Cawangan Baru Kedai Minuman Buble Milk Tea Daboba Lip Sin @ Perkaka Square

December 21, 2019

Salam dan Hai semua,



Siapa peminat Bubble Milk Tea di sini ❓ Seperti semua yang sedia maklum gejala Bubble Milk Tea dari Taiwan ini telah membanjiri Malaysia. Termasuklah Pulau Pinang yang dipenuhi dengan pelbagai jenis kedai yang menjual Bubble Milk Tea. Lia pun memang tea lover dan salah satu peminat tegar Bubble Milk Tea. Salah satu jenama yang sering disebut ialah Daboba.


Daboba mempunyai banyak cawangan di Pulau Pinang dan salah satu cawangan terbaru ialah di Pekaka Square Lipsin. Pada 14 December yang lepas, Lia berkesempatan mengunjungi cawangan baru Daboba Lipsin @ Pekaka Square betul-betul berdekatan dengan Tesco Sungai Dua.

Cawangan Baru Kedai Minuman Buble Milk Tea Daboba Lip Sin @ Perkaka Square


 Daboba Lipsin @ Pekaka Square beralamat di Bangunan Lip Sin, 2-G-2, Lebuh Pekaka 1, Taman Pekaka, 11700 Gelugor, Pulau Pinang. Cawangan ini juga telah dibuka secara rasminya pada 13 Disember yang lepas & softlaunch pada 14 December dengan promosi 50% diskaun untuk pembelian cawan kedua. Acara dimeriahkan lagi dengan tarian singa, games dan juga ada emcess pada hari berkenaan.


Cawangan Daboba Lipsin @ Pekaka Square juga mempromosikan iaitu pada hari ke-22 setiap bulan, anda boleh menikmati classic milk tea series dengan hanya RM5 🥤Super cost-effective


Anyway Lia nak ucapkan Tahniah kepada Daboba Lipsin @ Pekaka Square atas pembukaan cawangan baru.

Let’s Chill with Daboba🍹

Sebelum Lia terangkan dengan lebih lanjut mengenai cawangan Daboba Lipsin @ Pekaka Square jom kita tahu dulu asal usul Daboba.

Mengenai Bubble Tea Daboba Malaysia

Daboba (熊 黑 堂), juga dikenali sebagai Black Bear Hall adalah jenama teh gelembung yang popular yang berasal dari Taiwan dan terkenal dengan logo bear. Mereka mempelopori minuman teh "Honey Golden Pearl Green Milk Tea" dan sejak itu membuat gelombang di Malaysia. Selain Lembah Klang, kini mereka berkembang pesat di seluruh negara seperti Melaka, Ipoh, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Malaysia Timur.

Konsep cawangan Daboba Pekaka Square Lipsin


Cawangan Daboba Lipsin @ Pekaka Square ini agak unik dimana konsep yang digunakan ialah 'Industrial style'. Reka dalaman berkonsepkan ini di mana mengambil petunjuk dari kilang-kilang lama dan ruang perindustrian telah diubah menjadi loteng dan ruang yang lain. Ianya juga banyak menggunakan logam (metal) dan konkrit.


Inilah konsep yang ingin disampaikan di cawangan Daboba Lipsin @ Pekaka Square. Bila anda melangkah masuk dan membuka pintu, anda akan nampak ruangan kaunter 'Pick-Up' dan nampak ada tingkat mezanin yang dihubungkan dengan tangga.

Lia pun suka dengan reka dalaman cawangan Daboba ini. Sangat unik, menarik & moden. Ruangan yang kecil pun nampak lagi luas dan stylo❗


Ruangan bahagian kiri pintu masuk ada kaunter 'Order' untuk menempah minuman anda. Jika anda baru berkunjung di Daboba, anda boleh menanya kakitangan di sini untuk mencuba minuman apa yang ada di sini.




Ruangan kakitangan menyediakan minuman yang dipesan pengunjung.


Anda juga berpeluang untuk melihat sendiri kakitangan di sini menyediakan salah satu minuman Top 3 di sini iaitu Daboba Brown Pearl Sugar Milk Tea. Anda akan dapat melihat cheese dimasukkan selepas minuman disediakan, gula perang ditaburkan, & api dinyalakan di bahagian atas.


Minuman yang dipesan untuk boleh diambil di kaunter 'Pick-up'


 Jangan lupa untuk lihat resit pembelian anda di mana terdapat nombor giliran yang akan dipanggil.

Ada juga perkhidmatan servis power bank berdekatan dengan kaunter 'Pick-up'.



Pengunjung juga boleh memilih sama ada untuk duduk di bahagian bawah ataupun di bahagian atas. Ruangan tandas juga disediakan di bahagian bawah.

Bahagian Bawah

Tempat duduk di bahagian bawah Daboba Lipsin @ Taman Pekaka
Tempat duduk di bahagian bawah Daboba Lipsin @ Taman Pekaka

Bahagian Atas
Dari bahagian atas boleh nampak kaunter Daboba Lipsin @ Taman Pekaka
Tempat duduk di bahagian atas Daboba Lipsin @ Taman Pekaka
Apa Untuk Minum Di Daboba Malaysia

Anda boleh mencuba 3 minuman Top 3 yang menjadi pilihan pengunjung setiap kali datang ke sini. Kalau anda baru untuk mencuba, anda boleh mencuba salah satu atau kesemua minuman Top 3 di sini.


 Minuman Top 3 tersebut ialah :
👉Roasted Brown Sugar Pearl Fresh Milk
👉Honey Golden Pearl Green Milk Tea.
👉Mango Frappe Yogurt


📌 Roasted Brown Sugar Pearl Fresh Milk

Minuman yang sangat popular & menjadi kegemaran ramai pengunjung yang ada di sini. Kebanyakan pengunjung memilih untuk menambah keju di bahagian atas. Di bahagian dalam terdapat pearl besar hitam (daboba) dan kenyal.


📌 Honey Golden Pearl Green Milk Tea.

Ini juga salah satu minuman yang paling popular di Daboba. Ianya yang berbeza dari Bubble Milk Tea biasa. Teh susu yang sangat wangi diminum dengan honey golden pearl.


📌 Mango Frappe Yogurt

Jika anda ingin mencuba kelainan selain Bubble Milk Tea, anda boleh mencuba Frappe yogurt berperisa mangga dengan cheese di bahagian atas.

Cara Minum Daboba Brown Sugar Pearl Milk

Cara yang betul untuk minum Daboba Brown Pearl Sugar Milk Tea ialah memasukkan straw dan kacau perlahan-lahan sebanyak 6 kali.

Berikut adalah beberapa produk lain yang perlu anda cuba:

✅ Daboba Brown Sugar Pearl Milk
✅ Daboba Fresh Fruit Teas
✅Japanese Roasted Milk
✅ Cheese Green Tea
✅ Matcha Frappe (Cheese)
✅ Mango Frappe (Yoghurt)


Untuk rakyat Pulau Pinang yang menginap di sekitar area Sungai Dua, Sungai Nibong, Taman Pekaka, Taman Lipsin, Bukit Jambul dan juga kawasan berdekatan boleh kunjungi cawangan Daboba Lipsin @ Pekaka Square untuk mencuba sendiri.

Daboba Lipsin @ Pekaka Square
📍 Address: Bangunan Lip Sin, 2-G-2, Lebuh Pekaka 1, Taman Pekaka, 11700 Gelugor, Penang


Waktu Operasi : SETIAP HARI (Isnin hingga Ahad) 9:30am–1am

☎  Phone: 016-783 6442  🤙

Anda juga boleh kunjungi cawangan Daboba yang lain di sekitar Pulau Pinang seperti berikut :
📍 Daboba Quensbay Mall
📍 Daboba Nagore Square, George Town, Penang
📍 Daboba Gurney Paragon Mall Penang
📍 Daboba Karpal Singh, George Town, Penang
📍  Daboba Jelutong, Penang
📍 Daboba熊黑糖 Bukit Mertajam, Penang
📍 Daboba Sunway Carnival Mall
📍 Daboba 熊黑堂 @ Raja Uda


 Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi :

Instagram : https://www.instagram.com/dabobamalaysia/

#dabobalipsinpenang #dabobapenang #dabobamalaysia

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community