Pengalaman Shopping Barang Preloved Jepun di Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall

December 20, 2019

Salam dan Hai semua,

www.liahasty.com
Adakah anda penggemar barang-barang preloved ataupun kerap disebut 'bundle' oleh segelintir masyarakat kita❓Jika anda peminat barangan Jepun, anda boleh dapatkannya secara preloved dengan harga berpatutan di Jalan Jalan Japan.

Bila sebut nama Jalan Jalan Japan terus rasa nak tahu kedai apa ni kan. Lia tengok ramai kawan-kawan dari Kuala Lumpur yang sering update datang shopping di sini. Lia pun terus rasa teruja eh kalau turun KL nanti boleh lah singgah sini. Maklumlah tiada cawangan di Pulau Pinang lagi kan.



Pada 8 Disember yang lepas, Lia berkesempatan singgah dan shopping di Jalan Jalan Japan cawangan pada 1 Shamelin Mall, Cheras, Kuala Lumpur. Ini merupakan kali pertama Lia jejak kaki ke sini. Ini merupakan cawangan kedai Jalan Jalan Japan yang kedua yang dibuka pada tahun 2017 di Malaysia dengan saiz lantai 17,000 kaki persegi di Malaysia. Pada tahun 2019 ini, cawangan ini telah menambah lagi keluasan seluas 3,500 kaki persegi untuk unit sedia. Keluasan ini bertambah hampir 25%.

Bakul shopping juga diseciakan untuk pelanggan Jalan-Jalan Japan.
Bila masuk terus rasa teruja dengan pelbagai barang yang yang dipamerkan. Memang kena spent banyak masa di sini untuk melihat dan shopping. Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall juga dibahagikan kepada beberapa bahagian, antaranya:
❤ Fesyen Wanita
❤  Fesyen Lelaki
❤ Kanak-kanak
❤ Produk Bayi
❤ Barang-barang dapur, periuk dan kuali. 
❤ Table Wares
❤ Barangan Golf,
❤ Khemah dan barang-barang aktiviti luar

www.liahasty.com
We provide not only goods, but also good experiences
“smart life” and “entertainment” to customers.
 Preloved in Japan
 Crazy Low Price
Wide Selection

Barangan dijual pada dasar AS-IS. Segala barangan yang dijual adalah tanggungjawab pelanggan untuk memeriksa barang dengan teliti sebelum membuat pembelian. Pihak tidak akan melayan perminatan untuk pertukaran, sebaik sahaja anda membuat pembelian.

Jalan Jalan Japan akan sentiasa 'restock' barang-barang setiap hari, dan restocking dilakukan hampir setiap jam, setiap hari

Jalan Jalan Japan adalah untuk menawarkan pengalaman membeli-belah TERBAIK dan memuaskan untuk semua pelanggan yang berharga.

Di Jalan Jalan Japan anda boleh membeli belah pelbagai jenis barangan dengan harga yang murah dan juga berpatutan.


Pengalaman Shopping Barang Preloved Jepun di Jalan Jalan Japan

Bahagian Fesyen Pakaian Wanita

www.liahasty.com
Of course lah laluan pertama Lia terus ke bahagian fesyen pakaian wanita. Memang lama Lia kat ruangan sini sebab banyak baju yang menarik untuk dipilih. Hampir berjam-jam juga di bahagian wanita ni sahaja.


📌Cardigan


📌Winter Coat & Formel Suite


📌Longsleeve & Shortsleeve T-shirt

www.liahasty.com
📌Skirt

www.liahasty.com
📌Blouse & Cardigan

www.liahasty.com
📌Dress


Mana lah Lia tak lama kat bahagian sini, harga skirt RM3 sahaja❗

Banyak sangat pilihan baju wanita yang ada contohnya skirt wanita pula dikategorikan mengikut saiz S, M, L. Untuk Lia yang mencari saiz S, terus ke bahagian skirt saiz S dan pilih yang mana berkenan. Lia pun berkenan dengan beberapa jenis skirt yang ada dengan harga ada yang RM3 dan RM5.

www.liahasty.com


📌Handbag wanita

www.liahasty.com

www.liahasty.com
📌Kimono


📌Topi


📌Aksesori




📌Kasut wanita

Bahagian Kanak-kanak

📌Pakaian Kanak-kanak

Bahagian Produk Bayi


📌Stroller


📌Barangan bayi

Bahagian Barang-barang dapur, periuk dan kuali
Bahagian ini boleh buat Lia terpesona sekejap dengan barangan dapur seperti pinggan mangkuk kaca dengan pelbagai corak dan pilihan.

Barangan Table wares


Bahagian Mainan kanak-kanak

www.liahasty.com
Bahagian akhir sebelum buat penbayaran, lia ke bahagian mainan untuk kanak-kanak, bukan sahaja kanak-kanak yang happy, Lia pun suka.




📌Mainan Kanak-kanak

www.liahasty.com



📌Teddy Bear

 Untuk para ibubapa di luar sana, kalau nak beli mainan untuk anak memang berbaloi beli di sini. Maklumlah harga murah dan kanak-kanak ni cepat bosan dan mesti nak beli banyak mainan baru lagi untuk koleksi.

www.liahasty.com
Lia pun tak lepaskan peluang untuk beli mainan untuk anak buah yang berada di Kedah. Kat bahagian sini pun Lia ambik masa lama untuk pilih mainan. Banyak sangat pilihan yang ada. Harga mainan pun ada yang RM1, RM3 dan lain-lain harga lagi.

Bahagian barangan limited edition





Ada juga barangan yang limited edition yang dipamerkan dalam kabinet kaca, anda boleh minta tolong kakitangan di sini jika anda mahukan barangan tersebut.

& banyak barangan lain lagi yang dijual di sini. Boleh lihat gambar-gambar di bawah.













www.liahasty.com

So korang dah tengok semua gambar-gambar barangan yang ada di sini, so macam mana teruja tak❓Jangan lupa singgah mana-mana cawangan Jalan Jalan Japan dan shopping di sini.

Untuk korang yang memang minat barangan Jepun, barangan Preloved, barangan unik atau limited edition, anda boleh datang ke Jalan Jalan Japan. Sesetengah barang walaupun preloved tetapi berjenama dan masih nampak elok. Contohnya anda memang travel ke negara sejuk, mesti nak cari winter jacket dengan harga berpatutan. Di sini ada jual pelbagai jenis dan rekaan winter jacket. Mungkin anda bertuah anda dapat membeli beberapa barangan limited edition.



www.liahasty.com
Okay dah penuh bakul, jom kita pergi kaunter buat bayaran.


Beberapa kaunter disediakan sebelum pintu keluar.

www.liahasty.com
Inilah hasil tangkapan hampir selama 3 jam berada di Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall 😛😜😝




Percaya tak anda semua Lia beli semua barangan dalam bakul ini dengan hanya RM100 sahaja❗🤯😱 Memang berbaloi.

Next entry Lia akan unboxing apa yang Lia shopping di Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall dan juga gayakan baju yang dibeli di sini.



www.liahasty.com
Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall
Alamat : Lot L3-006, Level 3, 1 Shamelin Mall, 100, Jalan 4/91, Taman Shamelin  Perkasa,
56100, Kuala Lumpur,

Waktu Operasi : 10.00 am - 10.00 pm.

Anda juga boleh singgah di mana beberapa cawangan sedia ada Jalan Jalan Japan, antaranya :
👉 One City, USJ 
👉 1 Shamelin Mall, Cheras
👉CenterPoint Seremban
👉M3 Mall, Gombak
👉KIP Mall, Bangi (akan dibuka pada 28 December 2019)

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi :
💕Laman web : https://www.jalanjalanjapan.com.my/
💕Facebook : https://www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia/

#hargagiler #jalanjalanjapan 

You Might Also Like

1 inspiration

  1. Regular visits listed here are the easiest method to appreciate your energy, which is why why I am going to the website everyday, searching for new, interesting info. Many, thank you. A huge collection of all the Celebrity net worth of the world. How much is celebrity worth? Compare yourself to your favorite celebrity.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community