Sajian Nostalgia Bufet Ramadan 2019 di Hotel Royale Chulan Pulau Pinang

April 20, 2019


Salam dan Hai semua,

www.liahasty.com

Entry kali ini Lia nak berkongsikan lokasi iftar ataupun berbuka puasa di salah sebuah hotel terkemuka di Georgetown, Pulau Pinang. Lokasi bufet ramadan tersebut di Royale Chulan Penang beralamat di NO1-2 Pengkalan Weld, Georgetown, 10300 Pulau Pinang, Malaysia

Kalau anda semua datang bercuti ke Pulau Pinang dan menginap menginap sekitar area Georgetown, & tercari-cari tempat berbuka puasa yang berdekatan. Anda boleh datang mencuba di Royale Chulan Penang. Hotel ini merupakan salah satu favorite lagi-lagi Ramadan Buffet ketika bulan puasa. 

Royale Chulan Penang terletak di tengah-tengah Tapak Warisan UNESCO di George Town. Kalau tengok dari segi seni bina dan arkitek pula, hotel ini merupakan tapak bangunan warisan yang dipulihkan dengan baik selepas dibina pada tahun 1892. Itulah keistimewaan hotel ini kerna masih menyimpan warisan yang tersendiri 

Terdapat juga beberapa cawangan Hotel Royale Chulan yang lain. Antaranya Royale Chulan Kuala Lumpur, Royale Chulan Damansara, Royale Chulan Bukit Bintang, Royale Chulan The Curve, Royale Chulan Seremban, Royale Chulan Cherating dan Royale Chulan Hyde Park London

Tema Bufet Ramadan 

 Tema ramadan Royale Chulan Penang pada tahun 2019 ini ialah Sajian Nostalgia Bufet Ramadan di Sri Tanjung Cafe.

Pilihan makanan yang banyak, pelbagai jenis dari hidangan utama, salad, kerabu, sup, hinggalah pencuci mulut. Selain itu terdapat juga hampir 10 Gerai dengan pelbagai jenis dan pilihan makanan mengikut selera pengunjung untuk memilih. Hotel ini mempunyai ruangan makanan yang agak besar dan luas.

Menu dan Sajian Hidangan 


SALAD AND APPETIZER

ASSORTED SEAFOOD ON ICE WITH CHILI SOY SAUCE


KERABU TAUGEH, KERABU PUCUK PAKU, KERABU TANGHOON (VERMICELLI SALAD), KERABU SOTONG, ACAR RAMPAI, SAMBAL IKAN BILIS & TEMPE, KERABU DAGING BAKAR

ULAM-ULAMAN KAMPUNG (10 TYPES)
SAMBAL BELACHAN, TEMPOYAK, BUDU, SAMBAL BELIMBING, AIR ASAM LIMAU, SAMBAL CILI MANGGA, SAMBAL PUDINA

PASEMBOR

IKAN MASIN & TELUR MASIN,

KEROPOK IKAN & PAPADOM

ROJAK BUAH-BUAHAN

TAUHU SUMBAT

ASSORTED JERUK MADU

ASSORTED MECLUN MIX
TARTAR SAUCE, 1000 ISLAND, SHALLOT VINAIGRETTE.

ASSORTED SUSHI BAR.

SOUP
SUP TULANG RAWAN BEREMPAH

MAIN DISHES



NASI PUTIH 
RENDANG TOK
KEPAH MASAK CILI PADI GULAI 
DAGING BATANG PISANG
SPAGHETTI SAMBAL 
SOTONG AYAM MASAK MERAH MADU 
KETAM GULAI BORNEO SWEET & SOUR PRAWN
ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG 
TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI PADI 
STIR FRY MIX VEGETABLES

ACTION COUNTER 1 
CHICKEN AND BEEF SATAY WITH CONDIMENTS

ACTION COUNTER 2
 HOUSE OF ‘IKAN BAKAR’

WITH SAMBAL & AIR ASAM CILI PADI

ACTION COUNTER 3

KAMBING PANGGANG GOLEK

CHOICE OF NASI BERYANI, HUJAN PANAS, NASI TOMATO, NASI DHALL

ACTION COUNTER 4
PASTA MAFIA


 CHOICE OF CREAM SAUCE, TOMATO SAUCE, OLIVE OIL & CONDIMENTS

ACTION COUNTER 5
JETTY APAM BALIK
WITH CHOICE OF SWEET CORN, BANANA, & PEANUT BUTTER

ACTION COUNTER 6
PENANG CHAR KOAY TEOW

ACTION COUNTER 7
AIR TUJUH BENUA
BANDUNG, SOYA, TEBU, LONGAN, LEMON TEA, KATIRA, TEH TARIK KAW

ACTION COUNTER 8 
BUBUR LAMBUK WITH CONDIMENTS

ACTION COUNTER 9
ROTI JALA, ROTI CANAI & MURTABAK

WITH CURRY, DHALL AND CONDIMENTS

ACTION COUNTER 10
 SOTONG GORENG BEREMPAH

ACTION COUNTER 11
HOKKIEN PRAWN NOODLE

ACTION COUNTER 12
CUCUR HARIMAU MENANGIS WITH GULAI DAGING


DESSERT


BUAH KURMA FOUNTAIN, AGAR AGAR SANTAN, TROPICAL FRUITS PLATTER, PANDAN PANNA COTA SAGO GULA MELAKA, ASSORTED FRUIT JELLY, ASSORTED BUTTER CAKE, MANGO PUDDING, CHOCOLATE ECLAIRS, CREAM PUFF, CHOCOLATE BREAD AND BUTTER PUDDING LEMON TART, MINI CRÈAME CARAMEL, STRAWBERRY MOUSSE & ASSORTED FRENCH PASTRIES, 

ANEKA KUIH BAKAR
CUCUR KERIA, SAGO PENGAT PISAN

ACTION STATION: 
ICE KACANG WITH CONDIMENTS & CENDOL WITH ICE CREAM

Menu Recommended 👍
💓 Pasta - mana-mana menu pilihan
💓 Cucur Harimau Menangis
💓 Kambing Golek
💓 Ikan Bakar
💓 Menu Hidangan Utama
💓 Dessert

Harga Bufet Ramadan

www.liahasty.com


Sajian Nostalgia Bufet Ramadan

RM90 nett untuk orang Dewasa 👫
RM65 untuk Kanak-kanak 👱 & Warga Emas 👴

Bufet Ramadan ini bermula 7 Mei 2019  hingga 3 Jun 2019 bermula jam 7.00 hingga 10.00 malam bertempat di di Sri Tanjung Cafe.

Ramadan Early Bird Deal

RM72 nett untuk orang Dewasa 👫
RM40 untuk Kanak-kanak 👱 & Warga Emas 👴
(Tarikh pembelian : 15 Mac hingga 30 April 2019)


👆         👆         👆         👆         👆         👆         👆

👉Kalau anda ingin harga yang murah dan berbaloi, bolehlah buat tempahan awal seperti tarikh di atas 👈


Untuk butiran dan tempahan, sila hubungi 604-259 8888 🤙

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:

Hotel Royale Chulan Pulau Pinang

Alamat : 1-2 Pengkalan Weld,
Georgetown, 10300 Pulau Pinang, Malaysia

Tel: +604-259 8888
Fax: +604-205 1111

Email: info@royalechulan-penang.com

Waktu Operasi : 7.20 pagi hingga 12 malam



Selamat Mencuba!


You Might Also Like

19 inspiration

  1. klassik sungguh pinggan mangkuknya lah, seperti orang kampung dulu-dulu huahauha. menu kampung pun sedap-sedap belaka

    ReplyDelete
  2. amboiii.. banyaknya menu diaaa.. dari salad, kerabu, sup, hinggalah ke pencuci mulut tuu.. semua nampak menyelerakan.. tak boleh tahan diet kalau macam ni.. hahahaha..

    ReplyDelete
  3. terliur nyaaaa tengok makanan yang dihidangkan. semua nampak sedap memang berbaloi kalau buka puasa dekat sini. hilanglah diet zul hahahah

    ReplyDelete
  4. Cantiknya Royal Chulan Penang ni sangat exclusive dan juga mewah heheheh nak duduk juga kat sini bestnya. Lepas tu boleh buka puasa terus kat sini meriah tengok makananya banyak harga berpatutan dengan lokasi dan jumlah makanan...

    ReplyDelete
  5. Nasib baik tengok malam..kalau siang mau nangis ni..hehehe.
    Nampak menarik betul menu dia..hiasan pun cantik. Seronok org nak berbuka macam ni

    ReplyDelete
  6. Sedap swmuanya..memg kaalau dtg buffet banyka menu pikihan.. Harag berpatutan.. Makaan puas-puas.. Hehehe.. Mana yg rasa nak makan luar tu boleh ke sini.. Kita nak pergi jauh

    ReplyDelete
  7. Tertarik dengan jeruk
    Madu disitu. Penang kan mmg popular dengan jeruk. Variasi makanan dia mmg best. Semua ada dan sangat berbaloi

    ReplyDelete
  8. Sedapnya. Rasa lapar pula tengok makanan ini.i should go eat breakfast now.

    ReplyDelete
  9. Ok. Rawlins cadang nak makan rojak buah dan kurma serta seteguk air dulu sejurus azan magrib bergema. Pergi solat. Then sambung makan bubur lambuk dan char kuay teow sebelum menyerang lokasi desserts! Oh yes. Gitu la angan2 kalau Rawlins makan kat sana kelak.

    ReplyDelete
  10. Banyaknya pilihan menu untuk berbuka Lia. Rambang mata tengok. Nasib baiklah jauh .Hanya mampu tengok pic makanan yang Lia up. Kalau dekat memang ajak dah suami datang makan

    ReplyDelete
  11. Sedapnye seafood tu nampak fresh. Keropo tu pun sedap. Dessert di epun menggiurkan. Eh semua la nampak sedap. Banyak pulak pilihan makanan die

    ReplyDelete
  12. recommended kalau korang buka puasa kat royale chulan ni..semua sedap2..teringat2 puding roti dia paling sedap..mmg pilihan terbaik untuk berbuka puasa

    ReplyDelete
  13. Waduh-waduh. Sesungguhnya imanku tergugat melihatkan semua makanan yang enak-enak ini. Tak boleh tenung lama-lama. Nanti makruh. tapi makanan kat Royale Chulan memang sedap-sedap. Kena dengan citarasa saya

    ReplyDelete
  14. sedap2 juadah buffet ramadhan kat royale chulan ni yer...memang menggamit nostalgia betul , nasi pun ada sampai 4 jenis ...terbaiklahhh

    ReplyDelete
  15. wahhh ini satu lokasi yang sangat bagus dan sesuai untuk bawa family datang berbuka. lihat sahajalah menu yg ditawarkan . semua nampak menyelerakan sungguh. harga pon berpatutan. best nya !

    ReplyDelete
  16. Wow! there are so many types of rice and also dishes. Memang best, i spotted many dishes that i like there.

    ReplyDelete
  17. Makan dekat Royal Chulan memang terbaik, banyak variasi yang di sediakan sepanjang bulan ramadhan. memang rekemen makan dekat sini

    ReplyDelete
  18. Wow meriahnya makanan. Selalu terliur dengan sajian seafood 🦞.

    ReplyDelete
  19. Royal Chulan KL jer selalu kita pi. Penang belum pernah sampai. Satu masa nantinwish nak try Royal Chulan Penang lak...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community