Makan Malam bertemakan The Asian Mashup di hotel Royale Chulan Penang

July 27, 2019

Salam dan Hai semua,

Untuk warga Pulau Pinang ataupun penduduk luar yang datang berkunjung ke Pulau Mutiara ini, jika anda ingin menikmati makan malam fine dining bersama keluarga atau pun kawan-kawan Lia memang mengesyorkan Royale Chulan Penang. Hotel ini merupakan salah satu hotel terkemuka di Pulau Pinang dan juga my favorite hotel jika ingin makan secara bufet.

Kini Royale Chulan Penang meraikan budaya Asia yang mendalam dengan membawa tema The Asian Mash-Up untuk makan malam setiap hari Jumaat. Seluruh Asia memang dikenali dengan hidangan lazat dan manis, setiap hidangan adalah klasik Asia dan direka khas oleh chef berbakat Royale Chulan Penang khusus untuk bufet baru ini.

www.liahasty.com

Hidangan bufet kegemaran seperti Poached Seafood on Ice, Nyonya Prawns Kerabu, dan Penang Char Koay Teow masih dikekalkan, The Asian Mash-Up juga membawa kembali kegemaran klasik seperti pilihan nasi dengan 4 gaya yang berbeza, Five Spices Roast Lamb dan Crispy Fried Nestum Prawns

www.liahasty.com

Di samping itu, tambahan sentuhan fusion ke bufet, The Asian Mash-Up juga memperkenalkan fusion stesen pasta di mana pasta klasik Itali akan diberikan sentuhan Asia. Para tetamu akan dapat menikmati hidangan pasta seperti Sambal Sotong Pasta, Chili Crab Pasta, Stir Fry Seafood Tomyam Pasta dan Duck Breast Aglio Olio Pasta. Terdapat empat menu berbeza supaya para tetamu dapat menikmati satu jenis pasta yang berbeza setiap minggu.

The Asian Mash-Up boleh didapati setiap hari Jumaat dari 5 Julai 2019 dan seterusnya dari 6.30 malam hingga 10 malam di Sri Tanjung Cafe. Ia berharga RM75nett setiap orang dewasa dan RM50nett setiap kanak-kanak atau warga emas. Royale Chulan Penang juga menawarkan promosi Senior for Eat For Free yang khusus dengan setiap dua orang dewasa, 1 warga emas makan secara percuma. Tawaran ini boleh digunakan untuk bufet hujung minggu.

Terdapat beberapa promosi Food and Beverage yang berterusan di pelbagai restoran di hotel  termasuklah:
  1. Saturday Surf & Turf Buffet Dinner from 6.30pm to 10pm at the Sri Tanjung Café
  2. Sunday High Tea Buffet from 12.30pm to 4.00pm at the Sri Tanjung Café
  3. Set Lunch Special, Monday to Saturday from 12pm to 2.30pm at the Sri Tanjung Café
  4. Executive Set Lunch, Monday to Saturday from 12pm to 2.30pm at The Spice Restaurant
  5. Fusion Dinner, Monday to Sunday from 6.30pm to 10.00pm at The Spice Restaurant
  6. Afternoon Tea For Two, Monday to Sunday from 2.00pm to 5.00pm at Tea Room

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan, hubungi di + 60 (4) 259 8888 ext 8910 atau layari laman web kami di www.royalechulan-penang.com

Menu dan Sajian Hidangan 

Menu di sini dihidangkan bermula dari pembuka selera, hidangan utama, Action & Carving station, minuman dan berakhir dengan pencuci mulut.

Appetizer

📌 ASSORTED GARDEN SALAD



📌 SALAD BAR – (CUCUMBER, ARUGULA, CHERRY TOMATO, ONION RING, CARROT, ASSORTED OLIVES, RADICHIOO, CAPSICUM) ACAR MINANG IKAN, QUAIL EGG SALAD, , NYONYA PRAWNS KERABU, IMAM BALIDI, SQUID MEDITERRANEAN SALAD, POTATO SALAD, TOMATO MOZA SALAD, SMOKED SALMON WITH CONDIMENTS, CAESAR SALAD & COLESLAW CONDIMENT AND DRESSING: Tom Yam Mayo, Samurai Dressing, Cocktail Sauce, Garlic Mayo, Tartar Sauce, 1000 Island, Honey Mustard, Caesar Dressing & Lemon Vinaigrette

📌 POACHED SEAFOOD ON ICE

📌 SOTONG KANGKUNG

Soup

📌 BRAISED CRAB MEAT SOUP WITH ASSORTED BREAD ROLLS AND BUTTER

Main Course

📌 NASI BERYANI 

📌 NASI TOMATO 

📌 NASI DHALL

📌 NASI HUJAN PANAS 

📌 DHALCA KAMBING

 
📌 AYAM MASAK MADU

📌 STIR FRIED SQUID WITH DRIED CHILLI AND BLACKPEPPER 

📌 CRISPY FRIED NESTUM PRAWN

📌 STIR FRIED VEGETABLES WITH MUSHROOM AND EGG 

📌SAUCE ROAST CHICKEN WITH MUSHROOM SAUCE

Carving Station


📌 FIVE SPICES ROAST LAMB
CONDIMENTS: MASHED POTATO, GRILLED VEGETABLES AND GREEN PEPPERCORN SAUCE

Action Station
📌 PENANG CHAR KOAY TEOW



📌 SAMBAL SOTONG PASTA

Dessert



📌 ASSORTED FRUITS JELLY
📌 SAGO GULA MELAKA



📌 CHOCOLATE MOUSSE, RAISIN BREAD &  LEMON TART, MINI CRÈME BRULEE, APPLE BLUEBERRY PIE, MANGO PUDDING, ASSORTED FRUIT TARRLET ASSORTED FRENCH PASTRIES, CAKE OF THE DAY, STRAWBERRY PUDDING, CREAM PUFF AND ASSORTED BUTTER CAKE.

📌 BUTTER PUDDING WITH VANILLA SAUCE

📌 TROPICAL FRUITS PLATTER,

📌PENGAT KELADI

📌 STATION- ICE KACANG WITH ICE CREAM & CONDIMENTS

Menu Recommended👍
💕SAMBAL SOTONG PASTA
💕 FIVE SPICES ROAST LAMB
💕 POACHED SEAFOOD ON ICE
💕DESSERT
💕MAIN COURSE (Boleh dikatakan semua hidangan sedap)

Lia dah cuba makan di sini boleh dikatakan semua menu di sini sangat sedap lagi pasta & tak lepaskan peluang untuk mencuba semua pencuci mulut. Bagi Lia memang berbaloi dengan harga RM75 anda dapat menikmati makan malam secara bufet di hotel terkemuka. Lia dah cuba, anda bila lagi❓❗

Harga Bufet

The Asian Mash-Up

RM75 nett untuk orang Dewasa 👫
RM50 nett untuk Kanak-kanak 👱 & Warga Emas 👴

Seorang Warga Emas makan percuma atas pembayaran untuk 2 orang dewasa

Bufet  ini bermula 5 Julai 2019 bermula jam 6.30 petang hingga 10.00 malam bertempat di di Sri Tanjung Cafe.

Merdeka Special Offer

www.liahasty.com

RM60 nett untuk orang Dewasa 👫
(Sah pembelian hanya pada bulan Ogos sahaja sempena Merdeka)
👆         👆         👆         👆         👆         👆         👆

👉Kalau anda ingin harga yang murah dan berbaloi, bolehlah buat tempahan awal dan dapatkan promosi sempena Merdeka❗ 👈

Untuk butiran dan tempahan, sila hubungi 604-259 8888 🤙

Mengenai Royale Chulan Penang

Royale Chulan Penang terletak di tengah-tengah Tapak Warisan UNESCO di George Town. Kalau tengok dari segi seni bina dan arkitek pula, hotel ini merupakan tapak bangunan warisan yang dipulihkan dengan baik selepas dibina pada tahun 1892. Itulah keistimewaan hotel ini kerna masih menyimpan warisan yang tersendiri 

Terdapat juga beberapa cawangan Hotel Royale Chulan yang lain. Antaranya Royale Chulan Kuala Lumpur, Royale Chulan Damansara, Royale Chulan Bukit Bintang, Royale Chulan The Curve, Royale Chulan Seremban, Royale Chulan Cherating dan Royale Chulan Hyde Park London

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:

Hotel Royale Chulan Pulau Pinang

Alamat : 1-2 Pengkalan Weld,
Georgetown, 10300 Pulau Pinang, Malaysia

Tel: +604-259 8888
Fax: +604-205 1111

Email: info@royalechulan-penang.com

Waktu Operasi : 7.20 pagi hingga 12 malam



Selamat Mencuba!

You Might Also Like

17 inspiration

  1. wahh banyaknya makanan sedap-sedap! dah lama tak datang penang

    ReplyDelete
  2. Sedapnye buffet dia. Banyak menu yang best2. Harga buffet pon ok. Nampak sedap je tambah dessert dia. Oh my diet.hihi

    ReplyDelete
  3. Tengok makanan semua sedap2 belaka. Kalau ada masa, Naim nak try makan di sini. Terima kasih review ya :)

    ReplyDelete
  4. yummy banyak betul pilihan menu buffet semua nampak sedap sekali. dah la perut tengah lapar ni memang mengundang perasaan terliur betul. kalu travel ke penang boleh la singgah datang makan dinner sini

    ReplyDelete
  5. Murah juga harga tu.. part dessert tu sedapnya tgk.. terliur ni

    ReplyDelete
  6. i nak bagitahu kerusi dia nampak cantik dan elegen gila rasa macam orang kaya kaya je bila makan kat sini.. kalau travel penang mungkin ini tempat yang menarik untuk menjamu selera... buffet banyak pilihan makanann memang perut happy dapat makan sesedap ni.. eh rasa lapar jap bile tengok semua gambar makanan !!

    ReplyDelete
  7. bestnya Lia selalu dapat makan sedap2. silaplah baca entri pasal makanan waktu2 mcm nie. haihhh terus jadi lapar. nanti kalau datang utara boleh singgah nie

    ReplyDelete
  8. Perghhh makanan yang disajikan mata dalam posting kali ni memang sempat juga membuatkan mata yang memandang ni teracun :) hehe gurau je..apa pun nice sharing and nice review...still kira murah juga kalau RM60 perhead kan..

    ReplyDelete
  9. Aduhaiii sedap pulak braised crab meat soup tu, mmg favourite kak liez. Harga buffet pun xmahal pun. Sesuai kalau ajak parents dating sambil makan-makan

    ReplyDelete
  10. uwauuu... banyak pilihan makanan. Sedap-sedap semuanya. fuhhhh mengancam betul. sesekali datang bawa yang tersayang makan di sini, terasa mewah je hehe

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  11. Rawlins pernah stay dan makan di Royale Chulan Damansara - the best stay in my life kat situ and makanan dia pun menarik jiwa dan raga.

    ReplyDelete
  12. tak prnh singgah lg kat sini.. bestla tgk tempat dia ni.. menu pun not bad tu ha... semua nampk sedap.. alamak... nk kena terjah juga ke camana ni.. terliur dh hahaha

    ReplyDelete
  13. sy peminat salad and i have to say that the salad buffet kt royale chulan penang mmg nmpk sedap skali. alaaa tp jauhnya kt penang :(

    ReplyDelete
  14. Suka cara dia deko dan perletakan makanan. Hidangan yg ditawarkan kat sini nampak sedap dan menarik. Kalau datang area sini boleh singgah

    ReplyDelete
  15. Masuk blog ni memang kita tercabar sangat sebab asyik makan jer hehehe semua makanan sedap dan juga murah-murah tapi sayang jauh sikit lah kalau tidak kita dah boleh cuba...

    ReplyDelete
  16. Juadah tu semua nampak menyelerakan, kalau ada makanan begini dan makan hari-hari confirm tak lama jadi belon haha

    ReplyDelete
  17. Hummm kemurungan sudah... Lapar la pulak, malas nye nak masak.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community