Kacang Phool Sedap di Nazzeera's Cafe @ Penang Science Cluster Pulau Pinang

September 20, 2019

Salam dan Hai semua, 

Siapa peminat Kacang phool di sini❓

Lia memang peminat setia salah satu makanan istimewa Johor ini. Mesti ada yang dah tau & ada yang belum tahu apa menu Kacang phool

Kacang phool adalah kuah yang mengandungi kacang parang, daging kisar, bawang potong, cili potong, telur goyang mata kerbau di atasnya yang dimakan bersama roti bakar tebal yang lembut. Lagi selera perah skit limau nipis. Menu ini berasal dari Arab dengan perkataan Arab "Fhoul" iaitu Kacang Parang. Ia telah disesuaikan dengan citarasa masyarakat Malaysia disini.

www.liahasty.com

Kalau Lia pergi Johor mesti akan singgah makan Kacang phool di sana. Tetapi maklumlah Pulau Pinang di Utara dan Johor di Selatan, bukan selalu dapat pergi ke sana kan. Sekarang kalau Lia teringin sangat nak makan, Lia tak payah pergi sampai Johor dan sebab kat Penang pun dah ada kacang phool sedap.

Mengenai Nazzeera's Cafe @ Penang Science Cluster

A MUST TRY KACANG PHOOL PENANG.

Kalau mengidam nak makan kacang phool Lia akan pergi makan di Nazzeera's Cafe @ Penang Science Cluster. Sebelum ini Lia makan di cawangan pertama Nazzeeras' Roti Bakar Kacang Phool Penang di foodcourt di Tanjung Tokong. Manakala di Penang Science Cluster merupakan cawangan kedua. Menu yang jadi signature disini semestinya Kacang phool. Tetapi bukan sahaja ada kacang phool tetapi ada menu yang lain dan sedap.

Kat Penang pun dah ada makanan Johor kacang phool, so tak payah pergi jauh-jauh. Rasa pun sedap & harga berpatutan. Dapatlah orang Utara dapat merasa makanan orang Selatan.

Lokasi Nazzeera's Cafe @ Penang Science Cluster

Nazzeera's Cafe @ Penang Science Cluster beralamat di 37, Gat Lebuh China, George Town, Malaysia 10200 Pulau Pinang. Ianya terletak di tengah-tengah laman warisan dunia Georgetown, dikelilingi oleh pengalaman pendidikan & suasana menenangkan. 

Dekorasi Nazzeera's Cafe @ Penang Science Cluster

www.liahasty.com

Ini merupakan kali kedua Lia datang ke Nazzeera's Cafe @ Penang Science Cluster. Pada mulanya Lia masuk dan terkejut seperti pusat Sains tetapi di dalamnya ada restoran. Rupanya ini restoran di dalam Penang Science Cluster merupakan satu pusat pameran & bengkel Sains. Satu konsep yang unik dan sangat menarik. Buka pintu masuk dah nampak rak dengan pelbagai barang & produk kreatif.

www.liahasty.com
Sudut sebelah kiri pintu masuk pun ada rak mempamerkan barang dan produk barangan kreatif.

www.liahasty.com

www.liahasty.com
Ada sudut santai di bahagian hadapan ada tempat duduk santai dengan susunan rak buku.

www.liahasty.com

www.liahasty.com

www.liahasty.com
Bahagian tengah Penang Sciece Cluster merupakan Nazeerra Cafe. Anda akan dapat lihat kaunter dengan  pelbagai menu makanan yang dipaparkan.

www.liahasty.com
Dekorasi kafe ini sangat simple, unik, bersih dan selesa. Memang sesuai konsepnya dan bersesuian di dalam pusat Sains. Warna yang dimainkan warna tanah seperti coklat dan putih dah nampak tempat ni eklusif & tak perlu dengan berwarna warni.

www.liahasty.com

www.liahasty.com

www.liahasty.com
Susunan meja dan kerusi tersusun rapi & tersusun. Ada juga sudut meja dan kerusi tinggi untuk pelanggan yang sukakan kelainan. Kafe ini dapat menampung jumlah pelanggan yang ramai dalam satu masa.

www.liahasty.com

www.liahasty.com
Kemudahan tandas lelaki dan wanita yang selesa dan bersih.

Penang Science Cluster

Sambil anda menjamu selera, anda juga boleh melawat Penang Science Cluster yang mempunyai beberapa pameran & bengkel Sains. Tempat ini memang sesuai untuk keluarga dan pelajar sekolah. Dimana pelajar boleh menyertai bengkel Sains yang ada sini.

www.liahasty.com
Penang Science Cluster (PSC) (dahulunya dikenali sebagai Majlis Sains Pulau Pinang) adalah inisiatif yang dipimpin oleh industri dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Ia dimulakan oleh YAB Ketua Menteri pada tahun 2009 dan secara rasmi ditubuhkan pada tahun 2012. Pusat utama mempunyai 13 000 kaki persegi kami, PSC @ Heritage, di bangunan Wisma Yeap Chor Ee di Georgetown yang dilancarkan pada 5 Disember 2015. 

www.liahasty.com

www.liahasty.com

www.liahasty.com

Penang Science Cluster (PSC) menganjurkan Pameran Sains Antarabangsa Pulau Pinang (PISF), pameran sains dan teknologi utama yang diadakan setiap tahun dengan penyertaan industri untuk mempamerkan teknologi dari industri, mendidik dan memberi inspirasi kepada pelajar. Sekitar 60,000 peserta mengambil bahagian dalam PISF kami setiap tahun.

www.liahasty.com

www.liahasty.com
Penang Science Cluster (PSC) menggalakkan dan menyokong penubuhan kafe sains di pusat-pusat penduduk dan MakerLabs di sekolah-sekolah di Pulau Pinang untuk mempromosikan pembelajaran subjek STEM dalam pendekatan yang menyeronokkan dan bersemangat dan untuk menyokong pertumbuhan pergerakan pembuat di Pulau Pinang.

www.liahasty.com

www.liahasty.com

Penang Science Cluster (PSC)
Alamat : Wisma Yeap Chor Ee, 37, China Street Ghaut,10200 Georgetown, Penang.
No. Tel : 012 - 602 3039
 Waktu Operasi : 9 pagi - 6 petang setiap hari
Email : admin@pscpen.com

Sajian dan Menu Nazzeera's Cafe @ Penang Science Cluster

www.liahasty.com
Kacang phool memang makanan utama dan pilihan pelanggan yang selalu datang makan di sini, Tetapi bukan hanya menu kacang phool yang disediakan di sini, ada banyak lagi pilihan menu yang ada di sini.

www.liahasty.com
Ada banyak pilihan menu di antaranya seperti Toast, Daily Brunch, Pasta, Mexican Special, Salad, Sandwiches, Soup, Dessert & Drinks. So anda boleh pilihan menu mengikut kategori. Kalau taktahu nak makan apa kat sana, jom tengok apa menu yang Lia makan.

TOAST
www.liahasty.com
📌 Kacang Phool Set (Beef, Garlic Cheese Toast) @ RM 7.50 - RM 13.50

www.liahasty.com
📌 Chili Deep Set @ RM 18.50 - RM 22.00

PASTA
www.liahasty.com
📌 Aglio Olio Pasta with Shrimp @ RM 16.00 - 27.00

www.liahasty.com
📌 Pesto Range Pasta with Grilled Chicken @ RM 19.00 - RM 29.00

MEXICAN SPECIAL
www.liahasty.com
📌 Huevos Racheros @ RM 21.00

SALAD
www.liahasty.com
📌 Nazzeera's Signature Salad @ RM 19.00

SANDWICHES
www.liahasty.com
📌 Cheesy Melt (Beef) @ RM 14.50 - RM 21.00

DESSERT
www.liahasty.com
📌Classic New York Cheesecake @ RM 14.90

www.liahasty.com
📌Brown Butter Banana Dessert @ RM 12.90

MINUMAN
Minuman panas dan sejuk pun ada di sini.

www.liahasty.comwww.liahasty.com
📌Teh O Longan Ais 📌Ribena Soda Float Ais

www.liahasty.com
📌Milo Float Ais 📌Ribena Longan Ais

www.liahasty.comwww.liahasty.com
📌 Smoothie Greek Yogurt Avocado 📌 Fresh Strawberry Milkshake

📌 Honey Lemon Panas

www.liahasty.com



Dah tengok semua gambar menu makanan dan minuman di sini. So macam mana menyelerakan tak ❓Kami dah cuba makan kat sini, anda bila lagi ❓

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman di bawah :

Nazzeera's Cafe @ Penang Science Cluster
Alamat : 37, Gat Lebuh China, George Town, Malaysia 10200 Pulau Pinang

Nazzeeras' Roti Bakar Kacang Phool Penang
Alamat : Kompleks Desiran Tanjung, Jalan Desiran Tanjung 3, Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong
Tanjong Tokong, Pulau Pinang, Malaysia 10470

#nazzeeracafe #nazzeerakafepenang #nazzeerarotibakar #nazeerrakacangphool #kacangphoolpenang #penangsciencecluster

You Might Also Like

11 inspiration

  1. Next Mat Drat ke penang, boleh la try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la minta Lia bawa Mat Drat ke sini next week ni

      Delete
  2. Amboi... sedap tak terkata tengok menu yang dihidangkan. Next, LeYa ke Penang nanti boleh try ke PSC ni

    ReplyDelete
  3. Wah..blh pilih la nak utara atau selatan.mesti lain feeling n rasa rasa menu tu walaupun nama sama

    ReplyDelete
  4. Wow!!!!!!! Nampak boley tahan cafe nie. Food dia nampak tasty. Especially the pesto pasta.

    ReplyDelete
  5. Menu yang dihidangkan nampak ekslusif..tengok gambar je pun dah nampak sedap. Teringin nak cuba.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya semua menu yang ada. Menarik. Kacang pool lama tak makan. Syira suka jugak. Nanti nak cari la

    ReplyDelete
  7. Cantiknya cafe dia!! Menarik jugak cafe dalam pusat sains. Cafe dekat pusat sains negara pun tak secantik ni. Makanan semua nampak sedap pulak tu.

    ReplyDelete
  8. banyak food sedap2 kat penang. ni yang nak pi ni

    ReplyDelete
  9. Kita punya fave jugak ni! Sedap kan kacang pool dia. Lagi satu ada kat Tg Tokong tp jauh sana la. Suka lepak sini semntara anak2 main.

    ReplyDelete
  10. Set.... Saved into my list. For sure wanna go there when I'm back to Penang...
    I started to miss home now... Actually is the food

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community