Salam dan Hai semua,
MALAYSIA BOOK OF RECORDS
RAIKAN RAKYAT MALAYSIA YANG LUAR BIASA PADA ACARA MBR LIVE! 2019
●
Edisi kedua MBR Live! Dilihat terus memberi inspirasi
kepada rakyat Malaysia untuk mencipta pencapaian luar biasa dan melangkaui had
mereka
●
45 rekod didedahkan, 39 cubaan memecahkan rekod dan 7
rekod yang menyeronokkan dibuka untuk penyertaan orang ramai sepanjang 3 hari
acara ini berlangsung
Pada 20 September 2019, Lia bersama beberapa rakan blogger berkesempatan ke acara MBR Live! 2019 – Extraordinary Malaysia sempena meraikan rakyat Malaysia yang sanggup mencabar diri mereka untuk memecahkan rekod, Malaysia Book of Records di Gurney Plaza, Pulau Pinang. Acara ini bertujuan memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mencatat pencapaian hebat dan melangkaui had mereka, edisi kedua siri jelajah MBR Live! Itu akan diadakan bermula 20 hingga 22 September 2019.
Apa itu Malaysia Book Of Records?
Dilancarkan pada Julai 1995, Malaysia Book of Records (MBR) merupakan satu badan rasmi yang mengiktiraf para pemegang, pemecah dan pencipta rekod di Malaysia kerana ia menjadi Penyimpan Rekod Kebangsaan berkaitan usaha, pencapaian serta ciptaan rakyat negara ini. Diasaskan oleh Tan Sri Datuk Danny Ooi, projek ini dijalankan untuk memupuk semangat petriotik dan nilai positif, pada masa sama menyumbang kepada pembangunan bangsa. MBR juga bertujuan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk melangkaui had mereka dan mencapai kejayaan luar biasa. Selain memastikan pemegang rekod ini boleh diiktiraf dan dihargai.
Antara kategori yang dikenal pasti di bawah MBR ialah Seni & Hiburan, Bangunan & Struktur, Dunia Perniagaan, Pancapaian Manusia, Manusia Biasa, Dunia Manusia, Maklhluk Hidup, Alam Semulajadi, Sains & Teknologi, Sukan & Permainan serta Pengangkutan. Menjelang akhir 2018, MBR telah mengumpul 6,000 rekod yang telah disahkan.
YAB Tuan Chow Kon Yeow - Ketua Menteri Pulau Pinang, memberikan ucapannya sebelum melancarkan MBR Live! 2019 secara rasmi bertema "Extraordinary Malaysia". |
Encik Christopher Wong - COO Malaysia Book of Records menyampaikan ucapan pembukaannya. |
“Kami meraikan para
pemegang rekod kebangsaan dan semangat untuk terus cemerlang apabila cubaan
mencatat rekod yang baru telah dibuat. Saya ingin menggesa lebih ramai rakyat
Malaysia mengambil bahagian dalam MBR Live❗ 2019 dan mencabar diri untuk
melepasi had demi mencapai impian serta minat mereka. Mereka juga berpeluang
mencatat nama dalam Malaysia Book of Records. Ini merupakan edisi kedua MBR Live! dan kami tidak
sabar untuk meneruskan iniatif ini sebagai satu acara tahunan. Di samping
menjadi salah satu cara untuk memupuk semangat patriotik dan positif dalam
kalangan rakyat Malaysia.”
MBR Live! 2019 akan mendedahkan 45 rekod baharu, 39 cubaan memecahkan rekod secara langsung serta 7 cubaan mencipta rekod yang menyeronokkan dan terbuka kepada penyertaan orang awam.
Cik Jessica Loo, yang memegang rekod sebagai First to Play Violin While Paragliding, mendendangkan orang ramai dengan biola solonya. |
👉 Lukisan Kopi Pertama menggunakan
Kopi Starbucks Sebagai Cat
👉 Jumlah Api Paling Banyak Dimakan dalam masa 60
Saat
👉 Masa Terpantas Melepaskan Diri daripada Sangkar Air
👉 Tekan Tubi
paling banyak dengan tapak tangan diterbalikkan dalam tempoh 1 minit
👉 Bermain
Biola sambil Membuat Paragliding Buat Pertama Kalinya
Encik Kimmy Liew dalam usaha untuk memecahkan Rekod Most Number of Fire Torches Eaten dalam 60 saat, mencapai hasil 59 obor api dalam 60 saat. |
Bukan itu sahaja, tujuh cubaan mencatat rekod yang menyeronokkan akan dibuka untuk disertai oleh orang ramai sepanjang acara MBR Live! 2019. Rekod-rekod itu ialah :
❤ Masa Terpantas Mengeja A-Z secara Terbalik
❤ Jumlah Sushi Paling Banyak Dimakan Tanpa Menggunakan Tangan
❤ Masa Paling Lama Melompat Dengan Tali Skipping
❤ Menyusun Duit Syiling Paling Pantas
❤ Masa Terpantas Membina Susunan 15 Gelas
❤ Posisi Plank Paling Lama
❤ Masa Terpantas Minum Sebotol Minuman Ringan
Para peserta yang mengambil bahagian dalam cubaan memecahkan rekod yang mengujakan ini akan diberikan sijil penyertaan.
Lia rasa sangat teruja dengan MBR Live! 2019 dan terus berfikir ramai rakyat Malaysia yang sangat berbakat dan mempunyai rekod hebat dalam kebolehan masing-masing dalam menghasilkan kelainan dan direkodkan dalam Malaysia Book of Records.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Steven Sim dijangka hadir ke majlis penutup MBR Live! 2019 serta menyampaikan sijil kepada para penaja dan pemegang rekod pada 22 September.
Lia berharap ramai lagi rakyat Malaysia yang dapat mencipta rekod luar biasa yang membanggakan rakyat Malaysia dan sekaligus direkodkan dalam Malaysia Book of Records.
Maklumat lanjut mengenai MBR Live! 2019, sila layari :
Laman web: http://www.malaysiarecords.com.my/
#ExtraordinaryMalaysia #MalaysiaBookofRecords #MBRLive2019
16 Comments
Dulu akak suka tgok buku2 MBR ni..dan kawan DJ akak pun pemegang rekod jugak..emceing 24hr non stop dengan perkahwinan pertama di Shopping Complex...
ReplyDeletepenting adanya MBR nie sebab anything kita boleh masuk dalam rekod. rekod nie yg penting sbb org pandang rekod. baguslah tertubuhnya MBR nie.
ReplyDeletemacam-macam kelebihan orang kan? bila ada luar biasa sikit boleh la masuk MBR. tapi yang makan api tu macam takut je tengok live.
ReplyDeleteBestnya! Selalu tengok TV je MBR tapi Lia boleh tengok Live!
ReplyDeleteI wish they can open to more beneficial category bukan setakat mcm aksi2 yg membahayakan kan. Budaya mcm kat atas tadi pun good jugak. Maybe untuk programme CSR ke etc.
best ni kalau dapat sertai program ni. book of records kot. mestilah nak tahu juga siapa yang layak masuk dalam buku ini.
ReplyDeletehebat-hebat rakyat Malaysia juga kan. lagi best bila attend program ni dapat buku tu. mesti best dapat tengok siapa yang dah berjaya dalam tu
ReplyDeleteBestnye MBR ni. Macam2 kita boleh tengok kebolehan rakyat di malaysia ni
ReplyDeleteBagus MBR ni menganjurkan program ni sebab kita tahu dan kagum dengan kebolehan dan kelebihan rakyat Malaysia. Bukan semua ada kelebihan tuh pecah rekod di Malaysia
ReplyDeleteTak sangka ramai rakyat Malaysia ni berbakat kan. Melalui MBR ni la kita dapat cungkil bakat mereka. Pulak tu siap dapat cipta rekod untuk aksi yang tak mampu orang lain buat pulak tu.. Jadi penghargaan dari MBR ni memang bagus untuk mereka
ReplyDeleteMemang kena 'Be extraordinary' baru lah boleh cipta rekod gitu
ReplyDeleteWahh!! Banyak achievement juga org malaysia ya. Mesti best tgk pencapaian2 yg pernah direkodkan.
ReplyDeleteBanyaknya record yabg cuba dibuat. Semuanya luar biasa. Dulu selalu tgk kat tv sampai rasa amaze sangat. Banyak juga ya org Malaysia buat record. Syabas!
ReplyDeleteWah. Meriah acara2 yang ada sini. Tahniah juga kepada semua pemenang anugerah malaysia book of record. Satu pencapaian yg harus dibangga kan. Bukan semua orang mampu kan
ReplyDeletewah teringat zmn dlu2 ada TV show psl world record tu! mmg menarik sbb pelik2 haha adoi spe mmpu eja A Z terbalik plg laju tu hahahha tu pun sy fail dh!!
ReplyDeleteTak sangka ramai rakyat Malaysia yang ada kelebihan dan bakat luar biasa macam ni. Bestnya dapat tahu siapa orang-orang yang terpilih dalam MBR ni secara dekat. Hebat diorang semua ni.
ReplyDeleteWow!!! Menariknya... yang ni paling saya minat, Masa Paling Lama Melompat Dengan Tali Skipping... next year nak cubalah... dulu ratu tali skipping ni... hehehehe... Ratu Tali Skipping in the house uollssss... anyhow, kesemua anugerah nampaknya memang memerlukan latihan juga determination untuk memastikan ia mampu dilaksanakan dengan baik gitu... good job...
ReplyDelete