Salam dan Hai semua, 

Siapa suka melancong kat sini ❓ 
Lia suka gak melancong kalau ada free time ⌚ & extra money 💰. Kalau sebut pasal melancong ke mana-mana sahaja tak kira lah dalam negara ataupun luar, kita sentiasa fikirkan bestnya tempat yang bakal dilawati. Mula packing baju yang sesuai untuk dibawa, google tempat nak lawat dan kalau ada kamera takpun handphone kena fully charged kan.

Kita selalu fikirkan yang indah dan positif sahaja kalau nak melancong. Tapi kadang-kadang kala kita kena perlu fikir sudut negatif juga. Eh maksud Lia kalau apa berlaku apa-apa kat sana semasa melancong, apa yang perlu kita buat❓ Sekiranya tiba-tiba sakit, pening, mual, demam dan apa-apa sahaja  kejadian yang berlaku, kita sudah bersedia ke❓ Kita sudah bawa ubat-ubatan yang sesuai❓


Kita selalu fikir pasal bestnya bila travel tapi jarang fikir eh kalau aku sakit kat sana ada ubat tak❓ Ada setengah berfikir eh takpelah boleh je kalau pergi beli ubat dekat sana kalau sakit. Kalau anda melancong di luar negara, masalah mata wang ataupun berlainan bahasa memang merumitkan. Harga ubat juga mahal jika di luar negara ataupun tidak bersesuaian.

Pernah tak anda terfikir sekiranya anda berada di kawasan pantai, laut, bukit dan pendalaman sampai line telefon tak ada, ada ke jual ubat kat sana❓ Jika anda pergi ke kawasan pendalaman, tak semua lokasi ada farmasi atau kedai runcit yang menjual ubat-ubatan.

Malang memang tidak berbau. Untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi, kita kena juga buat persediaan awal sekiranya benda-benda tak diingingi terjadi.

www.liahasty.com

Lia nak berkongsi dalam bulan Mac yang lepas, Lia sempat bercuti bersama kawan-kawan selama 3 hari 2 malam ke sebuah pulau peranginan di Pantai Timur iaitu Pulau Perhentian. Lia telah buat persediaan dengan bawa Travellers Rescue Kit sepanjang berada di sana. Maklumlah Lia ada gastrik dan kadang kala perut berangin risau juga kalau perut buat hal kat sana. Mana nak tau tiba-tiba demam atau sakit kepala maklumlah cuaca panas melampau sekarang ni. Tapi dah tak payah risau sebab semuanya ada dalam Travellers Rescue Kit.

Apa itu Travellers Rescue Kit ?

www.liahasty.com

Travellers Rescue Kit bertujuan untuk menyediakan pelepasan mudah dan segera dan sementara bagi penyakit ringan yang paling biasa yang kita hadapi ketika melakukan perjalanan.

Pembungkusan produk 

www.liahasty.com

Produk didatangkan dalam kotak tin berwarna merah bersaiz tapak tangan. Bersaiz kecil, ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja. Memang sesuai dengan warna "merah" iaitu kecemasan.

Bentuk produk

www.liahasty.com

Di bahagian hadapan produk dilabelkan nama produk dan dibahagian belakang pula dilabelkan kandungan, tarikh luput, bar kod, dan amaran.

Jika anda buka di bahagian dalam pula akan nampak bungkusan ubat dan juga label ubat-ubatan.

Kandungan produk

www.liahasty.com

Antara kandungan ubat-ubatan yang ada adalam kotak ravellers Rescue Kit :
1) PARACETAMOL 500mg
Pain/Fever

2) CETRIZINE 10mg
Flu/Allergy/Urticaria

3) LOPERAMIDE 2mg
Antidiarrheal Agent

4) GELUSIL
Heartburn/Indigestion

5) STEMETIL 5mg
Nausea/Vertigo

6) ORS
Oral Rehydration Salt

Kenapa perlu ada Travellers Rescue Kit ?

www.liahasty.com

1) Kotak kecemasan di mana-mana sahaja jika mengalami sakit ringan
2) Kotak kecil yang menarik dengan warna merah, kecil ringan dan mudah dibawa kemana-mana sahaja.
3) Harga yang berpatutan
4) Sesuai untuk yang suka melancong (kaki travel)
5) Sesuai dibawa untuk aktiviti outdoor (berkhemah, hiking dan lain-lain)
6) Sesuai untuk gaya hidup aktif

Harga Produk

www.liahasty.com

Harga pun murah hanya RM24.90❗


www.liahasty.com

Lia bawa juga 'Traveller Rescue Kit' ni sebab penyelamat🚑 bila travel. Kalau nasib tak baik mana tau sakit 🤒 masa travel kat tempat orang. Kalau sakit serang time travel memang tak syok kan 😠

Kalau tempat yang susah nak cari kedai atau farmasi lagi lah susah kan. Sekarang tak payah susah payah fikir bawa je kotak besi kecil warna merah 💉yang ada banyak ubat dan pil 💊 ni. 

Jangan risau kalau tiba-tiba sakit kepala, alahan, cirit birit, kembung, mual, pedih ulu hati dan dehidrasi. Semua ubat ada bersaiz poket 💊semasa anda perlukan ❗

Melancunglah dengan bijak❗
Dapatkan @travellers.rescuekit sekarang❗

Anda boleh membeli Travellers Rescue Kit dengan hubungi :

📎Instagram : https://www.instagram.com/travellers.rescuekit/

#travellersrescuekit #rescuekit #activelifestyle