Sajian Tradisi Buffet Ramadan 2019 di The Wembley - A St Giles Hotel, Pulau Pinang

April 28, 2019

Salam dan Hai semua,

www.liahasty.com

Entry kali ini Lia nak berkongsikan lokasi iftar ataupun berbuka puasa di salah sebuah hotel terkemuka di Pulau Pinang. Lokasi bufet ramadan tersebut di The Wembley - A St Giles Hotel beralamat di 183, Jalan Magazine, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang.

Untuk penduduk Pulau Pinang yang bekerja di area pusat bandar yang pulang lewat ketika berbuka boleh singgah The Wembley - A St Giles Hotel untuk berbuka. Ataupun pengunjung luar yang melawat Georgetown dan menginap di sekitar boleh juga mencuba berbuka puasa di sini.

Pengenalan hotel The Wembley - A St Giles Hotel

Related image
Gambar ihsan Google

 The Wembley - A St Giles Hotel betul -betul berada di di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan bandaraya. Lia pun suka dengan suasana hotel ini yang elegan dan mesra. Kalau drive ke area Georgetown dari jauh dah boleh nampak hotel ini. Hotel ini mempunyai keistimewaannya sendiri. 

Lia memang recommended hotel ini untuk pengunjung yang datang dari luar untuk menginap di sini. Memang tak rugi dengan pemandangan bilik hotel boleh nampak bandar dan pemandangan laut. Hotel ini juga pernah disenaraikan Top 10 untuk Best in Travel 2016 di  Lonely Planet.

Nak datang ke hotel ini  juga mudah dicari, dekat dengan akses lebuhraya ke  taman perindustrian dan tapak warisan yang menarik di bandar. 20 minit perjalanan dengan kereta dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang atau jika anda memandu di Lebuhraya Utara-Selatan, hanya 5 minit memandu dari Terminal Feri Pulau Pinang.


Tema Bufet Ramadan 


 Tema ramadan The Wembley - A St Giles Hotel pada tahun 2019 ini ialah Sajian Tradisi Buffet di Wembley Cafe. Bufet kali ini menyediakan beberapa jenis makanan merupakan 'signature' untuk para pengunjung mencuba sendiri keenakan makanan 🍴di sini.

Chef Peter mengajak pengunjung mencuba Sup Ekor Berempah 🍲, Ayam Masak Lemak Cili Api 🍗 & Bubur Lambuk 🍵 dimana ketig-tiga ini merupakan hidangan popular setiap kali Ramadan di sini. Ada juga masakan ala kampung yang ingin diterapkan seperti Daging Masak Halia, Sambal Tumis Sotong, Kambing Masak Merah, Sambal Cincaluk Udang Petai dan banyak lagi. Aduhai dengar semua makanan kampung ni Lia dah jadi terliur bila dengar ada kambing & petai. Maklumlah dua benda ini memang buat Lia selera nak makan.

Siapa penggemar ulam sama macam Lia, jangan lupa mencuba pelbagai jenis ulam-ulaman beserta aneka sambal. Mood raya pun tiba-tiba muncul bila ada juga hidangan Ketupat, Lemang, Serunding dan Gado-Gado. Kalau anda peminat makanan Jepun pula, boleh nikmati Salsom Sashimi  🍱& Sushi Rolls 🍣 beserta dengan hidangan makanan jepun yang lain.

Eh lupa nak bagitau siapa peminat seafood kat sini❓Okay ini favorite I juga ya. Ada satu sudut kat sini ada semua jenis makanan laut 🍤, anda hanya perlu pilih sahaja mengikut kesukaan anda. & yang paling Lia suka & nak recommend dekat kawan-kawan yang lain ialah White Curry Mee 🍜kat sini sumpah sedap. Lagi best bila makan letak sambal banyak-banyak barulah surrr.

Ramadan buffet mesti diakhiri dengan pencuci mulut, anda mesti singgah di ruangan dessert sebab banyak sangat pilihan sampai tak tahu nak makan yang mana. Ada ruangan Chocolate Fountain 🍬, Ais kacang 🍯, pilihan aiskrim 🍦, fruits tart 🍭, swiss rolls, kek 🍰, kuih melayu 🍮, kuih raya, macaroon dan banyak lagi. Jangan lupa untuk mencuba semangkuk Pengat Pisang dan juga beratur untuk sepinggan apom homemade.

Jom kita tengok semua gambar makanan sempena Sajian Tradisi Buffet di The Wembley - A St Giles Hotel. 

Menu dan Sajian Hidangan 

Buka Puasa Selections
📌Ulam-ulaman 📌Buah Kurma 📌Ikan Masin

📌Ketupat 📌Lemang 📌Serunding

📌Salad & Condiment

📌Cheese Platter

📌Aneka Jeruk

📌Aneka Pizza

📌Satay ayam & daging

Soup

📌Crab Meat Soup with Assorted Seafood
📌Sup Ekor Berempah

📌 Aneka Roti

Japanese Cuisine



📌Salsom Sashimi 
📌Sushi Rolls


Seafood on Ice
📌Tiger Prawn 📌Mussel 📌Snow Crab Leg 📌Scallop with Roe 📌Lobster

📌Condiment

Main Course




📌Ayam Masak Lemak Cili Api
📌Daging Masak Halia
📌Kambing Masak Merah
📌Sambal Tumis Sotong
📌Gulai Kepala Ikan
📌Tempe Goreng with Ikan Istimewa
📌Bubur Lambuk Ayam with Condiment
📌Ikan Siakap Masak Tiga Rasa
📌Sambal Cincaluk Udang with Petai
📌Chili Crab
📌Kepah Masak Tauchu
📌Kacang Buncis Goreng

Action Stall


📌White Curry Mee


📌Apom (Sweet Corn/Banana/Durian)

Dessert

📌Fruits Tart

📌Assorted Nyonya or Malay Kuih



📌Cheese Cake


📌French Pastries

📌 Chocolate Fountain

📌Ais Kacang

📌Aneka Aiskrim

📌Fresh Fruits

Carving
📌Spice Leg of Lamb with Pilaf Rice

Warm Dessert

📌Pengat Pisang

📌Warm Chocolate Pudding with Vanilla Sauce

Minuman

📌 Minuman panas dan sejuk juga disediakan.

Menu Recommended 👍
👉White Curry Mee
👉Spice Leg of Lamb with Pilaf Rice
👉Seafood on Ice
👉Apom (Sweet Corn/Banana/Durian)
👉Sambal Cincaluk Udang with Petai

Harga Bufet Ramadan

www.liahasty.com

Sajian Tradisi Buffet

RM100 nett untuk orang Dewasa 👫
RM50 nett untuk Kanak-kanak 👱 (6 hingga 12 tahun)
RM80 nett untuk Warga Emas 👴 (55 tahun ke atas)

Bufet Ramadan ini bertarikh :
📌 13 hingga 15 May 2019 
📌  20 hingga 22 May 2019 
📌  27 hingga 29 May 2019 

⌚bermula jam 6.30 hingga 9.45 malam bertempat di di Wembley Cafe.

Untuk butiran dan tempahan, sila hubungi 04-259 8123 🤙

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:

The Wembley - A St Giles Hotel

183, Jalan Magazine, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Tel :  +6 04 - 259 8230
Fax : +6 04 - 263 3301
Mobile : +6012 - 417 9120

Laman web : www.StGiles.com
Email : commofc.swpg@stgiles-hotels.com 


You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community