Salam dan Hai semua,
Kalau sebut mengenai produk SAFI ramainya sudah tahu kut. Lia ingat lagi pengguna tegar produk SAFI ini dari sekolah lagi. Yerlah umur muda baru nak berjinak dengan kecantikan & mula dengan produk SAFI dulu. Dulu kalau kat sekolah rasanya semua kawan perempuan pengguna produk Safi. Kalau bertanya sesama kawan pun semua akan recommend produk SAFI. Mama pun dulu selalu beli produk ini bagi Lia pakai.

Tapi sampai sekarang Lia masih menggunakan beberapa lagi produk SAFI tau. SAFI ada banyak jenis rangkaian produk salah satu ialah Safi Balqis Oxywhite. Duta produk pula Sarah Hildrebrand. Antara produk Safi Balqis Oxywhite yang Lia kerap guna ialah Makeup Remover, Toner, Facial Cleanser & Beauty Cream.

www.liahasty.com
Kulit Segar dan Bermaya Dengan Produk Terbaru Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion

Kulit Segar dan Bermaya Dengan Produk Terbaru Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion

Kini Safi Balqis Oxywhite ada keluarkan produk terbaru iaitu Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion di pasaran. Ia merupakan adalah gabungan formulasi penyegar & pelembap dalam satu langkah.

Kulit Segar dan Bermaya Dengan Produk Terbaru Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion
Mudah bukan ❓ Selepas ni nak hidratkan wajah hanya perlu pakai produk 2 in 1 sahaja di wajah selepas mencuci dan sebelum apply makeup.

Pengenalan Safi

SAFI, jenama HALAL utama di Malaysia yang terdiri daripada barangan berkualiti serta komprihensif dihasilkan khusus untuk keperluan pengguna Muslim moden wanita mahupun lelaki. 

Diperbuat dengan bahan-bahan semula jadi yang mematuhi hukum Syarak dan disahkan HALAL oleh JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM); Safi tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan tidak mengandungi alkohol atau gelatin.

Dikilangkan di pusat pengeluaran yang disahkan ISO dan “Good Manufacturing Practice”(GMP), SAFI berusaha untuk menghasilkan produk-produk berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan pengguna. Demi memastikan produk yang berkualiti tinggi, konsisten dan bekalan fleksibel, SAFI dihasilkan 100% di kilang terletak di Malaysia.

Dengan slogan ‘Selamat dan Suci’ sebagai daya penggerak jenama ini, SAFI memastikan bahawa produk-produknya dihasilkan dengan penuh kualiti untuk kebaikan pengguna, serta selamat digunakan oleh anda dan keluarga.

Pembungkusan produk


www.liahasty.com
Produk Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion datang dalam bentuk botol berpenutup
www.liahasty.com
Produk Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion datang dalam bentuk botol berpenutup

Produk ini datang dalam bentuk botol berpenutup dalam warna putih dan biru cair

www.liahasty.com
Pandangan Hadapan & Belakang Produk Terbaru Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion
.
 Di sekeliling botol dilabelkan dengan nama produk, maklumat produk, cara penggunaan, bahan & kandungan serta alamat dikilangkan.

Bentuk produk

www.liahasty.com

Produk ini dalam bentuk cecair lutsinar dengan bau yang sangat wangi. Cecair ini juga meresap kepada wajah selepas disapukan.

Maklumat produk

www.liahasty.com

Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion

Gabungan formulasi penyegar & pelembap dalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembapan yang optimum. Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion bertindak:

♥ Memberikan 2x penghidratan dan kesegaran dengan satu penggunaan.

♥ Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid
✔ Macro Hyaluronic Acid
✔ Nano Hyaluronic Acid
✔ Bio-Hyaluronate
✔ Oligo-Hyaluronic Acid
✔ Super Nano Hyaluronic Acid

♥ Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit

♥ Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE

♥ Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.

Cara Penggunaan

www.liahasty.com
Tanggalkan penutup sebelum menggunakan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion
www.liahasty.com
Tuangkan  Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ke tapak tangan dan sapukan wajah
💕 Buka penutup botol dengan pusing pulas ke atas.
💕 Tuangkan cecair ke tapak tangan.
💕 Sapukan pada keseluruhan muka.
💕 Tepuk dengan lembut sehingga produk meresap sepenuhnya.
💕 Gunakan dua kali sehari selepas Pembersih Muka Safi Balqis Oxywhite.

Anda juga boleh menggunakan Pelembap selepas menggunakan produk ini. Ia akan membantu pelembap anda untuk meresap dengan lebih efektif.

Saiz produk : 100ml

Harga : RM23.50

Pendapat Lia selepas menggunakan produk :

www.liahasty.com
Kulit Segar dan Bermaya Dengan Produk Terbaru Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion
👉 Tak perlu susah payah nak pakai banyak produk sebab produk 2 in 1 dah gabung formulasi penyegar & pelembap.
👉 Cecair yang cepat meresap & tak perlu ambil masa lama.
👉 Saiznya yang ringan, mudah dipegang dan di bawa ke sana sini.
👉 Harga yang berpatutan dan memang boleh repeat beli.
👉 Bukan sahaja menghidrat kulit untuk sentiasa segar dan lembap, malah turut mencerahkan.

www.liahasty.com
Kulit Segar dan Bermaya Dengan Produk Terbaru Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion

Lia dah cuba produk Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion Anda bila lagi ❓

Dapatkan segera produk Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion untuk kulit yang cerah di pasaran sekarang!

Boleh didapati di farmasi, pasaraya dan pasaraya besar di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi :