Salam dan Hai semua,
Pada 17 Ogos yang lepas, Lia sempat join bengkel Butterfly Health & Wellness di Tingkat 8, The Spa & Gym, hotel Hilton Kuala Lumpur. Terima kasih Mamasan Tammy memberi peluang kepada Lia pada saat akhir ini untuk menyertai bengkel ini. Memang kebetulan Lia berada di KL pada waktu itu. Acara bengkel ini bermula pada 2 petang dan mengambil masa lebih kurang 4 jam.
Photo Credit to Eros Si (http://www.fishmeatdie.com) |
Lia memilih memakai dress simple berwarna seakan-akan Olive Green bersama kasut sport. Kami diberikan tema pakaian iaitu Light, Airy, Comfortable (neutral colors) maklumlah aktiviti kami banyal berada di luar, The Boardwalk (outdoor open-air event space) dan terdedah dengan matahari, so agak panas & berpeluh sedikit. Rasa happy pun ada sebab dapat jumpa dengan kawan-kawan butterflies blogger yang lama dan juga dapat kenal kawan baru. Ada yang selalu tegur & komen di facebook kali ini dapat jumpa face to face.
Lia memang minat dengan bengkel Butterfly Health & Wellness ini dan rasa sangat bertuah dapat sertai. Apa yang buat Lia tertarik dengan bengkel oil blending & beauty mask sebab boleh DIY sendiri. Bengkel ini juga agak santai bersama butterflies yang lain dan sama-sama kami meneroka dan belajar penjagaan diri setiap hari untuk minda dan badan. Kemudian ada terapi minda self care pula tu. Maklumlah kerja seharian ditambah pula dengan masalah yang lain dan nak siapkan task blog, mestilah penat dari segi fizikal dan mental. Kalau fizikal memang perlu dititikberatkan apatah lagi dengan mental jangan diabaikan.
Photo Credit to Eros Si (http://www.fishmeatdie.com) |
.Untuk Butterfly Health & Wellness, ada 3 sesi The Mind, Body & Spirit untuk blogger sertai :
Sesi 1: Aromatherapy Oil-blending Workshop by Dashindra Siva Plant Origins
Sesi 2 Self-Care Session by Minnie Chang Minc.Care
Sesi 3: Vegan Beauty Mask Workshop by Bavani Gopala Krishnan Naturally Handmade
Kami perlu register terlebih dahulu nama masing-masing & diberikan penerangan mengenai acara Butterfly Health & Wellness dan juga lokasi kali ini.
Photo Credit to Eros Si (http://www.fishmeatdie.com) |
Photo Credit to Eros Si (http://www.fishmeatdie.com) |
Sebelum acara bermula, kami semua sempat ada sesi senaman ringan terlebih dahulu.
Photo Credit to Eros Si (http://www.fishmeatdie.com) |
Then kami ada simple games untuk dengar arahan dengan teliti dan ambil kon dengan cepat ialah pemenang.
Sebelum ke sesi Butterfly Health & Wellness, kami dipecahkan kepada 3 kumpulan untuk tentukan sesi mana yang kami mulakan dulu.
Aromatherapy Oil-blending Workshop by Dashindra Siva Plant Origins
Sesi pertama Lia mulakan dengan bengkel Aromatherapy Oil-blending dari Dashindra Siva(yang juga seorang blogger), dari jenama Plant Origins @ Signature Market. Kami juga diberi penerangan & pendedahan mengenai produk aromatherapy oil dan kegunaan dari Dash. Sebelum itu kami sempat bau aromatherapy oil satu persatu yang disediakan di atas meja.
Signature Market adalah one-stop online marketplace yang menjual snek organik yang sihat. Di bawah Signature Market terdapat banyak jenama & salah satunya Plant Origins yang lebih kepada 'Aromatherapy & Essential Oil'.
Bengkel yang paling Lia minati sebab boleh mengenali pelbagai jenis aromatherapy oil & boleh DIY sendiri campuran untuk pelbagai kegunaan. Kami juga diberi peluang untuk memilih campuran mengikut resepi 'Plant Origins Essential Oil Blends' antaranya seperti Fresh Start, Uplifting, Good Night Sleep, Citrus Romance, Running Nose & Floral Blossom ataupun boleh DIY sendiri mengikut kesukaan.
Setiap blogger disedikan satu botol kecil 'roll-on', carrier oil dan pilih mana-mana essential oil untuk dicampurkan sekali. Lia memilih 'Fresh Start' sebab Lia sukakan bay yang segar dan nyaman dimana memerlukan 6 drop setiap essential oil jenama Lavender, Lemon & Peppermint. Dah siap boleh je terus bau dan roll terus ke pergelangan tangan atau di belakang telinga dan leher. Korang juga boleh masukkan aromatherapy essential oil di dalam 'air infuser' di rumah untuk bau yang menenangkan setiap kali balik rumah.
Signature Market juga selalu buat sale dengan potongan harga menarik. Kalau korang berminat dengan essential oil macam Lia buat. Ada juga sale untuk produk-produk lain.
Aromatherapy Oil-blending Workshop by Dashindra Siva Plant Origins
Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman web dan media sosial :
♥ Laman Web : https://www.signaturemarket.co/my/marketplace/
♥ Facebook : https://www.facebook.com/signaturemarket/
♥ Instagram : https://www.instagram.com/signaturemarket/
Self-Care Session by Minnie Chang Minc.Care
Sesi seterusnya ialah sesi Self-Care dari Minc.Care bersama pengasasnya Minnie Chang . Lia pun pada mulanya tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan sesi Self-Care. Adakah sesi kaunseling one by one tetapi rupanya seperti satu ruangan untuk kita luah dan berkongsi perasaan dalam masa yang sama dapat khidmat bimbingan.
Minc.Care menyediakan ruang yang selamat untuk membantu individu bangun membakar diri untuk lebih bersemangat. juga akan beri informasi untuk mengawal kesejahteraan emosi dan khidmat bimbingan.
Blogger duduk di atas yoga mart dalam keadaan cool dan tenang mengelilingi Minnie Chang. Dalam suasana muzik syahdu kami diminta pejamkan mata dan rehatkan minda. Sebelum itu kami memperkenalkan diri setiap sorang & diikuti dengan ayat I am ........ ❓Rata-rata menyatakan mereka seorang yang positif, friendly, nice dan banyak lagi. Kami diminta tulis di atas satu kertas apakah perasaan kami & apakah yang kami struggle buat masa sekarang.
Ada satu part dimana siapa yang nak luahkan something apa-apa sahaja kesusahan atau berkongsi apa sahaja masalah sesama kami. Part ini Lia rasa macam sedih sebab kita ingat kita seorang sahaja berada dalam kesusahan, anyway ramai yang struggle dalam life tetapi luaran nampak semua orang happy. Di antara kami ramai yang bekerjaya fulltime & juga meminati blogging sebagai part time. Hanya part time blogger sahaja yang faham di mana kita busy dengan kerja, komitmen dan life sebagai seorang anak, isteri dan ibu. Di sini Lia dapat rasa aku tak berseorangan & rupanya ramai yang senasib walaupun kami datang lifestyle yang berbeza.
Setiap seorang akan dapat goodies bag yang berisi pen biru dengan raksasa comel, kertas nota, kertas 'Self-care Habit Tracker', kertas 'Self-Love Journal Prompts, Voucher 10% off. mini envelope, name card & beberapa sticker comel.
Sebelum berakhirnya sesi Self-care ini, kami diminta tulis nota untuk diri sendiri. Time ni bertambah semangat sebab dapat tulis lepas mood luahan perasaan. Tulis kata semangat, simpan & baca balik bila kita down. Lepas sesi ini, Lia rasa lebih bersyukur dengan apa yang ada & bersemangat untuk teruskan hidup dengan segala dugaan yang datang 😉
Self-Care Session by Minnie Chang Minc.Care
Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman web & media sosial:
♥ Laman Web : https://www.minccare.com/
♥ Facebook : https://www.facebook.com/minc.care/
♥ Instagram : https://www.instagram.com/minc.care/
Vegan Beauty Mask Workshop by Bavani Gopala Krishnan, Naturally Handmade
Sesi yang terakhir pula ialah bengkel Vegan Beauty Mask dari Bavani Gopala Krishnan untuk produk jenama Naturally Handmade.
Bahan dalam produk meticulously handcrafted dari 100% Bahan Semulajadi.Vegan. No Harsh Chemicals. Recyclable Packaging. No Cruelty.
Sebelum memulakan sesi DIY my own clay mask, Ms Bavani Gopala Krishnan menerangkan dahulu produk mereka & cara membuat mengikut ramuan. Sebelum memilih jenis mask yang nak DIY, kena tahu dahulu apa masalah kulit. Kalau salah ramuan tak sesuai pula dengan kulit wajah,
Barang-barang seperti sudu penyukat dan wooden stick untuk DIY dah siap disediakan di atas meja.
Untuk setiap ramuan perlu dicampurkan Clay for Face (tanah liat) bersama Superfood for Skin dan digaul bersama. Terdapaat 5 jenis tanah liat untuk wajah yang disediakan, antaranya : Red clay, Green clay, Pink clay, Bentonite Clay & Rhassoul Clay. Manakala serbuk superfood pula terdiri daripada : Mango powder, Pomegranate powder, Lavender powder, Mint powder, Calendula powder, Aloe Vera powder & Tangerine powder.
Lia memang suka sangat dengan mask tak kisahlah sheetmask ataupun mask jenis cecair. First time juga Lia berkesempatan DIY mask sendiri mengikut citarasa dan jenis kulit wajah.
Disebabkan kulit wajah Lia jenis oily skin, pada masa yang sama sangat sensitif dan nak buang black head. So Lia pilih 1 tanah liat dan 2 serbuk superfood dengan bancuhan 1 sudu pink clay + 1/2 sudu mango powder + 1/2 sudu calendula powder. Dikacau rata, sebati dan tutup rapat di dalam bekas kecil. Di rumah Lia boleh mix kan campuran serbuk mask dengan air, coconut oil, olive oil, yogurt, ataupun honey untuk disapukan di wajah.
Lia juga membawa pulang serbuk DIY Mask, Refreshing Spa Salt, Aloe Vera Salve, buku Nota & mini bag.
Vegan Beauty Mask Workshop by Bavani Gopala Krishnan, Naturally Handmade
Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman web & media sosial:
♥ Laman Web : https://www.naturallyhm.com/
♥ Facebook : https://www.facebook.com/naturallyhm
♥ Instagram : https://www.instagram.com/naturallyhm/
Kami juga disediakan Light Refreshments iaitu infused water & fruits. Sempat lah berjamah sedikit sementara meneruskan bengkel yang lain.
Kami juga di bawa melawat Spa & Gym oleh beberapa kakitangan di sini. Selepas bengkel, blogger juga boleh meneroka & menikmati kemudahan spa & gim termasuk kolam renang sehingga malam. Of course lah kami bawa ekstra pakaian untuk kegunaan gym, & kolam. Mamasan Tammy dah pesan awal suruh bawa.
Kemudahan yang ada di The Spa & Gym Hilton Kuala Lumpur
The Spa & Gym terletak di Tingkat 8 Hilton Kuala Lumpur.
Swimming Pool
Untuk yang gym members, anda boleh juga mandi di outdoor swimming pool.
Gym
Gym yang sangat besar & ada banyak gym equipment dalam ini seperti treadmills, elliptical machines, spinning bikes, rowing machines, dan cardio machines yang lain.
Changing Room
Changing Room yang sangat bersih & kemas dengan kemudahan locker, private changing room, hairdryer, syampoo, body soap, lotion & water dispenser.
Jacuzzi
Selain swimming pool di luar, boleh juga menggunakan jacuzzi & steam room.
Spa & Massage
Selepas penat workout, boleh mencuba spa & massage di sini dengan pelbagai jenis pilihan dan harga.
Selepas selesai bengkel kali ini, Lia bersama blogger Syafiera Yamin & Azwar Syuhada kami sempat mencuba kemudahan gym yang ada di sini. Kami blogger juga sempat mencuba diberi peluang untuk mencuba sempena Butterfly Health & Wellness beberapa kemudahan yang diberikan seperti : gym (treadmill), outdoor free-form swimming pool, indoor jacuzzi, steam room, shower, bathroom, changing rooms, lockers & vanity table.
Lia rasa sangat berpuas hati dengan kemudahan yang ada di sini, lagi-lagi gym dengan pelbagai euipment lengkap dan terjaga. Korang dah tengok sendiri semua kemudahan yang ada di sini, Lia nak ajak korang juga boleh sertai Gym Membership hanya RM180.00 net per person. Untuk pembaca blog Lia, korang hanya perlu masukkan kod promo BUTTERFLY untuk dapatkan harga promosi ini. Memang berbaloi hotel tengah town KL dengan harga macam ini.
Terima kasih tidak terhingga kepada Mamasan Tammy dan The Butterfly Project kerana saat akhir memberikan peluang tidak terhingga untuk Lia bersama butterflies yang lain. Terima kasih juga The Spa & Gym, Hilton Kuala Lumpur yang menaja lokasi bengkel hampir setengah hari kami di sini. Balik pun dengan hati happy dan jumpa kawan-kawan bila dapat join bengkel yang santai & fun. Dapat pelajari banyak benda selain kecantikan dan juga cara untuk penjagaan diri.
Hilton Kuala Lumpur
Alamat : 3, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Laman web : https://www.life.hiltonkl.com/
Facebook : https://www.facebook.com/hiltonkl/
The Butterfly Project
Laman web: http://www.butterflyproject.my/
Facebook: The Butterfly Project
Instagram: @butterflyproject.my
#butterflyhwWorkshop #MincCare #PlantOrigins #NaturallyHM #ButterflyMsia #TheSpaandGymHiltonKL
17 Comments
Wah..Lia all the way from Penang erk..Hilton ni dekat jer ngan opis akak..best betul aktiviti macam ni...rugi akak tak join hari tu...
ReplyDeletewahhh best nya dapat session macam niii... sekali sekala dapat relaxing getaway macam ni syok juga kan. and i loveee making my own mask, because i'm a sucker for masker LOL.
ReplyDeletewahh bestnya bila ada program ramai-ramai macam ni. nampak banyak juga familiar faces tu! And apa yang best bila masing-masing boleh memberikan motivasi antara satu sama lain. Barulah bersemangat untuk ke arah gaya hidup yang lebih sihat kan!
ReplyDeleteWow, you guys have all the fun in this spa & gym session with Hilton. Workouting on a regualr basis is the way to good health & be fit for life. Love those pampering too!
ReplyDeleteSeronoknya join aktiviti macam ni. Banyak ilmu boleh dapat. Suka betul part DIY mask tu. Kalau dapat buat kat rumah, best ni hehehe
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Sangat aktif ya butterfly project ni. Beruntung semua beauty blogger di bawah mereka. banyak benda boleh dapat dan belajar dari bengkel2 diorang.
ReplyDeleteseronoknya program macam ni. mengeratkan hubungan dengan blogger dan juga dapat buat perkara baru disamping dapat tips menjaga kesihatan.
ReplyDeleteMemang best kan kalau dapat join health workshop sebegini. Pastu dapat buat mask sendiri dan sekaligus memanjakan diri - memang my kind of 'me time'!
ReplyDeleteok ni, tak mahal sgt la pakej dia
ReplyDeleteWahh. Seronok masing3 dekat sana ye. Byk aktiviti yg best je tengok mcm kena bancuh aroma tu. Mesti byk belajar dari kelas ni. Senang nanti boleh buat sendiri dkt rumah
ReplyDeleteBestnye lia dapat pegi workshop camni. Mesti rasa relax dan dan lebih bersemangat kan. Seronok dapat diy mask tu. Mesti banyak perkara lia dapat belajar dlm sesi.
ReplyDeletewah!!! bestnya aktiviti yang korang get involved ni... di samping dapat beriadah, dapat juga merehatkan minda gitu... siap ada DIY mask juga pelbagai workshop ya... best best... lain kali nak joinnnnnn...
ReplyDeleteSeronoknya ativiti2 yg ada. Nampak sanngatt interaktif dan bermanfaat. Btw cantiknya gym kt situ. Nk kena cubalah nnti. Thanks share ya
ReplyDeleteBestnya jadi ahli butterfly hehehe banyak tengok ada program khas untuk perempuan yang aktif dan sihat sekarang ni hehehe nak buat kelab khas untuk lelaki pulak lah firefly wakakakakaka.. good luck....
ReplyDeleteSeronoknya tengok event butterfly ni..tak sempat nak join lagi..teringin nak join..hope one day dapat la join..hehehee..
ReplyDeleteBestnya bila dapat belajar dan mengetahui lebih lanjut ttg aromatherapy. Dan juga ttg mask dan lain2. Aktif la butterfly project
ReplyDeleteBestnya lia join event macam ni. Emi dah agak jarang join event kebelakangan ni. Lia nampak aktif betul dalam komuniti butterfly project kan sekarang, hehe
ReplyDelete