Salam dan Hai semua 🙋,

Kalau sebut pasal Taiwan mesti lah dah imagine Bubble Milk Tea kan ❓ Lagi-lagi fenomena Bubble Milk Tea dah melanda Malaysia dan ramai orang sanggup beratur panjang untuk dapatkan minuman ini. Taiwan juga salah satu negara yang dalam travel negara yang patut dikunjungi. Taiwan juga negara maju setanding negara Asia yang lain dari segi pembangunan, dan ekonomi negara. 

www.liahasty.com
Taiwan Halal & Bubble Tea Products Sharing Session di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
Pada 6 Julai yang lepas, Lia dapat jemputan ke 'Taiwan Halal & Bubble Tea Products Sharing Session' di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang dan bermula pada pukul 10 pagi hingga 1 petang. Acara ini juga sempena 'Taiwan Expo 2019' yang berlansung selama 2 hari berturut-turut pada 5 dan 6 Julai 2019.

 Taiwan Expo 2019 untuk kerjasama dalam industri halal antara Malaysia & Taiwan. Dengan ini produk Halal yang terbaik dari Taiwan akan disampaikan ke Malaysia. 

Mengenai Taiwan Expo

 Taiwan Expo merupakan penyertaan julung kali buat TAITRA membawakan pelbagai industri keluaranTaiwan yang dipamerkan secara besar-besaran di luar negara. Dipandu oleh empat idea utama iaitu Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan, Pengembangan Bakat, Perkongsian Sumber dan Hubungan Serantau. Di samping produk pameran, ekspo ini juga akan menganjurkan perniagaan-perniagaan dan forum-forum pertemuan yang berasaskan industri yang bertujuan untuk meningkatkan interaksi B2B selain pertukaran budaya dan kebajikan aktiviti masyarakat untuk mempromosikan dan memajukan kehidupan yang lebih baik dan memningkatkan industri imej.

Penerangan Logo Taiwan Expo


www.liahasty.com

Logo yang direka khusus untuk Taiwan Expo di Malaysia menggabungkan reputasi Taiwan sebagai kerajaan rama-rama dan kemegahan harimau Malaysia untuk menandakan kerjasama erat kearah manfaat bersama.

Sempena Taiwan Halal & Bubble Tea Products Sharing Session ini juga kami dapat mempelajari 
1) Sesi Perkongsian Taiwan Halal Bubble Tea
2) Nyonya Cuisine Delights menggunakan bahan-bahan halal Taiwan yang diketuai oleh Penang Celebrity Chef Nurilkarim. 
3) Produk Kecantikan Halal khas untuk produk skincare dan kosmetik halal Taiwan 

www.liahasty.com
Bergambar di salah satu sudut di Taiwan Expo 2019
www.liahasty.com
Bergambar di salah satu sudut di Taiwan Expo 2019
Lia dengan beberapa rakan blogger sampai awal dan kami daftar dahulu sebagai media. Sementara menunggu rakan media dan tetamu yang lain tiba dan daftar, kami sempat ambil gambar di beberapa sudut yang menarik.

www.liahasty.com

Taiwan Halal & Bubble Tea Products Sharing Session di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
Majlis telah bermula dah diteruskan dengan ucapan dari Mr. Walter M. S. Yeh
iaitu President & CEO of Taiwan External Trade Development Council (TAITRA), Mrs. Sharifah Nazreen Farhana iaitu Director of Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) Northern Regional Office, Mr. Nick K. Ni iaitu Chief Secretary of Bureau of Foreign Trade (BOFT) dan yang terkakhir dari Mr. Mohamad Firhan Ghouse iaitu General Manager, Penang International Halal Hub (Halal Penang)

www.liahasty.com
Perasmina Mydin Taiwan Halal Food Fair di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
Majlis diteruskan dengan perasmian “MYDIN TAIWAN HALAL FOOD FAIR” dan juga sesi bergambar bersama semua vendor. Pusat Halal Taiwan juga akan mengadakan Pesta Makanan Halal Taiwan tahun ini selaras dengan pasaraya Halal Malaysia yang terkenal Mydin, yang berkembang ke pasaraya Mydin di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang untuk mempamerkan lebih 100 produk halal dari Taiwan. 

www.liahasty.com
Taiwan Halal & Bubble Tea Products Sharing Session di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
Acara simbolik dengan membawa seorang demi seorang wakil syarikat yang terlibat dalam pemasaran Halal food yang dibawa naik beca hingga ke hadapan stage. Wakil syarikat ini akan menerangkan produk mereka dengan lebih terperinci dan juga ada sesi soal jawab (Q&A). Di sini baru kami tahu banyak produk makanan dari Taiwan yang telah mendapat pengiktirafan sijil Halal. Oleh itu lebih mudah untuk mereka pasarkan produk mereka negara muslim friendly seperti Malaysia. Antara syarikat yang terlibat ialah:
1. FUFANN ENTERPRISE CO., LTD.
2. KUO JER ENTERPRISE CO., LTD. 
3. SHIH CHEN FOODS CO., LTD. 
4. YILAN ANYONG LOHAS CO., LTD. 
5. YUNG SOON LIH FOOD MACHINE CO., LTD. 
6. ANYONG BIOTECHNOLOGY, INC.
7. CITYQUEEN INTERNATIONAL CO., LTD. 
8. Naturalism Farm
9. UNION RICE CO., LTD. 

Cooking Demo daripada Penang Celebrity Chef Nurilkarim
Kami juga dapat melihat “Savoring Halal, Experiencing Taiwan” Cooking Demo daripada Penang Celebrity Chef Nurilkarim. Chef memasak dua resepi Nyonya Cuisine Delights menggunakan bahan-bahan halal Taiwan. Antara resepi yang dimasak ialah Kari Ikan dan juga Acar Nenas & Timun.

www.liahasty.com
Taiwan Halal Pavilion di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
Kemudian kami dibawa VIP Tour Guide ke Taiwan Halal Pavilion dan seterusnya ke Taiwan Halal Beauty Pavillion. Sempena ini terdapat 6 produk kategori yang nak diperkenalkan iaitu Taiwan Lifestyle, Industry 4.0 & Smart City, Halal Taiwan, Tour Taiwan, Taiwan Healthcare & Green Technology.

Industri Bubble Tea

www.liahasty.com

Bubble Tea, produk popular dari Taiwan, telah melanda Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Oleh itu, sangat penting sama ada penjual bubble tea dapat menawarkan produk halal.

www.liahasty.com
Boba Tea Kuo Jer Enterprise - Taiwan Halal Pavilion di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
Kuo Jer Enterprise turut mengambil bahagian dalam Taiwan Expo 2019 dan memulakan perniagaan bahan-bahan bubble tea kemudian telah memasuk parasan Amerika. Ia juga optimis terhadap potensi perniagaan di negara-negara ASEAN, terutamanya pasaran Islam. Produk Kuo Jer Enterprise adalah halal yang diperakui, di samping kualiti produknya dan juga mengekalkan rasa hormat kepada pengguna Islamnya.

www.liahasty.com
Food Machine Yung Soon Lih - Taiwan Halal Pavilion di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
Yung Soon Lih menumpukan perhatian dalam food machinery dan kemudian membuat smart bubble tea cooker bertujuan mengekalkan mutu pearl untuk penjual bubble tea dan meningkatkan kepuasan pengguna.



Pusat Halal Taiwan adalah sebuah organisasi khusus yang ditubuhkan oleh Perdagangan Luaran Taiwan Majlis Pembangunan Industri Halal. Untuk edisi ketiga Taiwan Expo di Malaysia tahun ini, Taiwan Halal & Bubble Tea Products Pavilion akan ditubuhkan untuk mempamerkan pelbagai produk halal unik rasa Taiwan. Ia pada masa ini merangkumi lima wakil Taiwan halal dan vendor bubble tea: Shih Chen Foods, Yilan Anyong Lohas, Fufann Enterprise, Kuo Jer Enterprise, and Yung Soon Lih Food Machine

www.liahasty.com
Coconut Paste - Taiwan Halal Pavilion di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
www.liahasty.com
Shanti Premium Silver Perch Essence - Taiwan Halal Pavilion di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang

www.liahasty.com
Taiwan Halal Pavilion di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
Antara produk yang dipamerkan di pavilion halal adalah minuman teh brewed, Santé
Premium-Silver Perch Essence, coconut paste, bahan-bahan bubble tea, dan periuk pintar untuk membuat "pearl"(tapioca balls) dalam bubble tea

www.liahasty.com
Taiwan Halal Beauty Pavilion di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
www.liahasty.com
Taiwan Halal Beauty Pavilion di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
Taiwan Halal Beauty Pavilion di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
 Selain produk makanan Halal yang dipasarkan ke Malaysia, terdapat juga produk kecantikan seperti skincare dan kosmetik Halal. Terdapat banyak produk dan jenama K Beauty dari Taiwan yang turut serta dalam Taiwan Expo 2019.

www.liahasty.com
Taiwan Halal & Bubble Tea Products Sharing Session di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
Anda juga boleh melawat Pavilion lain sempena Taiwan Expo 2019. Terdapat 12 pavilion untuk para tetamu datang berkunjung, Antaranya :
1) Taiwan Smart City Pavilion
2) Taiwan Indigenous’ Hub
3) Taiwan Excellence Pavilion
4) Taiwan Healthcare Pavilion
5) E-commerce Pavilion
6) Excellent Taiwan’s Export Processing Zones
7) Taiwan Green Products Pavilion
8) Taipei Your Partner Pavilion
9) Taiwan Tourism Pavilion
10) Taiwan Beauty Pavilion
11) Taiwan Halal & Bubble Tea Pavilion
12) Taiwan Agriculture Pavilion


www.liahasty.com
Bergambar bersama blogger Penang & Perak di Taiwan Expo 2019, Setia SPICE Pulau Pinang
Untuk maklumat lanjut mengenai Taiwan Expo 2019, boleh kunjungi :


#TaiwanExpoMy # TaiwanExpo2019 #TaiwanHalalBubbleTea #TaiwanHalalBeauty
#WoopyAgency #Wooopers #InfluencerAgency