daun pudina 
Menyejukkan kulit dan menenangkan kerengsaan

💧 Minyak benih Jojoba 
Melembapkan dengan teruk apa-apa kekeringan tanpa merasa berat

💧 Ekstrak daun pokok teh 
Mempunyai sifat antibakteria yang membersihkan kulit

Water, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Cyclomethicone, Isononyl Isononanoate, Dipropylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Mentha Arvensis Leaf Extract, Glycerin, Citric Acid, Hydroxyacetophenone, Disodium Edta, Ethylhexylglycerin, Sodium Citrate, Butylene Glycol, Fragrance

Berat produk
150ml

Harga produk
RM33.00

Untuk dapatkan produk Althea Pore Purifying Serum Cleanser, boleh KLIK SINI

Pendapat selepas menggunakan Produk

Lia first time menggunakan produk 2 in 1 yang membersih wajah dan solekan. Lia juga jatuh hati dengan hasil yang menyeluruh apabila solekan ditanggalkan & yang penting tidak berminyak. Tak payah nak cuci muka berkali-kali apabila Lia aplikasi solekan. Kulit menjadi bersih dan segala kekotoran hilang dengan sekali cucian. CEPAT DAN MUDAH. Lia pun memang suka produk penanggal solekan dan bentuk cecair daripada jenis minyak. Dengan harga yang berpatutan, memang berbaloi untuk beli sekali lagi jika produk ini habis. 


Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web dan media sosial yang lain:

Laman web : http://my.althea.kr
Facebook : Althea Malaysia
Instagram : @altheakorea 
Youtube : Althea Korea


#AltheaKorea #AltheaAngels 


You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community