Salam dan Hai semua,
Indonesia, negara jiran Malaysia merupakan destinasi menarik untuk bercuti dan dikunjungi. Sebelum ini Lia pernah melawat beberapa lokasi di Indonesia dan belum pernah ke Banyuwangi. Untuk entry kali ini, Lia akan berkongsikan pengalaman bercuti di sana dan beberapa tempat menarik yang sempat Lia teroka. Ini juga kali pertama Lia menjejakkan kaki ke Banyuwangi.
Sebelum itu, trip kali ini merupakan anjuran Tourism Indonesia bersama Travel Agen dan Media & Blogger. Terima kasih kepada staff dari Kementrian Pariwisata dan lain-lain yang sentiasa menjaga kami di sana. Trip ini selama 5 hari 4 malam ke dua lokasi iaitu Banyuwangi dan Bali. Terlebih dahulu Lia akan menceritakan dahulu mengenai Banyuwangi. Kemudian entry seterusnya akan berkongsi mengenali Bali.
Sebelum itu, pernah dengar mengenai Banyuwangi, Indonesia ❓
Mungkin ada segelintir rakyat Malaysia yang sudah mengetahui mengenai Banyuwangi tetapi ramai masih tidak mengenali Banyuwangi. Sebelum Lia nak kongsikan lokasi menarik di sana, nak cerita terlebih dahulu mengenai Banyuwangi.
Kalau korang yang belum tau dimana kedudukan Banyuwangi, jom kita tengok map terlebih dahulu.
Kalau berdasarkan map Banyuwangi terletak di paling hujung timur kepulauan Jawa & dipisahkan oleh Selat Bali dari Bali. Perjalanan dari Banyuwangi ke Bali hanya 1 jam menaiki feri.
Nama Banyuwangi dari bahasa Jawa bermaksud "air wangi" dari cerita rakyat Sri Tanjung.
Banyuwangi adalah daerah (atau dipanggil kabupaten dalam bahasa Indonesia) dalam wilayah Jawa Timur di Indonesia. Daerah yang terletak di paling hujung timur Pulau Jawa & berfungsi sebagai pelabuhan antara Jawa dan Bali.
Banyuwangi dikelilingi oleh gunung dan hutan di barat; oleh laut ke timur dan selatan, dipisahkan oleh Selat Bali dari Bali. Dengan luas 5,782.4 km2, kabupaten ini adalah yang terbesar di Jawa. Banyuwangi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan baru untuk pelancongan antarabangsa dengan membangun infrastruktur yang diperlukan. Kabupaten Banyuwangi telah diisytiharkan taman bumi, atau taman geologi nasional pada tahun 2018.
Kalau berdasarkan map Banyuwangi terletak di paling hujung timur kepulauan Jawa & dipisahkan oleh Selat Bali dari Bali. Perjalanan dari Banyuwangi ke Bali hanya 1 jam menaiki feri.
Nama Banyuwangi dari bahasa Jawa bermaksud "air wangi" dari cerita rakyat Sri Tanjung.
Banyuwangi adalah daerah (atau dipanggil kabupaten dalam bahasa Indonesia) dalam wilayah Jawa Timur di Indonesia. Daerah yang terletak di paling hujung timur Pulau Jawa & berfungsi sebagai pelabuhan antara Jawa dan Bali.
Banyuwangi dikelilingi oleh gunung dan hutan di barat; oleh laut ke timur dan selatan, dipisahkan oleh Selat Bali dari Bali. Dengan luas 5,782.4 km2, kabupaten ini adalah yang terbesar di Jawa. Banyuwangi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan baru untuk pelancongan antarabangsa dengan membangun infrastruktur yang diperlukan. Kabupaten Banyuwangi telah diisytiharkan taman bumi, atau taman geologi nasional pada tahun 2018.
Pandangan sawah Banyuwangi dari window flight Citilink, QG515. Kredit gambar kepada Mr David ST Loh. |
Cuaca :
Iklim kering tropika dan basah yang sederhana
Musim kering : bermula dari Mei hingga Oktober, dan selebihnya adalah musim hujan.
Suhu purata :
suhu purata tertinggi : 28.2 ° C & suhu purata terendah : 24.8 ° C
Iklim kering tropika dan basah yang sederhana
Musim kering : bermula dari Mei hingga Oktober, dan selebihnya adalah musim hujan.
Suhu purata :
suhu purata tertinggi : 28.2 ° C & suhu purata terendah : 24.8 ° C
Mata Wang : Rupiah
RM290 = 1 juta rupiah
(Mengikut nilai semasa)
RM290 = 1 juta rupiah
(Mengikut nilai semasa)
Masa : Awal satu jam dari Malaysia
Komunikasi : Bahasa Indonesia, Inggeris, Jawa, Osing
Wifi/Data Internet :
Kemudahan wifi banyak terdapat di hotel penginapan. Jika memerlukan data internet, anda boleh membeli simcard di kedai berhampiran.
Kemudahan wifi banyak terdapat di hotel penginapan. Jika memerlukan data internet, anda boleh membeli simcard di kedai berhampiran.
Soket Eletrik : Type C & F (230V AC)
Dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur bersama AirAsia
Lia bersama group Media dan travel agent yang lain berangkat dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur seawal 5.55 pagi menaiki pesawat AirAsia AK6123 & ambil masa hanya 1 jam perjalanan.
Lia bersama group Media dan travel agent yang lain berangkat dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur seawal 5.55 pagi menaiki pesawat AirAsia AK6123 & ambil masa hanya 1 jam perjalanan.
Terbang ke Banyuwangi dari Kuala Lumpur bersama Citilink
Setibanya di KLIA2 terus sarapan sementara menunggu next flight ke Banyuwangi. Kami bergerak ke KLIA dengan menaiki KLIA Transit dengan bayaran RM2 seorang. Sementara menunggu next flight kami beramai-ramai berkumpul di kaunter untuk proses check-in bag. Biasanya luggage untuk Citilink, 20 kg untuk international check-in dan 7 kg hand carry.
Departure time pada pukul 1.00 petang dengan menaiki pesawat Citilink, Airbus A320-200, QG515.
Ketibaan di Bandar Udara Banyuwangi (Airport)
Ini merupakan pengalaman kali pertama terbang menaiki pesawat Citilink, Airbus A320-200, QG515. Merupakan low-cost subsidiary of Garuda Indonesia, 4 star low class airlines & budget friendly flight. Jarak Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Banyuwangi adalah 1890km.
1 syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan langsung. Kini Citilink menawarkan penerbangan 2 kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Banyuwangi.
Kepada anda yang nak ke Banyuwangi tempahlah tiket penerbangan segera dengan pesawat Citilink.
Pesawat Citilink, Airbus A320-200 menyediakan hidangan yang lazat ketika perjalanan. Kami dihidangkan dengan menu 'Nasi Tangkap Aceh' bersama air mineral dan puding.
Rindu nak makan flight meals. Kali ini dapat merasa 'Nasi Tangkap Aceh' di mana nasi putih + ayam goreng aroma khas Aceh & harus dimakan dengan Saus Cabe untuk tambah pedas.
Lia duduk di seat ekonomi biasa dan semestinya tepi window untuk tengok view. Kalau tempat duduk Green Zone dari bahagian No. 1 hingga 5. Anda juga boleh baca Safety Instruction untuk tahu lebih lanjut mengenai Safety. Kami juga diberikan voucher dari tiket.com .
Sebelum turun pesawat, flight attendant akan memberikan 'Custom Declaration Form' untuk para penumpang untuk isikan dengan lengkap dan serahkan kepada pihak immigration. Tiba di airport terus turun pesawat & menaiki bas menuju ke balai ketibaan/
Untuk maklumat lanjut mengenai Citilink, boleh kunjungi :
Laman web : https://www.citilink.co.id/en
Facebook : https://www.facebook.com/citilink
Instagram : https://www.instagram.com/citilink/
Kami tiba lebih kurang pukul 3 petang. Terus ke imigresen untuk chop passport dan mengambil luggage masing-masing. Ketibaan kami disambut khas oleh staff dari Kementrian Pariwisata. Sementara ke hotel, kami diberikan heavy snack dalam 'besek bambu'.
Green bus, our transportation yang sangat selesa sepanjang berada di Banyuwangi & Bali.
Menginap di Hotel El Royal Banyuwangi
Dari Bandar Udara Internasional Banyuwangi terus menaiki bas ke Hotel El Royal Banyuwangi & jarak perjalanan 12 km lebih kurang 20 minit. Kami menginap di hotel ini selama 2 malam sepanjang berada di Banyuwangi. Sementara menunggu persiapan bilik, minum dahulu 'Welcome Drink' di Gandrung Lounge.
Hotel El Royal Banyuwangi dibina dengan unsur alam semula jadi yang indah (scenic nature), menggabungkan seni bina tradisional dengan sentuhan moden dan terletak di tengah-tengah Jawa Timur. Lia dapat tengok ada unsur-unsur tradisional Jawa Timur dari segi dekorasi & seni bina di sni.
Hotel El Royal Banyuwangi menawarkan penginapan yang canggih, perkhidmatan yang indah dan kemudahan yang dilantik dengan citarasa yang lazat dari masakan Indonesia di restoran Ijen, perkhidmatan organisasi perkahwinan dan pelbagai aktiviti percutian yang menarik.
Ada 3 jenis room & suites ada di hotel ini : Osing Villa's, Junior Suite & Deluxe.
Lia bermalam dalam Deluxe Room di hotel bersama partner terbaru, Mila dari RTM. Deluxe Room dapat menampung 2 orang tetamu dimana ada 2 single bed. Saiz bilik: 30.60 m2. Bukan setakat bahagian luar hotel, dalam bilik juga ada gabungan seni bina tradisional & moden dan pelbagai kemudahan.
Kemudahan yang ada di dalam Deluxe Room :
📌Air Conditioning 📌Working Desk 📌LCD TV / Plasma Screen TV 📌Shower Coffee / Tea Maker 📌Complimentary Mineral Water 📌Free internet Access 📌Key Card access
Dalam bahagian toilet pula ada partition untuk bilik mandi, ruang sinki yang luas dengan cermin besar, toiletries, tuala dan juga hair dryer.
Setiap bilik di Hotel El Royal Banyuwangi ada di balkoni peribadi & boleh tengok pemandangan hijau.
Kami juga sempat melawat Osing Villas seperti kediaman peribadi dengan senibina sebuah rumah adat yang khas dari Osing Tribe. Saiz bilik: 56.25 m2. Sesuai untuk Honeymoon couple.
Selain itu hotel ini terdapat banyak kemudahan lain, Dining & Facilities seperti :
♥ Ijen Restaurant ♥Gandrung Lounge ♥Swimming Pool ♥Kids Playground
Kalau anda nak bercuti di Banyuwangi dengan bilik yang selesa, memang Lia nak recommend Hotel El Royal Banyuwangi ❗ Mana nak dapat harga lebih kurang RM190 untuk 1 malam (Deluxe Room) included breakfast, banyak kemudahan dan selesa macam ni❗
Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi :
Laman web : http://banyuwangi.el-hotels.com/
📍Alamat: Jl. Raya Jember KM 7 Pakistaji, Dusun Krajan, Dadapan, Kabat, Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur 68461, Indonesia
Sarapan pagi di Ijen Restaurant, Hotel El Royal Banyuwangi
Setiap pagi akan sarapan disediakan oleh Ijen Restaurant, Hotel El Royal Banyuwangi. Dapat menampung 250 orang sekaligus dan mempunyai reka bentuk seni bina bangunan dan pedalaman etnik Banyuwangi yang khas.
Ijen Restaurant menyediakan menu barat, menu Indonesia dan menu tradisional banyuwangi seperti Rujak Soto, Nasi Tempong dan minuman Temulawak. Paling best kat sini ada pelbagai jenis sambal yang boleh cuba.
Makanan yang disediakan dalam bentuk buffet & apa yang menarik Lia dapat cuba pelbagai makanan Indonesia di sini.
Mendaki Gunung Ijen dan Melihat Blue Fire
Pandangan Gunung Berapi Ijen. Kredit gambar kepada Mr David ST Loh. |
Kalau sebut Banyuwangi mesti dah terlintas Gunung Berapi Ijen. Hari kedua kami di sini hiking beramai-ramai ke puncak Gunung Berapi Ijen. Kami bangun seawal 11.30 malam untuk bersiap dan 12.00 malam kami bertolak ke Gunung Berapi Ijen dengan menaiki jeep untuk 5 orang. Perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam.
Sebelum trekking, kami berada di starting point Paltuding untuk mendengar briefing mengenai program Blue Fire. Kami juga diberikan headlamp & gas masker setiap seorang. Lia juga menyewa jacket (50ribu rupiah) dan membeli glove (10 ribu rupiah) sebab tak tahan dengan suhu yang terlampu sejuk di starting point.
Kredit gambar kepada Mr David ST Loh |
Kredit gambar kepada Mr David ST Loh |
Selepas sampai ke puncak barulah Lia berjumpa dengan beberapa kawan-kawan yang lain. Hanya kami berempat sahaja + satu tour guide yang menemani Lia trekking turun ke bawah untuk ke Blue Fire. Lia sampai di puncak dalam suasana yang agak gelap dan turun ke Blue Fire masih gelap. Ada beberapa kali yang Lia jatuh tergelincir terpijak batu dan suasana gelap yang tak nampak apa-apa. Nasib baik ada kawan-kawan yang membantu. Betapa pentingnya adanya head lamp ataupun torch light.
Lia berjaya juga sampai ke puncak Ijen dan menuruni ke Blue Fire. Kami di melihat Blue Fire dan berada di sana dari gelap sampai ke cerah. Bila di bawah, bau belerang sangat kuat dengan asap yang tebal, sentiasa memakai gas masker. Bila matahari terbit, terus nampak curamnya nak naik ke puncak. Kami juga dalam melihat tasik kawah berasid berwarna biru. Perasaan mulanya hampir giveup dan menangis ketika trekking terus rasa lega lepas berjaya dan tengok view secantik ini.
Inilah pengalaman manis Lia ketika berada di Gunung Berapi Ijen, Banyuwangi. Satu detik manis yang tak dapat lupakan dimana Lia sendiri tak sangka berjaya trekking & tak confident dengan diri sendiri pada mulanya. Perjalanan pulang kami sempat mengambil gambar di banyak sudut lawa di Gunung Ijen. Terus pulang ke hotel dan sarapan, berehat & massage untuk kaki yang sakit ni😅
Mengenai Gunung Berapi Ijen
Barat Gunung Merapi adalah gunung berapi Ijen, yang mempunyai tasik kawah berasid berwarna biru. Tasik toksik adalah tapak operasi perlombongan belerang yang intensif buruh, di mana mereka perlu mengangkat atau mengandar dua bakul yang sarat dengan belerang seberat 90kg dibawa oleh tangan dari lantai kawah. Kerja-kerja ini dibayar dengan baik memandangkan kos sara hidup di kawasan itu, tetapi satu pekerjaan yang sangat berat. Pekerja perlu membawa banyak potongan sulfur sekitar tiga kilometer ke Lembah Paltuding yang berdekatan untuk dibayar.
Kawah aktif di Kawah Ijen mempunyai diameter 722 meter (2,369 kaki) dan luas permukaan 0.41 kilometer persegi (0.16 meter persegi). Ia adalah 200 meter (660 kaki) dalam dan mempunyai jumlah 36 hektometri padu (29,000 ekar persegi).
Apa itu Blue Fire❓
Kawah Ijen adalah satu-satunya kawah di Indonesia yang mempunyai fenomena alam "Blue Fire". Di dunia, hanya dua tempat Indonesia & Iceland. Blue Fire berlaku kerana haba kawah Ijen digabungkan dengan belerang untuk menghasilkan kesan nyalaan biru di permukaan. Fenomena ini hanya boleh dilihat sebelum matahari terbit selalunya pukul 3.00 atau 4.00. Kadang-kadang besar, kecil dan adanya tak kelihatan sebab dipengaruhi cuaca.
Inilah tarikan utama di Banyuwangi, Lia dah cuba trekking di sini, anda bila lagi❓
Sumber gambar google |
Kawah Ijen adalah satu-satunya kawah di Indonesia yang mempunyai fenomena alam "Blue Fire". Di dunia, hanya dua tempat Indonesia & Iceland. Blue Fire berlaku kerana haba kawah Ijen digabungkan dengan belerang untuk menghasilkan kesan nyalaan biru di permukaan. Fenomena ini hanya boleh dilihat sebelum matahari terbit selalunya pukul 3.00 atau 4.00. Kadang-kadang besar, kecil dan adanya tak kelihatan sebab dipengaruhi cuaca.
Inilah tarikan utama di Banyuwangi, Lia dah cuba trekking di sini, anda bila lagi❓
Baluran National Park
Kalau anda nak terasa suasana savanna tak payah pergi jauh sampai Africa, boleh je datang Baluran National Park di Banyuwangi. Di sini terdapat spesies tumbuhan, mamalia dan burung yang terancam di sini. Kalau anda bertuah bukan sahaja dapat tengok spesies pokok di sini malah dapat tengok haiwan-haiwan berkeliaran. Sepanjang perjalanan Lia banyak tengok rusa dan monyet. Sepanjang perjalanan, pengunjung akan dapat lihat suasana kering kontang di musim kemarau.
Baluran National Park terletak di Kabupaten Situbondo, Jawa Timur, Indonesia. Ia mempunyai iklim yang agak kering dan kebanyakannya terdiri daripada savanna (40%), serta hutan dataran rendah, hutan bakau dan bukit, dengan Gunung Baluran (1,247 m) sebagai puncak tertinggi.
Pantai Bama
Kami juga sempat singgah Pantai Bama selepas melawat Baluran National Park. Kedatangan kami disambut dengan puluhan monyet di sepanjang pantai. Sempat bergambar di tepi pantai, tengok pemandangan laut dan minum 'Soda Gembira'.
Untuk sampai ke Pantai Bama memang kena lalui Baluran National Park dahulu, dari gerbang ke lokasi Pantai Bama berjarak sekitar 8 km. Keunikan Pantai Bama yang lain adalah lokasinya yang dikelilingi oleh tumbuhan mangrove. Terdapat juga kemudahan lain seperti tandas, tempat makan dan istirehat dan lain-lain.
Makanan dan Restoran Lazat di Banyuwangi
Kalau datang ke Indonesia, mesti lah cuba makan di sini kan. Kami dapat merasan dan mencuba beberapa jenis makanan Banyuwangi. Selain sarapan pagi di hotel, kami juga ingin mencuba hidangan lain di sini.
Jaran Goyang Resto
Hari pertama tiba di Banyuwangi, malamnya kami di bawa dinner di Jarang Goyang Resto.
Restoran yang menghidangkan makanan laut terbaik dan masakan khas Banyuwangi. Tempatnya yang besar dan selesa, makanan yang sedap dan yang pastinya Halal❗ Memang semua lauk, ulaman hingga lah pencuci mulut semuanya sedap.
Banyak lokasi menarik untuk bergambar dan update dalam instagram.
Sambil menikmati selera anda disajikan dengan alunan muzik dan nyanyian dari busker.
Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:
Facebook : https://www.facebook.com/jarangoyangbwi/
Laman web : https://jaran-goyang-spesial-seafood-masakan-khas-banyuwangi.business.site/
Namanya agak lucu kalau di Malaysia lagu dangdut Jarang Goyang memang agak famous. Jaran Goyang bermaksud Jampi atau mantera. Restoran yang agak luas dan besar boleh menampung yang makan di sini.
Restoran yang menghidangkan makanan laut terbaik dan masakan khas Banyuwangi. Tempatnya yang besar dan selesa, makanan yang sedap dan yang pastinya Halal❗ Memang semua lauk, ulaman hingga lah pencuci mulut semuanya sedap.
Banyak lokasi menarik untuk bergambar dan update dalam instagram.
Sambil menikmati selera anda disajikan dengan alunan muzik dan nyanyian dari busker.
Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:
Facebook : https://www.facebook.com/jarangoyangbwi/
Laman web : https://jaran-goyang-spesial-seafood-masakan-khas-banyuwangi.business.site/
📍Alamat: Jl. Kolonel Sugiono No. 91, Tukangkayu, Kertosari, Kec. Banyuwangi, Kabupaten Banyuwangi, JAwa Timur 68418, Indonesia
Restoran Sego Temping Mbok Wah
Hari kedua di Banyuwangi kami di bawa untuk makan tengah hari di Restoran Mbok Wah. Ia merupakan makanan lokal yang patut cuba! Sambalnya yang pedas tapi sedap bila dimakan dengan nasi putih.
Makanan di sini terdiri daripada nasi putih, pelbagai pilihan lauk & sambal yang pedas. Antara lauk yang ada seperti ayam goreng, ikan goreng, udang goreng, sotong goreng, ketam goreng, telur dadar, dan banyak lagi. Apapun kena cuba makan dengan sambal yang pedas gila tapi sedap.
Hari kedua di Banyuwangi kami di bawa untuk makan tengah hari di Restoran Mbok Wah. Ia merupakan makanan lokal yang patut cuba! Sambalnya yang pedas tapi sedap bila dimakan dengan nasi putih.
Makanan di sini terdiri daripada nasi putih, pelbagai pilihan lauk & sambal yang pedas. Antara lauk yang ada seperti ayam goreng, ikan goreng, udang goreng, sotong goreng, ketam goreng, telur dadar, dan banyak lagi. Apapun kena cuba makan dengan sambal yang pedas gila tapi sedap.
📍Alamat: Jl. Gembrung No.220, Lingkungan Watu Ulo R, Bakungan, Glagah, Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur 68431, Indonesia
Restoran Osing Deles
Pada sebelah malam, kami makan malam di salah sebuah restoran terkenal Restoran Osing Deles di Banyuwangi. Restoran Osing Deles merupakan restoran dan kedai menjual oleh Oleh-Oleh khas Banyuwangi.
Kami makan diruangan atas tingkat 3 & dihidangkan dengan sajian menu Nasi Putih, lauk Pindang Koyong, Sayur Asam, Ikan Masak Pedas, Pecel Pitik, Orem-orem(Tempe Tauhu), Ketan Kirip, Es Buah, Kopi & Teh.
Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:
Facebook :https://www.facebook.com/pages/category/Fast-Food-Restaurant/Osing-Deles-1781029642152233/
Pada sebelah malam, kami makan malam di salah sebuah restoran terkenal Restoran Osing Deles di Banyuwangi. Restoran Osing Deles merupakan restoran dan kedai menjual oleh Oleh-Oleh khas Banyuwangi.
Kami makan diruangan atas tingkat 3 & dihidangkan dengan sajian menu Nasi Putih, lauk Pindang Koyong, Sayur Asam, Ikan Masak Pedas, Pecel Pitik, Orem-orem(Tempe Tauhu), Ketan Kirip, Es Buah, Kopi & Teh.
Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:
Facebook :https://www.facebook.com/pages/category/Fast-Food-Restaurant/Osing-Deles-1781029642152233/
📍Alamat: Jl. K.H. Agus Salim No. 12A, Taman Baru, Kec. Banyuwangi, Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur 68416, Indonesia
Adat dan budaya di Banyuwangi
Kami juga disambut dengan 3 jelitawatan dengan Tarian Gandrung di Restoran Osing Deles. Tarian Gandrung merupakan tarian khas & salah satu ikon Banyuwangi. Tarian yang satu aliran Jaipong (Jawa Barat) dan Ronggeng (Jawa Tengah) ini menjadi hiburan rakyat di acara dan musim perayaan dan juga perhargaan menyambut tetamu.
Tarian Gandrung ditarikan oleh wanita dan bersama-sama dengan muzik mudah seperti biola, segitiga (disebut kluncing), gong (atau kempul), kendhang dan kadang-kadang dengan keyboard sebagai akibat pengaruh moden. Busana penari juga sangat cantik digayakan dengan perhiasan kepala. Tetamu juga dijempur menari bersama-sama dengan penari.
Menuju ke Bali dengan Feri dari Ketapang Port, Banyuwangi
Perjalanan kami di Banyuwangi sudah hampir tamat. Banyak lagi tempat menarik yang Lia tak dapat kunjungi. Mungkin masa akan datang Lia akan berkunjung ke Banyuwangi lagi. Walaupun masa agak terhad, tapi pengalaman di Banyuwangi terumatanya hiking Gunung Ijen masih dalam ingatan. Kami check-out dari hotel dan terus menuju ke Ketapang Port, Banyuwangi.
Goodbye Banyuwangi, Hello Bali
Hari seterusnya kami menuju ke Bali. Lia akan berkongsi tempat dan aktiviti menarik yang dilakukan sepanjanjang di Bali.
Sebelum itu, Lia nak kongsikan Iterinary kepada pembaca semua.
DAY 1
3.05 pm : Arrival at Bandar Udara Banyuwangi
3.05 - 4.05 pm : Luggage handling & welcome ceremony
4.05 pm : Drive & Check in El Royale Hotel Banyuwangi (Take a rest)
6.00 - 7.00 pm : Dinner at Jaran Goyang Resto
8.00 - 11.00 pm : Makan Malam
11.30 pm : Early Call
DAY 2
12.00 - 1.00 am : Drive to Ijen Plateau
1.00 - 7.30 am : Trekking up & down Ijen Plateau
7.30 - 8.30 am : Back to Hotel
8:30 - 9.00 am : Breakfast at El Royale Hotel Banyuwangi
9.00 - 1.00 pm : Take a rest
1.00 - 2.00 pm : Lunch at Mbok Wah Restaurant
2.00 - 5.00 pm : Proceed to Baluran National Park & Pantai Bama
5.00 - 6.30 pm : Drive to Osing Deles Restaurant
6.30 - 7.30 pm : Dinner at Osing Deles Restaurant
7.30 pm : Return Back to Hotel
8:30 - 9.00 am : Breakfast at El Royale Hotel Banyuwangi
9.00 - 1.00 pm : Take a rest
1.00 - 2.00 pm : Lunch at Mbok Wah Restaurant
2.00 - 5.00 pm : Proceed to Baluran National Park & Pantai Bama
5.00 - 6.30 pm : Drive to Osing Deles Restaurant
6.30 - 7.30 pm : Dinner at Osing Deles Restaurant
7.30 pm : Return Back to Hotel
DAY 3
6.00 am : Morning call
6.00 - 8.00 am : Breakfast & check out
8.00 - 8.30 am : Drive to Ketapang Port of Banyuwangi
8.30 - 9.30 am : Heading to Bali by ferry,
Hari seterusnya aktiviti kami di Bali.
8.00 - 8.30 am : Drive to Ketapang Port of Banyuwangi
8.30 - 9.30 am : Heading to Bali by ferry,
Hari seterusnya aktiviti kami di Bali.
Terima kasih semua. Selepas ini Lia akan kongsikan perjalanan kami menuju ke Bali untuk next entry.
27 Comments
Baluran tu dah mcm outback kat Aussie dah...
ReplyDeleteStruggle nya lia naik ke puncak tu.. Akak pulak seriau bacanya
Never heard before Bayu Wangi. First times heard about this place from your post here. Will check this out and plan our trip soon.
ReplyDeleteIndonesia is a place for nature seeing. This post is awesome. Your photographies are good.
ReplyDeleteBeruntung Lia. Terbaik ni.
ReplyDeleteMempromosi kan tempat yg jarang kita dgr. Sesuatu yg bagus!
Indah ye tempatnya.
Indonesia terkenal dgn view yg ohsem. Makanan nyer wow!
Wah! Menarik travel di negara Indonesia kan. Melihat pada jadual nampak padat sangat , tapi mesti best kan pergi bersama-sama orang yang minat travel. Terima kasih sudi berkongsi pengalaman bersama-sama kami
ReplyDeleteLiaaaaa, I am so jellyyyyy! Bestnyaa dapat pergi ikut media trip pegi oversea gitu. And Bayuwangi ni tbh not so famous but now we know it does exist as pelacong punya tempat and got direct flight dari keyel pulak tu!
ReplyDeleteGoshhh I feel wanna go there sbb nampak macam bukan Indonesia but a really new place! #nexttripmaybe
Bestnye dah jejak ke indonesia. Cantik kawah dia kat Bayuwangi tu. Ada rezeki nanti nak pegi sana
ReplyDeleteBestnya dapat pergi Bayuwangi hehehe tak pernah tahu tentang tempat ini tengok tempat menarik dan juga alam semulajadi yang masih terpelihara dan juga makanan yang ada kat sana semua sedap-sedap belaka nak pergi nak pergi naik CitiLink lak tak pernah tahu pun...
ReplyDeleteBestnye lia da sampai ke indonesia..nad nie xtau la bila nk sampai2..hehe..bnyk jgk tmpt menarik dekat sini..beruntung la lia dapat tgok fenomena blue fire..
ReplyDeleteSis tak pernah tahu adanya tempat ni, cantiknya Lia...trngok gambar-gambar ni yang buatkan sis terasa gak nak kesana..tapi bab tracking tu rasanya tak mampu..hehehe
ReplyDeleteCantiknya alam semulajadi kat sana. Next time Rawlins nak join boleh? Teringin nak tengok keindahan alam dan juga keunikan budaya di sana.
ReplyDeleteSeronok dapat jalan dan merantau ke negara orang. Banyak tempat menarik dan makanan yg baru boleh kita nikmati. Jauh perjalanan, luas pemandangan
ReplyDeletecantiknya tempat tempat yang lia pegi. and very informative this entry. senang orang nak rujuk kalau nak ke sini nanti.
ReplyDeletebest yer lia... penuh tentatif aktiviti menarik dan seronok tengok permandangan cantik2 kat sana. teringin nak ke sana satu hari nanti
ReplyDeleteNever been to this place! But I dont tihnk my children will be able to climb up the mountain
ReplyDeleteseronoknye lia dpt gi jenjalan luar negara..
ReplyDeletebest dan seronok baca pengalaman travel ke indonesia. indonesia satu negara yang patot kita lawati banyak kahzanah tempat menarik dan yang best nya makanan dia. memang kene la dengan tekak kita orang malaysia ni kan
ReplyDeleteBestnya dapat travel macam nie Lia.. satu hari ada rezeki teringin nak travel juga luar Malaysia..
ReplyDeleteBestnya, boleh la honeymoon kat sini nanti tapi kena bincang dengan tunang dulu dia nak bawa pi sini tak?
ReplyDeleteSuka tengok gambar-gambar Lia cantiknye tempat tu, Bonde tak Pernah sampai lagi..tempat ni Boleh plan pergi sana nanti..
ReplyDeleteFirst time dengar nama tempat ni. Cantik2 pula tu tempat dia. Boleh masuk dalam list ni.
ReplyDeleteBestnyya lia pergi bercuti. Emi dah lama tak pegi bercuti. btw lokasi percutian lia kali ni emi tak familiar sangat namanya. Tapi nampak menarik betul.
ReplyDeleteIndonesia mmg byk tempat2 menarik dan jgk byk pulau2, nti nak msk dlm list pg sini plj
ReplyDelete1st time dengar nama tempat ni Lia dan sangat menarik. Thanks lia sharing. Boleh masuk list travel ni.
ReplyDeleteCantiknya Bayuwangi ni!Pernah terbaca story pasal tempat ni. Memang betul2 cantik lah. Ada direct flight pula kesana.Boleh masuk dlm wishlist ni.
ReplyDeletebanyak rupanya lokasi dan tempat2 menarik di Banyuwangi nie ya Lia. tak pernah lagi jejak ke negara Indonesia. baca entri Lia nie jadi teringin pulak ke sana
ReplyDeleteThanks for sharing. Didn't know that you can go to so many places over there. Would love to bring my children there.
ReplyDelete