Songkran Festival di Hotel Rainbow Paradise Beach Resort, Pulau Pinang

April 18, 2019

Salam dan Hai semua,
www.liahasty.com

Lia nak berkongsi sikit pengalaman ke Songkran Festival 💦pada 12 hingga 14 April 2019 di Hotel Rainbow Paradise Beach Resort, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Acara ini berlansung selama 3 hari bermula dari 5pm hingga 1am.

www.liahasty.com
Lia pilih datang ke Songkran Festival 2019 di Rainbow Paradise Beach Resort sebab berdekatan dengan rumah dan dalam kawasan Penang Island. Kalau tak sebelum ini ada cadang nak ke negara jiran Thailand tapi rasa penat dan kekangan masa. Dari memandu masuk ke sempadan dan bersesak-sesak dalam trafik di sana, terus je datang Songkran Festival 2019 dekat sini.


Rasanya semua orang tahu apa itu Songkran bukan ❓

Songkran adalah cuti kebangsaan Tahun Baru Thailand yang telah disambut pada 13 April setiap tahun, tetapi tempoh bercuti bermula dari 14-15 April. Songkran merupakan pesta air 💦 dan juga bermaksud 'melangkah masuk' iaitu simbolik bagi kemasukan Tahun Baru Siam.

Sempena Songkran ini juga Rainbow Paradise Beach Resort menganjurkan pesta air Songkran Festival 2019 merupakan acara pertama kali di hotel mereka. Acara ini berlansung di bawah tepi pantai sebelah swimming pool berdekatan dengan laut. Memang lokasi yang sesuai boleh pesta air sambil menikmati keindahan pantai dan laut.


Harga tiket untuk Songkran Festival 2019 adalah seperti di bawah :

Ticket: RM30 nett (FREE 1st Drinks)
Room Booking: RM188nett (Room Only + 2 Free Entrance)

Berbaloi bukan dengan hanya RM30 sahaja untuk DEWASA dah dapat menikmati pesta air Songkran kat sini. Harga bilik juga berbaloi bukan selalu boleh dapat harga RM188 di sekitar Tanjung Bunga.

www.liahasty.com

Anda juga boleh dibenarkan untuk membawa watergun sendiri untuk festival ini.


Jika tiada anda juga boleh membeli watergun di booth yang disediakan sekitar RM15 hingga RM20.

Untuk makanan pula, jangan risau banyak booth yang disediakan. Anda boleh pilih nak makan hidangan Melayu, Barat ataupun Thai. Tetapi anda perlu membeli 'food voucher' sebanyak RM20 di kaunter.

Menu makanan yang disediakan sepanjang festival beserta dengan harga.




Sebelum festival bermula pukul 5 petang lagi, orang ramai sudah membanjiri di sekitar kawasan pantai sambil menunggu acara bermula. Boleh menjamu selera dahulu dengan makanan yang ada. 




Di sekitar pantai juga, ramai orang sudah membanjiri dan memulakan festival air ini. Tengok tu ramai je kanak-kanak yang menyertai festival. Sangat comel bawa watergun sendiri dan mula adegan tembak menembak.

Mereka juga turut menjemput 5 piece Live Band 💓 dan beberapa DJ untuk memeriahkan acara ini. Muzik berkumandang semasa acara ini. 


Pada sebelah malam pula, festival ini semakin meriah dah orang semakin ramai. Pada sebelah petang terpaksa berhenti sekejap akibat hujan lebat. Lepas hujan kembali reda acara diteruskan seperti biasa. 

Apa yang menarik sepanjang ialah :

❤ Ini merupakan aktiviti keluarga 👪 dimana ramai yang membawa suami, isteri dan anak-anak sertai festival air ini.

❤ Festival ini disertai ramai bangsa bukan sahaja Melayu malah Cina dan juga India. Turut ada pelancong luar dari negara jiran dan banyak lagi.

❤ Kanak-kanak juga gembira dapat sertai bersama kawan-kawan yang lain tanpa segan silu. Ibu bapa tak payah risau mengenai anak-anak mereka. Ada satu part Lia kena serang dengan satu team budak-budak yang dorang tembak air tak kasi can punya. Siap bawa geng lagi dah jadi macam war. Apa lagi kita ambil baldi isi air lepas tu simbah balik. 

❤ Festival ini mengeratkan silaturahim sesama yang lain. Mana taknya semua pakat simbah & tembak air sedangkan tak kenal satu sama lain. & yang paling best tiada pun nak ada perasaan marah & everyone enjoy malam tu.

❤ Paling menarik malam tu, percikan air gergasi dari pasukan bomba dah macam hujan betul. Part tu memang best sebab semua orang serbu dekat air tu. Dah nama Songkran mestilah kena basah kan.

❤ Pilihan makanan yang banyak pilihan kat sini. Biasalah kalau main aktiviti air ni mesti penat kan. Boleh rehat sekejap pergi makan then sambung balik.

❤ Kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel seperti parkir, tandas dan juga bilik mandi untuk tetamu yang datang ke festival ini.

❤ Kalau dah buat aktiviti air macam ni sememangnya akan basah. Sila bawah waterproof casing untuk handphone dan juga drybag untuk simpan barang berharga. Bawa baju extra juga, takkan nak balik basah lencun. 



Itu sahaja yang Lia nak kongsikan sempena . Walaupun anjuran kali pertama oleh tapi apapun Lia boleh cakap yang festival ini berjaya. Festival ini memang sesuai untuk semua golongan muda atau tua, untuk semua bangsa dan juga yang bawa keluarga ke sini. Lia berharap pihak dapat meanganjurkan lagi acara ini untuk tahun hadapan.

 Hotel Rainbow Paradise Beach Resort

527, Jalan Tanjung Bungah
Penang, Malaysia


You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community