BUY 1 FREE 1 Sunday Lunch Buffet sempena 10th Anniversary Hotel Flamingo By The Beach, Pulau Pinang

April 07, 2019

Salam dan Hai semua,

Selamat berhujung minggu semua ❗ Hari Ahad lah hari yang paling rasa happy sebab cuti dan dapat spent time dengan family tersayang di rumah atau pun di luar. Hangpa semua buat apa tu setiap hari Ahad ❓ Selalu hari Ahad Lia akan makan bersama family di rumah. Tetapi hari Ahad lepas tiba-riba rasa gantung kuali dan nak menjamu selera di luar pulak.

Hari tu ada scroll facebook & ternampak satu promosi BUY 1 FREE 1 sempena 10th Anniversary Lunch Buffet di Hotel Flamingo By The Beach Pulau Pinang. Hotel ini juga merupakan salah satu favorite Lia bersama keluarga untuk datang makan dan santai di sini. Hotel ini juga salah satu hotel yang terkemuka dan terkenal di Pulau Pinang. Untuk menginap dan bercuti di hotel ini, memang Lia recommended sangat. Hotel ini bukan sahaja dipenuhi dengan pengunjung dari Malaysia malah dari luar negara juga.

www.liahasty.com

Hotel ini banyak menyediakan pelbagai promosi sempena makan tengah hari dan makan malam di Flamingo Cafe. Selalu buffet bertukar-tukar dengan tema dan menu yang menarik. Setiap kali promosi yang ada memang Lia tak lepaskan peluang datang bersama kawan ataupun keluarga. Salah satu keistimewaan hotel ini kerana lokasinya yang strategik di bahagian Utara Pulau Pinang dan juga kemudahahan yang disediakan kepada pengunjung. Kedudukan hotel ini bersebelahan dengan laut dan pantai memang menarik di samping lokasi swimming pool yang strategik untuk melihat pemandangan.

www.liahasty.com

Hotel ini sudah lama beroperasi dan tak sedar masa berlalu, kini sudah 10th Anniversary lunch di kafe ini. Sempena 10th Anniversary mereka mengadakan BUY 1 FREE buffet dengan pelbagai hidangan menu yang sedap dan menyelerakan. Memang berbaloi datang ke sini bersama keluarga dan kawan-kawan.

www.liahasty.com

Hotel Flamingo By The Beach menyediakan hidangan bufet makan tengah hari pada setiap Ahad bertemakan '10th Anniversary Lunch Buffet'. Bufet makan tengah hari ini bermula pada pukul 12.30 hingga 2.30 petang. Anda hanya perlu membayar RM60nett untuk promosi BUY 1 FREE 1 tapi hanya untuk Dewasa 👫sahaja. Manakala kanak-kanak dan warga emas hanya RM28nett.

Menu hidangan Sunday Buffet Lunch sempena '10th Anniversary'

www.liahasty.com

Hidangan bufet 10th Anniversary  Lunch ini menyediakan pelbagai menu dan pilihan yang bermula dari Appertiser hinggalah hidangan pencuci mulut. Ada juga beberapa action stall dibahagian luar berdekatan dengan pool yang menyediakan menu yang menarik.

Appetiser

Keropok Udang, Keropok Ikan, Papadom, Chinese Cold Cut Platter, Cucumber Salad, Watercress Salad, Red & White Plain Salad, Mixed Tossed Green Salad, Julliet Carrot, Penang Gado-gado, Crispy Acar Rampai, Thai Spicy Roasted Egg Plants, Roasted Chicken Cajun Salad, Nyonya Kerabu Black Fungus, Ulam-ulaman & Sambal Belacan

Fruit Pickle


Aneka Sup bersama roti

Homemade Creamy Carrot Soup
Double Boiled Old Cucumber with Diced Chicken Soup with Red Dates

Action Stall

Roti Canai, Tissue & Boom

Penang Fried "Koay Kak"

Roti Jala

Tandoori Chicken

Cendol

Ais Krim Goyang

Oyster Porridge

Hot Dish
Steamed White Rice
Fragrant Tomato Rice


American Roasted Blackened Beef with Homemade Sauteed Pasta in Mustard Herb Sauce
Curry Lamb with Egg Plant
Sauteed Fresh Rissole Potatoes with Onion & Provencale
Mackerel Fish Paprik with Vegetables
Chicken Cooked with Tomatoes and Chili Paste
Stir Fried Crispy Fish Fillet with Celery, Black Fungus & Bean Stick
Pan Roasted Buffalo Chicken with Spicy Cheese Mayo Dip
Steamed Layered Tofu with Minced Chicken in Preserved Turnip
Sweet & Sour Vegetarian Eggs with Pineapples
Stir Fried Mee Suar with Vegetables & Chili Shrimp Paste

Pencuci Mulut

Fresh Fruit Platter, Aneka kuih, jelly, pudding, kek

Fruits cocktail

Minuman
Kopi dan Teh

Bufet ini ada menyediakan minuman panas dan juga minum skyjuice. Jika anda mahukan pilihan air yang lain, boleh terus order dari kaunter.

Pengenalan Ringkas Flamingo By The Beach, Pulau Pinang


Hotel Flamingo By The Beach terletak di Tanjung Bungah, Pulau Pinang tidak jauh dari tengah-tengah Georgetown. Lokasinya bersebelahan pantai dan laut memang sesuai untuk aktiviti santai dan amat sesuai untuk keluarga, pasangan atau pun berseorangan untuk menginap di sini. Terdapat 280 bilik tamu dengan pelbagai jenis deluxe hingga suite. Di Hotel Flamingo By The Beach, mereka menyediakan dan menyatukan semua jenis makanan yang lazat di bawah satu bumbung supaya anda boleh mengisi perut anda dan sila rasa citarasa anda dalam keselesaan hotel.

Keistimewaan Hotel Flamingo By The Beach, Pulau Pinang

www.liahasty.com

Keistimewaan Hotel Flamingo By The Beach ialah merupakan hotel dengan lokasi yang menarik berdekatan dengan laut dan pantai. Tetamu yang datang ke sini boleh menikmati suasana pantai dan laut hanya perlu berjalan kaki turun dari tangga. Anda boleh duduk berteduh di kerusi bawah pokok sambil melayan sunset. Menarik bukan?

Untuk anda yang gemarkan water sport, dekat sini ada khidmat pelbagai jenis water sport mengikut harga dan juga jenis yang anda mahukan.

Kemudahan parkir letak kereta turut ada yang memudahkan tetamu parking di tingkat atas atau basement. Kemudahan tandas juga ada dan bersih. Untuk tetamu beragama Islam, surau yang selesa dan bersih juga ada untuk menunaikan ibadah.

Swimming pool di sini betul terletak bersebelahan dengan Famingo Cafe dan juga berhadapan dengan pantai. PERHATIAN penggunaan swimming pool di sini hanya untuk tetamu yang menginap di sini sahaja ya bukan untuk tetamu yang datang hanya untuk hidangan bufet.

Harga Saturday Lunch Buffet Taste of Malaysia


Harga untuk Sunday Buffet Lunch
RM60nett BUY 1 FREE 1 untuk orang Dewasa. 
RM28nett untuk Kanak-kanak berumur 4 hingga 11 tahun & warga Emas berumur 60 tahun ke atas

Tengok berapa banyak pinggan yang kami ambil atas meja. Itu semua menu yang kami cuba dan semuanya sedap.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati hidangan Sunday Buffet Lunch '10th Anniversary  Hotel Flamingo'🍽️sementara masa masih ada. 

Hubungi 04 - 892 7167 untuk tempahan sekarang!

Selain Saturday Buffet Lunch '10th Anniversary ', ada juga menyediakan hidangan bufet yang lain.

Jika anda berminat untuk makan malam pada hari Sabtu ada menu Barbeque Party Meat & Seafood


Untuk hidangan buffet makan tengah hari pada hari Sabtu pula, anda boleh mencuba hidangan bertemakan 'Taste of Malaysia'.

Untuk hilangkan dahaga pula ada dua pilihan hidangan air iaitu Sunset Breeze & Coco Light Brew. Dapatkan juga mini cup holder pelampung Pink Flamingo ❗

Flamingo Hotel by The Beach

Alamat : Jalan Tanjung Bungah
11200 Tanjung Bungah, Penang, Malaysia

Tel: +604-8927 111
Fax: +604-8904 777

Email: generalenquiries@flamingo.com.my

Waktu Operasi : 7 pagi hingga 12 malam



Selamat Mencuba!



You Might Also Like

9 inspiration

  1. wah rugi tak grab buy 1 free 1 untuk dewasa ni. kalau buffet selalunya paling suka pilihan dessert yang bermacam tu, kalau boleh nak rasa semua dessert yang ada

    ReplyDelete
  2. Amboi bestnya ad buy 1 free one.Dekat hotel pulak tu. Makanan pun sedap2. Terliur betul tengok. View tmpt pun cantik. hehehe

    ReplyDelete
  3. Buy 1 Free 1 is a great deal! Especially suits for family or corporate gathering. Will inform my buddies at P.Pinang. Thanks!

    ReplyDelete
  4. kira agak murah yer harga buffet dia sebab ada yg buy 1 free 1...if ada plan nak ke penang boleh menginapa kat hotel nih , makanan pun sedap2....

    ReplyDelete
  5. Banyak menu yang boleh dipilih untuk berbuka nanti. Aiskrim pun ada. Yang best sekali buy 1 free 1 tuh .Satu promosi yang bagus untuk tarik ramai pengunjung datang

    ReplyDelete
  6. berbaloi la dengan harga..lokasi...tapi ais krim goyang tu, aihhhhhhhh memanggil2

    ReplyDelete
  7. Wah this is really worth it! So many delicious dishes plus buy 1 free 1 promo. Memang awesome la.

    ReplyDelete
  8. Bestnya ada promosi buy 1 free 1 lak tu kalau datang berdua hehehehe dapat makan tengahari jimat tapi sayang jauh lah kita nak juga hehehe bila nak pergi Penang ni hurrmmm rindu makanan sana...

    ReplyDelete
  9. Seronknya kan, ada promosi buy 1 free 1, jimat lah sikit kalau datang berdua ngan anak bujang akak.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community