Salam dan Hai semua,


Entry kali ini Lia nak berkongsikan lokasi iftar ataupun berbuka puasa di salah sebuah hotel terkemuka di Pulau Pinang. Lokasi bufet ramadan tersebut di Hotel Olive Tree beralamat di No.76, Jalan Mahsuri, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Tema Bufet Ramadan 

 Tema ramadan Hotel Olive Tree pada tahun 2019 ini ialah Selera Nusantara Ramadan Buffet di Sukkah Coffee House. Mereka menawarkan masakan tradisional seperti Ayam Percik, Gulai Daging Batang Pisang, Domba Varuval, Ketam Masak Lemak Cili Padi, Ayam Kalio, Sushi, Dim Sum, Keju Macaroni Bakar dan banyak lagi.

Ada juga beberapa stall yang berinteraktif secara 'live cooking' ialah Char Koay Teow Ketam, Ikan Bakar dengan Air Asam, Roti John dan Thai Pattaya Kebab. Di bahagian action stall yang lain, pengunjung boleh menikmati makanan tempatan seperti Kambing Bakar dengan Nasi Mandy, Bubur Lambuk, Sup Tulang, Ayam & Sapi Sate, dan hidangan Timur Tengah seperti Chicken Sharwama.

Terdapat juga ruangan "Corner Kids" yang menyajikan Pizza Hawaiian dan Pandan Chicken untuk hidangan kanak-kanak.

Bagi pencuci mulut, terdapat pilihan kuih Melayu tempatan seperti Abok Abok Sago, Lompang, Kuih Keria Kuih dan Buah Melaka Kuih Sago, pelbagai pastri Perancis, Puding Roti & Mentega, Krim Caramel dan pelbagai jenis buah-buahan segar.

 Surau untuk Lelaki dan Perempuan juga disediakan di Aras 8 untuk pengunjung muslim menunaikan ibadah.


Nyanyian daripada busker jemputan juga turut ada di bahagian bawah. Anda akan mendengar muzik sepanjang anda berbuka di sini.

Menu dan Sajian Hidangan 

Hidangan Utama
Nasi putih

Ayam Kalio, Kambing Kerutuk, Ketam Masak Lemak Cili Padi, Sambal Udang Petai & Gulai Daging Batang Pisang

Sayur Goreng Campuran, Potato Croquette, Deep Fried Fish with Lemon Sauce, Stir Fried Prawns with Salted Egg & Baked Macaroni and Cheese 

Kambing Bakar dengan Nasi Mandy

Aneka Kerabu
Acar Buah, Kerabu Kacang Botol, Kerabu Ayam, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Mangga

Aneka Ulam-ulaman, Aneka Sambal, Ikan Masin, Ikan Perkasam & Telur Masin

Aneka Salad bersama condiment

Aneka Buah-buahan, Rojak Buah & Jeruk Buah

Aneka Sup
Mushroom Soup, Bubur Lambuk & Sup Tulang

Bergedil Tofu & Takua Sumbat

Hidangan Sate
Sate ayam dan daging

Hidangan Raya
Ketupat Pulut, Lemang, Serunding Ayam & Daging

Kids Corner

Chicken Shawarma with Condiments

Ikan Bakar dengan Air Asam

Roti John
Roti John perisa ayam dan daging

Aneka Sushi

Char Koay Teow Isi Ketam & Koay Teow Th'ng

Aneka Kuih-Muih
Kuih Cara, Kuih Ketayap, Kuih Abok-abok Sago, Kuih Seri Muka, Kuih Lapis, 

Aneka Pencuci Mulut
Cream Caramel, Fruits Tart, Cream Puff, Chocolate Cake, Bubur Pulut Hitam, Tau Fu Fah, 

Ice Kacang & Leng Chee Kang

IceCream Station

Minuman
Minuman panas dan sejuk juga disediakan, antaranya Ice Water, Sirap Bandung, Ice Lemon Tea, Sirap Limau dan Teh Tarik.

Harga Bufet Ramadan


Selera Nusantara Ramadan Buffet

RM95 nett untuk orang Dewasa 👫
PERCUMA untuk Kanak-kanak 👱 di bawah umur 12 tahun (with a minimum of 2 paying adults)

Bufet Ramadan ini bermula 13 hingga 31 May 2019 bermula jam 7.00 hingga 10.00 malam bertempat di di Sukkah Coffee House.

Ramadan Early Bird Deal

RM79 nett untuk orang Dewasa 👫 (Untuk 1 hingga 30 April 2019)
RM89 nett untuk orang Dewasa 👫 (Untuk 1 hingga 12 May 2019)

👆         ðŸ‘†         ðŸ‘†         ðŸ‘†         ðŸ‘†         ðŸ‘†         ðŸ‘†

👉Kalau anda ingin harga yang murah dan berbaloi, bolehlah buat tempahan awal seperti tarikh di atas 👈


Untuk butiran dan tempahan, sila hubungi 04-637 7856 ðŸ¤™



Ramadan Room Deal
Untuk percutian yang tenang bersama orang yang anda sayangi pada bulan Ramadhan ini, lawati Bilik Deluxe kami yang moden dan bergaya untuk percutian Ramadan yang tidak dapat dilupakan.

Ramadan Room Deal - MYR270 + per bilik malam termasuk:
👉Sahur (boleh didapati dari 12 malam hingga 5:00 untuk perkhidmatan bilik) atau Sarapan pagi di Sukkah untuk 2 orang
👉Diskaun 20% untuk Makan Malam Buffet Ramadan
👉Makan Malam Buffet Ramadan Percuma untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun
👉Perkhidmatan ulang-alik berjadual 2-way percuma untuk IKEA Penang, Queensbay Mall, Gurney Plaza dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
👉Diskaun 10% untuk perkhidmatan urut di Thai Oasis Family Wellness Centre di Elit Avenue


Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:

Olive Tree Hotel Penang

No.76, Jalan Mahsuri, 
11950 Bayan Lepas, 
Penang, Malaysia. 

Tel :  +6 04 637 7777 ext.7712  
Fax : +6 04 637 7766


Instagram : @olivetreehotelpenang