Salam dan Hai semua,
Siapa kat sini suka makan makanan Korea❓Makanan Korea dah mula famous dan banyak kedai makan Korea membanjiri Malaysia dan tumbuh bagai cendawan. Lia pun tak ketinggalan sebab memang suka nak cuba semua jenis makanan dari negara luar ni. Lagipun selalu tengok cerita korea kat TV makanan dorang sedap-sedap. Paling tak boleh tahan tengok ayam cheese terus rasa terliur sangat nak cuba.
Jom Lia nak ajak hangpa semua mai try makan kat salah satu restoran korea, Daseo Malaysia di Queensbay Mall, Pulau Pinang. Lia dah dua tiga kali makan di sini dan semua menu kat sini memang kena dengan selera & tekak. Kena sebut betul DASEO ya bukan Daiso kedai jepun tu.
Lokasi Daseo Malaysia
Lokasi restoran Daseo Malaysia terletak di dalam Queensbay Mall di Tingkat 2. Beralamat di 2F-50/51, Queensbay Mall, 100 Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kalau orang Penang yang selalu pi Queensbay Mall ni akan perasan restoran ni bila naik escalator dah boleh nampak signage warna Biru. Betul-betul sebelah pintu masuk Aeon.
Mengenai Daseo Malaysia
Siapa kat sini suka makan makanan Korea❓Makanan Korea dah mula famous dan banyak kedai makan Korea membanjiri Malaysia dan tumbuh bagai cendawan. Lia pun tak ketinggalan sebab memang suka nak cuba semua jenis makanan dari negara luar ni. Lagipun selalu tengok cerita korea kat TV makanan dorang sedap-sedap. Paling tak boleh tahan tengok ayam cheese terus rasa terliur sangat nak cuba.
Jom Lia nak ajak hangpa semua mai try makan kat salah satu restoran korea, Daseo Malaysia di Queensbay Mall, Pulau Pinang. Lia dah dua tiga kali makan di sini dan semua menu kat sini memang kena dengan selera & tekak. Kena sebut betul DASEO ya bukan Daiso kedai jepun tu.
Lokasi Daseo Malaysia
Lokasi restoran Daseo Malaysia terletak di dalam Queensbay Mall di Tingkat 2. Beralamat di 2F-50/51, Queensbay Mall, 100 Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kalau orang Penang yang selalu pi Queensbay Mall ni akan perasan restoran ni bila naik escalator dah boleh nampak signage warna Biru. Betul-betul sebelah pintu masuk Aeon.
Mengenai Daseo Malaysia
Menu famous Shimson Stew diilhamkan oleh stew Tentera Korea dengan sentuhan tambahan CHEESE ❗Pelanggan yang datang pun dapat pilih sup sendiri dan add-on jika mereka mahu. Kalau untuk Cheese Lover macam Lia wajib cuba menu popular Korean Fried Chicken with Cheese❗Memang tak menghampakan❗
Sebelum itu Lia nak maklumkan yang restoran ini adalah PORK FREE. Kesemua bahan mentah yang digunakan seperti daging ayam dan lembu adalah dari pembekal tempatan yang Halal حلالا dan terdapat sijil Halal yang sah.
Sirap minuman diimport dari Korea dari Taiwan juga Halal حلالا dan ada pensijilan JAKIM. Cheese pula diimport dari UK dan Belgium juga mempunyai sijil Halal حلالا. Untuk bahan masakan seperti kimchi, topokki dan sos gochujang tidak mempunyai sijil Halal tetapi telah disemak bebas alkohol dan lemak (lard)
Inilah status sebenar kafe dan sedikit pencerahan di mana ada yang was-was untuk mencuba makanan di sini. Kafe ini menerapkan mesra pelanggan terutamanya pelanggan beragama muslim dan juga bangsa lain.
Daseo Malaysia juga menerima tempahan dan juga Walk-in.
Dekorasi Daseo Malaysia
Restoran Daseo Malaysia ni sangat besar dan boleh menampung ramai pelanggan dalam satu masa. Dekorasi restoran ni pun sangat simple ala-alah construction site, cozy, selesa dan bersih. Susunan meja dan kerusi juga teratur dan kemas. Kombinasi warna dinding dan perabot pun cantik dipadankan.
Sajian dan Menu Daseo Malaysia
Ada pelbagai hidangan yang disajikan di sini seperti Shimson Stew, Army Stew, Korean Fried Chicken, Korean Cheese Fried Chicken, Carbonara Ramyeon, Dosirak Lunch Box, Rampokki, Korean Fried Rice with melted cheese, Korean Ramyeon, Side DIish & Minuman.
Shimson Stew
📌Shimson stew (kimchi) with classic soup base & Ramyeon @ RM 54.90
Menu Recommended👍
Menu yang ramai customer order kat sini. Menu ini gabungkan army stew di bahagian tengah + spicy stir fried toppokki & cheese.
📌Shimson stew seafood with spicy soup base & glass noodle @ RM 72.90
Menu Recommended👍
Kalau anda gemarkan seafood, anda boleh menu ini sama juga seafood stew di bahagian tengah + spicy stir fried toppokki & cheese.
Shimson Stew merupakan menu paling wajib cuba kalau makan di Daseo Malaysia boleh dimakan untuk 2 atau 3 orang. Sebelum makan kakitangan di sana akan tuangkan sup dan buka api untuk dimasak. Gaul stew di bahagian tengah, bila mendidih dah boleh makan❗
Ada 3 step sebelum menempah Shimson Stew.
Step 1: Pilih Soup Base
(Chicken Soup Base, Classic Army Stew Soup Base & Spicy Army Soup Base)
Step 2: Pilih Noodle
(Ramyeon, Handmade Noodle, Korean Glass Noodle & Udon)
Step 3: Add on apa sahaja yang anda suka
(Egg, Tofu, Hotdog, Korean Fish Cake, Slice Rice cake & banyak lagi mengukit harga yang ditetapkan untuk setiap satu)
Lia paling suka makan spicy stir fried toppokki & cheese. Memang sedap sangat❗
Army Stew
📌Army stew with handmade noodles @ RM 37.90
Cara makan Army Stew pun sama macam Shimson Stew tetapi tiada spicy stir fried toppokki & cheese. Ada 3 step yang sama juga pilih Soup Base, Noodle & boleh add on.
Korean Fried Chicken
📌Fried Chicken Wings with honey mustard sauce
Menu Recommended👍
Salah satu menu sedap ayam goreng dengan sos honey mustard. Rasa sweet & tak pedas. Kanak-kanak pun boleh makan hidangan ni.
Korean Cheese Fried Chicken
📌Cheese fried chicken cube with Daseo sauce @ RM35.90
📌Cheese fried chicken wings with Daseo sauce @ RM35.90
Menu Recommended👍
Menu paling favorite kalau Lia datang makan kat sini. Ada 2 jenis Korean Cheese Fried Chicken iaitu Cube & Wings.
Dosirak Lunch Box
Ada 1 jenis Dosirak iaitu Traditional Style (Kimchi + Seaweed + Sausage Tamago)
Boleh pilih sama ada mahukan Nasi @ Noodles.
Menu Dosirak Lunch Box yang Lia cuba jenis Traditional Style Nasi & campuran Kimchi + Seaweed + Sausage Tamago.
📌Yuzu Salmon Dosirak @ RM 21.90
Menu Recommended👍
📌Korean classic lunch box @ RM 17.90
Cara nak makan lunch box di sini kena tutup bekas dan goncangkan bagi semua dalam bekas gaul sekata, then dah boleh makan. Lia suka sangat Kimchi tu.
Ada juga menu-menu lain selain menu kat atas yang boleh secara side dish.
📌Chicsy lava ball @ RM 10.90
NEW MENU ❗ Menu Recommended👍
Chicsy lava ball kena makan panas-panas lepas dihidangkan. Ambil ball terus gigit dan tarik cheese panjang-panjang. Yummy.
📌Topokki croquettes@ RM 17.90
NEW MENU ❗ Menu Recommended👍
Menu terbaru di sini. Sedap juga menu topokki yang sama ada dalam shimson stew tapi untuk menu topokki dogoreng + campur dengan sos daseo & mayonis. Topokki ni rasa maca liat-liat sikit buat dari tepung beras rasa macam chewy gum pun ada rasa marshmallow pun ada.
📌Korean Creamy Spagheti @ RM 19.90
Spagetti ni sedap juga seperti Carbonara dimasak alah citarasa Korea dicampur seaweed & ada banyak jenis mushroom di dalam.
📌Anchovy rice ball
📌Kimchi Fried Rice @ RM 12.90
Eh tak lengkap pula ada menu makanan tapi takde minuman bukan. Jom kita tengok minuman apa ada di sini.
📌Rainbow Slush @ RM 12.90
Menu Recommended👍
Minuman paling famous kat sini memang sedap & bekas boleh bawa balik.
📌Lychee Jelly Tea 📌Yuzu Jelly Tea
📌Lychee Mojito
Sekarang dah mula viral dengan bubble drink bukan. Daseo Malaysia juga tak lepas peluang sediakan menu baru minuman baru Ice Blended with Bubbles.
📌Coconut Ice Blended with Bubbles
📌Strawberry Ice Blended with Bubbles 📌Chocolate + Banan Ice Blended with Bubbles
Jika memang suka air minum kosong boleh ambil di sini. SELF SERVICES
Kami semua dah cuba makan di , anda bila lagi❓
Kalau nak makan Korean Food yang halal & suka cheese jangan lupa singgah di Daseo Malaysia.
Daseo Malaysia
Alamat : 2F-50/51, Queensbay Mall, 100 Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Waktu Operasi:
11:30 - 10:30 (Setiap hari)
Reservation Hotline☎ : 04-618 0009
Reservation Hotline☎ : 04-618 0009
Facebook : https://www.facebook.com/DaseoMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/daseo_malaysia/?hl=en
#daseomalaysia #daseopenang #koreanfood
18 Comments
I love Korean food. This is a place I must dine if I visit Penang again. Tq for sharing Lia.
ReplyDeleteDekorasi kedai dia nampak simple dan kemas. suka kedai macam ni. menu pun menarik sangat. lagi la kalau ada cheese kan. harga pun not bad. berbaloi. nasib baik la kedai ni ada dekat Subang jaya. dekat sikit
ReplyDeleteSimple but nice, kenapalah sesedapnya gambo makanan yang ditayang tu. Boleh masuk list kalau ke penang ni.
ReplyDeleteSedapnye cheezy lava ball tu. Tak pernah lagi makan di restoran korea. Bolehla cuba nanti
ReplyDeleteSaya selalu tgok rancangan makan Korea sbb adik saya minat Korea food, pastu teringin jgak nak try. Nampak sedap lah pulak semua yg dalam gambar tu. In shaa Allah jika ada rancangan nk ke quennsbay mall tu akan singgah sini.
ReplyDeleteAkhir2 ini makanan Korea sudah menjadi makanan pilihan rakyat Malaysia. QS x jauh dari kedah, jika ada kesempatan Naim nak kesana jua
ReplyDeleteHari ahad tu pi try.. Not bad ayam yg cheese dia tu.. N yummy gak laaa
ReplyDeleteKegemaran anak bujang bonda ni makanan korea ni....kalo ke penang nanti boleh laaa bwk anak bujang ke sini rasa resepi korea yg lain pula...
ReplyDeleteSedapppnyaaaaa. Paling suka ada ring cheese asing and tempat kuah asing. Kalau campur dua2 kadang2 tak best. And Daseo ni tak tau lah kat Klang Valley dah ada ke tak. Mmg betul lah kata Lia, merata dah makanan Korea. Ada yg smpi mahal sekali makan tu.
ReplyDeleteKita tengok ayam tu nampak sedapnya ada cheese lak tu hehehe memang bestnya dapat makan makanan Korea ni hurmm lepas ni nak pergi kat KL tak ada cawangan ker hehehee boleh pergi cuba...
ReplyDeleteFav sis korean food ni, mkn selalu pun x jadi hal..hehehe. Kat kl ni.pun dah byk korean food , rajin jugak keluar makan gan anak sb dia pun suka
ReplyDeleteKorean food sekarang ni tumbuh bagaikan cendawan. Banyak betul pilihan makanan sampai tak tau nak cuba yang mana, semuanya sedap terutama yang ada cheese tu. Walahhhhh hahaha. Air ranbow tu unik. Ada satu cawangan lagi kan kat area subang jaya? Nanti free nak ke sana la
ReplyDeleteI love Korean food… spicy and yummy… ooo your photos made me craving for it now huhu… especially the toppokki and cheese
ReplyDeleteTerliurnya tengok semua menu Korean yang Lia share ni! Geram tengok lagi2 ayam salut cheese tu memang favourite kita. Nak try lah nanti hee
ReplyDeletekit amemang suka makana mkanan korea ni..lama dah tak makan ..eh tak pernh dengr kedai ni..ada dkeat penang je ke..nampak sedap...
ReplyDeletesemua nampak sedap lia ! ya allah. kalau dekat mahu ajak spouse pegi weekend ni. hahhahaha. so simpan untuk next visit lah
ReplyDeleteKak suka mk menu Korea dah lama xmkn masakan Korea last mkn makanan Korea masa pg travel ke korea...
ReplyDeleteWah! Penang also got so many new eateries must start a makan trip in Penang again soon. I like Army stew with handmade noodles.
ReplyDelete