Kejayaan Lelaki OKU 3 Jari Buat Rakyat Malaysia Kagum

May 03, 2019


Kejayaan Lelaki OKU 3 Jari Buat Rakyat Malaysia Kagum



Luahan di fb beliau sangat terkesan….

Lia nak berkongsikan kisah mengenai seorang lelaki OKU bernama berusia 30 tahun. Walaupun dalam keadaan cacat beliau bersyukur dgn kehidupannya yang berjaya membina satu syarikat dan membina platform jualan jamumall.com.

Sebelum ini beliau meluahkan di facebok betul-betul memberikan kesan mendalam apabila mendengarnya.

"Aku happy mampu beli ape ku nak, mampu makan yg mewah, mampu travel𝌶 ke Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyakk negara aku dan sampai. Yang paling best aku dpt sediakan rumah mewah utk keluarga, tanggung family dan bersedekah setiap hari ..."


"Bukan nak riak tapi aku tau ramai sebenarnya orang diluar sana nak jadi mcm aku, nak banyak duit 💰mcm aku, nak bahagiakan family mereka mcm aku.. Tapiii adakah mereka sekuat aku ❓❓"

Lihatlah aku ...

"Kehidupan aku dulu tak macam ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku, makan perlu disuap, mandi perlu diuruskan, duduk perlu diangkat , dan tidur perlu dijaga, bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian 😢"



"Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari, bukan tiga hari, bukan seminggu, bukan sebulan tetapi bertahun-tahun ❗❗❗ Ada ketika saya rasa sangat terkesan bila ade ketika bile saya haus, lapar, penat, tiada orang disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati❓❓❓Allah beri aku nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal mesti ada sesuatu manfaat yg nak aku buat .."


Aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. Kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna, boleh berjalan, berlari🏃, melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...


Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri, ramai yg suke bagi bermacam alasan bila bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran❗❗


Ramai cuba memilih untuk kerja senang, taknak susah  lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat, sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun-tahun atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah. Paling terkesan nak bagi duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih ❗❗Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...


Jadi aku bangkit❗❗

Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg Allah beri dan jangan sia-sia kan, aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain. Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan, senyuman ramai orang-orang disekeliling aku ..


Kini aku sedar untuk berjaya dlm kehidupan, pekerjaan, mahupun business bukan mudah. Tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, suka belajar dan improve diri, dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..


Dan semua value yang ada dalam diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit, bersemangat, dan berjaya ❗❗


Akhir kata ... 

Kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ada berapa jari untuk ubah kehidupan❓❓

Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita


Untuk maklumat lanjut, boleh lihat sendiri video di bawah :


Jangan lupa like dan follow facebook : https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/

Begitu mendalam bukan luahan dari Khairul Nizam, Lia dengar pun rasa Ya Allah aku yang sempurna pun kenapa aku tak sekuat dia Semangat & hati tak kental sekuat dia Terus rasa semangat berkobar-kobar untuk berubah diri. Belum terlambat lagi.

Semoga ini menjadi inspirasi untuk anda juga.😊


You Might Also Like

1 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community