Jom Nikmati Dim Sum Halal di Canning Dim Sum Express @ Bayan Lepas, Pulau Pinang

September 06, 2019

Salam dan Hai semua, 

www.liahasty.com

Siapa di sini suka makan & menggemari makanan Cina? Lia salah seorang favorite makanan Cina tetapi agak susah nak cari yang Halal. Salah satu makanan Cina favorite Lia ialah Dim Sum. Kalau makan Dim Sum ni kan memang boleh makan banyak berbakul-bakul dan tambah berkali-kali. 

Apa itu Dim Sum?

Dim Sum berasal dari perkataan Tim Sam yang membawa maksud Tim(dot) dan Sam(heart) ataupun bermaksud "MENYENTUH HATI". Lebih sweet lagi dalam English "TOUCH THE HEART" gitu.

Dim Sum merupakan sejenis masakan Cina, hidangan ringan yang dihidangkan bersama teh Cina. Ia juga dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina dan di kedai makan dim sum khas di mana hidangan lazim disediakan sepanjang hari.

 Hidangan disediakan dalam bahagian kecil dan termasuk daging, makanan laut, dan sayur-sayuran, dan juga pencuci mulut dan buah-buahan. Hidangan ini biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Sesetengah keluarga Cina suka berkumpul untuk hidangan dim sum pada perayaan khas seperti Hari Ibu atau Tahun Baru Cina.

So korang dah tahu kan apa maksud Dim Sum bukan. Bagus kalau dah tahu sebab Lia nak ajak korang semua makan Dim Sum Halal dekat sangat dengan rumah Lia. Restoran yang Lia maksudkan Canning Dim Sum Express @ Bayan Lepas di D Piazza Mall, Bayan Baru.

Lokasi Canning Dim Sum Express @ Bayan Lepas

www.liahasty.com

Canning Dim Sum Express @ Bayan Lepas beralamat di 70-1-60, D Piazza Mall, Bandar Bayan Baru, 11900 Pulau Pinang. Kalau anda berada di kawasan Bayan Baru, berdekatan dengan Setia SPICE Arena, anda akan dapat lihat bangunan D Piazza Mall. Restoran di dalam kawasan D Piazza Mall, anda perlu masuk ambil tiket parkir dahulu sebelum masuk ke dalam kawasan. Jangan risau mengenai parkir kereta di mana bangunan ini menyediakan parkir berbayar dengan jumlah parkir yang mencukupi.

Mengenai Canning Dimsum Express @ Bayan Lepas 

Canning Dim Sum adalah sebuah fusion dim sum yang menawarkan dan menyedia 60 pilihan Dim Sum asli. Nama sudah cukup terkenal di Ipoh, Perak. Kini mereka membawa jenama ini ke Pulau Pinang untuk rakyat Pulau Mutiara ini merasakan sendiri kenikmatan Dim Sum asli.

Cawangan Canning Dim Sum Express @ Bayan Lepas di D Piazza Mall, Bandar Bayan Baru, Pulau Pinang beroperasi hampir 2 bulan. Mereka juga mempunyai tetamu sendiri yang datang bersama kawan atau pun family yang suka kan Dim Sum ini.

www.liahasty.com

www.liahasty.com

Sebelum itu untuk yang beragama Muslim, jangan khuatir untuk menikmati makan di Canning Dim Sum Express @ Bayan Lepas kerana di sini semua Dim Sum yang disediakan berstatus HALAL حلالا. telah diperakukan dan mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM; No Rujukan : JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/2 182-03/2019. Jangan risau mengenai bahan mentah dan segala bahan yang digunakan adalah selamat dan Halal.

Dekorasi Canning Dim Sum Express @ Bayan Lepas

www.liahasty.com

www.liahasty.com

www.liahasty.com

Restoran Canning Dim Sum Express @ Bayan Lepas ni sangat besar dan boleh menampung ramai pelanggan dalam satu masa. Dekorasi restoran ni pun sangat simple, cozy, selesa dan bersih. Susunan meja dan kerusi juga teratur dan kemas. Ada dua sudut boleh pilih duduk di bahagian atas bersebelahan dengan tempered glass atau di bahagian dalam. Kombinasi warna putih, biru & coklat pada dinding dan perabot pun cantik dan kemas dipadankan.

www.liahasty.com
Di hadapan pintu masuk Canning Dim Sum Express @ Bayan Lepas, akan terpampang banner gambar menu special yang ada di sini.

www.liahasty.com

www.liahasty.com
Ada satu sudut pintu masuk sebelah kiri, akan nampak kakitangan restoran menyediakan Dim Sum dalam bakul pengukus.

www.liahasty.com
Ruangan 'Cashier' dan juga dapur di bahagian dalam.

www.liahasty.com

www.liahasty.com

Di restoran Canning Dim Sum Express @ Bayan Lepas ini, anda boleh membuat pesanan dengan isikan borang pesanan dari menu yang disediakan. Ataupun anda terus kaunter Dim Sum sebelah kiri, pilih menu yang anda suka dan bawa ke tempat duduk anda. Kalau taktahu nak makan menu apa, boleh minta tolong kakitangan di sini untuk 'Recommended' menu yang patut anda cuba.

www.liahasty.com
Atas meja akan tersedia pinggan, mangkuk kecil untuk sos dan juga chopstick.

Sajian & Menu Canning Dim Sum Express

www.liahasty.com
Hidangan Dim Sum tak akan lengkap kalau tak ada hidangan Pau kan. Di restoran ini ada perasa pau yang tersendiri yang patut anda cuba dan merupakan Menu Must Try!

www.liahasty.com
📌Salted Egg Lava Pau (warna oren) @ RM 2.80/pc
📌Black Sesame (warna hitam) @ RM 2.80/pc
📌Lotus Paste (warna hijau) @ RM 2.80/pc
Menu Recommended👍

www.liahasty.com
📌Spicy Chicken Crab Pau (warna oren) @ RM 3.00/pc
📌Cheese Salami Pau (warna oren) @ RM 3.00/pc
📌BBQ Chicken Pau (warna putih) @ RM 2.50/pc
Menu Recommended👍

www.liahasty.com
Lia pantang dengar kalau ada makanan yang berunsurkan Salted Egg sebab memang FAV😊👌 sangat❗ Tengok isi dalam Salted Egg Lava Pau memang pekat dan terasa perasa Salted Egg tu.

Kalau boleh datang sini cuba semua Pau yang macam Lia cuba tu. Sebab semuanya sedap & kalau datang ramai-ramai anda boleh cubit sorang sikit untuk rasa. Lia suka sangat dengan 6 jenis pau yang sempat cuba & memang sedap. Pau yang patut anda cuba yang hanya ada di sini, lain dari yang lain & juga menu MUST TRY : Spicy Chicken Crab Pau & Cheese Salami Pau. Susah nak cari pau yang ada isi ketam dan juga ada rasa cheese.

Hidangan Dim Sum juga tak lengkap tanpa ada Siew Mai ataupun ada setengah ejaan memanggil Shumai atau SiuMai. Ini memang salah satu FAV😊👌  Lia juga kalau makan salah satu hidangan Dim Sum.

www.liahasty.com

www.liahasty.com
📌Har Mai
📌Wolfberry Mai
📌Teochew Mai
📌Caviar Siew Mai
📌Chicken Vege Mai
📌Sesame Sharkfin Mai
Menu Recommended👍

Selain menu Pau & Siew Mai, ada juga menu lain. Jom scroll sampai habis.

www.liahasty.com
📌Sweet & Sour Beancurd Rolls @ RM 5.50/per plate
Menu Recommended👍

www.liahasty.com
📌Cheong Fun Shrimp Roll @ RM 5.00/per plate
Menu Recommended👍

www.liahasty.com
📌Fried Radish Cake @ RM 6.50/per plate
Menu Recommended👍

www.liahasty.com
📌Smoke Duck Roll @ RM 8.40/per plate

www.liahasty.com
📌Crabstick Ball @ RM 5.50/per plate
Menu Recommended👍

www.liahasty.com
📌Crystal Shrimp Dumpling @ RM 6.50/per plate
Menu Recommended👍

www.liahasty.com
📌Butterfly Pea Dumpling @ RM 6.50/per plate
Menu Recommended👍

www.liahasty.com
📌Chicken Feet @ RM 5.50/per plate
Menu Recommended👍

Kalau anda mahukan sedikit pencuci mulut (dessert) atau manisan boleh cuba menu ini.

www.liahasty.com
📌Purple Sweet Potato Balls @ RM 5.50/per plate

Kalau makan Dim Sum tak lengkap tanpa hidangan teh cina bukan❓ Ada juga minuman lain yang disediakan tetapi Lia ingin mencuba salah satu hidangan teh cina yang direcommend kakitangan di sini.

www.liahasty.com
Hidangan teh datang dalam teko unik dan klasik bersama 2 gelas cawan kecil.

www.liahasty.com

www.liahasty.com
📌Nuo Mi Xiang

Mula-mula warna transparent lama-lama baru bertukar warna teh yang agak pekat sedikit. Kalau minum secawan kecil memang tak puas kena minum berkali-kali.Rasanya macam ada herba & sedikit kelat tetapi Lia suka. Kakitangan di sini mengatakan teh ini dapat merasa sakit dalaman memang sesuai lah masa tu Lia ada masalah selesema.

www.liahasty.com
Eh lupa nak bagitau, hidangan Dim Sum di sini boleh dimakan bersama sos yang disediakan.

Lia memang recommend sangat siapakan yang suka makan Dim Sum Halal lagi-lagi warga Pulau Pinang untuk cuba makan di restoran Canning Dim Sum Express @ Bayan Lepas ini. Harga yang sangat berpatutan dengan lokasi strategik, dalaman yang bersih dan kemas. Menu Dim Sum yang disediakan di sini sememangnya asli dan fresh dan bila makan akan rasa sendiri kualiti makanan tersebut. Rasanya bukan seperti kita beli Dim Sum frozen sejuk beku yang di beli di pasaraya. Bahan-bahan mentah yang digunakan banyak isi ayam dan juga udang.

www.liahasty.com

Lia  dah cuba makan di Canning Dim Sum Express @ Bayan Lepas, anda bila lagi❓


Canning Dim Sum Express @ Bayan Lepas

Alamat : 70-1-60, D Piazza Mall, Bandar Bayan Baru, 11900 Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 
7.30am - 3.30pm (Dibuka Setiap hari & TUTUP pada Hari Selasa)

Reservation Hotline☎ : 016-557 0507


#canningdimsum #canningdimsumbayanlepas 

You Might Also Like

22 inspiration

  1. haaiiissshhhh..menjejes ayor liur nengok dim sum he3..sedap3

    ReplyDelete
  2. Adoi adoii. Ma fav type of food.. thanks for the review

    ReplyDelete
  3. Baharu tau apa maksud Dim Sum. Peminat makanan ni mesti suka sebab bole singgah bila ke Penang. Sis pulak x berapa nak makan sangat almaklum tekak Melayu haha

    ReplyDelete
  4. Alaaaa...dia tayang dimsum plak..dah la fav akak...tak pe akak tgh tunggu last check up ni..kalau everything ok akak boleh la makan apa je fav akak semula...sedapnya dimsum.....

    ReplyDelete
  5. alahai.. dah lama tak makan dimsum.. ada macam-macam flavour pulak tu.. salted egg tu mcm rare jer...

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing ! I am a dim sum lover! But never tried halal dim sum yet! Next time will ajak my muslim friends along!

    ReplyDelete
  7. Thanks sharing Lia. next time ke Penang nak bawa family singgah sini sebab kami memang suka sangat makan Dim sum

    ReplyDelete
  8. Saya peminat Dim Sum... terliur tengok gambar-gambar dalam entry nih tau, kalau pergi Penang pasti singgah sini thank you sharing

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing lia..bnyk juga pilihan dim sum yg ada dekat sini..next trip klau nd snggah pneng, nd nk cuba la mkan dim sum dekat sni..

    ReplyDelete
  10. Dim sum memang kegemaran Rawlins. Rawlins dan rakan-rakan pernah buat dim sum hunting dari hotel ke hotel - makan dari brunch sampai malam hahaha. Kalau dekat, dah pergi ke Penang untuk try dim sum situ gak.

    ReplyDelete
  11. Kita nampak ada kids table. Banyak tak place for kids? kalau g makan mmg suka carik tempat yg kids friendly baru budk-budak ni bg mak makan dgn tenang sikit hahaha

    ReplyDelete
  12. Nyumssss... sedap juga makan dim sum kan. Senanglah ada kedai yang disahkan halal, boleh makan dengan senang hatinya ;)

    ReplyDelete
  13. Kat penang pon dah bukak ye. Dah lama tak makan dimsum

    ReplyDelete
  14. sedapnya semua dimsum tu..pernh makan dimsum yang luarnya waran hijau tu je..kene pergi kedai dimsum la macam ni

    ReplyDelete
  15. Penting mencari yang halal.bila nampak logo halal baru rasa x was-was. Btw dimsum kat sini semua nampak sedap

    ReplyDelete
  16. Kenapa banyak food sedap2 di Penang? Saya dimsum lover jugak. Have to get this try myself. hihi insyaAllah sedap2 tu, sis pun dah cuba kan

    ReplyDelete
  17. sedapnya dim sum... memang agak payah nak cari yang halal... ni dah jumpa ni memang tak boleh dilepaskan ni... hehehehehe... next round bila ke Penang lagi, akan ku singgah ke restoran ini... thankas for the info...

    ReplyDelete
  18. jarang jugak saya makan makanan cina, lepas ni kalau balik kampung tau dah nak pgi mana. hehe, nnti nak bawak family ke sini lah ;) thanks share ya

    ReplyDelete
  19. Ada tengok kat IG Lia hari tuuuu! Nampak sangat sedap even colourful pun tak rasa macam nampak artificial colouring pun. Nak singgah sana once go there for trip!

    ReplyDelete
  20. The food looks so tempting! I really love dim sum, and glad that now Malay can enjoy it now at Canning Dim sum.

    ReplyDelete
  21. hidangan dim sum semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat melayu dan nak dapatkan dim sum halal semakin mudah sebab ramai restoran emnyajikan dim sum halal. okay lepas nie boleh singgah tempat nie

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community