Semburan Wangian Semerbak Bunga Ros dari Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist

Salam dan Hai semua, 

Wanita bukan sahaja perlu menjaga kecantikan wajah malah turut menjaga keharuman dan kesegaran bau badan sepanjang hari. Eh jangan ambil ringan dengan isu bau badan❓ Salah langkah atau kita abaikan boleh burukkan imej kita ya ❗ Jangan sampai bau badan menusuk ke hidung orang sekeliling 😅 Kita jaga kebersihan dan kesihatan diri, bersolek untuk menambah seri, tapi kita lupa dengan penjagaan bau badan. 

Semburan wangian body mist juga dapat menghindarkan bau yang tak dikehendaki dan juga menambah keyakinan diri. Kadang-kala kita bekerja atau duduk seharian di bawah cahaya matahari 🌞membuatkan kita berpeluh dan berbau tanpa kita sedari. 

Sebelum itu kenal dahulu apa itu Body Mist ❓

Body mist adalah produk minyak wangi lebih ringan berbanding minyak wangi, biasanya lebih murah yang bertujuan untuk digunakan di bahagian badan. 


Baru-baru ini platform online kegemaran Lia iaitu Althea Korea telah melebarkan sayap dengan mengeluarkan satu produk wangian Stay Fresh Body Sparkling Mist dan merupakan Althea's First Body Mist. Malah lebih menarik lagi produk wangian ini merupakan kolaborasi artis Indonesia, Titi Kamal bersama Althea Korea.


Kalau sebut nama Titi Kamal memang tidau perlu diperkenalkan lagi. Beliau pernah berlakon dalam satu filem satu ketika dahulu iaitu 'Ada Apa Dengan Cinta 💗Titi Kamal adalah seorang pelakon dan penyanyi Indonesia yang mempunyai bakat besar dalam pengayaan dan fesyen. Dengan rambut hitamnya yang ikal mayang, beliau memang sesuai menjadi ikon kecantikan yang boleh menambat hati peminat di seluruh Asia Tenggara.

Stay Fresh Body Sparkling Mist
by Titi Kamal X Althea


Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist merupakan campuran feminin buah dan aroma bunga. Produk wangian ini merupakan campuran berkilauan oren manis dan persik, diikuti oleh gema yang selalu anggun dari cerah bunga ros. Baunya juga agak soft dan tahan lama setiap kali semburan.

Bentuk Produk


Althea Stay Fresh Body Sparkling Misbersaiz 100ml dan disekeliling produk dilabelkan nama produk, berat produk. kod bar dan juga keterangan produk dalam bahasa korea dan english.

Althea Stay Fresh Body Sparkling Misdidatangkan dalam bentuk botol silinder putih dan berpenutup lutsinar yang mudah ditanggalkan dan ditutup.

Pandangan atas produk bernutup dan bawah produk berlabel tarikh luput.

Saiznya yang ringan dan mudah dipegang.

Tanggalkan penutup, tekan dan semburkan untuk menikmat bau campuran bunga.

Kebaikan produk 


🌹 Produk wangian kolaborasi Althea Korea x Titi Kamal 
🌹 Memiliki buah-buahan dan nota bunga memaparkan oren, pic dan mawar
🌹 Semburan wangian harian yang segar ini sesuai dengan apa-apa gaya, dari gaya romantis yang bergaya untuk kasual harian.
🌹 Wangian tidak melekit boleh digunakan sebagai minyak wangi yang elegan kerana ia meninggalkan wangian segar pada badan
🌹 Minyak wangi campuran buah & bunga yang lembut dan tahan lama.
🌹 Selepas mencuci badan, semburkan produk dengan ringan pada badan sebelum keluar. Ambil dengan anda di mana-mana dan semburkan sekali-sekala sesuai dengan gaya hidup anda.
🌹 Pembungkusan ringan dan mudah alih yang sesuai dengan mudah di mana-mana beg tangan atau dompet

Sesuai Untuk Jenis Kulit

Semua jenis kulit

Cara Penggunaan

Semburkan produk wangian ini di mana-mana bahagian badan sebelum keluar atau di mana-mana sahaja & bila-bila masa sahaja ketika perlu.


Bahan dan Kandungan


Damask rose water 
Menghidupkan kulit terhidrat dan memberi aroma lembut

Orange Flower extract
Menyegarkan deria

Elder flower extract
Menyejukan dan melegakan kulit, sambil memberikan aroma feminin

Alcohol, Water, Glycerin, Fragrance, Pentylene Glycol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Rosa Damascena Flower Water, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Sambucus Nigra Flower Extract, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Flower Extract, Magnolia Liliflora Flower Extract, Plumeria Rubra Flower Extract, Lilium Tigrinum Extract, Ethylhexylglycerin

Saiz produk

100ml


Harga Produk
RM35.00

Untuk dapatkan produk Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist, boleh KLIK SINI

Pendapat selepas menggunakan produk

Firstly, Lia nak ucapkan tahniah untuk Althea Korea yang mengeluarkan rangkaian produk yang pelbagai dan salah satunya body mist ini. Pembungkusan produk yang simple dan berwarna pink pun dah menarik minat Lia. Bila dengat produk ini kolabrasi dengan Titi Kamal terus rasa lagi semangat nak ada produk ini. Lia juga memang penggemar produk Body Mist/Spray selain perfume di rumah. Lia juga akan sediakan body mist di pejabat jika ada apa-apa emergency boleh guna bila perlu. Lia juga baunya yang agak lembut dan tak berapa kuat baunya. Memang berbaloi untuk memiliki produk ini dengan harga yang berpatutan


Untuk maklumat lanjut boleh lihat video di bawah :


Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web dan media sosial yang lain:

Laman web : http://my.althea.kr
Facebook : Althea Malaysia
Instagram : @altheakorea 
Youtube : Althea Korea


#AltheaKorea #AltheaAngels #TitixAltheaKorea


Post a Comment

0 Comments