Hapuskan Jerawat di Kulit Wajah dengan Produk Klinikal Aekni:17 dari Dr Wu

Salam dan Hai semua,

Kalau sebut pasal jerawat ataupun kulit berminyak memang salah satu masalah kulit yang menghantui wanita. Kulit terlalu berminyak kadang-kadang nampak bersinar & tambah pula dengan jerawat yang timbul memang lah rasa low confident. Kulit muka bermasalah ni memang rasa segan nak berhadapan dengan orang kan. Kombinasi masalah kulit jerawat dan berminyak memang dialami sesetengah wanita. Kadang kala sangat merisaukan.

Termasuklah Lia yang mengalami masalah kulit kombinasi dua masalah. Jerawat jarang timbul tapi muka selalu juga berminyak memang sentiasa kena alert takut nampak penampilan yang kurang cantik. Lia tercari-cari juga produk wajah yang bersesuaian dengan masalah kulit wajah. Akhirnya Lia jumpa produk Klinikal Aekni:17 dari DR.WU untuk hapuskan jerawat dan kurangkan kulit berminyak.

Hapuskan Jerawat di Kulit Wajah dengan Produk Klinikal Aekni:17 dari Dr Wu



What inside the box?



Jom kita lihat apa yang dalam kotak bungkusan cantik berwarna hitam dan putih ini.



💙 Gentle Cleansing Gel with Niacinamide 
💙 Pore Clarifying Toner With BHA 
💙 Intensive Blemish Spot Treatment With Bha 

DR Wu merupakan Penjagaan Kulit Klinikal NO.1 Taiwan

Taiwan's NO.1 Clinical Skincare

DR.WU, jenama penjagaan kulit terkemuka di Taiwan, ditubuhkan pada tahun 2003 oleh ahli dermatologi terkenal Dr. Ying-Chin Wu, bersama anak sulungnya, Eric Wu. Dengan 40 tahun pengalaman klinikal yang luas dan penyelidikan menyeluruh mengenai struktur tisu kulit, dan rumusan berdasarkan preskripsi doktor, DR.WU telah mencipta barisan penjagaan kulit yang berteknologi maju untuk produk berpotensi tinggi untuk kulit sensitif.

Aekni:17 salah satu rangkaian produk DR Wu 


DR.WU mengeluarkan pelbagai jenis rangkaian produk dan salah satunya ialah Aekni:17 Anti Acne System; Oily & Acne Prone Skin. Di bawah Aekni:17 juga terdapat beberapa produk untuk masalah jerawat dan berminyak seperti langkah-langlah di bawah:

Langkah 1 
Gentle Cleansing Gel with Niacinamide
🠟
Deep Cleansing Mask with Activated Charcoal
🠟
Pore Clarifying Toner With BHA 150ml
🠟
Intensive Blemish Spot Treatment With Bha

Langkah 2 
Acnecur Pore Refining Serum with Evermat

Langkah 3 
Acnecur Oil Control Lotion with 5a-Avocute


Kalau anda inginkan kulit anda bebas dan terawat dari jerawat dan berminyak anda boleh amalkan dengan menggunakan produk Aekni:17 Anti Acne System; Oily & Acne Prone Skin. Tetapi bagi Lia 3 produk utama ini  Gentle Cleansing Gel with Niacinamide, Pore Clarifying Toner With BHA & Intensive Blemish Spot Treatment With Bha sudah mencukupi untuk permulaan mencuba produk ini bersesuaian dengan kulit wajah.

Gentle Cleansing Gel with Niacinamide 



Keterangan produk
❤ Asam berasaskan asid amino, yang sangat ringan tetapi boleh menghilangkan kutikula yang berlebihan, menghalang penyumbatan liang-liang sebum tanpa melepaskan kelembapan penting dan sesuai untuk kulit sensitif.
❤ Vitamin B3, Chamomile dan Aloe ekstrak, yang menenangkan kulit dan mengurangkan tanda yang ditinggalkan oleh kecacatan.
❤ aekni:17: Memberi rawatan lengkap untuk keadaan kulit jerawat.

Bentuk Produk


Produk Gentle Cleansing Gel with Niacinamide dalam bentuk botol silinder seolah-olah bentuk syampu dan bahagian atas produk tempat picit cecair produk. Untuk menggunakannya, tanggalkan penyendal dan tekan.



Produk Gentle Cleansing Gel with Niacinamide  ini didatangkan dalam warna putih dan hijau dan sekeliling produk dilabelkan nama produk, bahan dan kandungan, cara penggunaan dan saiz produk.

Bahan dan Kandungan Utama
aekni: 17, asid amino, B3, Aloe, Chamomile

Jenis Kulit
Berminyak, Jerawat, Kulit Sensitif

Cara Penggunaan
👉 Basahkan kulit wajah dan aplikasi sedikit pada muka dan leher dengan gerakan secara lembut dari pusat T-Zone wajah muka ke arah tepi luar sehingga buih muncul. 
👉 Bilas dengan bersih dengan air hangat, bersih dan kering. 
👉 Gunakan setiap hari, siang & malam. 
👉 Gunakan produk DR.WU Clinical Skincare yang lain secara serentak untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Berat produk: 150ml

Harga: RM 125.00

Pore Clarifying Toner With BHA 



Keterangan produk
❤ Rawatan toning tanpa alkohol dan minyak dengan tekstur ringan tetapi moisur.
❤ Cepat mengawal rembesan sebum dan mengurangkan minyak yang berlebihan untuk mencegah liang tersumbat.
❤ Mandelic Acid, Niacinamide dan Panthenol, mempromosikan kulit yang sihat, dan menghasilkan kulit yang lebih jelas dan licin.
❤ aekni: 17: Memberi rawatan lengkap untuk keadaan kulit jerawat.

Pembungkusan produk


Produk Pore Clarifying Toner With BHA 150ml ini dibungkus dalam kotak berwarna putih dan hijau dan disekeliling produk dilabelkan nama produk, keterangan produk bahan dan kandungan, cara penggunaan dalam bahasa Inggeris dan Cina, dan berat produk.

Bentuk Produk



Produk Pore Clarifying Toner With BHA 150ml dalam warna putih dan bentuk botol silinder berpenutup di bahagian atas. Untuk menggunakannya, perlu pusing perlahan-lahan di bahagian atas.


Produk Pore Clarifying Toner With BHA 150ml ini berlabel nama produk, bahan kandungan, cara penggunaan & berat produk.

Bahan dan Kandungan Utama
aekni:17, Mandelic acid, Puramex Zn, B3, B5, Tea tree oi

Jenis Kulit
Berminyak, Jerawat, Kulit Sensitif

Cara Penggunaan
👉 Guna sejumlah kecil pada muka dan leher dengan menggunakan pergerakan secara membular dari pusat T-zone muka ke arah tepi luar.
👉 Gunakan setiap hari, siang & malam.
👉 Gunakan produk DR.WU Clinical Skincare yang lain secara serentak untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Berat produk: 150ml

Harga: RM 149.00

Intensive Blemish Spot Treatment With Bha 


Keterangan produk
❤ Penyelesaian yang terbukti secara klinikal berkesan membersihkan kecacatan dan mengurangkan tanda cacat.
❤ Mengandungi potensi tinggi Niacinamide (B3) dan asid Tranexamic untuk mengeluarkan nada kulit dan jelas mengurangkan tanda yang ditinggalkan oleh kecacatan.
❤ Tekstur serum yang unik, yang ringan untuk kulit sensitif. Boleh digunakan setiap hari dan bila-bila masa di tempat. Apabila digunakan setiap hari, keputusan dapat dilihat dalam 3 hari.
❤ aekni: 17: Memberi rawatan lengkap untuk keadaan kulit jerawat.

Pembungkusan Produk



Produk Intensive Blemish Spot Treatment With Bha ini dibungkus dalam kotak berwarna putih dan hijau dan disekeliling produk dilabelkan nama produk, keterangan produk bahan dan kandungan, cara penggunaan dalam bahasa Inggeris dan Cina, dan berat produk.

Bentuk Produk



Produk Intensive Blemish Spot Treatment With Bha ini datang dalam warna putih dan bentuk tiub bersaiz sederhana kecil dan penutup yang senang dibuka tetapi tidak mudah ditanggalkan. Untuk menggunakannya, perlu pusing perlahan-lahan di bahagian atas.

Bahan dan Kandungan Utama
aekni:17, Niacinamide, Sulfur, Tranexamic Acid, Salicylic Acid

Jenis Kulit
Berminyak dan Jerawat

Cara Penggunaan
👉 Guna sejumlah kecil pada muka dan leher dengan menggunakan pergerakan secara membular dari pusat T-zone muka ke arah tepi luar.
👉 Gunakan setiap hari, siang & malam.
👉 Gunakan produk DR.WU Clinical Skincare yang lain secara serentak untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Berat produk: 15ml

Harga: RM 199.00



Lia dah cuba kesemua produk di atas, anda bila lagi ❓

Jom dapatkan segera produk Aekni:17 Anti Acne System; Oily & Acne Prone Skin DR.WU di pasaran sekarang. Anda bolah juga cari dimana-mana kedai drugstore seperti Watson. Ataupun boleh beli secara online.

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman web dan media sosial :

Laman web : https://en.drwu.com/

Post a Comment

19 Comments

  1. Nampak pembungkusan produk simple dan kemas. Memang tengah nak mencari produk untuk kulit muka buat anak remaja. Wajah senang ada jerawat. Risau pulak sebab kadang2 banyak pulak naik jerawat tu. Mungkin produk ni boleh membantu mana tahu kan?.

    ReplyDelete
  2. Dr Wu ni jenama baru ke dah lama? I tak pernah dgr, tapi sbb I mmg jarang beli skin care pun huhu. Kalau jerawat naik mmg gatal tgn nak picit je rasa huhu

    ReplyDelete
  3. sungguhkah boleh hilangkan jerawat ? rasa macam nak cuba sebab jerawat tetibe naik banyak lah bulan nie. tak tahu pasaipa. mungkin stress kot dengan belajar. nanti nak cuba sendiri lah produk nie

    ReplyDelete
  4. mcm pernah dengar jenama ni tapi dekat mana ya? wah senangla lepas ni kalau jerawat naik, pakai produk ni je . bolehlah nak try nanti. atau bagi dekat family sbb ada jugak yg ada masalah ejrawat dgn kulit berminyak ni.

    ReplyDelete
  5. First, Rawlins suka packaging dia yang minimal dan menarik. Kedua, sebab ada untuk kulit sensitif, macam teringin pula nak try. Almaklum, usia dah makin banyak, maka perlu penjagaan yang lebih teliti kan.

    ReplyDelete
  6. Boleh tahan juga harganya kan tapi, kalau berkualiti dan dijamin berkesan harga mahal bukanlah isu utama. :)

    ReplyDelete
  7. Wah.. inilah yang syira tengok haritu. Dok riki jugak. Macam menarik ja. Packaging pun eksklusif ja

    ReplyDelete
  8. So nice! I love the packaging, simple and exclusive.

    ReplyDelete
  9. sesuai kalu bagi hadiah nie. tambah-tambah lagi set complete untuk perempuan. mesti la dorang lagi suka kan. harga pun mampu milik

    ReplyDelete
  10. Tak pernah dengar pun pasal produk dari jenama ni. Ni first time tahu. Tapi emi suka packaging dia , simple tapi lawaaa

    ReplyDelete
  11. Cantik juga produk ni dalam satu kotak boleh dapat semua lengkap dengan harga yang berpatutan ok lah tu nak buat hantaran tunang pun sesuai ni heheheheh boleh tahan juga lah....

    ReplyDelete
  12. Tak pernah dengar produk ni. First time dengar produk ni. Nampak macam menarik ni Bagus untuk kulit muka .

    ReplyDelete
  13. Bila datang dgn packaging ni nmpk lebih esklusif. Sesuai dijadikan hadiah atau beli untuk kegunaan sendiri

    ReplyDelete
  14. Macam pernh dgr produk dr wu ni.. Bgusla sesuai utk kukit bermasalah seperti jerawat tu. Kulit nad ni bermasalah juga.. Kne epakai produk yangvbersesuaian. .

    ReplyDelete
  15. Masalah kulit berminyak, kadang kala jerawat tenggelam timbul memang merunsingkan..
    Sebab masa lepas operation kulit berminyak teruk, cuaknya masa tu..
    Memang sentiasa la cari jalan penyelesaian.
    Menarik juga produk baru ni. Mana tahu next boleh try kalau kulit tiba tiba bermasalah balik.

    ReplyDelete
  16. Muka i asyik naik jerawat lately..so boleh la try produk ni..mana tau serasi

    ReplyDelete
  17. Dah lama muka tak tumbuh jerawat. Tengok sekarang macam-macam produk dah ada kan. Kalau dulu masa kita muda-muda, pusing2 produk sama je. btw nampak bagus produk ni

    ReplyDelete
  18. Akak selalu juga dengar produk ni..tapi belom mencuba lagi..nampak macam menarik..

    ReplyDelete
  19. I like Dr Wu hydrating range and their face mask memang awesome la. This range i have not try yet, will check it out.

    ReplyDelete