Menang Kereta Honda sempena Peraduan Terima Kasih 900K & Test Drive Experience

September 16, 2019

Salam dan Hai semua,

www.liahasty.com
 Kalau sebut mengenai kereta Honda ramai yang mempunyai impian untuk memiliki kereta Idaman jenama ini. Termasuklah Lia memang betul minat dengan beberapa model kereta Honda. Harap sangat satu hari impian nak memiliki kereta Honda akan tercapai. Eh korang tau tak ada banyak cara untuk miliki kereta Honda BRAND NEW dengan percuma❓❗ Kini ada 4 cara mudah dengan sertai contest untuk anda berpeluang memenangi kereta Honda.

www.liahasty.com

Menang Kereta Honda sempena Peraduan Terima Kasih 900K & Test Drive Experience

www.liahasty.com
Sebelum Lia ceritakan dengan lebih lanjut mengenai contest tersebut, Lia juga nak berkongsi pengalaman memandu 3 model kereta Honda model Civic, CRV dan HRV sempena kempen "Road to 900K Unit Milestone" pada 11 September 2019 yang lepas. Seramai 6 Penang blogger telah terpilih, Lia bersama blogger Eintan Nurfuzie, Barry Teh, Carmen, Iris dan Eiza telah diberi kepercayaan untuk pandu uji kereta Honda.

Kempen "Road to 900,000th Unit Milestone" ini sempena memperingati peristiwa penting Honda Honda mencapai 900,000 unit jualan pada suku ketiga 2019. Kempen ini juga untuk memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia terhadap sokongan kuat untuk Honda Malaysia sejak penubuhannya. Honda Malaysia juga berjaya mempelopori pasaran Malaysia dengan kereta luar dan bukan buatan Malaysia. Oleh itu, telah mengadakan contest untuk rakyat Malaysia yang bertuah untuk memenangi 9 model kereta Honda. Pemenang yang bertuah akan memenangi model seperti Jazz, City, BR-V, HR-V, City Hybrid, HR-V Hybrid, Civic, CR-V dan Accord.

 Semua blogger berkumpul di Nomad Cafe, Jalan Icon City, Bukit Mertajam dan menikmati breakfast sebelum acara bermula.

www.liahasty.com
Acara bermula dengan dengan ucapan kata aluan dari Ms. Daphne Chen merupakan Head of Brand Management. Kemudian diberi penerangan mengenai produk dari Cik Mastura dan Test Drive Briefing dari Mr Kenneth.

www.liahasty.com
Kami diberi penerangan, Car Walk Around & Versality Demonstration dari Mr Kenneth mengenai setiap model kereta iaitu Civic, CRV dan HRV. Setiap kereta menempatkan dua orang blogger dan wakil dari Honda. Setiap pasangan blogger kena memilih untuk memandu model kereta yang mana terlebih dahulu. 

www.liahasty.com
Untuk Test Drive kali ini, Lia berpasangan bersama blogger, Eintan Nurfuzie sekali lagi dan kami memilih untuk memandu Honda Civic terlebih dahulu. Blogger Eintan memandu terlebih dahulu dimana kami akan bertukar memandu kemudian.


Selepas blogger pilih kereta pertama masing-masing, kereta bergerak secara perlahan satu persatu. Kami juga diiringi dengan Lead Car di bahagian hadapan dan Sweeper di bahagian belakang. Acara Flag Off untuk Test Drive telah bermula.


Perjalanan kami ke destinasi pertama, Tealive cawangan Juru DT, Bukit Mertajam. Ini merupakan Pitstop No. 1 - "Terima Kasih 900K" Activity. Kami membeli minuman kegemaran masing-masing di Tealive. Of course of my favorite drink 'Japanese Matcha Red Bean Milk Tea'.

www.liahasty.com
Tealive juga merupakan salah satu rakan kolaborasi bersama Honda sempena kempen ini. Dengan pembelian salah satu minuman, sertai contest & berpeluang memenangi kereta Honda.

www.liahasty.com
Kemudian, kami diberikan task untuk menyusun segala barangan dan beg yang diberikan di dalam bonet kereta anda. Di sini kami dapat lihat betapa besar dan luas bonet Honda Civic iaitu 519L Cargo Space. Kami juga dapat letak minuman Tealive yang dibeli tadi di Conceal Storage Department di bahagian tengah.

Kami berhenti di salah satu hentian rehat untuk menukar pemandu. Kali ini Lia pula memandu Honda Civic.

www.liahasty.com
Kemudian, perjalanan diteruskan lagi dan kami berhenti di R&R Gurun Arah Utara untuk menukar kereta yang seterusnya. Kereta kedua kami pandu ialah Honda CRV.

Perjalanan kami ke Alor Setar diteruskan lagi dan singgah untuk lunch di kafe Kejora. Kami berehat sebentar sambil makan untuk aktiviti seterusnya.

www.liahasty.com

www.liahasty.com
Task kami seterusnya untuk menyusun barang-barang yang diberikan dan susun di bonet kereta panju uji kedua kami, Honda CRV.

www.liahasty.com
Perjalanan dari kafe Kejora ke Aman Central, Alor Setar, Kedah.

www.liahasty.com
Kemudian kami blogger diberikan peluang duduk di bahagian belakang untuk merasakan sendiri betapa luasnya tempat letak kaki Honda CRV. Kali ini kakitangan mereka yang memandu & kami di bawa ke mall Aman Central.

www.liahasty.com

www.liahasty.com
Kami sempat singgah di Aman Central sempena "Terima Kasih 900K" Roadshow. Disini tersusun kereta Honda warna putih bersama banner. Anda dapat lihat dari jauh di bahagian hadapan parkir mall.

www.liahasty.com
Kami juga diberikan penerangan oleh kakitangan roadshow bagaimana untuk sertai contest "Terima Kasih 900K"dengan layari laman web Honda.

www.liahasty.com
Pemandu bertukar & kali ini Lia pula pandu uji kereta kedua kami Honda CRV. Kami teruskan perjalanan kami Hentian Gurun Selatan untuk tukar kereta yang ketiga dan merupakan kereta terakhir kami untuk pandu uji iaitu Honda HRV. Perjalanan diteruskan ke Sungai Petani.

www.liahasty.com
Task seterusnya untuk menyusun barang-barang yang diberikan dan susun di bonet kereta panju uji kedua ketiga, Honda HRV.

Setibanya di Sungai Petani, kami singgah Pitstop 2 - "Terima Kasih 900K" Activity di salah satu cawangan Honda Authorised Dealership. Kami juga diberikan penerangan sekali lagi mengenai contest. Kami juga sempat register dan join salah satu task iaitu 'Snap a photo of a hidden car emblem'. Peluang anda lagi cerah kalau anda dapat buat kesemua task yang diberikan di dalam laman web.

Kami bertukar pemandu buat pandu uji yang terakhir, dan Lia memandu pulang selepas bertukar turn dengan Eintan Nurfuzie. Perjalanan kami diteruskan ke Bandar Cassia.

www.liahasty.com
Kami tiba di Eco Horizon, Bandar Cassia. Ecoworld merupakan salah developer terkemuka & kami singgah di salah satu gallery di Bandar Cassia. Kali ini kami sempat bergambar bersama-sama 3 buah kereta yang kami pandu uji sebentar tadi.

Kemudian kami 6 orang blogger dipecahkan kepada dua group untuk Honda SENSING Demonstration oleh Mr Kenneth. Kami dibawa menaiki Honda CRV dan diberikan penerangan mengenai button Cruise Control.

www.liahasty.com
Space Comparison di antara 3 buah kereta Civic, CRV & HRV yang dipandu uji sebentar tadi bersama 3 model kereta jenama lain.

www.liahasty.com
Task terakhir kami memindahkan barang dari bonet kereta Honda ke bonet kereta jenama lain. Kemudian baru dapat melihat sendiri perbezaan saiz bonet antara model Honda & model kereta jenama lain. Banyak barang yang dipindahkan ke bonet model kereta lain tidak muat seperti kami susun di kereta Honda. Sekarang baru tahu betapa besar dan luas bonet ketiga-tiga model CivicCRV HRV

www.liahasty.com
Kami bergambar di hadapan Ecoworld,Eco Horizon, Bandar Cassia sebelum pulang Nomad Cafe. Sebelum pulang sempat menjamu sedikit Refreshment yang disediakan.



Ini merupakan pengalaman yang Lia takkan dapat lupakan dalam hidup. Lia rasa bertuah diberikan peluang & diberikan peluang untuk pandu uji sendiri kereta Honda dan ini merupakan pengalaman Lia memandu sendiri kereta Idaman Lia.

www.liahasty.com
Walaupun perjalanan long distance dari Pulau Pinang 🠊 Alor Setar 🠊 Sungai Petani 🠊 Pulau Pinang tetapi tidak memenatkan dengan pemanduan kereta Honda. Ciri-ciri teknologi yang dimasukkan memudahkan pemanduan untuk jarak jauh. Antara ketiga-tiga kereta yang di pandu uji dan pilihan pertama Lia ialah Honda Civic, pilihan kedua Honda CRV dan pilihan ketiga Honda HRV.

Ketiga-tiga model Honda ini mempunyai ciri-ciri dan kelebihan masing-masing. Honda Civic memang kereta sedan yang  sporty & nampak eklusif. Honda SENSING di dalam CRV telah memasukkan elemen teknologi yang menarik dan memberi amaran kepada pemandu. Semasa Lia memandu Honda CRV, ada termasuk line di sebelah & automatik kereta akan vibrate dan berbunyi supaya anda memandu di dalam laluan anda. Jika anda mengikut terlalu rapat dengan kereta hadapan, anda juga diberikan amaran untuk jaga jarak kereta anda.

www.liahasty.com
Lia juga first time memandu Honda HRV dan ingin merasakan sendiri teknologi Hybrid, not bad juga. Honda CRV dan Honda HRV sesuai untuk family car ataupun seorang yang jenis aktif bersukan seperti berbasikal atau yang kaki memancing .

👉Honda CIVIC👈
www.liahasty.com
One of my dream car mestilah Honda Civic 🚘 dengan 1.5L VTEC Turbocharged. Dalam masa yang sama nampak stylo & sporty ✌

www.liahasty.com
Dengan adanya Remote Engin Start mudahkan anda start kereta dari jarak jauh. Econ Button🍃 secara automatik adjust beberapa sistem menjimatkan minyak selepas ditekan. Jenis enjin 4 Cylinder, 16 Valve, DOHC VTEC TURBO dengan 1500 CC. Ada pilihan 5 warna : Lunar Silver Metallic, White Orchid Pearl, Modern Steel Metallic, Dark Ruby Red Pearl & Crystal Black Pearl. Pemanduan memang smooth dan tak memenatkan untuk jarak jauh.

www.liahasty.com
Ada juga Smartphone Connectivity yang boleh connect terus dengan smartphone📲 sama ada Apple atau Android. So boleh layan lagu fav sambil drive 🎶 Dual Zone Air-conditioning System, Smart Device Station, Real Air Conditioning akan membuatkan pemandu dan penumpang selesa sepanjang perjalanan 🛣️

www.liahasty.com
Kalau nak isi barang banyak tak payah risau sebab bonet 519L Cargo Space. Bahagian dalam yang selesa dengan 8-way driver power seat, boleh simpan minuman🍷 anda di Concealed Storage Compartment, & Large Cabin Space untuk penumpang di belakang.

👉Honda CRV👈
www.liahasty.com
Honda CRV juga pilihan kereta idaman Lia selain Honda Civic 🚘 dengan Honda SENSING. Steering akan vibrate & alert pemandu sentiasa berada di dalam garisan jalan🛣. Jika anda berada hampir dengan kereta hadapan, kereta akan vibrate dan alert dengan 'Adaptive Cruise Control'

www.liahasty.com
Remote 'Smart Entry' untuk lock & unlock dengan smart key. Kalau ada tertinggal di dalam kereta contohnya bonet, kereta akan berbunyi & bonet automatik terbuka. 'Cruise Control' untuk mengawal & menetapkan kelajuan yang dikehendaki. Tekan 'Econ Mode'🍃 secara automatik dapat menjimatkan minyak.

Dual Zone Air-conditioning System🌬 membolehkan pemandu & penumpang di sebelah kanan set temperature yang diinginkan. Untuk penumpang di belakang akan selesa dengan 'Rear Air Conditioning' dan boleh cas di 'USB Charging Ports'

Nak layan lagu 🎶 sambil drive boleh touch terus ke ' 7" Advanced Display Audio'. Boleh juga connect terus ke smartphone📲 dengan 'Smartphone Connectivity' untuk Apple atau Android user. Untuk belok ke kiri, signal dipasang & automatik Display screen akan paparkan video dimana ada camera 📷 di bahagian side mirror kiri, dinamakan Honda LANEWATCH.

Jenis enjin 4 Cylinder, 16 Valve, DOHC VTEC TURBO dengan 1500 CC. Ada pilihan 5 warna : Obsidian Blue Pearl, Dark Olive Metallic, Modern Steel Metallic, Lunar Silver Metallic & White Orchid Pearl,

www.liahasty.com
Kalau balik kampung tak payah risau nak isi barang banyak 👜🎒🛍 sebab bonet besar & luas. Nak lagi luas lipat Magic Seat di bahagian tengah.

www.liahasty.com
Kalau anda yang berbasikal, tak perlu risau mana nak simpan basikal 🚲

👉Honda HRV👈
www.liahasty.com
Honda HRV salah satu model Honda yang terbaik 👍 Design Honda HRV juga sporty di bahagian hadapan & door handle. Maksud HR-V ialah Hip, Smart Runabout Vehicle💁‍♀️ Honda HRV Hybrid lebih banyak kelebihan & tak ketinggalan jauh di belakang. Kepintaran rekaan dalaman yang membolehkan anda mengangkut segala macam barangan. Model Hybrid yang tak mengecewakan sesuai untuk family car 👪

www.liahasty.com
Cruise Control untuk mengawal & menetapkan kelajuan yang dikehendaki. Tekan 'Econ Mode'🍃 secara automatik dapat menjimatkan minyak. Jenis enjin 4 Cylinder, 16 Valve, Direct Injection DOHC i-VTEC TURBO. Untuk 1500 CC ada pilihan 3 warna : White Orchid Pearl, Lunar Silver Metallic & Modern Steel Metallic.

www.liahasty.com

www.liahasty.com
Kalau nak travel jauh bawa banyak takpun pindah rumah, tak payah risau nak isi barang banyak 👜🎒🛍 sebab 'Trunk Space' bonet besar & luas. Rear Seat boleh lipat untuk letak banyak barang. Nak masukkan basikal pun boleh 🚲 washing machine pun boleh takpun pasu bunga 🏺

www.liahasty.com
Untuk belok ke kiri selalunya blind sport, jangan risau lepas signal dipasang & automatik Display screen akan paparkan video dimana ada camera 📷 di bahagian side mirror kiri, dinamakan Honda LANEWATCH.

Nak layan lagu 🎶 sambil drive boleh touch terus ke ' 7" Advanced Display Audio'.


BAGAIMANA UNTUK SERTAI PERADUAN "TERIMA KASIH 900K"

Terdapat 4 cara mudah sertai peraduan "Terima Kasih 900K" untuk anda berpeluang memenangi 9 buah kereta Honda Jazz, City, BR-V, HR-V, City Hybrid, HR-V Hybrid, Civic, CR-V dan Accord. Antaranya anda boleh masuk terus ke laman web Honda Malaysia, atau tiga rakan kolaborasi yang lain seperti Tealive, Unifi & Syok.

Honda Malaysia

www.liahasty.com
Anda perlu melawat mana-mana cawangan Honda Authorised Dealership berhampiran anda.

Lengkapkan SATU atau SEMUA task di bawah:

👉Snap a photo of a hidden car emblem
👉Test drive a Honda car
👉Book a Honda car
👉Register a Honda car
👉Have a service history with Honda

www.liahasty.com
Atau anda boleh Step 1 hingga 10 seperti poster di atas 👆👆

Daftar sekarang di laman web ⏩https://www.honda.com.my/microsite/900k/ & hantar entry anda sekarang❗ Contest berakhir pada 22nd September, 2019. 

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi :
Facebook : https://www.facebook.com/hondamalaysia/

Tealive X Honda

www.liahasty.com
Siapa peminat minuman Tealive sama macam Lia❓
Korang tahu tak dengan pembelian Tealive ☕ korang berpeluang menang kereta Honda Jazz 🚗 😱 Korang beli apa-apa sahaja jenis minuman 🍷favorite korang & selfie 🤳

www.liahasty.com
Sertai #TealiveXHonda sempena #RoadToBreakthrough & berpeluang untuk memenangi Honda Jazz baru❗ 30 entri paling kreatif setiap minggu akan disenarai pendek untuk Hadiah Utama🎁 , dengan hadiah tambahan🎟 bekalan Tealive 1 tahun untuk Top 3 mingguan❗

Bagaimana untuk sertai❓
1) Ambil gambar dengan minuman Tealive & Tealive X Honda: Road to Breakthrough contest standee
2) Dalam kurang daripada 90 perkataan, selesaikan slogan ini "Tealive and Honda are ..."_
3) WhatsApp Foto & Slogan anda ke 📞017-6194750 dengan Nama Penuh, IC dan Alamat E-mel anda

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi :
Facebook : https://www.facebook.com/tealiveasia/

 Unifi X Honda

www.liahasty.com

@Unifi #khabarbaik 
Untuk pengguna Unifi, sempena Kempen "Terima Kasih 900k", Unifi ingin membayar kepada anda semua pelanggan setia dengan sesuatu yang LEBIH-LEBIH besar❗Nak tahu apa yang BESAR❓

Korang berpeluang memenangi Honda HR-V Hybrid ❗ Sertai sekarang dengan :
1) Muat turun aplikasi myunifi
2) Kemas kini profil anda!
3) Jawab soalan mudah mengenai kempen & hantar entri anda
4) Honda HR-V Hybrid boleh menjadi milik anda❗
_
Muat turun aplikasi myunifi sekarang❗
Eksklusif untuk semua pelanggan unifi. Maklumat lanjut boleh layari ⏩ https://unifi.my/unifixhonda/

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi :
Facebook : https://www.facebook.com/weareunifi/

 Syok X Honda

www.liahasty.com
SYOK-ing Honda Giveaway
Dengan @syok anda kini berpeluang kerana Honda memberikan kereta impian anda secara percuma❗

Ia sangat mudah, hanya mendaftar sendiri dengan mengisi borang ⏩ https://en.syok.my/win/syok-ing-honda-giveaway
& beritahu mengapa anda mahu menang kereta Honda:

Lengkapkan slogan : I want to win a Honda car because...:

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi :
Laman web : https://syok.my/
Facebook : https://www.facebook.com/syok/


www.liahasty.com
Cepat 🏃jangan berlengah lagi sertai contest untuk anda memang kereta Honda 💨❗

#HondaMalaysia900K #RoadTo900kHondaPNG #900kUnitsMilestoneHondaPNG #HondaBloggersTestDrivePNG2019 #khabarbaik #TealiveXHonda #RoadToBreakthrough

You Might Also Like

24 inspiration

  1. Nk join lah.. teringin nak pakai tp belum mampu. Hehehe mana tau rezeki kan 🤭

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaa dpt pengalaman drive kereta yg ini. Minat dkt honda, tapi belum rezeki lagi. Mampu tengok je

    ReplyDelete
  3. Dapat test drive kereta Honda pun rasa seronok sgt, apa lagi kalau menang..
    btw, ingatkan Lia jadi model kereta Honda, sesuai sangat selfie tu.hehe

    ReplyDelete
  4. Kereta dari Honda memang terbaik....saya pun dah join contest ni😊

    ReplyDelete
  5. Kita dapat tengok kilang Honda je hari2, nak dapat test drive entah bila2.
    Boleh la nanti join contest. 😅

    ReplyDelete
  6. Tahniah Honda Malaysia kerana telah menjual 900k unit kereta di Malaysia.. best sangat dapat test drive kereta Honda ni kan.. kena join contest. mana tau ada rezeki menang kereta honda kan.. hehe

    ReplyDelete
  7. so great and stylish to win honda car.. great contest... good luck for all participants... winning honda back is realy a great experience..

    ReplyDelete
  8. wahhh patutla perasan makin banyak yang drive kereta honda, sebab dah terjual 900k unit rupanya. Hebatlah Honda tahun ni. Best siapa yang dapat menang Top 30 tu boleh dapat stok tealive setahun!

    ReplyDelete
  9. wah.. syoknya Lia dapat test drive kereta honda.. mesti selesa sangat drive kan .. Honda memang jenama yang menjadi impian ramai..

    ReplyDelete
  10. Bestnya dapat test drive Honda.. nanti nak join jugak lah bila pi beli Tealive..

    ReplyDelete
  11. Honda CRV tu kereta idaman dr sekolah dulu..tp kalau dapat Honda Jazz menang contest tealive tu pon syok jugak kan..nnt nak join lah!

    ReplyDelete
  12. Wah. Lia nampak segak dgn baju honda tu. Bestnye dpt join round trip dgn kereta honda. Kami join trst drive je, tu pun trip dkt. Hopefully dpt menang satu kereta HrV Hybrid la

    ReplyDelete
  13. spouse mek ada isi borang penyertaan ni. lajunye pandu kereta smpai 130km/h ! apa apa pun model baharu ni memang mengancam dari segi enjinya dengan sokongan turbo.

    ReplyDelete
  14. Wah best ni
    Beli tealuve dan berpeluang menang jonda. Honda pun memang favourite kereta mimi tau lia

    ReplyDelete
  15. Wow! Bestnya dapat test drive kereta Honda! Tapi sure lagi best kalau dapat menangi satu hadiah kereta. Hehehe.. Untung la siapa yang dapat tu..

    ReplyDelete
  16. Best kan tiga2 model keta Honda tu.. Tpi paling akak Teringin nak beli CRV... second is HRV... sedan dah ada 2 biji sbb tu nak SUV plak

    ReplyDelete
  17. bestnya dapat test drive semua jenis kereta honda. mesti ada beza sikit kan ...btw contets kali ni mmg gempak..terutama bila tgk hadiah yang ditawarkan. hebat2 semuanya. ayu ada join ..doakan ya hehehe

    ReplyDelete
  18. Wahhhh seronoknya lia dapat drive 3 jenis Honda yg berbeza dlm 1 hari. Mcm bets je contets tu. Nak kene join ni. Mana tahu ada rezeki

    ReplyDelete
  19. Best nya dapat test drive Honda ni. Honda mmg kereta idaman sejak buat case study business engineering dulu. Hahaha.

    ReplyDelete
  20. Ala terbaca lagi pasal nak menang 9 biji Honda ni best nya rasa sangat teruja nak masuk tapi syaratnya banyak sangat task kena buat hehehehe yer lah nak menang kereta kan siapa nak kasi Honda lak tu jenama pilihan ramai...

    ReplyDelete
  21. Jealousnya saya. Haha bestnya dapat test drive honda. Saya mmgg dari dulu lagi minat kereta honda. Siapalah yg bertuah dpt menang kereta honda tu.

    ReplyDelete
  22. Bestnya kalau dapat drive kereta Honda, dapat naik pun jadilah..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community