Vit's Mi Segera Terbaik & Halal di Malaysia

November 13, 2019

Salam dan Hai semua,

www.liahasty.com
Siapa di sini peminat mi segera di sini Memang rakyat Malaysia tak dapat dipisahkan dengan mi segera. Banyak jenama mi segera yang dijual di pasaran. Salah satu kegemaran Lia ialah jenama Vit’s. Jenama Vit’s ini memang sudah dikenali ramai & tidak perlu diperkenalkan lagi.

THE BEST NOODLES IN MALAYSIA


The world’s preferred noodle expert
Vit’s Makanan adalah pengeluar mi terkenal dan pengedar stok premium stok mi, khusus dalam mi segera dan pengeluaran mi premium. Didedikasikan dalam pembangunan jenama rumah sendiri dan menyediakan pelabelan peribadi kepada syarikat-syarikat di seluruh dunia.

Disebalik syarikat Vits
 Syarikat Vit’s bermula sebagai syarikat perdagangan makanan pada tahun 1975 dan secara beransur-ansur menceburkan diri ke dalam industri mi segera - usaha yang memanfaatkan tradisi pembuatan mi yang diturunkan dari generasi ke generasi.

Pada tahun 1977, syarikat itu kemudian dinaikkan ke kemudahan pembuatan mi; pembuatan dan pengedaran stok mi stok kepada penjaja dan pembekal, dan tidak lama lagi membuat tanda sebagai pengilang mi dominan setahun kemudian. Permintaan dan pertumbuhan perniagaan yang semakin meningkat mendorong syarikat untuk mengembangkan saiz kemudahannya pada tahun 1978 dan diikuti oleh yang lain pada tahun 1998.

Sejak pengembangan dan dengan orang-orang yang terbaik di tangan, keupayaan dan sumber daya kami memberi kami lebih dekat menjadi pakar mi yang disukai dunia yang menandakan piawaian global dalam nilai, kualiti dan perkhidmatan pemakanan. Kepakaran kami dalam pemuliharaan hayat lengan mi telah menyumbang kepada kepercayaan ternama di kalangan naturalis kerana mie kami dipelihara dengan teknik semulajadi. Kami menekankan pada keperluan semasa di mana masa yang dihabiskan di dapur menjadi lebih kecil dan lebih kecil. Oleh itu, kami berusaha untuk membangunkan produk mudah, lazat, pemakanan, mudah untuk menyediakan produk yang mampu dimiliki supaya semua orang dapat menikmati sesuatu yang hebat dari dapur dalam masa kurang.
Kami berbangga dalam mencapai tanda dalam industri sebagai pengilang dan pengedar mi yang boleh dipercayai dan akan terus berkongsi kebanggaan ini melalui keajaiban mi dengan inovasi dan kreativiti yang berterusan.

Vit’s memang keluarkan banyak produk di bawah jenamanya, antaranya :

1) Instant Noodles
Economic Pack & Mini Pack

2) Air-Dried Noodles
Broad & Slim

3) Toink Toink Noodle Series
Flavour : Vegetarian, Duck, Curry, Seafood, Tom Yam, Mi Goreng Pedas & Chicken

4) Ramen Noodles - Taste of Malaysia
Flavour : Penang White Curry, Penang Asam Laksa & Penang Hokkien Mee

5) Healthy Noodles - Fresh Noodle Series
Ramen & Udon

6) Instant Rice Vermicelli Cup
Flavour : Pepper Soup with Vegetarian Flavour & Spicy Clear with Crab Flavour

7) Instant Rice Vermicelli Pack
Flavour : Pepper Soup with Vegetarian Flavour & Spicy Clear with Crab Flavour


Vits Bihun Segera (Assorted) Perisa Ketam and Sayuran

Daripada semua perisa yang ada, Lia nak korang cuba Vits Bihun Segera (Assorted) Perisa Ketam & Sayuran dalam bentuk cup ataupun pek.


Vits Bihun Segera dalam bentuk cup




Vits Bihun Segera dalam bentuk pek

Harga:
Cup :  RM 3.50 (55gm x 1 cup)
Pek : RM 7.00 (55gm x 5packs)

Maklumat produk
👉 100% made from rice
   👉 No preservative added
👉 Non Fried
👉 With Halal approved
👉 Gluten Free

Produk ini boleh dibeli secara online di:
📍shopee
📍lazada
📍lelong.my
📍pgmall
📍superbuy

Produk ini juga boleh didapati di pasaraya :
📌Giant Hypermarket Chain
 📌HeroMarket Chain
📌Pasaraya CS Chain
📌TFValuemart Chain

Vit’s Bihun Segera dalam bentuk cup & pek
Lia pun tak lepaskan peluang cuba bihun segera dari Vit’s. Selalunya kita makan mi segera dalam cup kali ni makan bihun dalam cup. Memang senang mudah disediakan, mudah dibawa untuk travel & yang paling penting sedap. Kalau di rumah pula boleh memasak dengan menggunakan pek bihun segera.
Vit’s Bihun Segera dalam bentuk cup & pek
Produk Vit’s Bihun Segera dibungkus berwarna HIJAU untuk perisa Sayuran & BIRU untuk perasa Ketam.

Vit’s Bihun Segera dalam bentuk cup disediakan bihun dan bahan perasa
Vit’s Bihun Segera dalam bentuk cup dah siap untuk dimakan. Tetap add on sayur walaupun dalam cup.
Cara penyedian Vit’s Bihun Segera dalam cup sangat mudah dan cepat. Buka penutup & pek perencah, masukkan perencah ke dalam, tuangkan air mendidih , kacau dan tutup selama 3 minit. Then sedia dihidangkan dan boleh dimakan. Memang cepat kalau Lia travel ke luar negara memang akan bawa Vits Bihun Segera dalam luggage.

Vit’s Bihun Segera dalam bentuk pek bersama bihun & bahan perasa
Untuk Vit’s Bihun Segera dalam bentuk pek pula, ada 3 cara penyediaan (boleh rujuk di belakang pek pembungkusan)

Kaedah 1 (Easy cooking):
Masukkan bihun dan bahan perasa ke dalam mangkuk, masukkan 350ml air panas, tutup selama 3 minit dan kacau sebelum dimakan.
Kaedah 2 (Cooking):
Masukkan bihun  kedalam 350ml air yang telah mendidih selama 1 minit, masukkan bahan perasa dan kacau sebelum dimakan.
Kaedah 3 (Mircowave Oven): 
Masukkan bihun ke dalam mangkuk microwaveable, masukkan 350ml air panas, panaskan selama 4 minit  (800 watt), keluarkan dari microwave, masukkan bahan perasa dan kacau sebelum dimakan.


Mudahkan sahaja cara penyediaan tak sampa 5 minit. Untuk yang sibuk sangat bekerja di pejabat ataupun balik lapar sangat nak makan boleh lah cuba Vits bihun segera.

Lia dah cuba Vit’s Bihun Segera perasa Sayuran dalam bentuk pek. Tambah sayur lagi sedap!
Lia cuba Vit’s Bihun Segera perasa Sayuran guna kaedah 2 iaitu memasak di atas dapur. Lepas tu add on lagi sayur sawi, cendawan, carrot, tomato ceri, dan sedia untuk dimakan.

Yeah my fac Vit’s Bihun Segera perasa Sayuran!
Untuk dua jenis bihun perisa ini kedua-dua sangat sedap tetapi Lia lebih suka Perisa Sayuran daripada Perisa Ketam.

VITS TURUN PADANG SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH 

www.liahasty.com
Program CSR: Vit Dekat Di Hati 
Jalan Pahang, Kuala Lumpur - Vits Makanan (Kuala Lumpur) telah mengadakan Program CSR: Vit Dekat Di Hati di Pusat Transit Gelandang Jalan Pahang pada 4 Oktober 2019. Ini adalah program CSR pertama yang dianjurkan. Objektif utama program ini adalah untuk mendekatkan lagi dengan masyarakat sekeliling yang memerlukan. 

www.liahasty.com
Program CSR: Vit Dekat Di Hati 
Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur Jalan Pahang merupakan sebuah lokasi yang telah dibangunkan sebagai salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan. Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dikhaskan  untuk penghuni lelaki dan boleh menampung sehingga 250 penghuni pada satu masa. Pusat transit gelandangan ini dikelola oleh En.Baharin dan diselia oleh En. Izzul Haziq Pengarah Zon Tengah, Yayasan Kebajikan Negara Malaysia. Pusat transit ini menyediakan tempat penginapan, kaunseling, bilik sakit, tempat untuk menyimpan barang peribadi dan unit bilik mandi. 

PEMBABITAN VITS

www.liahasty.com
Program CSR: Vit Dekat Di Hati 
Menerusi inisiatif ini, Vit’s (Vit Makanan KL Sdn Bhd) sebuah jenama mee segera Malaysia serta merupakan pengilang Mee Segera Halal, Mee Ramen Halal, Mee Udon Halal telah mengambil kesempatan ini untuk menghulurkan sumbangan kepada penghuni di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dengan menyediakan makanan dan sedikit sumbangan (produk vits) bagi meringankan beban mereka. 

www.liahasty.com
Program CSR: Vit Dekat Di Hati 
Pengarah Pembangunan Perniagaan Vit’s yang dihormati, Encik Lai Yaeh Tat telah menyampaikan sumbangan kepada setiap penghuni disini. Walaupun sumbangan ini adalah kecil tetapi ianya diharapkan dapat memberi sinar baru kepada penghuni di sini dan agar mereka terus merasakan bahawa masih ada insan yang prihatin kepada mereka. 

“Alhamdulilah dengan bantuan ini, kami harap agar dapat di teruskan agar mampu memberi semangat kepada kami dan penguhi di Pusat Transit ini” ulas En Izzul Haziq selaku pengarah Zon Tengah Yayasan Kebajikan Negara Malaysia.

www.liahasty.com
Program CSR: Vit Dekat Di Hati 
Kami dapat melihat senyuman terpancar dari mereka dan tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada pihak Vit’s. Pihak Vit’s juga telah merancang agar program sebegini dapat diteruskan kepada badan-badan lain. 

www.liahasty.com
 Program CSR: Vit Dekat Di Hati 
Inisiatif “Vits Dekat Di hati” ini adalah merupakan tanda terima kasih kami kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah bersama-sama menyokong produk Vit’s di sepanjang 45 tahun semenjak penubuhannya. Produk Vit’s yang telah mendapat pengiktirafan Jakim Halal semenjak 35 tahun yang lepas ini telah dipelopori oleh generasi kedua. Semenjak 1975 lagi Vit’s telah banyak membantu pelbagai lapisan keluarga terutama yang mempunyai ahli keluarga yang besar dengan menyediakan sajian mee kering yang sihat, mudah disediakan dan mampu milih serendah RM 0.50 sekeping. 
“ Kami berharap agar Vit’s dapat membantu lebih ramai lagi keluarga dengan menyajikan menu makanan yang berkhasiat dan dapat menerajui industri makanan Malaysia dengan lebih maju dan terus menjadi pelopor jenama mee segera di Malaysia". Jelas En Lai Yaeh Tat lagi. 

Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi laman web dan media sosial:

♥ Laman web : www.vit.com.my

You Might Also Like

1 inspiration

  1. Thanks so much for this information. Places you need to visit in 2019. ... Upgrade your travel photos with these lightweight cameras that pack a punch ... Enjoy the world's best places to travel with Things to do .

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community