Jom makan di Kafe YUJO di CUBOPARK, Pulau Pinang

July 21, 2019

Salam dan Hai semua,

www.liahasty.com

Lia nak bawa korang semua makan di salah sebuah kafe terletak di CUBOPARK, Pulau Pinang. Rasanya ada dah tahu mengenai CUBOPARK ada lagi yang masih xtau. CUBOPARK merupakan Penang First Pop-up Mall concept.







CUBOPARK @ Chusan konsep pusat beli-belah pop-up pertama di Pulau Pinang yang terletak di lokasi utama Tanjung Tokong, menggabungkan makanan runcit, makanan jalanan dan budaya kreatif dalam persekitaran yang tersergam, memberi inspirasi, menggunakan bekas perkapalan tersuai.

Kawan blogger Lia, Olivia telah membuka satu kafe bernama YUJO di CUBOPARK. Dia juga mengajak Lia untuk mencuba dan memberi komen makanan di kafe. Jom Lia nak tunjukkan dekat korang semua apa lagi makanan sedap yang ada di kafe YUJO milik Olivia ini.

Lokasi Kafe YUJO 



Kafe YUJO terletak utara Pulau Pinang dan beralamat di A2-09 Cubopark 6, 11200 Tanjung Tokong Pulau Pinang

Mengenai Kafe YUJO

Kafe YUJO khususkan diri dalam bahan-bahan segar, tempatan, lestari dan organik. Ia menggayakan makanan yang selesa, sedap & segar.

Lia tahu alau sebut pasal kafe Pork-Free mestilah ramai yang risau lagi-lagi orang muslim bukan ❓ Tapi jangan risau kafe YUJO ini memanglah kafe pork-free tetapi kesemua bahan mentah yang digunakan adalah dari pembekal yang Halal. Kafe ini menerapkan mesra pelanggan terutamanya pelanggan beragama muslim dan juga bangsa lain.

Dekorasi Kafe YUJO







 Dekorasi dalaman kedai juga agak cozy, simple, satu warna putih dan yang paling penting bersih. Kerusi dan meja juga teratur dan kemas.


Pada 22 Jun yang lepas, Kafe YUJO telah dibuka secara rasmi dengan mengadakan soft launch.

Sajian dan Menu di Kafe YUJO


Sajian disini dihidangkan dalam Rice Bowl, Snacks & Sando (Sandwich), Dessert(Kakigori) & Beverage (Special Drinks)

RICE BOWL

📌Angus Beef Rice Bowl @ RM28.90
Menu Recommended👍 
Nasi yang dihidangkan dengan perapan daging yang sedap bersama telur separuh masak.

 📌Curry Chicken Rice Bowl @ RM15.90
Menu Recommended👍 
Nasi bersama kuah kari + daging ayam + telur separuh masak

 SNACKS & SANDO (SANDWICH)

📌Tamago Sando @ RM12.90

DESSERT

📌Pandan Creme Brulee @ RM7.90
Menu Recommended👍 
Kalau datang kafe sini patut cuba dessert ni memang sedap permukaan atas creme brulee dimakan bersama dengan pulut kacang merah di bawah.

BEVERAGE


📌Cherry Blossom @ RM12.90

 📌Peach Pop @ RM12.00

 BIRTHDAY PROMOTION


Jika hari lahir anda semakin dekat jangan lupa raikan bersama Kafe YUJO.
Tunjukkan IC anda dan tempah 3 hari awal, anda akan dapat Kek Mini secara percuma. 

Kebetulan birthday Lia bulan Jun lepas, Lia sempat merasa kek mini perisa coklat memang sedap!

Lia dah cuba, anda bila lagi ❓

Jangan lupa singgah dan support Kafe YUJO milik kawan baik Lia, Olivia.

Kafe YUJO

Alamat: A2-09 Cubopark 6, 11200 Tanjung Tokong Pulau Pinang

Waktu Operasi: 
4.00 petang hingga 11 malam (Setiap hari Ahad sampai Khamis)
4.00 petang hingga 12 malam (Setiap hari Jumaat dan Sabtu)

No Tel: +6012-595 1537
Email : thisisyujo@gmail.com


#yujocafe #yujocafepenang

You Might Also Like

16 inspiration

  1. Hari tu nampak diorang post ambik gambar kat sini cecantik, tapi x penah pegi lagi huhu

    ReplyDelete
  2. Hipsternyaaaaa tempat niiiii. Nak pegi just untuk ambik gambar je hahaha. But want to try the kafe too sbb it reminds me of this one recipe kat youtube i tgok. I nak try it too!

    ReplyDelete
  3. Menariknya konsep kedai dia lia. Makanan pun nampak semua sedap. Nanti kalau ke penang nak cubalah.

    ReplyDelete
  4. alahai, tetiba boleh jadi craving bila tengok kfood ni. Adeeeeiiii, sedap pula nampaknya menu curry chicken bowl tu

    ReplyDelete
  5. wah i like the exterior of this building. looking so chic. I was looking for the location and its in penang. Havent been to penang for long but will have a look up one day when we plan our trip there.

    ReplyDelete
  6. Cantiknya tempat makan ni unik dan menarik lah hurmmmm kalau dekat boleh kita pergi dengan nampak makanan yang sedap tu bestny geram rasa nak cuba juga...

    ReplyDelete
  7. Seriously menarik kafe Yujo ni. Next time kalau ke Penang lagi mesti masukkan dalam list. Btw, Lia asik pegi makan je. Sedap2 lak tu tapi maintain!!

    ReplyDelete
  8. konsep cafe ni memang seriusly cantik dan hipster. sure wajib singgah kalau dah sampai penang. birthday akak pun next week je, sempat nak grab promo

    ReplyDelete
  9. Nampak cantik dan simple je dia punya kafe ya. Makanan dia pon simple dan nampak sedap. Ruginya haritu pergi penang tak singgah sini. Kne repeat lagi datang penang nie.

    ReplyDelete
  10. perghhh lawa gilerr... rasanya bukan takat gi makan je ni... siap nk amik gmbr bagai hahahha... sgt happening.. nmpk cozy sgt! menu pun menarik kot... best dpt chill ngan kengkawan kat tempat yg mcm gini

    ReplyDelete
  11. Cubopark looks so nice and so instagram worthy!! i'm heading to penang in september.. nak carila tempat ni... Yujo pun nmpk sedap and harga berpatutan! gonna save this! thanks for sharing!

    ReplyDelete
  12. Tempatnya cantik..selesa je..boleh ambil gmbr dekat mana-man je..makaan pun smeua cute-cute je..makn petang ni sedap ni..hehee..lepak sesaje

    ReplyDelete
  13. Comelnya cafe ni! Makanan pun nampak sedap! Husband ada plan nak ke Pinang tahun ni. Boleh save post ni untuk try nanti. Nyummss!!

    ReplyDelete
  14. Lawanya cafe dia. Pandai memilih konsep. Luaran dia tu cantik dan unik. Dalam nya pun bersih dan teratur. Pandai mainkan warna. Nampak exclusive.. Desert tu macam nak try je..

    ReplyDelete
  15. I saw this place in Instagram, definitely in my bucket list to go when I am at Penang! They have so many nice cafes and decors to take photo.

    ReplyDelete
  16. I like to go cafe hop on my weekend, its very relaxing and i enjoy my coffee moments too. Will check out this place soon.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community