Salam dan Hai semua,
Entry kali ini Lia nak berkongsikan lokasi iftar ataupun berbuka puasa di salah sebuah hotel terkemuka di Pulau Pinang. Lokasi bufet ramadan tersebut di Rainbow Paradise Beach Resort
beralamat di 527, Jalan Tanjung Bungah, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Rainbow Paradise Beach Resort
Gambar ihsan dari Google |
Lokasi Rainbow Paradise Beach Resort terletak betul-betul di pantai Tanjung Bungah adalah destinasi percutian yang sempurna. Ia terletak tepat di antara Tapak Warisan Dunia UNESCO Georgetown dan Batu Ferringhi.
Resort ini mempunyai 295 suite yang dihias dengan menarik. Ia datang dengan balkoni untuk menikmati pemandangan laut dan bukit yang menakjubkan. Bilik-bilik dilengkapi dengan kemudahan moden yang membuat tetamu akan merasa di rumah. Semasa menginap di Rainbow Paradise Beach Resorte, anda boleh meneroka budaya tempatan dan aktiviti yang menyeronokkan yang ditawarkan oleh Pulau Pinang.
Destinasi utama dan tempat menarik di Pulau Pinang hanya beberapa minit dari Rainbow Paradise Beach Resort. Jarak untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hanya 45 minit pemanduan dari resort, dan 10 minit dari Gurney Drive.
Untuk penduduk Pulau Pinang yang berada di area utara pulau Pulau Pinang ini memang Lia recommend kan berbuka puasa di sini. Untuk pengunjung yang menginap di sekitar area Tanjung Bunga, Tanjung Tokong ataupun Gurney memang dekat dan boleh cuba menu di sini.
Rainbow Paradise Beach Resort juga menyediakan tempat duduk di bahagian dalam dan luar kafe untuk menampung pengunjung yang datang ke sini.
Lia juga berpeluang untuk menyertai Ramadan Review Rainbow Paradise Beach Resort di bersama dengan kawan blogger, media dan VIP yang lain. Acara diteruskan dengan ucapan oleh GM hotel, Mr Gulab dan diteruskan dengan ucapan wakil YB Zaria. Sebelum berbuka puasa, bacaan doa dibacakan oleh Imam Masjid Tuan Guru.
Anak-anak SMK Pendidikan Khas Persekutuan juga dijemput untuk Ramadan Review ini. Walaupun mereka kurang upaya, mereka juga membuat persembahan tarian melayu "Daling-daling" untuk para pengunjung.
Selepas selesai acara makan malam. acara diteruskan dengan memberikan duit raya untuk anak-anak SMK Pendidikan Khas Persekutuan.
Tema Bufet Ramadan
Tema ramadan buffet Rainbow Paradise Beach Resort pada tahun 2019 ini ialah Jom Buka Puasa di Breeze Cafe. Hidangan di sini bermula dari Appertizer, Condiment, Soup, Main Dish, Action Stall, Dessert & Beverage.
Jom kita tengok gambar dan menu sempena bufet ramadan.
Menu dan Sajian Hidangan
Appertizer
📌ulam-ulam
📌acar buah
📌rojak buah
📌sotong kang kung
📌jeruk buah
📌garden salad
📌kerabu tauge
📌acar timun nenas
📌ketupat palas
📌lemang
Condiment
📌sambal belacan, sambal kicap, sambal mangga,
📌thousand island, budu, serunding ayam, serunding daging
Soup
📌soto ayam & condiments
📌roti bengali & soft roll
📌bubur lambok ayam
Main Dish
📌ayam masak rose
📌rendang daging "tok"
📌goreng ikan keli berlada
📌udang masak masam manis
📌masak lemak lala dengan belimbing
Action Stall
📌mee goreng mamak
📌roti jala dengan kari ayam
📌ayam percik"idaman kalbu"
📌kambing golek"mawar berduri"
Dessert
📌children tidbits
📌seasonal fruits platter
📌assorted cake
📌pudding & jelly
📌bubur gandum
📌kuih-kuih melayu
📌buah tamar
📌ice cream & condiments
Beverage
📌air sirap bandung, air jagung, cincau, air limau kasturi
📌coffee & teh tarik
Harga Bufet Ramadan
1 Comments
banyaknya pilihan dan juadah makanan
ReplyDelete