Salam dan Hai semua,
Sekarang Pulau Pinang sering dilanda musim hujan lebat yang berpanjangan. Kadang-kadang dari hari petang sampai ke tengah malam. Ada masanya hujan sampai ke subuh. Tiba-tiba rasa mengidam nak makanan makanan laut seperti ikan bakar, kerang bakar, sotong goreng tepung, lala dan banyak lagi. Lagi best makan dengan nasi panas, lepas tu ikan bakar cicah air asam takpun sambal kicap. Terus terliur dan lapar,
Kalau keluar pergi restoran parking kereta nak jalan mesti dah basah kuyup kena hujan kan. Sometime restoran konsep open memang tempias habis bila nak makan. Terus mood nak makan hilang. Tapi sekarang tak payah risau lagi sebab boleh makan hidangan ikan bakar di restoran dalam hotel. Suasana pun selesa & nak makan pun rasa tenang. Memang sesuai dan ideal nak bawa keluarga makan beramai-ramai.
Jom Lia nak recommend lagi-lagi warga Pulau Pinang makan makanan laut segar di Vouk Hotel Suites. Kemudahan parking pun senang kalau hujan boleh drop-off family turun dulu depan hotel then pi park kereta. Makan ikan bakar takpun seafood dalam fine dining.
"Chu Char Ikan Bakar" di C'est Si Bon menyediakan pelbagai pilihan hidangan yang lazat dan berpatutan. Bagi sesiapa sahaja yang mencari makanan laut segar, ini adalah tempat untuk anda - dengan makanan laut yang ditangkap harian dihantar terus ke C'est Si Bon.
Tema Bufet
Jom nikmati makanan laut segar di Vouk Hotel Suites dengan temanya "Chu Char Ikan Bakar" Semi Buffet Dinner. Konsep kali ini agak menarik di mana ada semi buffet beberapa menu seperti Nasi Putih, Appetiser, Salad & Ulaman, Soup, & Dessert. Menu ini free-flow dimana anda boleh mengambil berapa banyak yang anda suka.
Pick your seafood & we will cook it to your liking
Untuk menu Main Dish anda perlu memilih makanan laut yang anda inginkan dan pihak restoran akan masakkannya untuk anda.
Menu & Sajian Hidangan
👉Menu semi-buffet & free-flow👈
📌Nasi Putih
Soup (Soup of the Day)
📌Sup Bebola Tomyam
Appetizer (Chef's Speciality)
📌Aneka Salad & Dressing
📌Ulam-ulaman
📌Aneka Sambal (Cencaluk, Sambal Kicap, Tempoyak, Sambal Belacan & Budu)
Dessert (Chef's Speciality)
📌Aneka Jelly
📌Buah-buahan segar
Minuman
Minuman yang disediakan sky juice, minuman panas kopi dan teh.
📌Hot Chocolate
Kalau anda mahukan minuman yang lain, boleh minta menu dari kakitangan di sini, tempah & bayar mengikut kesukaan anda.
👉Main Dish👈
Bila terus ke kaunter makanan tengok banyaknya pilihan makanan laut yang ada. Terus rasa macam ada kat market ja. (Orang Penang panggil pasar tu market) Sebab display makanan tu memang sama macam kat dalam pasar kan.
Harga makanan laut yang disediakan :
Siakap Fish - RM 35 per kg
Red Lion Fish - RM 55 per kg
Squid - RM 45 per kg
Prawn - RM 60 per kg
Kepah - RM 11 per kg
Lala - RM 12 per kg
Kerang - RM 10 per kg
Bawal Fish - RM 15 per kg
Kembung - RM 18 per kg
Pari Fish - RM 22 per kg
Crab - RM 120 per kg
Makanan laut di sini memang segar di ambil dari nelayan di Pulau Pinang juga. Harga untuk setiap jenis juga dipaparkan untuk memudahkan pengunjung yang datang.
Makanan laut perlu ditimbang dahulu sebelum diberikan kepada kakitangan restoran untuk dimasak.
Contohnya anda ambil udang 2 kg & memilih untuk dimasak 'Garlic Butter'
( 2 kg x RM 60 ) + RM 10.00 = RM130.00
Anda hanya perlu bayar jumlah RM130 untuk Udang Garlic Butter termasuk masakan.
Atau anda ingin makan Lala sebanyak 3kg untuk dimasak 'Three Flavoured Sauce'
( 3 kg x RM 12 ) + RM 10.00 = RM46.00
Anda hanya perlu bayar jumlah RM46 untuk Lala Three Flavoured Sauce termasuk masakan.
Kemudian anda boleh makan bersama Nasi putih, sup, salad, ulam-ulaman yang dihidangkan secara semi buffet. Hanya bayar untuk makanan laut dan masakan sahaja.
Masakan pula boleh pilih Method of Cooking yang disediakan sama ada Steam, Deep Fried @ Seafood dengan hanya RM10 saja untuk satu masakan. (Boleh rujuk di bawah)
Method of Cooking
RM 10 per dish
STEAM
❤ Spicy Sour Sauce ❤ King Soya Sauce ❤ Lemon Grass ❤ Teochew Style
DEEP FRIED
❤ Three Flavoured Sauce ❤ Kerabu Sauce ❤ Nyonya Style
SEAFOOD
❤ Garlic Butter ❤ Salted Egg ❤ Black Pepper ❤ Kam Heong ❤ Kong Po Style
Selain itu hidangan sayur goreng dan telur pun ada (Boleh rujuk di bawah)
Vegetable Dishes
❤ Chinese Broccoli with Salted Egg ❤ Fried Water Spinach with Shrimp Paste ❤ Mixed Vegetables❤ Fried Long Bean with Egg ❤ Fried Green Bean with Egg
Egg Dishes
❤ Omellete ❤ Fried Eggs ❤ Bistik Egg ❤ Thai Fried Egg
Okay ini beberapa makanan laut yang Lia pilih dan dimasak dengan pelbagai jenis untuk dimakan. Tada❗ Banyakkan menu sedangkan nak makan berdua je ni.😋 Lapar punya pasal
Jom tengok satu persatu menu apa yang Lia makan konsep "Chu Char Ikan Bakar" Semi Buffet Dinner di Vouk Hotel Suites.
📌Sotong Goreng Tepung
📌Udang Salted Egg
📌Kerang Bakar
📌Ikan Pari Bakar
📌Ketam Kam Heong
📌Ikan Masak Assam Chinese style
📌Lala Kam Heong
📌Mixed Vegetables
📌Fried Water Spinach with Shrimp Past
Semua nampak sedap dan menyelerakan bukan❓Anda juga boleh memilih menu dalam 3jenis set yang disediakan jika tidak mahu memilih menu secara ala carte. (Boleh rujuk di bawah)
Set Menu
*APPERTIZER,SOUP,RICE & DESSERT FREE EAT ALL YOU CAN*
Set For 2 – 4 Person (RM 88.00)
Sea Bass Fish, Sayur Campur, Telur Dadar & Sotong Goreng Tepung
Set For 6 – 8 Person (RM 118.00)
Sea Bass Fish, Sting Grey Fish, Sayur Buncis Goreng Taukua, Telur Mata Siam & Sotong Goreng tepung
Set For 10 – 12 Person (RM 158.00)
Sea Bass Fish, Sting Grey Fish, Lala with Kam Heong, Sayur Kai Lan Ikan Masin, Telur Bistik, Sotong Goreng Tepung
Lepas makan kenyang nak balik masih hujan, so perkena dulu secawan Cappucino panas & sepinggan cheese cake sambil layan live band di bar level bawah (berdekatan Lobi)
📌Cappucino
📌Cheese cake
"Chu Char Ikan Bakar" Semi Buffet Dinner
Menu ini setiap Jumaat & Sabtu dari jam 7 malam hingga 10 malam di restoran C'est Si Bon di tingkat 2.
Untuk butiran dan tempahan, sila hubungi 604-370 8333 🤙
Atau anda juga berminat dengan tawaran buffet lain yang di sediakan di Vouk Hotel Suites
Sertai 150mins Express Lunch Buffet dari RM19.90 sahaja dari 12 tengah hari hingga 2.30 petang.
Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:
Vouk Hotel Suites
57-G-3, Mansion One, Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown, 10050, Pulau Pinang, Malaysia.
Tel: +604 370 8333 +604 370 8300
Laman web : www.voukhotelsuites.com.my
Email : info@voukhotelsuites.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/voukhotelsuites/
Instagram : https://www.instagram.com/voukhotelsuites/?hl=en
0 Comments