Jom Belajar Berenang di Akademi Swimrush untuk Anak-Anak dan Wanita Muslimah

August 16, 2019


Salam dah Hai semua,

Apa yang korang buat hujung minggu tu ❓Hujung minggu selalunya berehat dan meluang kan masa bersama keluarga dan orang tersayang. Ada banyak aktiviti yang boleh dibuat bersama keluarga seperti makan bersama ataupun aktiviti riadah yang lain seperti bersenam, hiking, berenang dan banyak lagi.

Untuk yang meminati aktiviti berenang dan ingin mencari kelas, Lia nak mengesyorkan Akademi Swimrush untuk anda semua. Akademi Swimrush menyediakan kelas berenang untuk anak-anak dan wanita (muslimah). Memang sesuai untuk anda jika berkeluarga 👪 dan boleh belajar berenang bersama anak-anak👶.

Renang mempunyai banyak kelebihan dari segi menjaga kesihatan dan juga membentuk tubuh yang lebih sempurna. Renang juga merupakan salah satu sukan renang yang menjadi pilihan orang ramai untuk bersenam. Pilihan dimana untuk berenang sama ada sungai atau laut, tapi kini sudah kemudahan kolam renang 💺

www.liahasty.com

Lia memang nak sangat belajar berenang, tetapi masih mencari di manakah yang sesuai dan berpadanan dengan harga. Kalau boleh nak hujung minggu sebab waktu cuti memang sesuai untuk beriadah. Dalam masa yang sama Lia agak segan dan perlukan lady coach untuk mengajar kita. Lagi-lagi wanita muslimah yang mahu belajar berenang dan menjaga aurat. Bila dapat tahu mengenai Akademi Swimrush memang Lia rasa ini pilihan yang sesuai & tepat untuk first step belajar berenang🏊.

Sebab apa Lia nak belajar berenang sebab nak bagi hilang rasa takut dan fobia dengan air 💦. Selain itu nak juga ada peningkatan dalam hidup. Maklumlah suka travel dan snorkeling sana sini. Atleast dah tahu asas dan teknik berenang. Lia juga tengok harga di Swimrush sangat berpatutan dan memang kita mampu untuk membayar untuk sertai kelas renang. Boleh juga nak bawa kawan-kawan perempuan yang lain 👭ataupun belajar bersama family👪 sahaja.

www.liahasty.com

6 SEBAB ANDA PERLU MEMILIH AKADEMI SWIMRUSH

www.liahasty.com

1. SIBUK PADA HUJUNG MINGGU❓❓ TIADA MASALAH
📌Kami menyediakan Kelas Renang untuk Kanak-Kanak & wanita (muslimah) pada hujung minggu selepas waktu bekerja ⌚
📌Kami memahami hujung minggu adalah masa bersama keluarga 👪

www.liahasty.com

2. START YOUNG
📌Kanak-kanak boleh menyertai bermula dari usia 5 tahun 👶

www.liahasty.com
3. TIDAK SAHAJA BELAJAR TEKNIK DASAR
📌Sukatan pelajaran Akademi Swimrush di samping mengajar teknik renang asas juga memberi penekanan kepada program keyakinan air dan kemahiran hidup kelangsungan hidup

4. CAWANGAN AKADEMI SWIMRUSH
Akademi Swimrush mempunyai 4 cawangan:
📪 Batu Caves: Kompleks Renang Seri Siantan
✏ Kanak-kanak yang disediakan, Kelas Renang Wanita dan Lelaki
📪 Bangsar: Jalan Turi Bukit Bandaraya
✏  Kolam Renang Persendirian - Kelas Kolam Kanak-kanak
📪 Cheras: Komples Sukan Desa Tasik
✏ boleh didapati untuk Kelas Renang Wanita dan Kanak-kanak
📪 Shah Alam Seksyen 14
✏ Kolam Renang Persendirian; hanya Kelas Renang Wanita

www.liahasty.com

5. INGIN BELAJAR SECARA PERIBADI❓
📌Tiada masalah, kami mempunyai kelas persendirian - HOME TO HOME BASIS di mana Jurulatih datang ke rumah anda untuk mengajar❗
📌pendapatan bayaran pengangkutan

www.liahasty.com
6. TAK TAHU MACAM MANA NAK MENYELAM DALAM AIR❓
PERCUMA untuk belajar menyelam (menyelam) dalam 1.2 - 1.8 meter air
✔ sesuai untuk mereka yang berminat nak belajar perjalanan menyelam / suka

Jadual Kelas Renang di Akademi Swimrush


Swimrush Specialities
ONLY Lady Coach mengajar Kelas Wanita 
EMPHASIS ON ANTI-DROWN - Jurulatih adalah bekas Penyelamat sehingga dapat menjalankan Teknik Survival Air dan meningkatkan Keyakinan Air
✔Mengajar Teknik Asas: Breaststroke, Freestyle, Backstroke, Butterfly
✔ Unik: Memberi Eksklusif untuk Kelas Renang Lelaki - hanya di Cawangan Batu Caves
✔ Pengalaman mengajar pelajar yang fobia dengan air (water-phobic)
✔ Menyediakan CLASS REPLACEMENT
PERCUMA Swimming Cap
✔ Beralih dari perenang ZERO ke HERO


Kelebihan Berenang
👉Menurunkan berat badan
👉Membentuk Postur Badan
👉Kurang Risiko Kecederaan
👉Meningkat Stamina
👉Mengurangkan Stress
👉Bagus untuk paru-paru
👉Membantu awet muda
👉Memberi pengalaman menarik

Boleh tonton video ini kalau nak tahu lebih lanjut 👇👇

Jangan lupa SUBSRIBED youtube channel 👉 www.youtube.com/liahasty

Jom Belajar Berenang bersama Akademi Swimrush
👇🏼 WhatsApp secara peribadi dengan jurulatih kami❗
www.wasap.my/+60133654711

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:
Laman web : https://swimrushacademy.com/
Facebook : https://www.facebook.com/swimrush/
Instagram : https://www.instagram.com/swim.rush/?hl=en

 #swimrush #surecanswimwan #kelasrenang #kelasrenangmuslimah #swimrushkl #gengkotakhitam #rm #rushmedia

You Might Also Like

18 inspiration

  1. Boleh ajak si kakak la belajar berenang dekat sini..selalunya die berenang kt kolam dpn umah je..thanks lia info pasal kolam renang nie..

    ReplyDelete
  2. di lembah klang plak. jauh...
    memang aida mencari juga kelas swimming for izzat berdekatan sini.
    nampaknya kena back to ayer keroh sanun.
    tempat lama kakak-kakak izzat belajar swimming dulu.
    but now fee dah melambung2 tinggi :( hu hu hu aduhai... ntah nape lah.
    equipment still equipment lama. pool lama. fee double dah.

    bagus kita ajar anak2 swim dari kecik.
    satu lagi, ni kan sunnah, so dpt pahala la kita. in shaa Allah...

    ReplyDelete
  3. kalau dekat mek dah join dah tapi apakan daya dia buat di area KL dan selangor sahaja. berenang ni pun salah satu terapi emosi juga.

    ReplyDelete
  4. Syoknya la join kelas renang ni kan sebab bagus untuk survival skill. Setakat tahu terapung je la. Hehe. Berenang ni boleh menyihatkan.

    ReplyDelete
  5. swimming centre shah alam tu dekat atas opis akak kerja ni je. memang dah lama nak belajar berenang tapi belum mula lagi. tengok anak2 pandai berenang memang jeles je ibunya hahah

    ReplyDelete
  6. Alaaa skill berenang dah lupa nih kena duduk.kelas balik ni, barulah boleh berenang dengan tenang... Bagus ada servis dan pakej macam ni.. Sangat membantu

    ReplyDelete
  7. Teringinnya nak belajar berenang. Sampai kat laut atau sungai, boleh try skil berenang kan hehe. Best juga akademi ni, sibuk mana pun kita boleh belajar juga selepas waktu bekerja.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  8. bestnya dapat belajar berenang dengan tutor perempuan! Tak la segan bila belajar sebab ada part yang kena coach pegang badan. Boleh usha kot boleh menyelit di kelas shah alam

    ReplyDelete
  9. Wah.. Menarik nie.. Lagipun dekat dgn rumah AM.. Boleh la AM hilangkan fobia terhadap air nie. AM x pandai berenang.. Jadi mmg takut sikit bab2 air nie..

    ReplyDelete
  10. kalau takde masa nak datang kelas boleh panggil cooach ajar kat rumah je.. tu yang best tu kan.. janji umah ada kolam.. hehehe

    ReplyDelete
  11. best dapat belajar berenang..apa-apa jadi takde risau..ehhee..nanti nak bawak anak beljr dekat sini..time budak-budak ni la elok dibawa ajar berenang

    ReplyDelete
  12. Bagusnya pusat renang swimrush ni! Ada sediakan tempat muslimah. Terbaiklah! Macam ni, mmg seronok nak belajar berenang.

    ReplyDelete
  13. Syoknya dapat belajar berenang dlm kelas macam i. Suka berenang sebab macam terapi buat diri heheh

    ReplyDelete
  14. Ramai kawan2 blogger review kelas renang ni....mesti ianya satu usaha murni utk membantu para muslimah dan kanak2 yg teringin nk belajar berenang...bonda pn teringin nk p belajar...ada masa lapang nnti p jenguk..

    ReplyDelete
  15. I love swimming. My mum let me learn when I was young too. I think it's good to send the kids to swimming lessons since young

    ReplyDelete
  16. Nak share dengan kengkawan ladies yang sedang mencari swim trainer - sebab depa nak pergi bercuti ke Mabul katanya hujung tahun nie. Hehe. Kebetulan pula Lia share nie, memang bertepatan la.

    ReplyDelete
  17. I also need o learn swimming and their classes are very convenient and sis pun rasa selesa.

    ReplyDelete
  18. Bestnya.. Akak harap a ada class mcm ni kt Penang yg affordable.. Plan nak hntaq anak pi next year

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community