Rambut terurus dan menawan Dengan Penggunaan Darce's Silky Smooth Hair Shampoo

Salam dan Hai semua 🙋

Selain penjagaan kulit wajah dan kebersihan badan, salah satu aset wanita yang perlu diberi penjagaan ialah rambut. Rambut adalah mahkota wanita yang penting untuk diuruskan dengan rapi. Setiap wanita mengalami masalah kulit kepala dan rambut tersendiri dan juga mahukan rambut sentiasa sihat, cantik dan menawan.

Lia juga mengambil berat dengan penjagaan rambut, lagilah seorang free hair berambut panjang di luar sana dan risiko banyak terdedah dengan cahaya matahari, habuk, bau dan pencemaran sangat tinggi. Kadang-kadang rambut akan rasa kering, berminyak, hujung pecah dan juga kusut. Itu yang akan merisaukan dan membuatkan rasa kurang keyakinan diri di mana kita perlu berhadapan dengan orang setiap masa.

www.liahasty.com


Kini Darce Personal Care jawapan untuk penyelesaian untuk masalah rambut yang Lia hadapi. Lia ingin menyesyorkan salah tu produk syampu yang telah cuba iaitu Darce's Silky Smooth Hair Shampoo dari Eathlete.

Eathlete telah mengeluarkan produk syampu Mens 2 in 1 Deep Cleanse Hair & Body Syampoo untuk lelaki dan Darce's Silky Smooth Hair Shampoo & Darce Silky Smooth Hair Conditioner juga untuk wanita.

Keterangan produk

www.liahasty.com

Darce's Silky Smooth Hair Shampoo diperkaya dengan vitamin E dan buah delima.

Delima adalah seperti superfood untuk rambut dan kulit kepala. Ia mempunyai banyak faedah yang mengagumkan dan sering digunakan untuk mengubati kelengkap dengan berkesan kerana ia sangat membekalkan, menghalang dan mengeringkan rambut.

Ia lebih baik dipasangkan dengan Vitamin E. Selain mengimbangi tahap kulit kepala pH, Vitamin E membantu dalam memperbaiki rosak rambut folikel, mengunci kelembapan dan mengurangkan berlakunya hujung berpecah.

Untuk rangsangan semulajadi untuk kesihatan rambut keseluruhan anda dengan semua-dalam-satu kerosakan, perlindungan, sifat berkhasiat dan pelembab.

Meninggalkan anda dengan rambut yang halus, selembut sutera (silky smooth) dan licin yang anda inginkan dan aroma bau delima yang menyegarkan.

Terbaik digunakan dengan Darce Silky Smooth Hair Conditioner .

Pembungkusan & Bentuk produk

www.liahasty.com
Produk Darce's Silky Smooth Hair Shampoo datang dalam bentuk bekas berpenutup berwarna putih dan berlabel.

www.liahasty.com
Di sekeliling produk dilabelkan dengan nama produk, maklumat produk, cara penggunaan, bahan dan kandungan, dan alamat dikilangkan.

Tekstur produk
www.liahasty.com
Darce's Silky Smooth Hair Shampoo dalam bentuk cecair berwarna PINK dan wangi.

Cara Penggunaan

www.liahasty.com
Basahkan rambut dengan air dan cuci rambut dengan syampu Darce's Silky Smooth Hair Shampoo. Bersihkan, bilas dan keringkan rambut dengan teliti. Untuk hasil terbaik, ikuti dengan penggunaan Darce Silky Smooth Hair Conditioner.


Bahan dan Kandungan
Air (Aqua), Natrium Laureth Sulfate, Lauryl Glucoside, Natrium Lauryl Sulfate, Cocamide DEA, Cocamidopropyl Betaine, Pyrithione Zinc, Gliserin, Polyquaternium 10, Fragrance, Guar Hydroxypropyltrimonium Chloride, Asam Citric, Tetrasodium EDTA, Protein Soya Hidrolisis, Vitamin E & Pomegranate Essences.

Berat produk
250ml

Kebaikan Darce's Silky Smooth Hair Shampoo
💕 Kaya dengan vitamin E dan buah delima
💕 Membaiki rambut rosak & kurang hujung yang pecah
💕 Rambut halus dan licin
💕 Harga berpatutan
💕 Bau yang wangi

Harga produk 
RM8.50

Pendapat Lia selepas menggunakan produk:

www.liahasty.com

First time Lia mencuba Darce's Silky Smooth Hair Shampoo dah boleh bau syampu yang wangi dengan buah delima. Rambut Lia yang panjang kini lebih terurus. Hasil pemakaian syampu dapat dilihat hasil kurang daripada 20 hari!

Rambut lagi terurus, kurang pecah di bahagian hujung rambut, lebih lembut dan bersinar. Rambut lebih cantik dan bersinar semestinya Lia dah jatuh hati dengan produk ❤️

Lia dah cuba, anda bila lagi❓Anda boleh cuba sendiri untuk lihat sendiri pada rambut anda.

Jangan lupa dapatkan segera produk ini di pasaran. Darce Personal Care boleh didapati di semua cawangan Farmasi Alliance Tigas dan anda boleh menemui kedai terdekat anda. BOLEH KLIK SINI

www.liahasty.com

Darce's Silky Smooth Hair Shampoo

Untuk maklumat lanjut, anda boleh kunjungi laman web dan sosial media:

Laman web : https://www.eathleteapparel.com/
Facebook : https://www.facebook.com/darceworld/
Instagram : https://www.instagram.com/darceworld/

#ItDarceWork #DarcePersonalCare #SilkySmooth #haircare #hairstyle #goodhairday #pomegranate

Post a Comment

17 Comments

  1. Selalunya nampak delima ni untuk supplement atau jus je. First time nampak guna untuk shampoo. Banyak rupanya khasiat delima ni. Mesti wangi kan shampoo ni

    ReplyDelete
  2. Delima as its ingredient? Bagus la sebab khasiat delima memang banyak kan.
    Best tak bau dia?
    Harga dia pun berpatutan gak.

    ReplyDelete
  3. Harga berpatutan, kena mencari produk ini lepas ini. Nak try. Terima kasih ya

    ReplyDelete
  4. First time Mat Drat jumpa syampoo Delima ni. Mat Drat selama ni amalkan minum pati Delima setiap hari. Lepas ni kena try pulak syampoo Delima ni, sbb mesti bagus utk kulit kepala.

    ReplyDelete
  5. Terkejut tengok harga dia sebab murah! Standard harga shampoo kan belas ringgit ke atas. Tak sangka pulak shampoo ni tak sampai rm 10. Delima ni bagus untuk dalaman dan luaran. First time jumpa shampoo delima.

    ReplyDelete
  6. This haircare brand is new to me, i quite like the packaging. Will check it out soon.

    ReplyDelete
  7. First time dengar pasal shampoo ni, harga pun not bad. Bolehlah cuba cari dan cuba. Dengan harga macam ni rasa boleh beli banyak-banyak stock dekat rumah mak. Dekat situ sekejap je habis shampoo.

    ReplyDelete
  8. Wah buah delima merupakan salah satu ingredient! Buah delima kan banyak khasiat. Boleh try ni. Harga pun berpatutan sangat. Terkejut kite

    ReplyDelete
  9. belum pernah dengar lagi jenama shampoo ni. bagusnya ada buah delima..harga pun boleh tahan murah. Berpatutan jugak la

    ReplyDelete
  10. macam best je shampoo ni. tapi iza tak pernah dengar brand ni. tapi rambut lia memang dah cantik. heheh. pakai shampoo apa pun memang nmpak cantik je sentiasa.

    ReplyDelete
  11. Bau buah delima mesti wangi. Tak pernah dengar lagi brand ni. Nampak kenarik. Nanti nak try produk ni. Nak tgk sesuai x dengan rambut kita

    ReplyDelete
  12. pertama kali tengok produk DARCE'S SILKY SMOOTH HAIR SHAMPOO ni. nampak menarik . Tak sangka delima pon ada kelebihan untuk rambut kita ya. macam boleh try ni wak

    ReplyDelete
  13. ok done masuk list , ompuang camnilah pantang tengok benda baik jer nak cuba ...lagi2 benda tu ada kena mengena dengan masalah diri sendiri ...hehehehe

    ReplyDelete
  14. Tak pernah dengar jenama ni.. Ia brand baru ke lia?? Tapi menarik je tengok sbb dia ada guna buah delima juga.. Ingin delima utk dalaman je...huhu

    ReplyDelete
  15. Serius la buah delima buat shampoo? Wow, amazing. Biasa tengok orang jual delima buat air tu je, hahaha. Interesting

    ReplyDelete
  16. I like to have smooth and silky hair too! This shampoo looks really good =)

    ReplyDelete
  17. Rambut sihat kami pun selesa kan. Suka tengok rambut lia sihat dan kemas.

    ReplyDelete