Ruang Co-Working untuk disewa bagi Usahawan di The Venture Pulau Pinang

July 03, 2019

Salam dan Hai semua,

www.liahasty.com
Ruang Co-Working untuk disewa bagi Usahawan di The Venture Pulau Pinang
Anda membuka perniagaan secara online tetapi tidak mempunyai alamat ataupun ruang untuk business anda❓ Ataupun ada seorang freelancer yang berkerja dari satu tempat ke satu tempat tetapi tidak mempunyai ruang untuk berjumpa klien atau mengadakan meeting❓ Ataupun ada student yang masih belajar dan memerlukan ruang untuk study group dan mengulang kaji pelajaran❓ Ataupun anda mencari ruang pejabat untuk disewa untuk melakukan seminar atau mesyurat❓

Anda hanya perlukan ruang Co-working (ruang kerja bersama) untuk anda bekerja. Ada banyak situasi yang memerlukan anda mempunyai ruang privasi sendiri untuk memudahkan kerja anda.

www.liahasty.com
Ruang Co-Working untuk disewa bagi Usahawan di The Venture Pulau Pinang
Kini anda jangan risau, The Venture telah menyediakan ruang Co-working dengan pelbagai jenis bilik mengikut keperluan anda. Anda boleh menyewa ruang atau bilik di sini untuk memudahkan anda menjalankan perusahaan anda di sini.

www.liahasty.com
Ruang Co-Working untuk disewa bagi Usahawan di The Venture Pulau Pinang
Ramai yang masih tak tahu apa itu konsep ruang Co-working yang ingin disampaikan oleh The Venture ini.

The Venture, mereka memberikan anda ruang yang selesa untuk anda melakukan kerja, projek, tugasan atau bahkan untuk menubuhkan pejabat syarikat anda sendiri dengan menyewa dan menggunakan ruang pejabat peribadi mereka.

The Venture sangat membantu bagi anda yang mula berjinak-jinak membuka syarikat sendiri, dan perlu membina pejabat anda sendiri. Jika anda juga membuka syarikat perniagaan secara online tetapi tidak mempunyai alamat pejabat, anda boleh menggunakan perkhidmatan itu di sini.

The Venture ada menyediakan ruangan seperti berikut :
📍 7 Rooms
📍 14 Dedicated & Hot Desk
📍 3 Meeting Rooms

www.liahasty.com
Salah satu ruangan rooms di The Venture Pulau Pinang
www.liahasty.com
Salah satu ruangan rooms di The Venture Pulau Pinang
Salah satu ruangan rooms di The Venture Pulau Pinang
www.liahasty.com
Salah satu ruangan rooms di The Venture Pulau Pinang
The Venture menyediakan ruang kerja sebanyak 7 bilik yang dipisahkan ke dalam bilik yang berbeza yang dapat menampung 2 hingga 3 orang. Anda perlu membawa laptop sendiri di ruangan peribadi anda. Sesuai untuk mengadakan mesyurat atau perbincangan, study group untuk kuantiti yang sangat sedikit.

www.liahasty.com
Ruangan Hot Desk di The Venture Pulau Pinang
www.liahasty.com
Ruangan Hot Desk di The Venture Pulau Pinang
www.liahasty.com
Bilik mesyuarat di The Venture Pulau Pinang
www.liahasty.com
Bilik mesyuarat di The Venture Pulau Pinang
www.liahasty.com
Bilik seminar di The Venture Pulau Pinang
Lia pun dah tengok semua ruangan bilik, Hot Desk dan juga bilik mesyuarat yang disediakan. Memang sangat selesa, suasana yang tak bising, bersih dan sangat privasi. Kalau anda mahukan ketenangan anda boleh pilih ruangan yang mengadap laut (seaview).

www.liahasty.com
Ruangan berdekatan dengan pantry di The Venture Pulau Pinang
Jika anda menyewa di The Venture, jangan risau anda bukan hanya menyewa ruang kosong ya. Tetapi dilengkapkan dengan meja, kerusi, aircond, elektrik dan printer. Yang penting kemudahan internet dan juga Wifi. Kalau anda ingin makanan ringan dan minuman percuma boleh pantri mini yang disediakan.

Pakej yang ditawarkan :

♥ Open Hot Desk - RM288 per bulan
♥ Dedicated Desk - RM388 per bulan
♥ Private Office - RM 1488 -  RM2388 mengikut harga bilik
♥ Day Pass - RM30 per hari
♥ Student Pass - RM15 per hari
♥ Virtual Office - RM75 per hari
www.liahasty.com
Pada 22 Jun yang lepas, Lia sempat menghadiri ke Grand Opening The Venture di Tanjung Tokong Pulau Pinang. Selain Grand Opening ada juga Beau'tea'full Tea Workshop by Uncang Tea dan juga Homestay Business Seminar by Jeff Wong, Merveille Journey.

Grand Opening ini juga telah dirasmikan oleh YB Zairil Khir Johari ADUN Tanjung Bungah.

www.liahasty.com
Antara brand yang berkolaborasi sepanjang Grand Opening The Venture, antaranya :
💕 Bunga, The Hidden Florist
💕 Uncang Tea
💕 doTERRA Wellness Advocate
💕 Merveille Journey
💕 reendation

www.liahasty.com
Gift dari Bunga Penang untuk tetamu semasa Grand Opening The Venture Pulau Pinang
Ketibaan kami disambut dan diberikan goodies bag. Kami juga diberikan sekuntum bunga ros setiap seorang dari Bunga Penang.

Bunga Penang
Alamat: Flowerworks Enterprise, Jalan Penang, 10000 Georgetown, Penang
Facebook: https://www.facebook.com/bungapenang/
Instagram: https://www.instagram.com/bungapenang/?hl=en
Email: bungapenang@gmail.com
No. Tel: 012 509 6949 / 012 409 5264

www.liahasty.com
Booth doTERRA Wellness Advocate di Grand Opening The Venture Pulau Pinang
Then kami masuk ke dalam ruangan bilik di mana ada dōTERRA® Wellness Advocate menawarkan CPTG Certified Pure Therapeutic Grade® essential oils.

www.liahasty.com
Booth doTERRA Wellness Advocate di Grand Opening The Venture Pulau Pinang
dōTERRA® menghasilkan dan mendistribusikan essential oils yang berkualiti tinggi. Dalam masa yang sama menawarkan produk semulajadi dan selamat digunakan termasuk produk penjagaan diri, kesihatan, spa, suplemen pemakanan, dan produk hidup yang sihat.

www.liahasty.com
Booth doTERRA Wellness Advocate di Grand Opening The Venture Pulau Pinang
Kami juga diberi peluang untuk DIY (Do It Yourself) membuat sendiri produk menggunakan essential oils untuk membuat Hydrating Facial Spray, Refreshing Spray, Headache Erase ataupun Insert Repellent.

www.liahasty.com
Booth doTERRA Wellness Advocate di Grand Opening The Venture Pulau Pinang
First time juga buat produk DIY sendiri dengan menggunakan essential oils yang disediakan tetapi kena buat ikut sukatan yang diberikan. Nak masukkan dalam bekas kena mengikut drop yang ditentukan. Lia memilih untuk membuat Hydrating Facial Spray & Insert Repellent.

dōTERRA® Wellness Advocate
Laman web: https://www.doterra.com/
Facebook: https://www.facebook.com/doterra/

Kami juga diberi peluang mencuba air teh dari Beau'tea'full Tea Workshop by Uncang Tea

www.liahasty.com
Beau'tea'full Tea Workshop dari Uncang Tea di Grand Opening The Venture Pulau Pinang
Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat teh pada workshop tersebut ialah : Butterfly Pea, Roselle Hisbicus, Lavender, Peppermint, & Rosemary.

www.liahasty.com
Beau'tea'full Tea Workshop dari Uncang Tea di Grand Opening The Venture Pulau Pinang
www.liahasty.com
Beau'tea'full Tea Workshop dari Uncang Tea di Grand Opening The Venture Pulau Pinang
Uncang Tea ialah Teh tempatan Pulau Pinang yang diadun campuran eksotik. Yang menarik mereka ni pakar gabungkan teh berwarna-warni semulajadi dari bunga dan herba. Selepas bancuhan teh bertukar warna yang cantik sesuai untuk faedah kesihatan dan wangian 100% bunga semulajadi, herba dan rempah ratus. Teh dari dalam dibungkus dalam bentuk teabag dibuat dari kertas mesra alam dan sangat ringan.

Uncang Tea ada keluarkan banyak perisa teh dalam satu bungkusan dan terdapat 10 sachet dengan hanya RM15 sahaja. Anda boleh dapatkan dalam pelbagai perisa, antaranya : Blue Mint Tisane, Brown Chai Tea, Orange Pala Nutmeg Tea, Black Cham Coffea Tea, Green Pandan Tisane, Golden Roots, Violet Telang Purple Tisane, Yellow Serai Tisane & Red Roselle Tisane

Uncang Tea
Facebook: https://www.facebook.com/uncangteashop/
Instagram: https://www.instagram.com/uncangtea/?hl=en
No. Tel:012-522 7012

www.liahasty.com
Homestay Business Seminar di Grand Opening The Venture Pulau Pinang
Kami sempat juga menyertai Homestay Business Seminar by Jeff Wong, Merveille Journey. Memang banyak betul yang Lia belajar mengenai business berkaitan homestay. Memang banyak tips yang diajar dan ditunjukkan satu persatu untuk tetamu yang datang. Terus rasa semangat dan terinspirasi berkobar-kobar nak usahakan homestay business.

Merveille Journey
Facebook: https://www.facebook.com/MerveilleJourney/
Instagram: https://www.instagram.com/merveille_journey/?hl=en

www.liahasty.com
Tumbuh-tumbahan dan Pafcal dari Greenovation di Grand Opening The Venture Pulau Pinang
Akhir sekali kami dapat melihat tumbuh-tumbuhan dan pokok serta teknologi soil-less Pafcal dari Greenovation.

www.liahasty.com
Tumbuh-tumbahan dan Pafcal dari Greenovation di Grand Opening The Venture Pulau Pinang
Greenovation menawarkan tumbuh-tumbuhan untuk kafe / ruang tamu / bilik mesyuarat & ruang peribadi di mana kita pergi sepenuhnya menggunakan soil-less dan 100% Pafcal

www.liahasty.com
Tumbuh-tumbahan dan Pafcal dari Greenovation di Grand Opening The Venture Pulau Pinang
Untuk anda yang mahukan suasana tenang dan kehijauan untuk woking desk anda atau ingin menam pokok di dalam pasu kecil di dalam kawasan rumah, ada boleh dapatkan Pafcal (pengganti tanah) dengan harga RM37.00 untuk satu unit dari Greenovation


www.liahasty.com
Bergambar kenangan selepas seminaar bersama dengan kakitangan di Grand Opening The Venture Pulau Pinang

Greenovation

Facebook: https://www.facebook.com/ask.greenovation/
Instagram: https://www.instagram.com/green.ovation/?hl=en

www.liahasty.com

Sertai The Venture Sebagai Ahli Untuk Nikmati Faedah
✅ Monthly events
✅ High-speed internet
✅ Space for business support services
✅ Lifestyle perks
✅ Free refreshments
✅ Cleaning services

Jangan lepaskan peluang untuk melawat dan menyewa ruang co-working di The Venture Tanjung Tokong Pulau Pinang.

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi maklumat seperti di bawah:

The Venture 
Co-Working Space

Alamat : Lot 508-2-1, Tanjung Point, Jalan Tanjung Tokong, 10470 Tanjung Tokong, Pulau Pinang
 No Tel :6019 - 950 7596
Email : info@theventure.com.my

You Might Also Like

15 inspiration

  1. lokasi dia sangat menarik..boleh tengok view laut..besar dan luas semua kemudahan cukup..npk modern..

    ReplyDelete
  2. Jika saya bekerja sebagai freelancer yang berada di Penang, saya akan memilih untuk berada di sini. Sangat tenang dan mempunyai banyak kemudahan. Harga sewa tak mahal pun. Idea nak bekerja pun mudah dapat kot. Sebab di sini juga tempat berkumpul pelbagai jenis kerja. Tak mustahil boleh bertukar idea

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni ruang sewa untuk business yang online ni sangat senang dan jimat tak perlu nak sewa office besar-besar yang penting kemudahan semua ada dan internet yang laju sangat penting hehehehe kita pun buat kat ruang yang selesa jer kat rumah wakakakakaka....

    ReplyDelete
  4. ingat kat kl je ada working space rupanya kat penang pun ada. sesuai untuk blogger cari tempat best nak update entri, ingat lagi dulu selalu pergi library nak edit layout blog. ha student, blogger, pekerja freelance sekitar penang boleh la datang ke sini

    ReplyDelete
  5. cantiknya setiap ruang yang ada. Ni kalau sesiapa yang jenis buat bisness tapi takde fizikal office boleh la sewa ni. Harga pun takde la mahal sangat. Kalau sis, confirm akan pilih yang mengadap laut tu sebab sis suka tengok laut.. hehe

    ReplyDelete
  6. Memang lawa-lawa ruang yang disediakan. Siap ada yang mengadap laut. Kalau nak buat meeting atau nak tulis blog boleh datang sini. Lagi banyak idea mencurah-curah

    ReplyDelete
  7. Menariknya konsep macam ni. sangat diperlukan dan bagus untuk mereka yang nak kerja dengan selesa.

    ReplyDelete
  8. Cantik tempat dia. Sesuai sangat kalau entrepreneur atau orang yang bekerja sendiri nak bekerja. Kemudahan pun cukup.

    ReplyDelete
  9. Senang la kalau nk buat mensyuarat dkt luar kalau dh serik dgn tmpt kerja sendiri. Kadang kadang pergi tmpt mcm ni rasa minda lagi tenang untuk buat kerja. Janji ada ruang yang bersih and senang nk fokus.

    ReplyDelete
  10. Wahhh... sekarang senang ea. Dah semakin banyak office jenis rental macam ni. Bagus kalau ada buat buisness meeting di luar kawasan, ada tempat yang proper dan selesa.

    ReplyDelete
  11. Bagus ade ruang macam ni untuk bekerja atau buat apa-aa..tempat pun nampk elok dan cantik..nak buat kerja pun senang je..nampak selesa..

    ReplyDelete
  12. Tempat ni bagus and lengkap with facilities for those who want to startup business and also nak kerja.

    ReplyDelete
  13. Zaman skrg mudah sgt kan.. Ada office rental lagi.. Senang tak perlukan modal yg besar lagi2 utk yg bisnes online... Senangkan sewa office cmni dah rupa mcm office sendiri..

    ReplyDelete
  14. This sure looks like a great place to work and enjoy yourself while working. Just look at the awesome view. OMG! :D

    ReplyDelete
  15. Dah banyak pulak ruang co working ni ya, now dah kat Penang pulak. Bagus le ada tempat cam ni, so tak ada lah pening kepala nak cari office n bayar sewa office lagi utk mereka yang baru2 nk berniaga atau yang berniaga online

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community