Salam dan Hai semua,
Orang Penang kalau hangpa lapaq malam-malam, hangpa makan kat mana? Lia ada tempat nak ajak hangpa semua makan kat port tempat best. Ada banyak pilihan pulak tu ada masakan panas, mee, arab, korea, dan macam-macam lagi.
Port makan yang Lia maksudkan ialah di Penang Uptown @ Bukit Jambul, Pulau Pinang. Lokasinya betul-betul bersebelahan Kompleks Bukit Jambul, Stesen Minyak Petron Bukit Jambul dan berhadapan Penang International Commercial City. Ianya beroperasi setiap hari bermula pukul 6pm hingga 2am.
Penang Uptown @ Bukit Jambul telah beroperasi pada bulan Disember 2017 dan merupakan satu-satunya uptown di dalam pulau negeri Pulau Pinang. Peniaga-peniaga di sini kebanyakkan orang tempatan dan orang Melayu. Disini anda boleh membeli-belah pelbagai jenis barangan keperluan dan juga makanan & minuman. Sleain itu, ada juga aktiviti-aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, peraduan dan menang, karaoke, busking, live band, majlis amal, dan lain-lain.
Kalau malam-malam mesti craving kan nak cari makanan nak makan ramai-ramai dengan family ataupun kawan-kawan, boleh ja mai makan kat Penang Uptown @ Bukit Jambul. Orang Penang yang stay area Bukit Jambul, Relau, Bayan Baru, Bayan Lepas & Sungai Nibong memang dekat nak datang sini. Kalau datang sini, parking kereta pun ada disediakan. Nak makan pula, ada banyak gerai di dalam yang boleh hangpa pilih nak makan apa. Tempat makan yang disediakan memang banyak, jadi xpayah risau kalau datang ramai.
Gerai Nasi Goreng Pak Mat
Gerai Nasi Goreng Pak Mat menyediakan masakan panas seperti Nasi Goreng Berlauk dan juga Mee Kuah.
📌 Nasi Goreng Ayam @ RM 5.00
📌 Mee Kuah @ RM 5.00
Gerai Hot Stuff - Korean Cheese Food
Gerai Hot Stuff menyediakan makanan berunsurkan Korea. Jika anda peminat makanan Korea, boleh cuba makan di sini dengan harga berpatutan.
Korean Street Food. Korean Crispy Chicken. Cheese. Kimchi. Sambal. Lunch Box
📌 Black Pepper Chicken Cube @ RM 14.00
📌 Sambal Chicken Cube @ RM 14.00
📌 Kimchi Lunch Box @ RM 7.00
Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi :
Facebook : https://www.facebook.com/hotstuffpenang/
Instagram : https://www.instagram.com/hotstuffpenang/
Gerai The Mac's Penang - Mac & Cheese
📌 Mac & Cheese
@ RM 8.00 (Small)
@ RM 14.00 (Regular)
Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi :
Facebook : https://www.facebook.com/themacspng/
Instagram : https://www.instagram.com/themacsmalaysia/
Gerai Syawins Jiddan Cafe - The Best Taste of Arabic
Syawins Jiddan menyediakan makanan Arab dan juga Barat.
📌 Nasi Mendi Mix
Combo (3 orang makan) (Ayam 1/4, Kambing 3 keping, Sambal, Salad, Sup) @ RM 35.00
📌 Nasi Mendi Mix
Combo (3 orang makan) (Ayam 1/4, Kambing 3 keping, Sambal, Salad, Sup) @ RM 35.00
📌 Spaghetti Meatball Bolognese Cheese
Normal @ RM 10.00
Bakes @ RM 15.00
Extra @ RM 15.00
📌 Baked Meatball Cheesy
Facebook : https://www.facebook.com/Syawins/
Instagram : https://www.instagram.com/syawins.jiddan/
Gerai M&Joe Gourmet Cafè menyediakan makanan berunsurkan Barat (Western Food) dengan pelbagai pilihan.
📌 Flaming Cheesy Wedges
📌 Aglio Olio Seafood
Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi :
Gerai Bonda Delight Kitchen - Takoyaki & Okonomiyaki
Bonda Delight menyediakan makanan jepun iaitu Takoyaki dan Okonomiyaki .
📌 Takoyaki
(Plain, Ayam, Udang, Ketam, Sotong)
Set Kecil (5 biji) @ RM 5.00
Set Besar (10 biji) @ RM 10.00
📌 Okonomiyaki
(Plain, Cheese, Ayam, Udang, Ketam, Sotong)
Set Single @ RM 10.00
Set Family (2 biji) @ RM 20.00
Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi :
Facebook : https://www.facebook.com/bondadelight/
Eh jangan risau minuman pun ada dijual di sini. Ada pelbagai pilihan minuman dan anda perlu order di kaunter air di sini.
Hangpa dah tengok sendiri banyak kan pilihan makanan yang ada di Penang Uptown @ Bukit Jambul. Harga pun berpatutan. Memang sesuai bawa seisi keluarga ataupun pergi bersama kawan-kawan. Boleh je lepas keja singgah makan sini takpun hujung minggu.
Penang Uptown @ Bukit Jambul
bersebelahan Kompleks Bukit Jambul, Stesen Minyak Petron Bukit Jambul dan berhadapan Penang International Commercial City
Waktu Operasi : 6.00pm hingga 2.00am
Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi :
18 Comments
banyak nya ! penang last visit mei 2019. kena repeat pulak lah. banyak pulak tempat menarik yang kena pegi ni. thanks lia.
ReplyDeleteAstaga! Nampak gayanya Rawlins nak kena melawat ke sana la bila balik Penang kelak. Banyak betul pilihan dia kan.
ReplyDeleteWuuuhuuuu bestnyaaa uptown dia nampak bersih and tempat makan nampak selesa. Alaaa bila nak pi penang lagi ni. Hari tu lalu ajeeee.
ReplyDeleteMurahnyaa, okay kena bookmark dulu ntah bila pergi penang hihihi
ReplyDeleteDah lama tak pergi ke Penang. Last time ex bf saya kerja kat Bukit Jambul~ OMG I miss penang so much! Thanks for sharing!
ReplyDeleteMenggoda betul semua gambar-gambar makanan tu, perut terus menyanyi :D Bulan lepas dah plan nak turun Penang tapi tak jadi.. Next visit mesti nak pergi uptown ni. Seriously nampak best!
ReplyDeletepenang emmang banyak tempat makan best ke? kena cuba ni. kena buat trip ke penang
ReplyDeleteSedap betul tengok makanan kat Penang, rindu pulak sis nak kesana. InsaAllah kalau ada masa free sis nak kesana, nak cari makanan sedap2 kat sana, nanti site ni sis akan jadikan rujukan bila ke sana
ReplyDeleteWoww banyaknya pilihan makanan. Saya pun suka balik Penang sebab kampung saya. Kalau tak tau nak cari makan kat mana, bolehlah cari kat Uptown Bukit Jambul ni.
ReplyDeleteSuka kedai mkn konsep mcm ni. Byk pilihan mknan semestinya. Nak buat reunion pun blh jugak kat sini
ReplyDeletefuh.. menu-menu dia sedap-sedap belaka tengok.. terasa lapar pulak dah.. mujur kat penang.. jauh pulak nak ke sana.. terasa terliur tengok yang western food tu.. nyum2
ReplyDeleteBolehlah saya pi sana nnti. Takdaklah jauh sgt denngan rumah family. Rumah kawan pun ada kat area tu. Nnti kalau balik kampung nak pi la. Thanks share na.
ReplyDeleteBanyaknya jenis makanan..Bolehlah sis pergi cuba
ReplyDeleteKagumla denagn penang ni..macam2 ada dah..dulu macam terhad je nak pegi mana..lepas ni apa-apa rujuk entry lia jela kalau ke penang..hehee
ReplyDeleteOmg! so many delicious food there! I nak makan Kimchi Lunch Box and Mee Kuah tu.
ReplyDeleteTq lia share.. Sbb wawa mmg nk penang akhir tahun ni.. Boleh refer entry ni.. Sbb nk penang pun nk makan2 juga.. Sana mmg byk makanan sedap2 kan..
ReplyDeleteSerious laaaa nasi goreng ayam RM5?... ini memang sangat reasonable... memang patut kita war-warkan kepada umum ni... hehehehe... tengok semua menunya pun, superb sehhhh... kenapa masa zaman belajar kat Penang dulu belum ada Uptown ni ya?... hehehehe... kalau tak, confirmed bertunggu bertangga kat situ bila time makan...
ReplyDeleteAduhhh aduh duhh .. Really spoilt for choice. Terpikir jugak kalau kat Penang nak makan kat mana sedap, sekarang dah tau dahh yahoooo
ReplyDelete