Jom Makan Durian sempena Durian Fiesta 'All You Can Eat' Value Buffet di Lexis Suites Penang

July 01, 2019

Salam dan Hai semua,

Malaysia memang kaya dengan pelbagai buah-buahan tempatan. Salah satu buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia ialah buah Durian. Kalau nak makan buah Durian memang kena tunggu musim ini datang.

Kini musim buah Durian sudah kembali ❗ Siapa suka makan durian kat sini ❓ Kita geng ❗
Peminat Durian memang paling excited bila musim durian ni datang balik & memang saat yang dinanti-nantikan.

Siapa yang tak suka dengan Raja Buah ni kan mesti ramai yang kritik bau busuk lah berduri lah macam lagi. Tapi kalau dah peminat tak kisahlah apa pun jauh je jem sanggup redah nak makan.
Banyak tempat yang menjual buah durian memang boleh lihat setiap tempat dibanjiri dengan durian. Ada yang dijual di pasar pagi, pasar malam, warung tepi jalan dan banyak lagi. 

Kali ini Lia nak bawa korang semua makan di durian di salah sebuah hotel terkemuka di Pulau Pinang.

Apa❓  Makan durian di hotel❓ 

Yes Lexis Suites Penang sangat mengalu-alukan semua orang untuk memeriahkan Durian Fiesta 'All You Can Eat' Value Buffet sempena musim durian yang melanda.

Jom Makan Durian sempena Durian Fiesta 'All You Can Eat' Value Buffet di Lexis Suites Penang

www.liahasty.com
Mesti ramai yang agak terkejut kebanyakkan hotel tidak dibenarkan membawa masuk durian sama sekali. Tetapi Durian Fiesta 'All You Can Eat' Value Buffet telah diadakan Bayu Lexis Beachfront, Lexis Suites Penang betul-betul di bahagian belakang hotel. Bukan di bahagian dalam hotel ataupun bahagian kafe.

Harga yang berpatutan pada RM118nett per pax, setiap sesi untuk sekurang-kurangnya minimum 10 orang & akan berlangsung selama dua jam di pantai Bayu Lexis Beachfront.

www.liahasty.com

www.liahasty.com
Durian Buffet ini berkonsepkan open air dan santai gitu. Kerusi dan meja disusun di tepi pantai sambil menikmati pemandangan.

www.liahasty.com
Dalam masa yang sama anda boleh mendengar bunyi ombak sambil menikmati pantai dan laut. Sambil makan durian sambil tengok view gitu.

www.liahasty.com
Di setiap meja pula dihidangkan pulut, santan, gula melaka dan juga mangkuk kosong.

www.liahasty.com
Jangan risau kalau dahaga ketika makan durian, mineral water juga diesediakan untuk para tetamu.

www.liahasty.com
Anda boleh menikmati durian dengan makan begitu sahaja.

www.liahasty.com

www.liahasty.com
Ataupun anda boleh makan bersama pulut + santan + gula melaka. Memang terbaik 👍

www.liahasty.com
Di Lexis Suites Penang ini, anda boleh makan lebih daripada 10 jenis durian yang berbeza di sini. So memang berbaloi anda berbelanja dan mencuba kesemua jenis durian di sini. Kalau anda nak cuba semua jenis durian di sini, anda kena makan setiap satu daripada jenis durian yang disajikan. Antara durian yang dihidangkan seperti 'Musang King', 'Ang Hae' 'Hor Lor', 'Kapli', 'Cheh Phoay Kia', 'D11', 'D14', 'Cheh Phoay 15', 'Kun Poh' dan 'Ang Bak Kia'. 

www.liahasty.com
Jangan risau kalau anda suka makan durian tapi tak tahu nak kupas. Ada kakitangan di sini yang akan membantu anda kupas setiap durian. Mereka juga akan terangkan sedikit mengenai jenis durian untuk tetamu. Maklumlah Lia pun tergolong dalam golongan suka makan durian tetapi tak tahu kupas 😂

www.liahasty.com

www.liahasty.com

www.liahasty.com

www.liahasty.com

www.liahasty.com

www.liahasty.com
Tengok semua isi durian pun dah rasa sedap & terliur bukan. Memang betul aromatik betul buah durian ni. Kebanyakkan buah durian di sini memang betul-betul dipilih dengan baik dan rapi untuk kualiti kepada tetamu. Setiap buah yang dikupas jarang rosak dan semua isinya sangat sedap. 

www.liahasty.com

www.liahasty.com

www.liahasty.com
Selepas makan jangan risau kalau nak cuci tangan, ada satu sudut meja yang menyediakan air basuh tangan beserta tisu.

www.liahasty.com
Hari dah makin gelap tetapi Durian Fiesta masih diteruskan, tengok tu buah durian pun nonstop kupas. Ada segelintir tetamu yang masih enjoy makan durian 💓

www.liahasty.com

www.liahasty.com

Nampak romantik pula suasana Durian Feista bila di malam hari di Bayu Lexis, Beachfront. Tetamu pun masih tak berganjak dan masih setia bersama durian 😂

Lia dah mencuba durian buffet di sini, Anda bila lagi 
Buatlah tempahan sekarang sebelum terlambat.

Durian Fiesta 'All You Can Eat' Value Buffet
Lexis Suites Penang

www.liahasty.com
Harga : RM118nett per pax
satu sesi minimum 10 orang 
Masa : 2 jam
Lokasi : Bayu Lexis Beachfront.


Anda juga boleh tempahan yang lebih cepat dan pantas.

Caranya scan kod QR di bahagian bawah
👇👇👇👇👇👇


Untuk butiran dan tempahan, sila hubungi 604-628 2888 🤙


Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:

Lexis Suites Penang

28, Jalan Teluk Kumbar,
11920 Bayan Lepas,
Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 628 2888
Fax : +604 - 628 2889

Email : reservations@lexissuitespenang.com



You Might Also Like

17 inspiration

  1. Fuh. Gaya orang kaya makan durian. Memang tak standard macam orang lain. Boleh tahan harga sekali masuk. Siap ada pemandangan indah lagi. Biasa orang makan atas wakaf kayu. Ni siap makan atas meja. Mujur takde garpu sudu je. Hahaha

    ReplyDelete
  2. Sedapnya tengok isi-isi durian tu. Memang pelbagai jenis. Beruntung kalau dapat makan buffet durian kat sini. Tengok harga tu memang berpatutanlah untuk 2 jam. So memang kena pulun makan, kalau tak, rugi je nanti. Ni kalau dekat memang dah ajak kawan-kawan pergi sini.

    ReplyDelete
  3. aum sedapnya durian. kuning & padat isi tu. BBL terliur kejap baca & scroll entri dari atas sampai bawah. seronok la orang penang dapat makan durian kat lexis penang sepuas hati. siapa nak belanja BBL makan durian?

    ReplyDelete
  4. Bestnya festa durian, dulu kan tak suka sangat makan durian, tapi lepas bersalin jadi suka ayoyoyo

    ReplyDelete
  5. Pergh sana sini orang cerita pasal durian. Dah melayan durian ni tak pandang kiri kanan dah. Makan durian pulak sambil tengok pemandangan tepi pantai. Bestnya la Lia. Harganya pun berbaloi la jugak.

    ReplyDelete
  6. Benci tau kita ni dah lam memang gilerrr Durian tengok lak post pasal durian ini memang geram rasa nak pergi juga hehehe kalau dekat tu dah lama kita terjah makan durian berapa biji tak kisah wakakaka..

    ReplyDelete
  7. keluarga saya mmg pencinta durian! boleh habiskan banyak2 durian. bestnya ada fiesta durian, boleh makan durian tepi pantai pulak tu. kenapalah jauh pulak.. :) terima kasih share ya :)

    ReplyDelete
  8. Sedapnya makan durian. Tak sabar nak tunggu durian dekat kampung berbuah dan masak. Terus terliur tengok lia makan hahaha

    ReplyDelete
  9. Fuhhh enjoy betul makan durian sambil kena angin petang. Pemandangan pun cantik sangat. The price quite nice lah bila boleh makan durian gred bagus dengan view macam tu

    ReplyDelete
  10. Hihi kat rumah ni pasal durian boleh bergaduh haha. Berebut, siapa dah makan banyak akan disekat tak boleh makan dah.

    ReplyDelete
  11. Pandai Lexis buat marketing. Durian dengan hotel ni biasanya memang tak boleh pergi sebab selalu nmpak signboard tak boleh bawak durian. Tapi bila dia buat mcm ni boleh attract orang untuk stay kat hotel especially yang memang kaki durian. Iza pulak terasa nak pergi.

    ReplyDelete
  12. Ya Allah durian !!! Nampak sedap betul. Isi nya nampak tebal dan lembut. Mesti rasanya lemak manis kan. Nanti nk beli jugaklah durian2 tepi jalan. Tengah2 musim nie eloklah kita beli

    ReplyDelete
  13. Kita scroll laju laju je tak nak baca tapi tengok gambar sbb dah terbaca durian ini kat Penang. 😭
    Cuba lah ada kat Shah Alam dapat melantak durian gebu gebas lemak sedap berkrim. ah benci! Nak cari durian lepas ni.

    ReplyDelete
  14. Cantiknya tempat ni. Lagi lagi kalau daapt pekena durian. Allahu, sedapnya. Not bad harga dia kalau buffet camni. 2 jam tu more than enough nak makan durian banyak banyak. Kalau dekat dah pergi ni, hehe. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  15. Yep it is the durian season and a lot of people want to enjoy these fleshy, creamy king of fruit. I wish I could go there to enjoy durian too. The place looks comfy. :D

    ReplyDelete
  16. Makan durian ? kegemaran sangat. skarang ni sedang tunggu buah durian dekat rumah nak gugur je. Thanks for the article dan gambar-gambar tu memang cun !

    ReplyDelete
  17. Aduhaiiii...durian lagi..sedih weii, dah berapa minggu teringin ni, sampai hari ni lom dapat merasa lagi..huhuhu. Tgok gambar ni lagi le teringin

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community