Kulit Wajah Cantik Berseri dengan aplikasi Hannah Cushion BB Cream

August 05, 2019

Salam dan Hai semua,

Kalau sebut pasal solekan dan kosmetik mestilah wanita paling happy bukan ❓Termasuklah Lia suka sangat buat koleksi dan kumpul kosmetik di rumah. Kali ini Lia nak kongsikan dengan produk salah satu Cushion BB Cream favorite jenama Hannah.

Kalau sebut pasal BB Cream, semestinya ramai sudah tahu ia merupakan asas makeup sebelum aplikasi bedak alas, pembayang mata dan juga lain-lain. Pemilihan BB Cream yang sesuai juga penting dengan kulit wajah agar warna sekata dan tahan lama

Sebab apa Lia memilih Cushion BB Cream jenama Hannah ini kerana warnanya Natural sesuai dengan semua jenis kulit wanita Asia. Jika berada di tengah panas jangan risau dengan peluh, foundation ini anti peluh dan ada pelindungan SPF35. Is juga melindungi kulit wajah dari infrared dan blue light. Cara aplikasi pun mudah sebab produk datang dalam botol yang terus ada span dan terus sapu ke wajah.

Jom Lia terangkan dengan lebih lanjut mengenai produk Cushion BB Cream jenama Hannah ini.

Mengenai Hannah

www.liahasty.com

Jenama Hannah adalah jenama produk kecantikan yang elegan, cantik dan menyeronokkan, mempamerkan kecantikan yang menarik dengan semua wanita. Dengan pasangan produk kecantikan yang menggunakan teknologi terkini, rangkaian produk Kecantikan Hannah akan memberikan hasil yang hebat sekali. Hannah akan mengeluarkan keindahan sebenar dalam diri anda.

Hannah lebih daripada sebuah syarikat kecantikan. Ia merupakan jenama yang percaya dalam memperkasakan wanita kerana setiap wanita cantik dari dalam ke luar. Hannah bangga mempunyai rangkaian pengedar dan pemborong yang memberikan daya tarikan kecantikan, perkhidmatan yang dipercayai, dan produk kecantikan cantik untuk menjadi wanita cantik. Dengan pasangan produk kecantikan yang sangat cemerlang dengan teknologi kecantikan terkini, rangkaian produk kecantikan Hannah akan memberikan hasil yang berpanjangan, boleh dipercayai dan cantik.

www.liahasty.com
Produk kosmetik Hannah yang menjual BB Cream, Lip Matte & Eyeliner

Hannah Cushion BB Cream

Keterangan produk

www.liahasty.com

Sweatproof dengan SPF 35 ++ (UVA / UVB) dan Blue Light Protection. Perlindungan yang ideal untuk wanita hari ini.

Hannah SPF35PA ++ UVA / UVB BB Krim melindung Infrared & Blue Light yang akan merosakkan kulit dan menyebabkan pigmentasi dan penuaan kulit.

Hannah SPF35PA ++ UVA / UVB BB Cream juga mengandungi Centella Asiatica Leaf Extract, tumbuhan herba yang memodulasi penyembuhan jerawat, anti-jerawat, anti-radang, anti-bakteria, anti-kedutan dan merangsang sintesis kolagen.

Produk ini juga telah mendapat kelulusan KKM NOT190205658K

Pembungkusan Produk

www.liahasty.com
Produk dibungkus di dalam kotak berwarna hitam dan pink.

www.liahasty.com
Di sekeliling kotak produk dilabelkan nama produk, keterangan produk, cara penggunaan, bahan dan kandungan, berat produk, & alamat dikilangkan.

Bentuk Produk

www.liahasty.com
Produk datang dalam bentuk botol berpenutup yang boleh dibuka warna gangsa.

www.liahasty.com
Buka penutup akan nampak span di bahagian atas untuk mudahkan aplikasi bb cream terus ke wajah. Untuk keluarkan kuantiti bb cream, pusing lawan arah jam secara perlahan-lahan hingga keluar dari botol.

www.liahasty.com
Di sekeliling produk dilabelkan nama produk, keterangan produk, dan tarikh luput.

Tekstur produk

www.liahasty.com
Tekstur produk dalam bentuk cecair krim berwarna coklat NATURAL sesuai untuk semua jenis kulit  dan bau wangi.

www.liahasty.com
Testur BB Cream juga ringan dan senang je sapu ke seluruh kawasan dengan sekata. Lia cuba pakai di bahagian tangan kiri dan sapukan & dab perlahan juga dengan menggunakan tangan kanan. Kalau penggunaan di wajah lebih cantik aplikasi guna span atau berus.

Apakah Unique Selling Point Hannah Cushion BB Cream

💕 Perlindungan UV SPF 35
💕 Perlindungan dari Infrared (melalui cahaya matahari) yang menyebabkan pigmentasi dan penuaan kulit.
💕 Perlindungan dari Blue Light yang menembusi jauh ke dalam kulit yang akan mengakibatkan penuaan kulit dan menjejaskan kualiti tidur.
💕 Mengandungi Ekstrak Daun Pegaga & Centella Asiatica (Herba Daun Pegaga) yang mempunyai penyembuhan, anti-jerawat, anti-kedut dan merangsang kolagen.

Cara Penggunaan

www.liahasty.com

Pusing botol secara lawan arah jam, keluarkan jumlah yang dikehendaki pasa span, dab perlahan-lahan span secara lembut ke bahagian wajah dan leher.

Bahan dan Kandungan
Aqua, Cyclopentasiloxane, Titanium Dioksida, Dimethicone / Vinyl dimethicone Crosspolymer, Propylene Glycol, Dimethicone, Talc, Triglyceride Capric / Capric / Capric, Dimethicone, Dipentaerythrityl Tri-Polyhydroxystearate, Polyglyceryl-4-isostearate, Cetyl PEG / PPG-10 / , Heterite Disteardimonium, Squalane (Zaitun), Gliserin, Isononyl Isononanoate, Asam Stearic, Oksida Besi, Hidroksida Alumina, Tocopheryl Asetat (Vitamin E), Poligliseril-2 Dipolyhydroxystearate, Ekstrak Centella Asiatica (Gotu Kola), Caesalpinia Spinosa , Helianthus Annuus (Sunflower) Sprout Extract Polyglyceryl-3 Diisostearate, Alumina, Phenoxyethanol, Palmitate Ascorbyl (Vitamin C), Fragrance, Natrium Benzoate, Ethyhexylglycerin.

Kelebihan produk

www.liahasty.com
👉 Sweat resistant (Perlindungan Peluh)
👉 Dengan attached cushion, Mudah digunakan
👉 Warna Natural - Sesuai untuk Kulit Asia
👉 SPF 35 ++ Perlindungan matahari melindungi daripada sinaran UVA / UVB
👉 Blue Light (dari skrin digital telefon pintar, komputer, TV, lampu LED) Perlindungan
👉 Mengandungi Ekstrak Daun Ekstrak Centella Asiatica yang melegakan kulit dan memodulasi penyembuhan jerawat

Warna: Natural

Berat: 15 ml / 0.5 fl oz

Harga: RM69.90

Dimana anda bolah dapatkan produk ini❓

Anda boleh beli di Shoppe, Lazada & pengedar produk ini


Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:

Laman web : https://www.imhannah.life/

#imhannaflife

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community