Jom Makan di Restoran berkonsepkan Melayu Kasik 'Irama Dining'

Salam dan Hai semua,

Kali ini Lia kongsikan dengan korang semua mengenai salah sebuah restoran menarik di Pulau Pinang. Khas untuk warga Pulau Pinang dan juga untuk pengunjung yang datang luar dari Pulau Pinang. Restoran yang menyediakan hidangan makanan yang lazat & sesuai untuk dikunjungi dan menikmati makan malam bersama keluarga.

www.liahasty.com

Pada 22 September yang lepas, Lia berkempatan ke majlis pembukaan restoran Melayu Klasik iaitu Irama Dining. Lia rasa sangat bertuah dapat sertai acara ini bersama beberapa rakan blogger yang lain. Jom Lia kongsikan dengan hangpa semua restoran Irama Dining.

Mengenai Restoran Irama Dining

Restoran Irama Dining merupakan restoran yang menyediakan makanan Melayu klasik yang berkonsepkan 'fine dining'. Kalau anda yang pernah makan di Cafe Lagenda sebelum ini, Irama Dining merupakan salah satu cawangan. Macam sisters gitu lah. Namanya sudah cukup unik terus mengembalikan nostalgia Melayu dahulu kala.

Anyway, agak susah nak cari restoran masakan Melayu dalam konsep sebegini. Jadi lepas ni tak payah nak runsing kalau ada meeting nak bawa klien, nak bawa family, nak sambut ulang tahun kelahiran, nak reunion dan banyak lagi, bolehlah datang ke sini.

Lokasi Restoran Irama Dining

www.liahasty.com
Irama Dining beralamat di Tingkat 2, No. 2, Penang Street, Georgetown 10200, Pulau Pinang. Lokasinya sangat strategik berhadapan dengan Padang Kota. Ia bertentangan dengan Hong Leong Bank dan restoran ini di bangunan The Penang Chinese Chambers Building. 


Restoran Irama Dining ini terletak di Tingkat 2, anda perlu masuk dari pintu dengan papan tanda dan menuju ke lif. Untuk parkir kereta pula anda jangan risau boleh parkir di kawasan kotak kuning berhampiran restoran.

Opening Restoran Irama Dining 

Pada 22 September 2019 merupakan pembukaan rasmi restoran . Acara bermula dari pukul 5 hingga 8 malam. Beberapa tetamu dan juga rakan blogger yang lain turut hadir memeriahkan majlis.


Acara ini juga bermula dengan emcee of the day, Mrs Jumie Samsudin, merupakan salah satu famous Penang Blogger. Rasa tertarik bila dengar sis Jumie berpantun memang kena dengan majlis.




Sepanjang acara kami juga diselang- selikan dengan persembahan tarian Melayu dari penari. Sambil merasa dan makan menu di sini, sambil melihat persembahan dengan busana penari yang menarik. Lama juga Lia tak tengok tarian Melayu rasa jakun sekejap bila depan mata.

Mengenai Restoran Irama Dining

www.liahasty.com
Kalau anda masuk restoran ini dari pintu utama, anda akan lihat satu lukisan mural besar. Potret wanita melayu berkebaya tradisional dan bercucuk sanggul di kepala. Memang padan lukisan mural ini dengan konsep restoran ini.

www.liahasty.com
Restoran memang unik konsepnya kena dengan temanya Melayu klasik dengan gabungan warna putih dan coklat pada siling kayu. Bila masuk anda akan nampak rustic-looking pada dining hall. Tampak klasik, ekslusif, mewah dan bergaya. Susunan perabot, kerusi dan meja sangat teratur dan tidak nampak terlalu padat. Restoran ini dapat memuatkan hampir 100 pelanggan dalam satu masa.




Pada setiap meja makan dialaskan dengan kain batik berwarna warni dan cutlery disusunkan dengan kemas & teratur di atasnya.

www.liahasty.com

www.liahasty.com
Pelanggan bukan sahaja boleh menikmati makanan di bahagian dalam restoran, malah boleh memilih duduk di sebelah luar. Di sini anda boleh menikmati udara segar sambil melihat pemandangan sekitar Georgetown.

www.liahasty.com

www.liahasty.com

www.liahasty.com

www.liahasty.com

Di bahagian luar, ada satu anak tangga kecil menuju ke Rooftop. Kawasan rooftop di bahagian paling atas adalah ruang ideal untuk perhimpunan peribadi atau sambutan majlis istimewa. Kalau untuk pasangan memang sangat romantik makan berdua di sini. Lia paling suka bahagian rooftop di mana suasana alah garden sambil menikmati pemandangan.

Sajian dan Menu Restoran Irama Dining

www.liahasty.com

Irama Dining ini menyediakan pelbagai menu bermula dari Stater, Kerabu, Main Poultry, Seafood, Bakaq-bakaq, Vegetarian, Rice, Irama Bowls, Sambal, Fusion, Irama Pizza Rolls, dan diakhiri dengan Dessert.

Ada juga menu datang dalam bentuk Set Hidang 6 - 8 orang dan Set Hidang 8 -10 orang. Minuman pula terdiri daripada Local Delight, Virgin Mocktails, Coffee Ice Blended & Frappe, Ice Tea wish Cheese Form, Hot Tea By Port, Fresh Fruits Soda & Lassi, Soft drinks dan Coffee.

www.liahasty.com
Sempena perasmian Irama Dining pada 22 September yang lepas, kami dihidangkan dengan beberapa menu starter, main course dan juga dessert.

STARTER

www.liahasty.com
👉 Ayam Pandan
👉 Pulut Kelapa
👉 Kerang Rendang
Menu Recommended 👍

Menu ini kena dimakan serentak ataupun makan bersama-sama. Ambil sedikit pulut kelapa berwarna kuning, sedikit ayam pandan dan kerang rendang dan makan bersama. Memang sedap gabungan ketiga-tiga. Kalau korang datang sini please jangan lupa mencuba menu stater ini.

MAIN COURSE

www.liahasty.com
👉 Pais Barramundi

Ikan siakap yang diperap dengan perapan kunyit, kepala dan cili padi dibalut dengan daun pisang & di bakar. Memang cukup rasa & paling sedap lia makan bersama Air Asam Kerisik.
Menu Recommended 👍

www.liahasty.com
👉 Chicken Percik

Perapan ayam yang sedap dimakan bersama kuah. Menu yang tak pedas sesuai juga untuk kanak-kanak.
Menu Recommended 👍

www.liahasty.com
👉 Smoked Duck Masamman Curry @ Gulai Itik Salai

Lia memang sukakan menu smoked duck dan memang susah nak cari menu ini diluar. Kebanyakkan dijual di restoran Cina dan ada restoran halal yang lain tetapi cara masakan yang kurang enak. Tak semua pandai masak menu smoked duck. Di sini Smoked Duck memang WIN dengan kuah Masamman Curry sumpah sedap
Menu Recommended 👍

www.liahasty.com
👉 Kerabu Kacang Botol Kerang

Kerabu is on my fav dish. Di sini campuran bahan di dalam kerabu sangat sedap dan cukup rasa. Ditambah pula dengan kesegaran kacang botol dan kerang.
Menu Recommended 👍

www.liahasty.com
👉 Sambal Hijau Petai
👉 Raitar
👉 Air Asam Kerisik

Anyway Lia suka sangat dengan sambal Hijau Petai dan juga Air Asam Kerisik. Paling best makan bersama ulam raja.

Menu Recommended 👍

www.liahasty.com
👉 Nasi Beringin
Menu Recommended 👍

DESSERT

www.liahasty.com

www.liahasty.com
👉 Bubur Sumsum 

Menu Recommended 👍

Bubur SumSum adalah sejenis kuih yang dimakan dengan kuah manis air gula kabong & adalah kuih warisan yang sangat 'legend'. Hidangan pemanis mulut paling popular di Irama Dining dan WAJIB cuba!

www.liahasty.com
Kami juga dihidangan special salah satu kuih Melayu yang sedap ini.



Acara perasmian hampir selesai & sebelum itu, Lia nak belanja sikit gambar posing di atas Rooftop. Sebelum hari gelap, kami semua terus naik atas untuk bergambar. Terima kasih blogger Ridhwan sebab tolong jadi photog of the day.

www.liahasty.com

www.liahasty.com

www.liahasty.com

Memang cantik bukan bahagian rooftop restoran Irama Dining ini. Makanan pun nampak sedap dan menyelerakan. Terima kasih atas jemputan ke perasmian restoran. Yes memang Lia akan repeat datang sini lagi. Tak mengecewakan.



Restoran Irama Dining ada menyediakan Set Lunch dengan harga hanya RM29.90 sahaja untuk anda yang ingin makan tengah hari di sana.

SET LUNCH AT IRAMA DINING @ RM29.90
Free flow lemongrass pandan mint juice

Choice of
🔹 Set Ayam Percik
🔹 Set Pais Barramundi 
🔹 Set Rendang Kerang
🔹 Set Masak Lemak Prawn/Squid
🔹 Set Ayam Kerutuk
🔹 Set Sambal Petai Prawn/Squid
🔹 Set Vegetarian Kurma
🔹 Set Lontong

All items served with choice of rice, kerabu, salted egg and crackers.

Ini pula menu yang disediakan di restoran Irama Dining :

www.liahasty.com


IRAMA DINING
📌 Tingkat 2, No. 2, Penang Street, Georgetown 10200, Pulau Pinang
📞 Tel : 04-2612292
⌚ Waktu Operasi : 11:00am - 1:00am

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi media sosial:
👥 Facebook : Irama Dining
👥Instagram : @irama_dining

#iramadining

Post a Comment

0 Comments