Kuih tradisional & makanan Nyonya di restoran Kuih Culture Pulau Pinang

December 26, 2019

Salam dan Hai semua,

Siapa penggemar kuih tradisional Nyonya di sini❓ Kebanyakkan rakyat Malaysia akan makan kuih tradisional pada waktu pagi ketika sarapan pagi ataupun ketika minum petang. Tak semua kedai atau warung yang menjual pelbagai kuih dengan pilihan dan variasi yang berbeza.


Lia pun salah satu peminat kuih tradisional Nyonya & kadang-kadang akan rasa craving nak cari kuih untuk makan petang ataupun bila-bila masa. Sekarang Lia dah jumpa restoran yang menjual pelbagai jenis kuih tradisional Nyonya di tengan bandaraya Georgetown iaitu restoran Kuih Culture.

Lokasi Kuih Culture

Restoran Kuih Culture ini terletak di tengah bandar Georgetown beralamat di 59A, Lebuh Kimberley, 10100 Georgetown Penang. Lokasinya di kawasan kedai yang padat dan anda perlu mencari parkir berdekatan untuk datang ke sini.

Mengenai Kuih Culture

Budaya makanan dan Nyonya adalah bahagian penting dari tarikan Pulau Pinang di Asia Tenggara dan di seluruh dunia. Memandangkan Pulau Pinang terus memberikan pengalaman yang luar biasa kepada tetamu dan masyarakat setempat, Kuih Culture bercita-cita memelihara perisa lama serta kaedah tradisional pembuatan kuih untuk generasi yang akan datang.

Kuih Culture adalah perintis kuih Nyonya berkonsepkan perintis di Malaysia dengan usaha untuk memupuk nilai budaya dan warisan menerusi aktiviti pendidikan. 

Image may contain: 2 people, people sitting and food
Kuih Culture juga menyediakan bengkel atau  kelas membuat kuih tradisional untuk para tetamu yang berminat dalam penyediaannya.

Kuih Culture juga merupakan pengilang pertama Kuih Nyonya di Pulau Pinang Halal yang disahkan oleh JAKIM.

Untuk tempahan, pilihan katering, pek kuih untuk acara dan kelas membuat kuih secara peribadi, hubungi mereka di laman Facebook atau hubungi di 011-56282889.

Restoran bukan sahaja menyediakan pelbagai jenis kuih tradisional Nyonya, malah turut ada menu makanan lain yang disediakan untuk para pengunjung. Lia sempat mencuba beberapa jenis kuih tradisional dan juga makanan di sini. Nak tahu apa yang Lia makan, boleh scroll sampai bawah entry ini ya.

Dekorasi Kedai Kuih Culture

Image may contain: one or more people, people standing and indoor
Dari pintu hadapan restoran akan nampak di sebelah kiri kaunter yang pamer pelbagai jenis kuih. Anda boleh pilih kuih dan makan di tempat anda. Ataupun boleh bungkus untuk dibawa pulang.

Restoran ini sangat luas memanjang hingga ke belakang. Ada banyak tempat duduk disediakan untuk para pengunjung.

Di bahagian belakang restoran pula anda akan lihat bahagian dapur yang transparent. Pengunjung dapat melihat penyediaan makanan pleh kakitangan di sini secara terus.

Sajian & Menu di Kuih Culture

Kuih Culture menyediakan makanan termasuklah Kuih, Main, Nasi Lemak Snacks & Sides, Toast & Bread, Dessert, Alternate & Special Order, & Minuman.

Kuih

Gambar kredit to blogger Akma (www.zyaakma.com)
📌 Ang Koo @ RM 1.00
📌 Seri Muka @ RM 1.00
📌 Kuih Lapis @ RM 1.00
📌 Kuih Talam @ RM 1.00
📌 Chendul Talam @ RM 1.00
📌 Pulut Tai Tai @ RM 1.00
📌 Bengka Ubi @ RM 1.00
📌 Rempah Udang (2pcs) @ RM 2.00

Gambar kredit to blogger Akma (www.zyaakma.com)
📌 Durian Ang Koo

MAIN DISH
Gambar kredit to blogger Akma (www.zyaakma.com)
📌 Laksa Hot Pot

Gambar kredit to blogger Akma (www.zyaakma.com)
📌 Mee Jawa

Gambar kredit to blogger Akma (www.zyaakma.com)
📌 Prawn Soup Hot Pot

Gambar kredit to blogger Akma (www.zyaakma.com)
📌 White Curry Mee

Gambar kredit to blogger Akma (www.zyaakma.com)
📌 Hokkien Prawn Mee

📌 Fried Laksa

📌 Char Koay Teow

NASI LEMAK
Gambar kredit to blogger Akma (www.zyaakma.com)
📌 Nasi Lemak Nyonya @ RM 18.90

CHICKEN CHOP
📌 Hainanese Chop @ RM 18.90

MINUMAN
Gambar kredit to blogger Akma (www.zyaakma.com)
📌 South China Sea @ RM 10.90

DESSERT
Gambar kredit to blogger Akma (www.zyaakma.com)
📌 Chendul Biasa @ RM 6.50

Restoran Kuih Culture ini terdapat 2 tingkat, iaitu di tingkat bawah bahagian restoran dan tempat makan manakala di tingkat satu ialah bahagian bengkel atau kelas membuat kuih tradisional untuk para tetamu. Di bahagian atas juga terdapat beberapa mural art yang menarik untuk bergambar sebagai kenangan.





Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi :

Kuih Culture
59A, Lebuh Kimberley, 10100 Georgetown Penang
No Tel: : 011-5628 2889

Waktu Operasi: 
10:00am - 7.00pm
TUTUP setiap Hari Rabu

#kuihculture #kuihnyonya

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community