Balik Pulau Nature Xploration : Penang ATV Eco Tour
November 10, 2019
Salam dan Hai semua,
Entry ini adalah kesinambungan program "Balik Pulau Nature Xploration" selama 2 hari 1 malam pada 23 & 24 Oktober yang lepas bersama Tourism Malaysia Wilayah Utara (TMWU).
Pada tahun hadapan, Pulau Pinang adalah satu tempat untuk dilawati sempena Tahun Melawat 2020. Oleh itu, Kerajaan Pulau Pinang melancarkan “Experience Penang Year (EPY) 2020” dengan tagline Kepelbagaian Asia untuk menyambut keceriaan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 – Visit Truly Asia Malaysia 2020
Balik Pulau Nature Xploration : Penang ATV Eco Tour [Day 2]
Masih lagi aktiviti di hari kedua, dimana setelah selesai Mangrove Tour di Taman Negara Pulau Pinang kami teruskan dengan aktiviti di sekitar Balik Pulau. Yuhu!😍 Aktiviti yang paling tak sabar nak buat di Balik Pulau ialah Penang ATV ECO Tour iaitu menaiki ATV di sawah padi. Setibanya kami di pintu kedua Taman Negara Pulau Pinang, di Kuala Sungai Pinang, van sudah menanti kami untuk aktiviti seterusnya di Balik Pulau.
Balik Pulau Mural Street Art
Perjalanan kami di pekan Balik Pulau, kami ada singgah beberapa tempat yang ada mural street art di Balik Pulau. Korang jangan ingat hanya kawasan Georgetown sahaja yang ada mural street art, di Balik pun ada kurangnya.

Uncle Roti Muniadi @ Roti Man
Durian Mural di flat Tingkat Sri Genting by Nash Art

Lily Garden Fresh Mural di flat Lily Garden, Jalan Bukit Penara by Nash Art
Lily Garden Fresh Mural di flat Lily Garden, Jalan Bukit Penara by Nash Art
Fish Mural Plakat Fighting Fish & tiger barb di flat Lily Garden, Jalan Bukit Penara by Nash Art
Balik Pulau Graffiti Art di flat Lily Garden, Jalan Bukit Penara by Farid Sarudin Art, Luqman Rosnan1111 & National Art Gallery MY
Ada banyak lagi selain di atas, kalau pergi pekan Balik Pulau, korang boleh cari mural street art yang lain seperti : Silat Mural, Old Fisherman Mural, The Silversmith Mural, Hakka Dancing Girls, Rubber Tapping, Monkey, Just a face, A Wall full of Adventure, A sleeping giant, A playful cat or hungry one, Small people Huge Durian, dan banyak lagi.
![]() |
Lunch di restoran Mak Ngah Gulai Warisan, Balik Pulau |
![]() |
Pelbagai jenis lauk pauk di restoran Mak Ngah Gulai Warisan, Balik Pulau |
📌Mak Ngah Gulai Warisan
📪 Alamat : Jalan Sungai Nipah, Kampung Permatang Tengah, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
Kami berhenti solat Zuhur di Masjid Qaryah Kampung Perlis lebih kurang 200m daripada Penang ATV ECO Tour.
![]() |
Penang ATV Eco Tour Balik Pulau |
![]() |
ATV di Penang ATV Eco Tour Balik Pulau |
![]() |
ATV di Penang ATV Eco Tour Balik Pulau |
Pukul 2 petang, aktiviti ini diteruskan dengan ATV ECO Tour yang memang dinanti-nantikan. Lia memang peminat ATV sebab dulu memang Lia selalu bawa bila jadi part time crew di X Park beberapa tahun lepas. Tetapi Lia tak pernah berpeluang menaiki ATV di hometown sendiri. Kali ini bila dengar ada ATV ECO Tour di kawasan Balik Pulau memang Lia sangat Excited.
Apapun kalau buat aktiviti lasak macam ni Safety First❗ Kami kena pakai hair net shower cap, safety helmet & face mask terlebih dahulu.
Kemudian kami diberi penerangan oleh marshall terlatih lebih kurang 10 minit disini mengenai safety ketika memandu, menukar gear, cara pemanduan dan sekiranya ada masalah perlu angkat tangan untuk bantuan marshall.
Kami seramai 20 orang dilepaskan satu persatu dan mesti ikut satu barisan. Di bahagian hadapan ada seorang marshall dan beberapa orang kakitangan lain yang mengekori kami.
Perjalanan kami untuk ATV ECO Tour ini sepanjang 10 km lebih kurang 2 jam. Perjalanan kami adalah melewati kawasan perkampungan, sawah padi, payah bakau, kolam ikan, kebun buah-buahan, kebun sayuran dan pantai. Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat kawasan rumah kampung, sawah padi, burung-burung berterbangan memang nampak tenang dan indah jer. Dalam masa yang sama kami juga dapat tengok aktiviti penduduk kami yang ada di sini. Memang layan sangat view kat sini rasa tenang dari serabut otak dengan traffic jam tengah Georgetown tu kan.
![]() |
Wajib pakai safety helmet, shower cap & mask |
![]() |
Yeah I'm ready! |
![]() |
Sebelum ATV ride kena dengar penerangan dari marshall dahulu |
![]() |
Pengembaraan ATV Ride bermula! |
![]() |
ATV Ride yang melalui kawasan pokok kelapa di kiri dan kanan |
![]() |
ATV ride beramai-ramai lalui kawasan sawah padi |
![]() |
ATV ride beramai-ramai lalui kawasan sawah padi |
![]() |
ATV ride beramai-ramai lalui kawasan sawah padi |
![]() |
Pemandangan sawah padi di Balik Pulau |
![]() |
Pemandangan sawah padi di Balik Pulau |
![]() |
ATV ride yang melalui kawasan tali air @ sungai |
![]() |
ATV ride yang melalui kawasan tali air @ sungai |
![]() |
Dapat tengok orang kampung menjala ikan di sungai |
![]() |
ATV ride yang melalui kawasan kebun |
![]() |
Bergambar bersama ATV di sawah padi |
![]() |
Berehat seketika di sawah padi |
![]() |
Alamak terbabas masuk sungai pulak dah. |
![]() |
Selfie bersama blogger dan juga kakitangan Penang ATV Eco Tour |
![]() |
Dalam semua ATV kali ini Lia pilih warna hitam sebab nampak smart sangat |
![]() |
Habislah lekat lumpur lepas masuk kawasan sawah. Tapi yang ni lah best & adventure! |
![]() |
Terima Kasih Tourism Malaysia Wilayah Utara atas jemputan dan memori terindah |
NORMAL RATE: MALAYSIAN WITH MYCARD
👉RM100 per ATV for 1 Pax (Single)
👉RM150 per ATV for 2 Pax (Double)
NORMAL RATE :NON LOCAL WITHOUT MYCARD
👉RM150 per ATV for 1 Pax (Single)
👉RM200 per ATV for 2 Pax (Double)
SUNSET SLOT ADDITIONAL (6PM ride only)
👉RM50/PER TRIP
📌Penang ATV ECO Tour
📪 Alamat : 298, Mukim 1, Kampung Perlis, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
📞Tel : 019-462 1883
Sebelum berakhir majlis, kami menjamu selera sedikit (Tea Break) dan sesi penyampaian sijil untuk para peserta. Dan dengan ini berakhirlah acara "Balik Pulau Nature Xploration" dan Tahniah kepada TMWU atas anjuran.
Maka berakhirlah aktiviti kami sepanjang 2 hari 1 malam di Penang ATV ECO Tour. Berangkat pulang ke dengan van dari Balik Pulau ke Eco Hyde Park Resort dimana kereta Lia parking di sana. Kemudian masing-masing beransur pulang ke kediaman masing-masing.
Laman web : https://www.penangatvecotour.com/
Facebook : Penang ATV Eco Tour - Balik Pulau
Instagram : @penangatvecotour
![]() |
Makan dulu sebelum balik! |
![]() |
Yeah group photo bersama kakitangan Penang ATV Eco Tour, blogger, media dan kakitangan TMWU. |
Terima Kasih tak terhingga kepada Tourism Malaysia Wilayan Utara(TMWU) atas jemputan "Balik Pulau Nature Xploration" selama 2 hari 1 malam dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang program. Memang memori yang tak dapat dilupakan dalam masa yang sama Lia bangga menjadi rakyat Pulau Pinang yang kaya dengan pelbagai tempat menarik untuk di lawati.
Lia nak seru semua di luar sana untuk datang ke Pulau Pinang & merasai sendiri pengalaman menarik di Pulau Pinang dengan “Experience Penang Year (EPY) 2020” sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 – Visit Truly Asia Malaysia 2020
Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi laman web dan media sosial:
Facebook : Tourism Malaysia Northern Region
Instagram : @tourismmalaysianorthernregion
Lia nak seru semua di luar sana untuk datang ke Pulau Pinang & merasai sendiri pengalaman menarik di Pulau Pinang dengan “Experience Penang Year (EPY) 2020” sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 – Visit Truly Asia Malaysia 2020
Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi laman web dan media sosial:
Facebook : Tourism Malaysia Northern Region
Instagram : @tourismmalaysianorthernregion
#visitmalaysia2020 #vm2020 #tourismmalaysia
1 inspiration
Many thanks, this website is really valuable. Deskgram - sponsored app displaying ads next to its claims to be a desktop Instagram version. Deskgram is the website that claims to be.
ReplyDelete