Salam dan Hai semua,
Siapa di sini peminat ayam goreng? Lia memang peminat ayam goreng boleh dikatakan setiap kali makan memang akan pilih ayam. Lia suka ayam goreng yang garing, rangup dan juicy. Kadang-kadang Lia suka sangat meratah ayam goreng begitu sahaja.
Taiwan's Fried Chicken Master - Halal Fried Chicken
Fried Chicken Master in Malaysia
Crispy & Tasty
Fried Chicken Master merupakan restoran ayam goreng halal Taiwan terkemuka kini dibuka di Malaysia. Untuk pengetahuan anda semua, cawangan Fried Chicken Master di Jalan Hutton, Pulau Pinang merupakan cawangan pertama di Malaysia. Ayam dipotong dan diperap dengan dengan professional hingga ke dalam kulit dan daging. Anda tak perlu pergi ke Taiwan untuk mencuba menu ayam goreng.
Fried Chicken Master berstatus HALAL حلالا. telah diperakukan dan mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM. Anda juga boleh semak di laman web Halal Malaysia Directory. Untuk yang beragama Muslim, tidak perlu khuatir atau was-was untuk makan di sini. Pekerja di sini juga kebanyakkan orang Melayu.
Lokasi Restoran Fried Chicken Master
Fried Chicken Master beralamat di 225, Jalan Hutton, 10050 George Town, Pulau Pinang. Lokasinya di bahagian corner betul-betul sangat strategik bersebelahan dengan restoran minuman air Xing Fu Tang. Anda akan nampak bangunan warna putih heritage & lama yang dibangunkan semula. Untuk yang memandu kereta boleh parking berkupon di kotak kuning yang disediakan ataupun parking di dalam kawasan New World Park.
Mengenai Restoran Fried Chicken Master
Rangkaian Ayam Goreng Halal Taiwan
Fried Chicken Master adalah jenama yang dicipta oleh Presiden Super Qin Group Encik Cho Yuan Yu. Dengan lebih daripada 40 tahun pengalaman penternakan ayam, penggunaan hanya bahagian yang paling lembut, ayam yang digunakan bersama dengan bahan perapan untuk menyediakan ayam goreng Taiwan yang menyentuh rasa. Maskot jenama ini Chef singa yang meriah, yang "comel".
Dekorasi Fried Chicken Master
Pintu masuk anda akan nampak Signage dan juga bangunan putih dengan tingkap lama yang heritage.
Fried Chicken Master ini sederhana dan boleh menampung hanya sebilangan pelanggan dalam satu masa. Tetapi pelanggan yang membeli makanan di Fried Chicken Master boleh duduk di kawasan Xing Fu Tang. Kedua-dua restoran ini mempunyai laluan di bahagian tengah. Pelanggan juga boleh memesan minuman di Xing Fu Tang.
Dekorasi restoran ini pun sangat simple, cozy, selesa dan bersih. Susunan meja dan kerusi juga teratur dan kemas. Kombinasi warna hitam, kuning & putih pada dinding dan perabot pun cantik dan kemas dipadankan. Memang sesuai untuk bawa seisi keluarga dan datang bersama kawan-kawan.
Anda perlu membuat tempahan makanan dan bayar dahulu sebelum makan. Menu ayam yang ditempah akan dibuat selepas tempahan pelanggan. Pelanggan akan dapat makan menu ayam panas-panas dan fresh. Setiap menu mengambil masa tersendiri untuk disediakan.
Di kaunter terpampang menu makanan beserta harga dan juga logo Halal.
Sajian dan Menu Fried Chicken Master
Kalau dah nama pun ayam goreng mesti semua menu di sini berasaskan ayam. Di sini banyak hidangan ayam goreng dengan masakan yang berlainan. Antara menu yang ada seperti Jimbo Bites, Rice Bento, Burger, Chicken Steak, Group Meal, Recommended Snack, Side Order & Minuman.
Kalau anda yang masih tak tahu nak makan menu apa di , jom tengok apa menu yang Lia recommended untuk anda. Jom scroll sampai bawah.
Jimbo Bites
📌 Taiwan Salt & Pepper @ RM 10.50
Menu Recommended👍
📌 Salted Egg @ RM 11.50
Menu Recommended👍
Menu ayam goreng dengan salutan salted egg dan bahan-bahan yang lain. Sumpah memang sedap sangat!
Rice Bento
📌 Jimbo Bento Spicy Szechuan @ RM 13.50
Menu Recommended👍
Kalau anda nak makan nasi bersama ayam goreng, jeruk timun & bersama sambal hitam yang sedap & rasa masin sedikit. Walaupun menu agak spicy tetapi apabila makan hanya rasa pedas di mulut, bila lama menguyah akan rasa hilang pedas & rasa sedap ayam.
Chicken Steak
📌 Fried Chicken Breast @ RM 9.90
Menu Recommended👍
📌 Fried Chicken Thigh @ RM 9.90
Menu Recommended👍
1 Menu pilihan ramai untuk siapa yang suka bahagian 'Breast' & Thigh ayam. Memang betul kena dengan tema crispy, tender & juicy. Sangat rangup dan isi putih di dalam bila digigit rasa bahan perapan.
Group Meal
📌Crispy Chicken, 8 pc Half Chicken @ RM 25.90
Menu Recommended👍
Menu ayam goreng yang sangat rangup dicicah bersama Sos Cili Thai & jeruk lemon. Ayam ini dimakan bergitu sahaja pun sedap. Kalau cicah dengan Sos Chili Thai lagi bertambah sedap.
Set ini boleh juga ambil Full Chicken untuk 116 pc dengan harga @ RM 49.90
Recommended Snack
📌 Fried Chicken Drumstick @ RM 5.90
Menu Recommended👍
📌 Fried Chicken Wing @ RM 4.90
Side Order
📌 Golden Fries @ RM 4.50
Menu Recommended👍
📌 Emoji Fries @ RM 5.90
📌 Potato Cheese Ball @ RM 8.90
Menu Recommended👍
Siapa yang sukakan cheese seperti Lia boleh cuba menu ini. Bila gigit terus rasa cheese yang sedap.
📌 Onion Rings @ RM 5.00
Drinks (Minuman)
📌 Kumquat & Lemon @ RM 5.00
Drink Recommended👍
Lagi satu minuman recommended ialah Wintermelon Tea.
MAKE IT A MEAL
TO ANY ALA CARTE ORDER
+ Wintermelon Tea
+ Golden Fries
Add RM 5.00
Pengunjung yang datang ke sini boleh menempah makanan ala carte ataupun anda hanya perlu tambah RM5.00 sahaja untuk set minuman Wintermelon Tea & Golden Fries untuk mana-mana menu. Berbaloi bukan ❓ Memang menjimatkan.
Ini senarai menu makanan dan minuman beserta harga.
Setiap makanan yang dipesan akan dibungkus didalam bekas makanan & kertas makanan berlogokan Fried Chicken Master.
Kalau makan tak habis boleh tapau (bungkus) makan di rumah. Pelanggan boleh dine in di sini atau take away.
Lia dah cuba makan ayam goreng rangup di Fried Chicken Master . Anda bila lagi nak cuba❓
Fried Chicken Master
Alamat : 225, Jalan Hutton, 10050 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi :
Setiap Hari Isnin hingga Ahad dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam
Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman web dan media sosial :
Laman web : https://friedchickenmaster.my/
20 Comments
nampak semuanya sedap..yang penting harga mampu bayar..hehe
ReplyDeleteOmg! Suka ayam. Ty nak balik Penang hujung bulan ni nanti , bolehlah bawa family pi try makan kat sini. Comel je bekas air nya. Kena try ni x takde la bila org luar tanya apa best kat Penang , Ty tak tahu hahaa
ReplyDeleteSmuanya nampk sedap nak2 lgi ayam goreng rangup tue..boleh la ltak dlm listing nd untuk jalan2 cari mkan kt pneng nnt..thanks lia for sharing
ReplyDeletemacam-macam jenis menu ayam. siapa penggemar ayam, elok try makan di kedai ni. packaging pun menarik.rice bento tu cute. sayang lak nak makan.haha
ReplyDeleteTiber2 terasa lapar balik tengok fried chicken master ni. Yang penting halal
ReplyDeleteAlaaa..asal ada benda baru jer kat Penang, asal restoran baru je takde kat KL...jauhnya akak nak pi testing...Lya pliss bawak akak...hahahaha...nampak sedap la menu dia semua..takpe akak tgh dalam pantang lagi..nanti dah lepas 30hb akak nak makan puas2
ReplyDeletewah ala-ala k-fry korean ni, semua benda best2 ada kat Penang. adoi kena buatlah trip pegi penang pasni semata-mata nak makan
ReplyDeleteWahhh ayammm! Feveret ni. Nampak sedap je semua tu. Harga pun terbaiklah. Kalau ke Penang nanti nak cuba jugalah ayam goreng ni heeee
ReplyDeleteFavourite sangat ni sebab ada ayam! Memang hantu ayam hehe.. Bagus kedai macam ni dah ada sijil Halal. Tak la kita ragu-ragu nak try. Makanan pun semua nampak sedap. Sesekali try ayam versi Taiwan pulak kan.. Thanks for sharing!
ReplyDeleteWah. Selaku peminat fanatik ayam, rasanya this restaurant must try . Tengok menu dia lain mcm mengancam. Full house je tengok ramai orang makan . Nanti dtg penang kena try
ReplyDeleteAyammmmmm. Aaaaa nak nangis tengok menu dia semua. Akan ke pulau pinang tgh bulan ni, harap sempat pergi fried chicken master. Sedapnya. Design kedai pun cantik. Baik luar mahupun dalam
ReplyDeleteperghh baqhang, saya sukaa sangat makan ayam, sedap diaa tu memang menjilat jari laa, nanti smpai penang confirm cuba ayam ni, thank youu for the info
ReplyDeleteWah nampak sedap semua menu fried chixken master ni lia. Kalau datang jalan jalan kat penang annti bolehlah try makan kat sini pulak. Tengok menu ayam pun nampak sedap dah
ReplyDeletepenang ! time visit hari tu tak tahu tntang restoren ni. banyak dah juga tempat makan yang menarik. boleh revisit tahun depan.
ReplyDeleteWow!!! Yummylicious overloaded gitu... tengok menunya pun dah menggamit-gamit saya untuk pergi ni... dah la Penang ni tempat favourite saya... adoiiii, kena pergi ni... it seemed that menu masakan ayam ni telah berevolusi dan ada sentuhan cuisine lain yang berbeza... okay, terus masukkan dalam wishlist... hehehehe...
ReplyDeleteAlahai sedapnya menu menu dekat Fried Chicken Master ni. Terliur kita tengok. Nanti kalau ke penang wajib singgah cuba ni.
ReplyDeleteBoleh pegi nnti kalau saya balik kampung. Nampak sedapnya ayam tu. Bangunan juga nampak cantik and ala2 british haha. Thanks share ya
ReplyDeleteAlahai terliurnya sis. tengok menu2 dia pon semua menggoda. kalau ke penang nanti boleh la cari dan cuba. teringin pulak tekak ni.
ReplyDeleteThis is on the top of my list when I visit Penang next month, the fried chicken looks so crispy bet it was really flavourful too.
ReplyDeleteBangunan ni 10 tahun dulu KFC kt sini...tp sekrang dh ganti dengan ayam goreng sedap ni pula...bila ke penang nanti boleh juga p singgah tempat nostalgia ni...bila dh xtau nk makan apa, bangunan ni laa disinggahnya...
ReplyDelete